"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Saturday, December 14, 2013

Disember 2013.

Bismillah...

Disember 2013.
Ya Allah, rasa bulan ni paling -paling busy. Siang malam kelas, siapkan assignment, slide untuk present, mikro teaching, portfolio, sukan tengah-tengah panas. Gila! Susah rupanya jadi cikgu ni. huhu

Tinggal satu hari je lagi kelas. Minggu depan je lagi akan menghabiskan sisa-sisa perjuangan di maktab. Tapi bukan dah berakhir terus, untuk bulan ni je. Masuk bulan 1 tahun 2014, aku yakin aku akan bertambah double triple busy yang maha dasyat. Senarai assignment tak cukup satu muka, sampai kena sambung muka surat baru. Tambah tahun depan praktikum lagi seriau. Ngee...

Apapun tetap tak sabar nak menghadapi tahun depan. Nak cepat habis. Tak kisah la lepas ni dapat posting ke tak, posting Sabah Sarawak ke apa. Itu bab lain. Tak nak fikir lagi. Ada rezeki tak ke mana kan? Dah usaha, selebihnya doa dan tawakal,. Setiap yang aku buat ni dah aku cuba sehabis baik ikut kemampuan diri sendiri. Oh lupa nak bagitau, dah isi e-posting, apa kejam sangat diorang ni langsung tak ada pilihan negeri pun untuk berkhidmat. At least satu pun jadi la kan, boleh la aku isi Pahang kan? Ni langsung tak ada. Baik tak payah nama e-posting atau e-penempatan. Kejadahnya. Eeyaiiii.... Dah la masa isi ni, status 'tak pernah berkahwin'. Memang harapan nak dapat di seberang sana tu memang sangat tinggi la kan. Huhu.

Friday, December 6, 2013

Suka duka 4hb December 2013

Bismillah...

4 December 2013
Genap sudah umurku 26 tahun. Sekejap je masa berlalu kan? Dah tua rupanya aku. Umur yang meningkat ni rasanya amal tak banyak pun bertambah. Duk buat yang wajib je. Itu pun kadang-kadang terleka sendiri. Manusia, lumrahnya macam tu la.

Ulangtahun kelahiran kali ni rasanya tak ada yang menarik pun. Yela, duduk IPG kuliah dari pukul 7 sampai 7. 12 jam berturut-turut. Malam sibuk dengan slide & assignment. Ditambah pula dengan keadaan kesihatan yang tak mengizinkan. 5 hari dah demam. Tolsin bengkan. Ya rabbi, sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Bila Allah tarik satu nikmat dari kita, azabnya cukup terasa. Jadi, bersyukurlah dengan nikmat yang Allah berikan sekarang.

Malam birthday sempat call mak. Kat Rompin banjit teruk. Habis semua sawah padi tenggelam. Mak kata ayah baru je tabur anak benih padi, tak tau la nak tumbuh ke tak. Tapi yang aku bersyukur sangat, kawasan rumah kami tak payah kena pindah. Mujur dapat tanah yang tinggi jugak. Kampung-kampung jiran semua kena pindah. Mak suruh doa bagi semuanya kembali elok. Yela duduk tempat pemindahan tu memang rasa cukup azab. Kawan yang kat kuantan kata kat tempat diorang tak ada elektrik, bekalan air makanan semua benda la tak cukup. Kesian kat budak-budak dengan orang tua.

Seperti biasa, mak tak ingat hari lahir aku. Tapi aku tak kecik hati pun. "Hari lahir mak pun mak tak ingat, hari lahir adik lagi la mak tak ingat." Mak ayah pun dah uzur. Bukan sihat macam dulu dah. Ayah pun sekarang kadang-kadang dah tak boleh nak pi surau macam dulu. Aku harap sangat posting kali ni dapat pahang. Memang betul kata pensyarah2, dapat sabah sarawak pun okey , dapat cari pengalaman. Tapi dalam keadaaan sekarang mak ayah perlukan anak-anak dia. Kak cik pun bulan 4 tahun depan nak pindah balik pahang dah. Jaga mak ayah.

Mak pun kata tak pasti lagi dapat datang ke tak untuk majlis tunang ni. Pahang banjir, jalan banyak tutup. Aku faham tapi still sedih... :'( Harap hujung bulan ni banjir dah surut.

Hari lahir aku ni tak ada sape yang ingat. Just kawan-kawan baik kat UM. Serius terharu sangat dengan ucapan kawan-kawan baik SMPM walaupyn x de publish pun tarikh lahir kat FB. Rindu sangat diorang.

Tak ada perkara yang indah melainkan salah satunya dapat ucapan doa dari kawan-kawan tersayang dan mak ayah yang dicintai selalu. Ya Allah berkatilah mereka selalu. Aku sayang mereka kerana-Mu. Amin. