"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Monday, December 31, 2012

2013 : Lebih Istimewa

Malam terakhir untuk tahun 2012. 

Seperti tahun-tahun baru yang lepas, tiada apa yang istimewa. Tapi yang lebih istimewa sentiasa ada. Yang lebih istimewanya, aku masih diberi kesempatan untuk terus bernafas di atas muka bumi ini. Alhamdulillah. Walaupun terasa banyak kekhilafan yang aku lakukan, tapi Allah sentiasa sayangkan aku, sayangkan kita, hambanya. 

Itu sebenarnya sudah memadai bagi insan kerdil seperti aku di atas muka bumi ini. Apa lagi yang dapat aku lakukan melainkan terus menjalankan tanggungjawab aku sebagai hamba-Nya. 

Tercapaikah semua azam aku untuk tahun 2012?
Mungkin aku pernah senaraikan 2 atau 3 azam yang mahu dicapai untuk tahun ini. Yalah, kalau langsung tidak ada azam, ibaratnya seperti hidup aku tidak bertujuan pulak kan? Alhamdulillah segala nikmat dan rezeki yang aku terima, semuanya aku anggap azam yang telah aku capai. Sekurang-kurangnya aku menjadi insan yang bersyukur. Yang masih berbaki yang belum sempatku lunaskan, semoga Allah memberi kemudahan untukku menyempurnakannya. Ameen. 

Azam 2013?
Aku tidak pernah takut untuk terus mencipta azam walaupun apa yang aku hajatkan di tahun lalu belum tercapai. Aku mahu bersungguh-sungguh bila aku ada azam dan keinginan. 

Aku yakin tak semua yang aku hajatkan dan aku harapkan, aku akan dapat dengan semudah memetik jari. Aku perlu lalui dengan ujian dan cabaran yang penuh berliku. Sampai satu waktu aku akan tahu sama ada aku berjaya atau tidak. Berjaya atau tidak, aku yakin Allah sudah titipkan hikmah yang banyak untuk aku renung dan muhasabah diri kembali. 

Saturday, December 29, 2012

kehilangan...



Bismillah...

Dengan sedikit kekuatan yang ada, bersama linangan air mata ku gagahi untuk menaip di sini. Entah kenapa aku rasa selesa ingin meluahkan semua rasa yang sedang aku hadapi ketika ini di sini. Mungkin salah satu sebabnya aku sudah kehilangan tempat mengadu, semua kawan baik dah jauh berbatu-batu dari aku. Lain rasanya meluahkan perasaan di alam maya berbanding bila berhadapan dengan mereka. Atau mungkin aku sudah kehilangan kawan-kawan baikku. Allah... sedih rasanya.

Jauh dengan sahabat-sahabat, jauh juga dengan mak ayah. Allah benar-benar sedang menguji diri ini. Satu-persatu ditarik pergi dari aku.

Malam sebelum datang ke sini.
Hati memang rasa langsung tidak tenang. Takut. Takut dengan nasib diri sendiri sebenarnya. Aku sedang memperjudikan nasib diri akukah ketika ini? Itu yang aku terfikir. Seharusnya aku tidak berfikir sebegini. Seolah-olah aku melawan ketentuan Ilahi yang sudah menetapkan jalan aku di sini. Jalan yang sangat Dia redhai.

Atau sebenarnya bila aku berperasaan begitu adalah disebabkan niat aku sendiri datang ke sini. Aku mengaku bahawa niatku bukan kerana Allah. Aku nampak perjalanan hidupku di sini nampak susah, sukar, tidak dipermudahkan... Semua urusanku sejak aku di kampung sampailah ke sini langsung seperti ada sebiji batu besar yang menghalang laluanku. Emosi yang tak stabil. Mana hilangnya perasaan bahagia itu? Ya Allah, ini petunjuk dari-Mu.

Sememangnya aku patut diuji sebegini. Biar aku sedar. Sedar dan bangkit dari dunia khayalan cinta dunia. Aku leka. Sangat leka. Lalai. Lalai menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang hamba. Layakkah aku menempuh kerjaya ini sedangkan diri aku sendiri langsung tak terbimbing?

Perbetulkan niat kembali! Memang senang untuk diungkapkan. Hakikat bila diri sendiri terpaksa lalui baru terasa betapa susahnya. Sesenang bila kita menyuruh seseorang bersabar bila ditimpa ujian, tapi hakikatnya bila diri sendiri diuji, baru tahu tinggi rendahnya langit.

Sungguh sekarang bila aku kehilangan semua insan yang aku sayang, baru aku sedar diri ini hanya ada Allah. Aku perlu berdiri di atas kaki sendiri tanpa perlu mengharapkan pertolongan, dorongan, nasihat atau kasih sayang dari sesiapapun melainkan cuma DIA.

Susah rasanya mahu bangkit kembali bila terjatuh sebegini. Susah rasanya untuk kembali berdiri di jalan yang lurus bila sedar betapa diri ini sudah jauh terpesong.

Sungguh ya Allah terasa dah tak kuat untuk teruskan semua ini. Tapi mustahil untuk aku kembali pada kehidupan lama aku. Aku dah pilih jalan ni. Aku kena lalui jua. Walau sesukar mana sekalipun aku perlu teruskan juga. Aku perlu bertanggungjawab ke atas diri sendiri. Aku perlu untuk hidup gembira.

Hidup aku bukan kerana dia, tapi DIA.


Friday, December 21, 2012

Lao Shi, wo ai ni... ^^

Bismillah...

Alhamdulillah, sepanjang 5 hari ni aku berjaya lalui dengan sungguh cemerlang. Syabas untuk diri sendiri. Eh bukan senang tau benda yang kita tak suka tapi kita terpaksa buat-buat suka. Sebenarnya aku rasa ramai yang macam nak perli-perli aku je (walaupun pemerlian ini ditujukan secara umum tapi ku tetap terasa), tapi apakan daya semua yang dikatakan mereka adalah benar-benar belaka.

Contohnya kata-kata seperti ini :
"Sape-sape yang rasa ini satu paksaan, perbetulkan balik niat tu. Tanggungjawab & amanah yang digalaskan di bahu kita akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Ingat baik-baik!"

"Ikhlaskan diri."

"Ingat, ni kerja mulia!"

...dan bermacam-macam lagi kata-kata yang aku dapat.

Aku pun sebenarnya tak berapa nak ikhlas terima kerja dan amanah ni. Teruk kan? huhu.. InsyaAllah akan ku perbetulkan niat ku. Aku akan cuba bahagia dengan pekerjaan aku sekarang.

Dan sebenarnya semangat aku untuk menyambung master tetap berkobar-kobar. Nak2 ada juga sesetengah lecturer yang mengajar setiap memberi dorongan, suruh sambung belajar. Jangan berhenti belajar!

Master... im coming!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, December 13, 2012

berfikir jauh...

Bismillah..

D-13-18, Perumahan Pantai Permai : 1.02 am

Di malam yang sepi ini, ku duduk di luar bilik bersendirian. Masih menaip bait-bait kata. Mungkin untuk kali yang terakhirnya aku di sini. Sedih rasanya mahu meninggalkan tempat yang telah ku huni hampir lima tahun lamanya bersama-sama sahabat yang ku sayang, mencipta memori suka duka bersama.

Okey, aku terlebih dramatis barangkali. Aku masih ada beberapa minggu lagi. Barang-barang juga masih banyak di sini. Tak payah nak ucap selamat tinggal sangat la.

Cuma entri kali ni mungkin lebih aku tujukan pada sahabat-sahabat yang aku sayang dunia & akhirat. Bai, Tati, Enul, Diya... alahai sedih rasanya mahu menghentikan kenangan yang terbina di sini rasanya. Aku seakan-akan masih belum merelakan. Masih tak bersedia lagi. Masih tak bersedia nak berjauhan dengan mereka sebab merekalah keluarga yang aku sayang.

Kadang-kadang aku sendiri tak pasti betul atau tidak apa yang aku lakukan. Keputusan yang dibuat masih terasa ragu-ragu. Banyak nasihat yang aku terima sebelum aku membuat keputusan. Dan lagi aku tahu keputusan yang aku buat ni sedikit sebanyak membahagiakan mak ayah di kampung. Tapi yang sedihnya aku berjauhan dengan mereka.

Aku pernah terfikir mahu terus tinggal di kampung tapi siapalah aku. Aku hanya seorang anak gadis yang suatu hari nanti akan berkahwin dan akan mengikut suami aku. (Tu pun kalau aku kahwin la) . Tadi borak-borak dengan Ayiem, kata Ayiem dia mahu jaga mak dan ayahnya di kampung. Aku cakap, aku jeles. Sungguh aku cemburu. Bukan aku cemburu sebab dia lelaki, aku perempuan tapi aku cemburu sebab dia diberi kesempatan untuk berfikir atau sekurang-kurangnya merancang melakukan sebegitu.

Mungkin suatu hari nanti bila aku sudah menjadi seorang ibu yang tua dan anak-anakku semua sudah dewasa dan membawa haluan masing-masing. Aku juga akan ditinggalkan sendirian bersama suami aku. Dan mungkin ketika itu baru aku akan mengerti atau merasai beban kesunyian yang ibu & ayah aku tanggung. Beban yang terpaksa ditanggung seorang ibu bila berjauhan dengan anak-anaknya.

Tuesday, December 4, 2012

Plan 'bahagia' di hari lahir (Saya sudah 25!)

Bismillah..

4 Disember.. oh, hari ni birthdayku yang ke-25.

Sebenarnya tak ada apa yang menarik pun nak diceritakan pada hari kejadianku walaupun sebenarnya dah 25 tahun aku wujud di dunia. Dan sepatutnya ada bermacam-macam perkara yang boleh aku ceritakan tapi tak perlu la aku ceritakan satu persatu rutinku. Kan?

Aku di kampung ketika ini. Ini yang sadisnya. Sebab dalam rumah ni langsung tak ada yang ingat bahawa hari ini adalah hari istimewa aku. Sebenarnya aku tak kisah pun. Sebabnya mak ayah aku bukan jenis yang ingat hari lahir aku pun, lagipun bukan hari lahir aku je yang mak tak hafal malah kesemua kami 4 beradik. Apa yang nak dihairankan, mak ayah aku pun dah tua, bukan jenis yang moden seperti mak ayah orang lain seperti yang aku selalu tengok dalam tv. Kalau tiba-tiba mak buat surprise birthday party, itu menghairankan. :p

Apa yang menariknya ye di hari ni? Apa yang patut aku buat ye untuk membuatkan aku gembira menyambut hari lahir ni ye... mungkin...

1) Membeli sebiji kek. Walaupun sebenarnya aku tak mahu orang dalam rumah ni tahu bahawa ini adalah hari lahirku. Dan, membuatkan semua orang dalam rumah ni gembira. Sekurang-kurangnya bukan untuk kegembiraan aku tapi untuk anak-anak buah aku yang kebetulan datang bercuti di sini. Tak perlu kek, mungkin aku beli pelbagai snek, coklat, gula-gula dan sewaktu dengannya. Okey la macam ni..

2)Membeli hadiah untuk diri sendiri. Mungkin tak perlu sebab aku tak perlu apa-apa  untuk diri aku pun. Lagipun sungguh la hai, masalah di rumah ni membuatkan aku langsung tak bersemangat nak menggembirakan hati aku sendiri. Apa yang aku fikir sekarang, mahu segera pulang KL. Oh, mungkin pulang ke KL boleh dijadikan hadiah untuk diri sendiri sebab ini saja satu-satu perkara yang membahagiakan aku. Heh... Okey la macam ni..

3) Menghabiskan bacaan Twilight siri kedua : New Moon. Aku tak tahu kenapa aku perlu membaca kisah Bella yang bercinta dengan pontianak dan seperti mayat hidup bila ditinggalkan Edward, kekasih hatinya yang merupakan seorang (seekor) pontianak. Aku kira membaca novel ini langsung tak memberikan kebahagiaan kepadaku sebaliknya aku menangis teresak-esak bila Edward meninggalkan Bella. Mungkin aku patut tukar baca novel lain yang boleh menggembirakan sedikit aku pada hari lahir aku. Atau mungkin tak perlu, sebab aku suka juga watak Bella. Jadi aku akan terus membaca novel ini. Okey la macam ni..

4) Memasak sesuatu yang istimewa. Tapi bila ku buka dalam peti ais, hanya ada 4 ekor ikan dan sayur kubis. Jadi menu hari lahirku hanya ikan goreng dan sayur kubis.. em, dan sedikit sambal belacan. Okey juga macam ni sebab semua orang dalam rumah ni keluar untuk makan tengah hari di rumah Mak Dak di Selendang 1 (aku tak ikut dengan alasan sakit perut). Dan aku hanya perlu memasak untuk diri sendiri. Ikan goreng special di hari lahir. Okey la macam ni...

5) Mendengar radio THR Gegar. Ini adalah siaran radio kegemaran aku bila di rumah yang sesekali DJ nya akan memutarkan lagu-lagu hindi (hindustan la). Dan sebenarnya lagu-lagunya lebih banyak kepada lagu-lagu 90-an. Hairan ye kenapa untuk hari lahir aku ni aku tak dengar lagu yang boleh menceriakan sedikit mood aku yang sememangnya sudah murung 2, 3 hari ini. Alahai...

6) Merangka sedikit angan-angan. Contohnya, bila aku bangun tidur dan buka mata, seorang kanak-kanak perempuan berumur dalam lingkungan 3 tahun datang ke atas katilku dan mencium pipiku sambil berkata, "ummi, selamat hari lahir!!!!!!!!!!!!!" Oh, aku sudah ada anak. Dan....... okey, angan-anganku terlalu jauh ke depan mungkin. *ketuk kepala supaya sedar dan kembali ke alam nyata*

Sadis betul hari kejadianku ini. Sampai aku terpaksa berpura-pura untuk membahagiakan diriku sendiri. Tapi alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk bernafas atas muka bumi ini dan insyaAllah aku akan cuba jadi yang terbaik lagi untuk hari ini, esok dan seterusnya. Ya Allah berkati hidupku di dunia & akhirat. Ameen. :)

Terima kasih untuk yang yang masih ingat hari lahir aku walaupun aku tak publish tarikh lahir aku di facebook :

1) Mohamad Aminuddin. Insan yang hadir dalam hidup aku untuk hampir 8 bulan sudah.
2) Sahabat-sahabat housemate yang sentiasa aku sayang sampai syurga : Cik Dura, Cik Ain Ali, Cik Hafizza & Cik Nuha Sara.
3) Kakakku dunia akhirat : Kak Cik & Kak ipar : Kak Izan.

Tak apa la, sekurang-kurangnya ada jugak yang ingat kan. Ini pun sangat membahagiakan okey. :)

Wednesday, November 21, 2012

korban cinta...

"Kalaulah cinta itu diibaratkan sebagai satu pengorbanan, kau sanggup tak berkorban demi cinta?"

Diam. Seminit.. dua minit... lima minit berlalu...

"Aku sanggup!"

"Sebabnya?"

""Tanda syukur."

"Perjelaskan."

"Kerana dapat diberi peluang merasa nikmat sayang dan cinta."

Sambung... "...lagipun, berkorban tu walaupun bunyinya taklah seenak mana tapi indah juga sebenarnya. Lebih-lebih lagi jika kita berkorban untuk sesuatu atau seseorang yang kita sayang."

~ GMJ ~

Wednesday, November 7, 2012

muhasabah..

Bismillah...

Hari ni terlebih rajin pulak sampai dua entri post kali ni. Mungkin sebab tengah bosan tak tau nak buat apa kot.

Post di bawah mengajak diri sendiri supaya bersyukur. Post kali ni mengajak diri untuk muhasabah diri. Bila duduk bersendirian, sorang-sorang macam ni baru terasa macam nak muhasabah diri kan? Terasa macam banyak dosa je dah buat. Eh, bukan terasa tapi memang banyak dosa pun.. huhu. Selagi hidup atas muka bumi ni, maka selagi tu la sentiasa melakukan kesilapan.

Allah.

***

Wahai diri,
Bila Allah tak bagi apa yang kita nak, bukan bermaksud Allah tak nak penuhi impian kita, bukan bermaksud Allah tak sayang pada kita...tapi sebab Allah dah atur yang terbaik untuk kita mengikut kemampuan diri kita. Allah tahu kemampuan kita di tahap mana.

Berlapang dada. Terima segala kelebihan & kekurangan diri.

Manusia memang boleh menilai kita sesuka hati mereka sebab mereka tak pernah tahu keseluruhan diri kita macam mana. Jangan dipandang apa yang manusia nilai tapi pandang & takutlah bila Allah nilai kita terlalu kecil di mata-Nya.

Semoga terus diberi ketabahan & kekuatan diri untuk berada di landasan-Nya sampai ke akhirnya. Ameen.. *Tolong doakan saya kuat please* :)


menjadi hamba bersyukur jom...

Bismillah...

Dah lama rasanya tak menjejakkan kaki di sini. Tak ada idea barangkali untuk menaip sepatah dua kata. Bukan. Tapi sebenarnya tiada cerita menarik yang mahu aku kongsikan di sini.

Aku..masih tetap aku..yang dulu...
Masih terkapai-kapai mencari arah tuju hidup ke mana harus melangkah. Bukan mencari tapi dalam membuat keputusan. Allah tak kejam sampai sekarang aku perlu mencari. Allah dah beri tugas pada aku untuk buat keputusan mana yang baik untuk diri aku sendiri.

Alhamdulillah, aku tetap bersyukur dengan apa rezeki yang Allah kurniakan pada aku hari ini. Dapat makan, bernafas, dapat berjalan di muka bumi ini, dapat tersenyum, dapat beribadat, dapat bersama-sama orang yang aku sayang dan segala nikmat Allah banyak lagi yang tak mampu untuk aku taip di sini. Bak kata Ustaz Azhar Idrus, "Kalau nak kira nikmat yang Allah bagi kat kita, guna kalkulator pun boleh rosak kalkulator tu." 

Aku tersenyum. *betul! aku betul-betul sedang senyum ketika aku menaip kata-kata ini* :)
Ya Allah, aku betul-betul bersyukur dengan nikmat yang Kau beri pada aku selama ini. Tak ternilai segala-galanya.

Wednesday, October 10, 2012

Mencari 'Dia'

dan sudah lama,
ku pujuk hati,
mari kembali mencari YANG ABADI.
dan sudah lama,
ku pujuk diri,
mari kembali kepada YANG SETIA MENANTI.
dan sudah lama,
aku pesan pada diri,
supaya berhenti mencari dan berharap pada mimpi yang tak pasti.
sungguh,
hingga saat dan detik ini,
hati masih begini,
masih bertatih-tatih ‘mencari’.
dan,
aku cuma bimbang,
bahawa kesempatan akan akhirnya berlalu pergi sia-sia.

Wednesday, October 3, 2012

Jakim & halal


Bismillah...

Baru-baru ni aku jalan-jalan melawat Kedah & Perlis. Tak adalah baru-baru ni sebenarnya, baru semalam je pun.. :p

Aku memang suka suasana kampung dan persekitaran negeri jelapang padi tu yang sungguh menyejukkan mata. Cuma kadang-kadang aku terasa sakit hati dengan pemikiran orang-orang kampung yang susah nak berfikiran positif. Tapi sebenarnya tak boleh juga nak salahkan mereka, dah2 tentu diorang pun tak tahu sangat pasal halal haram ni.

Halal? Haram?
Aha, oleh sebab entri blog aku kali ni berkaitan dengan jakim & halal, harus lah ku bercerita pasal topik ni. Almaklumlah sekarang ni ku kan sedang dalam persediaan jadi Eksekutif Halal, kononnya.... Dan aku pun pun kononnya sedang bertungkus-lumus sedang menghalalkan dapur di sebuah hotel ni. Bukan kononnya, tapi memang sedang bersungguh-sungguh tau. Bak kata ustaz2 di HDC, demi ummah... :)

Ramai orang-orang kampung (sebenarnya saudara-mara) yang tanya apa kerja aku sekarang. Yalah, diorang kata aku hebat, budak lepasan U, ada ijazah plak tu. Hm, hebat ke? Hakikatnya, aku tetap seorang hamba kepada Penciptaku. Kan?

Aku bukan nak bercerita pasal aku hebat atau tak, tapi bila ditanya tentang kerjaya, aku jawab je la aku keje di bidang halal sekarang. Bila cakap halal, mereka akan kata, "JAKIM?" Heh... Puas jugak la aku menerang salasilah bagaimana aku boleh terjun ke bidang halal ni.

Mereka cakap, "ala, syarikat Cina yang dapat halal tu mesti bagi rasuah kat JAKIM. Tu yang senang nak dapat halal." Aku tak tau kenapa masa aku dengar kata-kata tu, aku rasa geram & sakit hati sangat-sangat. Maka aku pun terus menjawab, "eh mana boleh cakap macam tu, orang-orang kat JAKIM tu semua ustaz-ustaz, semua ustazah-ustazah. Lulusan syariah, usuluddin bagai, tak kan nak ambik rasuah." Hakikatnya ada jugak yang dari bidang teknikal bagai.

Aku ni bukan lah orang kuat JAKIM pun sampai nak sebelah pada JAKIM. Cuma aku berkata-kata sebab aku tau macam mana mereka buat kerja. Ingat senang ke nak dapat halal... Nak bagi keyakinan kat orang Islam makan, mesti kena buat yang sebaik mungkin kan? nanti nak jawab apa kat akhirat nanti. Semua tu atas bahu diorang tau.

Kalaulah JAKIM ni senang2 je nak bagi halal kat orang, aku rasa hotel tempat aku keje ni tak payah la sampai nak apply halal sampai 2, 3 kali sebab asyik gagal je. Just hulur sekian, sekian..terus dapat halal kan? Tak payahla aku nak kena call berpuluh-puluh kali ke JAKIM & turun naik JAKIM berkali-kali. Susah tau.. ingat senang ke... Sakit hati jugak tau nak berurusan dengan orang-orang JAKIM ni sebab diorang ni bukan selalu duduk ofis, audit memanjang. Bagus la tu.. cuma aku yang susah nak faham bila diorang keluar audit, kerja aku yang tergendala kat ofis ni. Haisy... sebab itu syarat menjadi eksutif halal perlu ada kesabaran yang tinggi... heh.. :p

Ehem, teringat kata-kata seorang kawan, kalau kita tak percaya pada JAKIM, pada siapa lagi kita nak percaya. Mencari yang halal tu fardhu! Bukan sunat tau.. Sebab apa yang kita makan akan jadi darah daging kita & keturunan kita nanti...

Kesimpulannya, carilah yang halal.. :)


Friday, September 14, 2012

semoga Allah redha...

Bismillah...

Ya Allah dah lama tak datang lepak sini. Sibuk sangat la katakan. Bukan tak ada yang mahu ditulis tapi sungguh rasa malas yang sangat melampau. Kadang-kadang ada jugak cuba menaip sepatah dua kata di sini tapi tak pernah sampai ke akhir. Semua masuk ke dalam draft. Alahai...

Setiap hari bermacam-macam perkara yang aku lalui, lihat, dengar dan rasa sendiri. Rupanya aku sudah betul-betul dewasa dan banyak belajar dari pengalaman. *baru tersedar dari lamunan* Orang kata kalau nak menulis kena banyak membaca tapi sekarang langsung tak sempat nak buka buku. Jadi aku tulis dari setiap apa yang aku lalui. Semoga Allah redha...

Bila dah meningkat dewasa banyak benda yang perlu aku jaga. Itu kata mak pada aku. Setiap apa yang aku buat, pakai, makan, aku mesti ingat yang dosa aku juga akan ditanggung orang tua aku. Dulu masa kecik-kecik langsung tak pernah fikir terutama bila berkaitan dengan aurat sendiri. Masa sekolah rendah, pergi sekolah pakai tudung, bila sampai sekolah buka tudung, bila nak balik dari sekolah pakai semula tudung. Alasan sebab rimas dan panas.

Tapi alhamdulillah bila dah masuk sekolah menengah, baru aku tahu apa yang harus aku buat dan wajib aku lakukan. Mula-mula terasa sangat kekok. Terutama bila aku mula bertukar kepada tudung labuh. Sesekali bila balik kampung dari asrama, aku dah mula pandai pakai tudung bila mahu jemur baju di ampaian. Bila ada orang datang dah mula pandai pakai tudung. Dari reaksi wajah mak pun dah tahu, mak agak terkejut dengan perubahan aku. Ya, keluarga aku bukan macam keluarga kawan-kawan aku yang lain, semua adik-beradik sangat la siqah. Keluarga aku biasa-biasa aja.  Tapi alhamdulillah 4 orang anak anak mak tak pernah lagi menjatuhkan maruah mak.

Cuma ada satu masalah, kadang-kadang orang tak pernah faham apa yang kita lakukan. Contohnya, masa kakak kahwin dengan abang ipar aku masih kecik lagi, masa tu masih lagi kanak-kanak ribena yang suka panjat pokok. Seharusnya aku tak matang lagi dan hubungan aku dengan abang ipar sangat rapat atau boleh aku katakan yang aku sudah aku anggap abang ipar seperti abang kandung sendiri. Bila sudah anggap seperti abang kandung pasti hubungan adik beradik tu tak ada batas. Bebas mungkin. Contohnya bergurau senda yang tak ada batas.

Tapi bila dah dewasa, aku mula sedar yang aku tetap seorang adik ipar kepada abang ipar aku. Bila sesekali keluarga kakak balik ke kampung, mahu atau tak mahu kena jugak tarik sehelai tudung untuk diletakkan atas kepala. Kan? Seharusnya begitu...

Tak semua orang faham perubahan kita. Bila sesekali abang ipar hulurkan tangan untuk bersalam dengan aku, apa lagi yang boleh aku lakukan. Biarkan tangannya tidak bersambut dan katakan "Sorry, i'm muslim." ??? Susah kan bila situasi begini jadi pada kita. Hakikatnya aku tetap manusia biasa yang pastinya mahu menjaga hati dan air muka manusia lain. Dan abang ipar aku tetap seorang abang yang menganggap aku seorang adiknya. Siapa yang salah? Aku yang kurang bertegas atau abang ipar yang salah?

Bagi manusia lain di luar sana mungkin akan anggap ini adalah hal remeh tapi hukum tetap hukum. Kan?

Semalam ada open house hotel. Oleh sebab department HR yang arrange open house ni, nak tak nak aku terpaksa jadi salah seorang yang busy di sini. Kononnya.... Dan aku ditugaskan untuk jaga kaunter kat depan dewan. Bila ada kawan bos yang datang nak masuk dewan, bos pula mesti akan kenalkan siapa aku pada mereka. Bila salam perkenalan dihulur sekaligus tangan juga dihulur. Untuk pertama kali terasa sangat blur dan tak pernah terfikir benda ni akan jadi. Salam bersambut dan syaitan bertepuk tangan. = ='

Bila ku ceritakan kisah ni pada kawan-kawan. Enul kata, "lain kali cakap, sorry, im muslim. Diorang akan faham."

Tapi aku balas, "kalau lelaki melayu yang nak salam dengan kita?"
Enul kata balik, "Sorry, im muslim. Cakap je macam tu. Tak semua melayu tu Islam." 


Tiba-tiba aku teringat kata-kata ayah, "zaman sekarang Islam tu hanya pada i/c."

Betul. Berapa ramai yang mengaku Islam tapi langsung tak pernah praktik hidup secara Islam. Sedangkan sudah terang lagi nyata dalam al-Quran hukum menjaga & menutup aurat adalah WAJIB. 

Untuk kaum-kaum lelaki di luar juga, jika tidak boleh memuliakan seorang wanita, cukuplah menghormatinya. Bila berkata soal aurat semua nak tuding jari salahkan wanita aje. = =' 

Kadang-kadang bukan salah kami tak nak jaga tapi keadaan orang sekeliling yang tak nak faham. Kalau tak nak faham yang sunat pun, faham yang wajib pun dah memadai. Kan? Hmm.. 

Thursday, August 16, 2012

jauh itu dekat...

Bismillah...

Ramadhan sudah tiba ke penghujung...
Selamat tinggal ramadhan... maafkan saya sebab masih tak dapat lakukan yang terbaik untuk ramadhan kali ini.. doakan moga kita dapat bertemu lagi pada tahun depan...

Hmm..
Duduk dalam ofis pun dengar lagu raya...
Fikiran pun dah sampai ke kampung, hanya jasad di sini...
Sungguh terasa sangat rindu pada kampung halaman, mak ayah dan semua-semuanya...

Tak sangka rupanya aku dah besar...dah hidup berjauhan dengan keluarga..
Dulu bila hari raya tak payah sibuk-sibuk nak cari tiket...
semuanya ada depan mata... mak ayah depan mata...
sibuk bermain siang dan malam je..

Alhamdulillah hidup berjauhan ni mengajar aku erti menghargai..
menghargai detik-detik bersama keluarga tersayang...
Kerinduan pada kedua ibu bapa mengajar aku untuk terus menjadi anak yang solehah buat mereka...

Mak.. ayah..
rindunya adik pada kalian...
sungguh tak sabar nak menatap wajah kedua insan yang banyak jasanya pada ku...
sungguh tak sabar mahu mencium tangan mereka & memohon ampun atas segala kekhilafan selama berpijak di atas bumi ini...

Terima kasih untuk anugerah keluarga yang sangat indah ini ya Allah...
betapa ku bersyukur...


Tuesday, August 7, 2012

haisy...

Bismillah...

Oleh sebab ku sampai ofis sangat la awal yakni pada pukul 8.25 am, maka dengan rajinnya aku pun mengupdate blog ini. Bagus Cik Tulip, kelas pun tak pernah sampai awal macam ni. Hehe...

Hari ni nak buat apa ye? Semalam aku dah khatam baca MS dengan Manual Prosedur adalah dekat 2 kali kot. Itu namanya bosan tahap dewa. Masa nak exam pun tak pernah khatam tau!

Aku tak tau sama ada kami yang blur tak tau nak buat apa kat sini atau sebenarnya diorang yang blur tak tau nak bagi kerja apa kat kami kat sini. Benci la.... Tak suka hari-hari awal di tempat baru. Tak suka bila nak kena sesuaikan diri kat tempat baru. Tak suka.. Tak suka... Haisy... *jangan mengeluh Cik Tulip* = ='

Sunday, August 5, 2012

untuk ketiga kalinya... ~~

Bismillah... 

Sudah 16 Ramadhan. Masih berpuasa dengan jayanya. Di samping sekarang sedang berlatihan industri dengan jayanya juga di Hotel Royale Chulan. Heh.. *bajet* 

Masuk kali ni dah tiga kali ku praktikal. Pertama kat China, kedua kat JAIS dan ketiga kat Hotel Royale Chulan. Harapnya yang ketiga ni adalah yang terakhir. Tak pe la, cari pengalaman kan? heh.. :p 

Masa mula-mula diterima praktikal kat hotel ni terus call mak, "mak, orang nanti praktikal kat hotel tau!" Mak jawab, "keje apa tu kat hotel." Bila terangkan kat mak yang ku ditugaskan untuk membantu hotel tersebut dapatkan halal, barulah mak izinkan. Risau kat anak daranya. Hehe... 

Masa hari pertama datang HR Department dah kena marah dengan HR Officer tu sebab bukak handphone. Tak ada mesej sape-sape pun, just belek-belek je pun. Itu pun nak marah. Poyo je tau! HR Manager nye okey je. Dia plak lebih-lebih. 

Okey, kat situ dah kurang pahala sebab mengutuk orang dalam hati. Nak kutuk depan-depan memang tak la kan. Sabar je la. Ingat pesan mak, sabar selagi mampu. 

Hari pertama kami dibawa pusing satu hotel. Sebenarnya... entah la. Walaupun hotel ni gah macam istana, besar sampai ku boleh sesat dan ada pemandangan yang cantik, tapi entahla hati ni rasa kurang sesuai untuk bekerja di sini. Kenapa ek? Mungkin sebab baru 3 hari kot.. hua... :p 

Pelik sebenarnya bila aku sorang je yang ala-ala ustazah kat situ & masuk keje kat hotel situ. Bertudung labuh & yang paling penting langsung tak pandai nak make up cun-cun macam orang2 kat hotel sana. Sungguh rasa pelik dan janggal sebenarnya. 

Tapi bila fikir balik apa yang nak dipelikkan. Yang penting jangan pelik pada pandangan Allah. Biarlah ku pelik kat pandangan manusia lain pun. 

Manusia kat dalam hotel ni tak payah cakap la. Memang muka semua cun-cun sampai aku terfikir, nak keje kat hotel memang kena cun-cun ke? kena pakai seksi-seksi bagai... 

Apapun semoga la hotel ni cepat-cepat dapat halal. :p 

Thursday, July 26, 2012

istiqamah...

Bismillah...

Alhamdulillah sudah 6 ramadhan berlalu. Walau kat sini suasana ramadhan agak kurang tapi alhamdulillah masing-masing dapat menjalankan ibadah puasa. Dapat berbuka puasa bersama kawan-kawan, solat tarawikh berjemaah, sahur bersama dan alunan al-Quran yang sentiasa berkumandang di mana-mana jua. 

Sebenarnya tiap-tiap tahun ada niat nak khatam al-Quran dalam bulan ramadhan tapi tak pernah tercapai. Jeles kat mak sebab bila bulan ramadhan datang, mak dapat khatam 2, 3 kali. Memang mak sangat istiqamah bila membaca al-Quran. 

Anaknya bila la nak istiqamah ni? Haisy.. 

Tuesday, July 24, 2012

Perpisahan yang ditangisi... lagi...

Bismillah..

Alhamdulillah. Tamat sudah exam hari ini tepat jam 4.00 petang tadi. Terasa dapat menarik nafas dengan bahagia dan penuh nikmat. Mungkin dapat menarik kembali novel-novel yang dipinggirkan sejak sebulan yang lalu. Rindu nak membaca.

Menghitung hari. Ada 3 hari lagi mungkin kami di sini. Adat dunia, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Sebenarnya sudah terlalu biasa dengan perpisahan yang selalu berlaku dalam kehidupan. Atau sebenarnya kata-kata yang lebih tepat, sudah biasa mengalir air mata untuk perpisahan.

Sebab terlalu sedih :
1) Terlalu banyak kenangan yang dicipta. Teringat kata-kata Nakhlu, "Cik Tulip jangan banyak simpan kenangan sangat. Nanti susah nak lupa!" Kata-kata yang lebih kepada amaran aku kira.

Betul, aku tak nafikan semua itu. Diri sendiri pun tak pernah tipu, kenangan lama itu masih tetap tersimpan kemas di minda walau sudah lama berlalu. Tapi bukankah setiap hari-hari yang berlalu pergi meninggalkan kita adalah kenangan. Heh, Cik Tulip berpuitis! :p

2) Sebab tahu tak akan dapat kembali pada kenangan itu. Teringat pada tarikh 1/5/2011 betapa itulah perpisahan yang paling betul-betul ditangisi.

Dan sekarang bakal melalui perpisahan kali....er... er... Allah, betapa banyak pertemuan dalam hidup ni sampai tak terhitung. Betapa manusia itu datang dan pergi begitu saja dalam kehidupan kita. Hanya yang betul-betul terkesan di hati akan berada di ingatan.


Sunday, July 22, 2012

im promise!


Ramadan is not an excuse to sleep more, 
it is a reason to sleep less. 
Ramadan is not an excuse to lose weight,
it is a reason to lose bad habits. 
Ramadan is not an excuse to be lazy, 
it is a reason to be active.
Ramadan is not an excuse for a vacation,
it is a reason to work harder.
This Ramadan, promise yourself it will be different :)

Thursday, July 19, 2012

selamat datang..

Bismillah..

Ramadhan makin hampir menjengukkan diri. Sama seperti tahun-tahun lepas, azam yang tetap sama. Mahu menggunakan sebaik mungkin sebulan berpuasa dengan meningkatkan amalan.

Harap ini bukanlah hanya kata-kata tapi diaplikasikan sebaik mungkin. Hehe.. :)

Selamat menyambut ramadhan saya, awak, kawan-kawan, mak ayah, kakak, abang dan seluruh umat Islam di dunia. ^^


Tuesday, July 17, 2012

marah saya...


Bismillah...

"Susah jadi orang lembut ni. Bila kita baik dengan orang, orang pijak kepala kita." Itu kata-kata Ija bila ku meluahkan kata-kata yang tahap kesabaran ku dah sampai di tahap kemuncak dan langsung tak dapat nak bendung marah. Ija je la yang faham aku kot. Heh... :p

Mungkin sebab dah terlalu lama bersabar dan hari ni akhirnya marah ku makin memuncak. Aku susah nak marah orang. Bila terasa dengan orang, aku akan diam. Diam dan terus diam. Mungkin sebab aku anak bongsu, jarang nak marah orang (sebab selalu kena marah mungkin!) dan tak tau nak marah orang macam mana. 

Hari ni rasa dah tinggikan suara pada seseorang. Dan syaitan pun bertepuk tangan gembira sebab dah berjaya menguasai diri aku untuk menjadi manusia pemarah. 

Sebenarnya sangat susah nak aplikasikan konsep saling memahami dalam kehidupan seharian bila hanya sebelah pihak je nak kita faham mereka. 

Teringat pesan mak sebelum mula-mula masuk u. Mak sentiasa pesan suruh banyak bersabar. Sabar dan sabar. Tapi kadang-kadang pesanan mak tu hilang entah ke mana bila marah menguasai diri. Mak takut sangat kami  ikut jejak langkah ayah. Ayah panas baran! Mujurlah mak seorang yang penyabar. 

Manusia kan... Mudah lupa. 

Bila fikir balik, tak pasti dengan perasaan sendiri bila dah terlepas marah orang. Puas hati ke? Gembira ke? Langsung tak sebenarnya.... ~~ 

Rasa macam budak kecik, tak matang langsung kot. Haisy... 

Fakta : Marah orang diam sangat menakutkan. Heh... =='

Sunday, July 8, 2012

kisah mereka.. ^^

Alhamdulillah...

Tiga hari meluangkan masa bersama kawan-kawan baik terasa seperti kembali pada kehidupan lama. Tenang segala-galanya bila dapat meluangkan masa, bercerita tentang diri dan bergurau senda dengan kawan-kawan baik.

Sungguh terasa bersyukur bila dikurniakan kawan-kawan yang sangat memahami diri, banyak memberi nasihat, sokongan dan senyuman bila hati sedang gundah gulana. Eceh. ^^

Perkembangan kami :

Nani ==> jadi suri rumah sepenuh masa. Sedang menanti cahaya mata dia yang pertama datang dalam kehidupan mereka. Untung la bakal jadi mama. :) Nani dah makin gemuk. Kalau zaman belajar dulu, selalu bersaing berat badan dengan dia. Sekarang aku dah tak ada saingan. Berat ku makin turun dan berat nani makin naik. Eheh.. *gelak bangga*

Enul & Tati ==> Masih bekerja. Cari duit nak bayar hutang PTPTN. Huahua... Ku pun tak tau la mana la nak korek duit nak bayat hutang yang bertimbun ni. Haisy....

Baidura ==> Sedang berbunga-bunga. Dah dapat keje di Tampin. Di pejabat agama. Untung la... ^^  Tapi sedih sebab akan berpisah dengan dia. Huk3... Sorang lagi kawan baik ditarik pergi dari Kl.  T_T

Izzah ==> Ehem.. Sibuk nak uruskan majlis tunang & perkahwinan beliau hujung tahun ni. Tak sangka kan? Banyak sungguh dugaan & cabaran hubungan Izah & si dia. Akhirnya..... Itu namanya jodoh.. Tumpang gembira dengan dia.

Izni ==> Juga suri rumah tapi tak sepenuh masa sebab separuh masa lagi dia menjadi seorang wanita bekerjaya. :)

Deeya ==> Sibuk menyiapkan proposal untuk sambung phd. Sekarang di Singapura untuk sementara waktu sambil sibuk berniaga jual kuih & kek raya. ^^

Alhamdulillah... kawan-kawan ku semua sudah bawa haluan masing-masing ke arah yang baik. Moga ikatan ukhuwwah ni akan terus kekal sampai syurga. :)



Saturday, July 7, 2012

Diam saya...

Bismillah...

Untuk sesetengah perkara, kadang-kadang perlu juga untuk jadi manusia yang sensitif. Ek? Kadang-kadang perlu juga untuk jadi manusia yang terlalu mengikut hati dan perasaan. Syahdu? Sedih? Diam? #eh!

Manusia memang dikurniakan dengan pelbagai perasaan. Kadang-kadang bila dihadapkan dengan satu situasi yang langsung tak sesuai dengan perasaan yang ditonjolkan pada ketika itu, ianya menjadi sangat pelik. Serius pelik! Sampai kadang-kadang diri sendiri pun tak pasti apa yang hati mahu. 

Aku sendiri tak pasti sama ada aku berkawan baik dengan hati sendiri atau tak. Dan perasaan diri sendiri pun lebih suka ikut kata hati dari akal sendiri. Bila perasaan terbuai dengan kata hati, maka datanglah pelbagai emosi yang membuatkan diri rasa syahdu, sedih, menangis dalam bas? Heh.. 

Situasi ni sangat pelik. Sampai kadang-kadang aku terfikir kenapa mesti rasa sedih sangat, kenapa cepat tersentuh sangat, kenapa sampai perlu menangis, kenapa sensitif sangat? Kenapa? Dan kenapa? Aku cuba untuk pandang ke arah yang positif tapi kadang-kadang hati ni cepat membawa diri ke arah negatif. Dan akhirnya diri sendiri yang terus jadi tak stabil. 

Dan akhirnya aku membuat keputusan untuk mendiamkan diri. Mungkin itu yang terbaik. Juga untuk menguji hati masing-masing. =='


Wednesday, July 4, 2012

semakin dekat... semakin jauh..

Bismillah...

Untuk seminggu ni... bukan.. untuk dua minggu ni.. bukan juga... =='
Okey, sejak kebelakangan ini terasa kehidupan biasa ku seperti menjadi luar biasa. Menjadi sensitif, mudah terasa, cepat tersentuh, cepat menangis... Banyak berfikir juga mungkin!

Bila ada seseorang yang rapat dengan kita bersuara yang seolah-olah kita sudah semakin jauh dengan dia, sungguh hati terus menjadi sayu. Sedang dia adalah insan yang rapat dengan kita suatu masa dahulu. Dan sekarang juga. Ek? 

"Entah kenapa orang rasa dah makin jauh dengan Cik Tulip." Kata-kata itu menusuk terus sampai ke hati. Dia seperti biasa terus tarik tangan aku bila kami berjalan. 

Dan aku hanya mampu berkata, "kenapa cakap macam tu?" Hakikat sebenar aku sudah tahu sebab utamanya. Dan mungkin aku sekadar berpura-pura di hadapan dia. Dia senyum dan geleng kepala. 

Walaupun tempoh perkenalan kami sangat sekejap tapi entah kenapa aku terasa sangat serasi dengan dia. Kami banyak persamaan. Sangat banyak! Dia lembut. Sangat lembut. Kalau ramai orang yang kata aku ini lemah lembut tapi dia lagi lembut. Dan sebagai kawan baik dia, aku terasa ingin sentiasa melindungi dia. Dan suatu hari nanti bila kami sudah membawa haluan masing-masing, aku pasti akan merindui dia. 

Dan tak pelik juga bila sesuatu yang tak pernah kita harapkan datang, terus datang mendekat dengan kita.  

Dan sebenarnya aku tersepit di tengah-tengah. Betul, nak jaga hati semua orang sangat susah. Kadang-kadang kita terpaksa korbankan juga hati kita sendiri demi memuaskan hati insan-insan yang kita sayang di dunia ni... 

Allah... ~~

Thursday, June 28, 2012

meninggalkan & ditinggalkan..

Bismillah... 

Setiap hari adalah hari baru. Setiap hari juga banyak benda yang berlaku dalam kehidupan seharian. Banyak idea yang terlintas di fikiran untuk meluahkan kata-kata di sini tapi mungkin sebab aku sibuk? *eh!* Langsung tak dapat nak meluangkan masa melepakkan diri di sini. 

Okey, sekarang aku update balik! Itu pun atas permintaan kawan-kawan baik. Kami jauh. Dan perkembangan diri kami banyak terluahkan di blog. Mungkin ini satu medium untuk mendekatkan diri antara kami semua walau sekarang dunia makin berbeza dan masing-masing sudah membawa haluan masing-masing. 

Perasaan aku yang terbaru : Sedih. Sebab salah seorang kawan baik ku akan pergi meninggalkan kami pula. Kadang-kadang macam tak suka dengan ayat penyataan 'setiap pertemuan ada perpisahan.' Tapi itulah hakikat dunia yang perlu aku redha dan ikhlaskan diri. 

Sepatutnya bukan perlu bersedih dengan perpisahan ni. Apa yang perlu aku buat adalah mendoakan semoga urusan setiap kawan-kawanku dipermudahkan. Dan sepatutnya aku tumpang gembira untuk berita gembira yang dikongsi pada kami semua. 

Seorang demi seorang kawan baik dah pergi. Mngkin satu hari nanti giliran aku pula untuk pergi meninggalkan mereka pula, bukan lagi ditinggalkan. 

Dan untuk kesudahan akhir cerita aku di muka bumi ni pun akan bersendirian juga. Satu hari nanti aku akan tinggalkan dunia ni dan semua orang yang aku sayang kat dunia ni. Apa yang menjadi peneman hidup aku sendiri adalah amalan ku. Itu pun kalau banyak amalan. Allah.... =='

Semoga diri ini sentiasa menjadi seorang yang redha dengan setiap apa yang dah ditetapkan Allah. ~~


Sunday, June 24, 2012

oh!

Bismillah....

Hai cik blog yang saya sayang. Dah lama rasanya tak menulis di sini. Sebenarnya banyak juga kata-kata yang sudah saya taip tapi semuanya tersimpan di draft. Saya tak dapat nak habiskan tulisan saya. Pelik! Walhal banyak benda yang saya lalui setiap hari.

Hari-hari saya dah banyak berubah untuk bulan ini. Saya tahu tu. Semua kawan-kawan baik saya pun perasan.

=='

Sunday, June 17, 2012

saya tak bersedia lagi...

Bismillah...

Tadi masa Ija (cik roommate) lipat baju, dia ada bercerita sesuatu yang menyebabkan aku rasa nak menitiskan air mata. Sungguh aku rasa sangat tersentuh.

"Baju ni first time mak cik orang beli masa hari raya. Masa hari pertama raya dengan mak cik. Sedih sangat sebab tak dapat raya dengan mak." Sambil tu Ija terus lipat baju kurung warna kuning cair. 

"Mak Ija meninggal bila?" Aku rasa dah tanya Ija tapi mungkin sebab masa tu aku terlalu tersentuh dengan kata-kata Ija sampai tanya soalan yang dah tahu. "Tingkatan 3." Ringkas Ija jawab.

"Mesti Ija nangis kan?" Okey, sekali lagi tanya soalan yang membuatkan rasa nak ketuk kepala sendiri. 

"Mesti la. Sedih sangat!" Sayu sungguh suara Ija. 

Tak terbayang kalau diri sendiri berada di tempat Ija. Aku tak rasa yang aku sudah bersedia untuk kehilangan insan-insan yang aku sayang di dunia ni. Entah la... Bukan ke semua kat dunia ni hanya pinjaman. Tak ada yang kekal. Sepatutnya aku mesti bersedia bila-bila masa saja bila Tuan Punya milik segala-galanya kat dunia ni nak ambik apa pun dari aku. 

Sedang diri aku sendiri pun tak akan kekal kat dunia ni. Tanamkan dalam diri dengan konsep 'redha'. 

=='

Friday, June 15, 2012

kisah itu

Bismillah...

Kadang-kadang sesuatu perkara yang berlaku disekeliling kita akan membuatkan kita akan terimbau pada kenangan lalu. Baru-baru ada seorang tenaga pengajar di HDC yang datang mengajar dalam kelas kami. Ustaz Jabal! Menariknya kisah ustaz bila ustaz bercerita kisahnya yang ditugaskan untuk mengajar dalam kelas yang hanya ada foreigner. Saya teringat kata-kata ustaz yang berkata bahawa untuk sesetengah perkara dia terpaksa menggunakan bahasa badan 'body language' dalam sesi pengajaran dia. 

Terus saya teringat kisah saya di China pada tahun lepas. Nak masuk toilet nak cakap 'saya nak buang air' je pun dah ambil masa setengah jam. Ya Tuhan, hanya Allah je yang tau perasaan macam mana perasaan bila bercakap macam ayam & itik. 

Rasa paling mencabar bila saya jadi cikgu di sana dan terpaksa mengajar mereka. Saya ditugaskan untuk mengajar anak-anak murid saya yang kebanyakannya berumur 4 & 5 tahun. Dan mereka sangat-sangat comel. 

Mula-mula saya rasa susah sangat nak terangkan pada mereka. Tapi sebenarnya bila kita ada pendekatan sendiri, bahasa bukanlah satu masalah yang penting. Mula-mula saya langsung tak yakin yang saya boleh mengajar mereka, ditambah pula mereka langsung tak pandai berbahasa inggeris. Tapi bila keadaan yang memaksa untuk saya melakukannya, alhamdulillah saya berjaya juga. 

Itu antara kenangan saya di sana. Saya suka. ^^

kosong.

Bismillah...

Tiga hari sudah terasa tak makan dengan sempurna. Baru terasa begini rasanya bila nikmat makan dah ditarik. Sungguh rasa terseksa. Langsung tak boleh nak masukkan apa-apa dalam perut. Bila makan mesti akan keluar balik. *muntah*

Sampai satu tahap, perut terasa sangat pedih dan terpaksa sumbat jugak makanan. *dalam keadaan terpaksa*

Bila paginya, bangun dari tidur terus muntah-muntah. Seksa rasa bila diuji sebegini. Badan pun dah terasa lemah sebab dalam badan macam dah tak ada apa-apa. Kosong. *sambil nyanyi lagu najwa latif* heh...

Sebenarnya setiap apa yang jadi ada hikmahnya. Mungkin Allah sedang mengajar saya. Selama ni saya selalu membazir. Ya, saya akui yang saya tak pernah kekurangan apa-apa terutama dari segi makanan. Saya membazir bersebab mungkin. (tapi tak ke ini macam satu alasan?). Ehm..

Kawan-kawan yang kenal saya selama 4 tahun semuanya sudah tahu dan kenal sangat dengan perangai saya. Kalau makan kat kedai mesti makan separuh je, separuh lagi mesti tak habis. Dan sebenarnya memang selalu kena marah pun dengan diorang terutama Izzah.

Bila dah jadi begini, saya tahu ujian yang Allah bagi ni bukan untuk saja-saja. Tapi Allah sedang mendidik dan mengajar saya. Saya kan sedang mengajar diri menjadi seorang yang positif. Jadi, buat masa ni saya ingin memandang semuanya dari sudut positif.

Sebenarnya bila Allah uji kita dan kita pandang dari sudut positif, tanpa sedar semua urusan menjadi mudah sebab kita dah redha.

Alhamdulillah. ~~

Monday, June 11, 2012

Bagaikan Puteri.

Bismillah...

Hidup! Memang sudah ditakdirkan bukan yang kita ingin dan impikan saja yang akan kita kecapi. Sebenarnya untuk sampai kepada satu benda yang kita harapkan kadang-kala kita perlu juga lalui satu proses yang mana kita memang tak suka, kita benci dan selalu kita memberontak!

Pandang pada yang positif! Bukan ke aku sedang mengajar diri untuk menjadi manusia yang berfikiran positif sekarang. Jadi kenapa cepat melatah?

Dan sebenarnya ini juga merupakan satu cabaran buat aku.Eh, bukan ke aku suka sahut cabaran? Andai kata aku memang terpilih dan ditakdirkan salah seorang yang terpilih (walaupun hati kata tak nak!) kenapa tidak aku lihat dari sudut yang positif.

Hakikat yang perlu ku akui : hati dan fikiran aku langsung tak pernah selari! Dan sebenarnya sangat susah nak seimbangkan mereka menjadi satu.

Hati : Tolong jangan buat saya ragu-ragu. Tolong tetapkan hati andai itu memang yang Allah rancangkan yang terbaik untuk saya.

Fikiran @ akal : Semoga kamu sentiasa berkiran pada yang indah, baik-baik dan selalu positif selalu.

Allah.. Tolong kuatkan saya. Beri ketabahan, kekuatan untuk saya lalui kehidupan yang sangat mencabar ni! Ameen.

Haila...~~

Sunday, June 10, 2012

melepas rindu.. ^^

Bismillah...

Alhamdulillah dapat jumpa mak dan ayah di kampung. Walaupun untuk seketika tapi saya tetap puas sebab dapat tatap, cium dan peluk mereka.

^^

Monday, June 4, 2012

"for you, a thousand times over"

Bismillah...
Hari-hari yang dilalui bersama-sama kawan baru di sini..

 dengan ija (cik roommate) & kak nad... 


 sembelih ayam untuk kali kedua.. sangat best... ^^

 hari konvokesyen Halal Eksekutif di UIA 


ini gambar saya... :)

malam bbq... seronok.. :p












saya jadi halal checker di belakang.. sedang periksa ayam yang disembelih sudah terputus semua urat... 

di sini saya mencipta kenangan... pengalaman dan ilmu baru..
alhamdulillah saya suka belajar di sini.. 
:)

Sunday, June 3, 2012

tak ada tajuk... ~~

Bismillah...

Sekarang aku suka membaca. Memang aku suka membaca pun. Tak ada yang pelik pun sebenarnya. Cuma yang peliknya, sekarang aku seperti memaksa diri untuk terus membaca.. membaca dan membaca. Aku dah kembali pada zaman aku gila membaca seperti dulu. Semua benda yang aku lakukan mesti akan ada buku disebelahku. Makan, baring, mengadap laptop, hatta berjalan pun aku tetap masih membaca. 

Cuma bezanya sekarang, bahan bacaanku sudah aku tapis. Aku dah tolak tepi semua novel cinta yang tahap jiwangnya melampaui batas. 

Ada sebab yang menyebabkan aku jadi begini. Aku tak pasti sama ada aku sedang kecewa, putus asa, hilang semangat, sedih atau apa sebenarnya. Tapi bila aku membaca aku rasa seperti terus masuk ke dalam dunia khayalan penulis dan langsung terus melupakan kisah hidup aku sekejap. Sebenarnya bila aku baca novel seperti satu benda sudah tertanam dalam fikiranku, entah kenapa aku begitu yakin bahawa setiap penulis yang menulis novel sedang menceritakan tentang diri mereka, perasaan mereka dan semangat mereka serta kata-kata motivasi yang mereka tulis sebenarnya lebih kata-kata semangat untuk diri mereka sendiri. 

Mungkin sebab itu aku langsung tak perlukan langsung satu pun buku motivasi untuk menaikkan semangat aku sebab aku banyak jumpa kata-kata motivasi dalam novel. 

Aku perlu tingkat usaha membaca untuk melupakan 3 perkara di bawah ini : 

1) perasaan bila proposal ditolak. Sekarang aku dah rasa bila cadangan yang dibentangkan dihadapan penyelia ditolak dan ditanya dengan bertubi-tubi soalan yang hanya membuatkan aku terdiam tak terkata. Kata penyelia aku, "kena tau beza antara nak tau dengan nak kaji." dan lagi... "apa sumbangan yang boleh kita bagi pada masyarakat dari hasil tulisan kita." dan sekarang aku makin nampak betapa beratnya tugas dan tanggungjawab aku. Dan aku semakin tabik pada mereka yang mampu menyiapkan tesis atau disertasi tebal-tebal yang selalu aku baca di library.

2) perasaan bila keluar dari kelas dalam keadaan muka blur sebab langsung tak faham apa yang diajar oleh lecturer. Untuk pertama kali aku menangis lepas habis kelas. Jujur aku kata, selama 4 tahun aku menghabiskan degree aku, aku langsung tak pernah menangis bila aku tak faham apa yang diajar oleh lecturer (terutama subjek akaun). Biasanya kalau aku tak suka atau tak faham sesuatu subjek, aku hanya hafal step untuk jawab dalam dewan exam. Satu yang aku lupa, ilmu yang dapat macam ni selalu akan membuat kita lupa.  Tapi di sini aku senang menitiskan air mata. Mungkin sebab aku dah matang dan aku mula rasa perasaan tanggungjawab. 

3) aku tak nak cerita yang no. 3 ni sebab aku sangat-sangat rasa tak suka. 

Buat masa ni, aku tk bercadang nak kembali menulis proposal. Aku tak bercadang nak study untuk subjek-subjek yang memeningkan kepala aku. Aku tahu buat masa ni, aku perlu tenangkan hati, kumpulkan kembali semangat dan kata-kata motivasi (dari novel) untuk menaikkan semangat diri, lebih dekatkan diri dengan Allah sebab hati aku dah rasa lain macam sekarang. Macam kapal kecil yang terumbang-ambing dipukul ombak di lautan. *ceh* 

Dan yang penting aku kena balik kampung dalam masa terdekat ini untuk restu mak ayah. ^^

Wednesday, May 30, 2012

semakin tak stabil..

Bismillah... 

Hari-hari yang dilalui semakin merumitkan. Dalam otak sampai dah bercabang-cabang benda yang nak kena buat. Serius, jadual aku langsung tak terurus. Sampai aku langsung tak ada masa untuk siapkan proposal yang hanya tinggal beberapa hari lagi dateline.

Dengan keadaan diri yang tak sempat langsung nak bersua muka dengan lecturer untuk bincang pasal proposal. Susah! Sampai kadang-kadang aku terfikir kenapa urusan aku seperti tak berjalan lancar. Terlalu banyak perkara yang menghalang. Aku pernah cakap pada Tati, "entah la.. aku rasa macam dah tak semangat nak  sambung belajar."

Tapi bila dengar kata-kata Ija, "Ni baru permulaan. Ujian awal... Nanti bila dah tengah-tengah buat master lagi banyak ujian. Kena biasakan diri dengan ujian tu." 

Dan... Aku mula terfikir.

Tapi buat masa ni aku memang perlukan semangat dan sokongan. Aku perlukan nasihat dari mak..dari ayah... 

=='

Tuesday, May 22, 2012

Najmul Huda..

"Cik Tulip, nape teruk sangat muka. Demam ke? Nah, ambik ubat ni!" 

Aku pandang muka Amin dan Nizar. Ubat terus diorang letak atas meja betul-betul depan aku. 

Tak lama lepas tu bisik dengan Hanis yang jadi partner dalam kelas. Tanya kat Hanis, "Anis, muka akak bila mengantuk nampak macam demam ke?" Hanis dah sengih-sengih. 

"Teruk la korang ni. Mengantuk je kot. Over betul! Tak payah la nak perli-perli sampai nak bagi ubat demam bagai. Haih!" 

"Ni la orang perempuan, bila kita ambik berat kat diorang, diorang kata kita over. Tak faham sungguh!" Amin bersuara. Nizar kat sebelah angguk-angguk setuju dengan penyataan Amin. 

Aku sengih.. Terasa semakin serasi dengan mereka. :)

*hari ni memang mengantuk tahap dewa...*


Saturday, May 19, 2012

satu langkah ke depan.. :)

Bismillah... 

Alhamdulillah hari ni dah mulakan satu langkah. Langkah mendaftar untuk sambung belajar (master) di UM dengan Ayiem & Deeya. Tapi mesti la bidang kami semua dah berbeza. Kalau Ayiem dengan Deeya nekad nak sambung finance. Aku pulak lebih kepada kepada management (halal). Mungkin sebab bila tamat je belajar aku terus masuk bidang halal, jadi aku mahu teruskan pada apa yang aku minat. Deeya lebih nak fokus pada pasaran modal antara Singapore & Malaysia. Deeya dapat Bright Sparks. Untung la jadi budak pandai terus sambung phd. :)

Ehem.. sebenarnya mualamat atau finance bukan minat aku dari awal. Masa tamat je STPM dulu dari pilihan 1 sampai 5 semua aku tulis ekonomi kat borang UPU. Tapi semua tak dapat. Pilihan ke7 jugak yang aku dapat. Tapi aku tak ada la sampai menyesal. Terima dengan redha dan ikhlaskan diri menuntut ilmu. Semua perancangan Allah adalah yang terbaik untuk aku. 

Masa tahun akhir, aku dah nekad nak sambung ekonomi. Sebab minat aku pada bidang ekonomi sangat mendalam. Minat tu mula tertanam masa sambung STPM.  Kalau bagi kawan-kawan lain semua rasa ekonomi adalah subjek yang paling susah nak skor tapi alhamdulillah Allah bagi kelebihan pada aku menguasai semua keluk yang ada dalam buku ekonomi dan sampai sekarang aku masih ingat apa yang aku belajar masa form 6. Dan untuk anugerah subjek ekonomi memang aku selalu dapat dalam masa dua tahun aku di SMKAP. Itu je la anugerah yang dapat dibanggakan selain pelajar cemerlang masa form 6.  Masuk UM terus menurun prestasi. Sebab malas!

Tapi Allah tetap tak izinkan aku untuk teruskan minat aku pada bidang ekonomi. Mungkin bidang ni dah ramai pakarnya. Ralat jugak sebenarnya sebab aku pernah cakap pada Ustaz Pian bila dia dah tamat belajar kat Jordan nanti aku nak buat master dengan dia. Buku-buku ekonomi pun dah banyak aku borong. Penuh dalam rak buku kat kampung. Tak kesampaian lagi hajatku. T_T 

Tapi kini hati aku dah beralih arah. 

InsyaAllah aku akan buat full research. Sungguh aku dah malas nak masuk kelas & dewan exam. Sebab tu aku pilih research. Sebenarnya kan aku tak tahu pun tarikh tutup untuk hantar proposal bagi disertasi 8hb Jun ni. Aku main daftar je. Dan sekarang aku ada masa dalam 3 minggu je untuk buat proposal dan hantar pada penyelia dan seterusnya tunggu kelulusan Dr Azzah (ketua jabatanku). *ketuk kepala*

Dan dalam kepala otak aku sekarang hanya ada tajuk. Dan sungguh aku blur. Sepertinya dah mula cabaran pertama aku. 

Sebenarnya dalam kepala aku sekarang ada dua tajuk. 

1)Satu bekaitan slaughterhouse. Bunyi macam pelik je. Sebab rasa macam langsung tak menarik pasal ni. Tapi sebenarnya kat Malaysia banyak sangat isu pasal slaughterhouse. Masa aku join kursus halal ni aku terfikir tak mustahil kita muslim dah termakan binatang yang tak disembelih ikut syara'. Dan sebenarnya aku tercabar kata-kata Dr Kamarulzaman yang bila aku ajukan solan kenapa orang Islam tak ada buat kajian tentang kosher yang orang Yahudi amalkan. Kata Dr Kamarulzaman, pelapis kami semua dah tua-tua, kamu semualah yang harus sahut cabaran ni. Dan satu lagi aku tertarik pasal isu stunning. Banyak jenis rupanya stunning kat dunia. Aku nak kaji semua jenis stunning yang ada kat dunia ni. (bunyi macam nekad & sangat menakutkan). Nampak gayanya aku kena la rajinkan diri kaji balik fatwa-fatwa yang mufti kat Malaysia ni dah buat berkaitan stunning. Tapi aku terfikir balik tajuk slaughterhouse ni macam tak berapa sesuai sangat kalau orang perempuan yang kaji. Tak ke? Sekali lagi nak cabar diri sendiri. *kerut dahi*

2) Dua, tajuk  Pengurusan halal di hotel Malaysia. Aku berminat dengan tajuk ni sebab kat hotel langsung tak boleh dipisahkan dengan benda-benda haram, contoh arak. Aku nak kaji tentang bagaimana pengurusan halal yang diorang buat. Kalau aku tanya Dr Azah dua tajuk ni, confirm dan dengan yakinnya Doc akan suruh aku pilih tajuk ni. 

Sebenarnya kan aku lebih berminat pada slaughterhouse. 

Kesimpulannya sekarang ni kena buat kedua-dua tajuk ni untuk hantar pada Dr Azzah. Ya Allah, permudahkan. Ameen... ~~

Sunday, May 13, 2012

mak...

Bismillah...

Saya ada mak. Semua orang ada emak kan? Kalau tak macam mana dia boleh wujud kat dunia ni kan. Tapi mak saya tak sama macam ibu kawan-kawan saya yang lain. Mak saya cuma insan biasa. Mak saya tak bekerjaya. Mak saya bukan cikgu. Mak saya bukan doktor. Mak saya cuma suri rumah sepenuh masa. 

Tapi mak tetap wanita hebat di mata saya. Kisah mak tak sama dengan kisah hidup saya. Saya dari kecik memang sangat manja dan disayangi mak. Tapi mak? Mak antara salah seorang anak yang jadi mangsa penceraian tok wan dan tok. Bila tok wan dan tok bercerai, hidup mak terumbang-ambing. Mak tumpang kasih dengan ibu saudara mak yang sangat garang. Kesian mak!

Masa umur mak dalam lingkungan budak sekolah rendah, mak dah diajar untuk duduk di dapur untuk masak segala bagai masakan kampung. Mak pandai masak segala-galanya. Sebut saja masakan kampung, semua mak tahu. Sebab memang tugas mak di dapur untuk memasak dan kemas rumah di rumah ibu saudara mak. Kisah mak dah macam bawang merah kan? Eh, bawang putih ke? Entah la, saya dah tak ingat bawang putih ke, bawang merah ke, atau bawang besar. 

Saya pula sampai sekarang bila masuk dapur dan memasak mesti ada yang kurang. Terlebih masin la, tawar la.. Sampai bila-bila pun saya tak akan dapat tandingi bakat memasak mak! 

Bila bulan puasa, mak kata dia kena bangun seawal jam 3 pagi untuk siapkan makanan untuk bersahur.  Sendirian! Sampai tersengguk-sengguk depan periuk. Dulu mana ada periuk karan bagai. Kesian mak! 

Bila hari raya pulak, mak kata dia tengok je budak-budak lain pakai baju raya cantik-cantik. Mak tetap dengan baju persalinan yang selalu dipakai tiap-tiap hari. Tak berganti! Kalau ibu saudara mak ada duit lebih, baru dibelikan untuk mak. Mesti la ibu saudara mak akan utamakan anak-anak dia sendiri kan dari mak. Hm..

Bila umur mak dalam lingkungan budak sekolah menengah, mak dah diajar untuk masuk sawah padi. Mak diajar tanam padi. Kesian mak, dari kecik mak dah guna badan dia untuk buat kerja berat-berat. Berpanas terik untuk menyulam padi. 

Kisah saya tak pernah sama dengan mak. Mak langsung tak benarkan anak-anak dara dia masuk sawah berpanas di bawah matahari. Mak suruh saya duduk rumah baca buku. 

Mak tak pernah ke sekolah. Tapi mak belajar mengaji al-Quran. Ilmu yang mak ada hanya ilmu al-Quran. Suara mak memang sangat sedap bila mengaji. Kata ayah, dia jatuh hati pada mak pun sebab dengar mak mengaji.  :)

Sekarang mak ada di Kedah. Tok sakit. Mak ke sana sebab nak jaga tok. Bagus kan mak? Mak langsung tak pernah berdendam dengan tok walaupun tok tak pernah ambik tau pasal mak sejak tok & tok wan bercerai. Mak kata, wajib bagi anak untuk taat dan hormat ibu ayah mereka selagi mereka hidup. :)

Mak.. walaupun adik tau mak tak kan baca entri yang adik post untuk mak tapi adik tetap nak tulis ni untuk mak. Mungkin bila adik ada anak-anak nanti, diorang akan bangga dengan emak adik! 

Mak.. selamat hari ibu.. Orang tak sempat nak ucap kat mak. Orang telefon pak ngah tapi tak dapat. Orang nak cakap dengan mak tapi tak ada rezeki. Cepat la mak balik pahang. Senang nak cakap dengan mak sebab ada handfon ayah. 

Petang tadi baca buku (konon-konon nak studi) tapi tertidur dan mimpi mak. Sungguh betul-betul mimpi mak. Ini bukan ayat dramatis tau. Dah dua minggu tak dengar suara mak sebab masa tu merajuk dengan mak sebab mak marahkan orang. 

Tapi sekarang orang dah tak merajuk dengan mak. Mak tetap ibu, ummi, dan bonda untuk adik buat selama-lamanya. Sayang mak! :)

bibi yang comel... :)


"Kenapa mesti ikan puyu Ija? Banyak lagi ikan lain kat dunia ni yang lagi cantik-cantik." Pernah aku tanya Ija soalan ni. Pelik sebenarnya bila ada yang bela ikan puyu. Ikan puyu ni tak sesuai sangat nak diletakkan dalam akuarium dan dihias cantik-cantik. Sebab biasanya ikan puyu untuk dimakan. Selalu jugak usik Ija, "lapar pulak bila tengok ikan puyu ni, nanti boleh la goreng ikan ni ye!" Sambil sengih-sengih kat Ija. 

Ija kata biasanya dia kalau pergi kat tempat baru selalu kena 'ganggu'. Sebab tu bela ikan puyu. "Oh eh?" Aku balas balik kat Ija. Ija ni lembut sangat, memang selalu kena buli dengan aku. Memang selalu dia nak ketuk-ketuk kepala aku kalau aku cakap nak goreng ikan puyu dia. 

Kadang-kadang rasa nak tergelak dengan perangai dia. Dia memang sangat riang walaupun masalah dan ujian yang Allah bagi pada dia sangat berat. Dan yang paling kelakar aku rasa bila dia kata dia lupa nak datang ambik paper math masa UPSR dia dulu. Sampai kena sekeh dengan cikgu math. Ija.. Ija.. *sambil geleng-geleng kepala* 

Sejauhmana keberkesanan membela ikan boleh elak benda-benda ni aku tak pasti! Tapi aku rasa sangat seronok bila tengok Ija selalu berbual dengan bibi dia. Bila aku diamanahkan Ija untuk menjaga Bibi dia selama 3 hari ni, aku rasa penyakit  berbual dengan ikan dah berjangkit dengan aku. Best tau rupa-rupanya! Terasa nak bela ikan jugak la, nanti bibi ada kawan. Hehe... 


Dan semalam bila aku bercerita dengan bibi, menangis depan bibi cerita segala masalah aku pada aku rasa sangat tenang. Yela, Enul jauh, Bai pun jauh.. kalau tak,memang aku dah menangis depan diorang. Sebab diorang la kawan ketawa & menangis aku. Hm...

Walaupun aku tak pasti dengan renungan bibi yang seolah-olah simpati dengan nasibku atau tak tapi sekurang-kurangnya ada jugak yang sudi mendengar luahan hatiku. Walaupun hanya seekor ikan puyu!

Bibi memang terbaik!!!!! :)



Friday, May 11, 2012

kisah dia..

Bismillah...

Tempat baru semestinya aku akan bertemu dengan kawan-kawan baru. Mesti akan ada sesi ta'aruf untuk kenal kawan-kawan baru. Alhamdulillah dipertemukan dengan kawan-kawan yang sangat serasi dengan aku. Pertemuan macam tu memang sangat indah kan?

Bila jumpa orang baru dalam hidup kita sekaligus kita akan tahu juga kisah hidup mereka. Kisah hidup insan yang aku baru jumpa & rapat ni sangat sedih. 

Ada suatu hari, masa dalam kelas ustaz Amri, entah macam mana boleh timbul isu pasal poligami. Aku pun tak tahu macam mana tiba-tiba ustaz boleh keluarkan topik tu. Tapi ustaz ada tanya budak-budak lelaki dalam kelas sama ada pernah ada niat nak berpoligami atau tak. Tak ada yang jawab. Tapi semua sengih macam kerang busuk! 

Tiba-tiba Ija kat sebelah aku bersuara, "Eh, tak payah la poligami. Susah tau nak adil! Walau macam mana  buat sekalipun mesti tak boleh nak adil! Mesti akan ada sebelah pihak yang lebih, sebelah pihak lagi kurang."

Aku sendiri pernah tanya ayah sama ada ayah pernah ada niat tak nak kahwin dua tak? Ayah jawab niat tu kena ada! Yang tu kan sunnah Nabi. Niat je benda yang baik, automatik akan dapat pahala. Tapi aku tau ayah bukan macam abang. Hua3.. Aku bukan tak setuju pada poligami. Tapi kalau tengok pada konteks manusia zaman sekarang dengan kisah Nabi memang sangat berbeza. Bila masuk bab poligami semua akan kata sebab nak ikut sunnah tapi berapa ramai yang ikut cara keadilan Nabi. Yela, mana boleh samakan kita dengan Nabi. Nabi tu maksum, terpelihara dari dosa. Tapi  semuanya berbalik pada ketaqwaan diri masing-masing jugak kan?

Mak pun pernah cakap kat abang masa abang cakap nak kahwin sorang lagi. "Kat dunia memang rasa seronok, kat akhirat nanti jenuh nak menjawab kalau tak adil!" 

Masa teman Ija pergi UiTM Shah Alam ambik jubah konvo dia, aku pernah tanya dia, "Ija tak pernah balik rumah kat kampung ke? Kenapa Ija selalu balik rumah Mak Cik?" Yela, mesti la aku hairan bila Ija jarang bercerita tentang keluarga dia, Ija pun banyak bercerita tentang keluarga Mak Cik dia je. 

"Ija rasa tak selesa balik rumah ayah. Ayah dengan family dia!" Jawapan Ija buat aku faham semua persoalan yang selalu tertanya-tanya di minda. Dan sekarang aku makin faham kata-kata yang Ija cakap dalam kelas Ustaz Amri. 

"Mak Ija meninggal masa Ija tingkatan 3. Masa mak meninggal ayah langsung tak datang pun jenguk jenazah mak buat kali terakhir. Mujur ada abang Ija yang uruskan semuanya. Sebelum mak pergi, mak dah pesan awal-awal lagi suruh Ija duduk dengan Mak Cik. Sebab tu la Ija rapat dengan Mak Cik." 

"Sebenarnya kalau ikutkan hati, memang Ija akan berdendam dengan ayah sebab selalu lebihkan belah sana. Tapi bila fikir balik, ayah je la keluarga terdekat dengan Ija. Ija abaikan je la. Hal yang lain tu biar la, itu urusan ayah dengan Allah. Ija anak dia, selagi dia hidup Ija kena taat kat dia."

"Ija nak pakai duit ni. Ayah ni susah betul nak bagi duit la. Ija dah rasa segan nak minta duit kat Mak Cik. Hmm..."

"Ija dah belikan baju batik untuk ayah pakai masa konvo Ija. Siap tempah dekat kawan lagi masa dia balik Terengganu tapi ayah tak dapat datang pun. Masa diploma dulu pun ayah tak datang." 

"Entah la.. Malas dah la Ija nak fikir..." 

Setiap hari, macam-macam benda yang Ija kongsikan dengan aku. Sampai aku terfikir dan kagum dengan dia. Betapa tabahnya dia lalui kehidupan yang langsung tak menyebelahi dia. Dia tetap senyum depan aku. Tak pernah sekalupun dia menitiskan air mata depan aku. Kuatnya hati dia. Kalau aku di tempa dia, aku rasa aku tak akan sekuat dan setabah dia. Betul la kata-kata indah yang terungkap dalam al-Quran yang mana Allah memberi ujian pada manusia bersesuaian dengan tahap kemampuan manusia itu sendiri. 

Isnin depan (14/5/2012) Ija konvo..
Dan isnin depan (14/5/1987) hari lahir Ija..
Tahniah & selamat hari lahir Ija. :)


Wednesday, May 9, 2012

hati.. akal.. dan cinta..

Hati bila jatuh cinta atau jatuh suka pada seseorang langsung tidak pernah tanya pada akal sama ada dia sesuai, sepadan, atau tidak dengan kita!

Akal kata tak boleh, hati kata boleh! 
Akal kata jangan difikirkan sangat, tapi hati tetap merintih! 
Akal kata lupakan, hati tetap mahu bertahan.. terus mengingat! 

Hati.. bila buat keputusan tentang cinta langsung tak pernah tanya pendapat akal! Langsung tak pernah tanya akal terlebih dahulu sama ada dia boleh jatuh cinta atau tak pada si 'dia'. Hati pentingkan diri sendirikah? Langsung tidak sudi bersepakat dengan akal! 

Dan akhirnya tersepit di antara dua. Antara hati dan akal! 


Monday, May 7, 2012

awak bukan untuk saya.. :)

Kalau dia tidak ditakdirkan untuk kita, boleh jadi dia bukan yang terbaik untuk kita atau boleh jadi kita bukan yang terbaik untuk dirinya.
Kalau dia bukan yang terbaik untuk kita, maknanya Allah dah sediakan orang lain yang paling baik dan sesuai untuk kita.
Kalau kita bukan yang terbaik untuk dirinya, maknanya Allah mahu kita ambil lagi sedikit masa untuk muhasabah dan perbaiki lompong yang ada pada diri kita.
Bersangka baiklah dengan Allah.
Dan, jangan bersedih :)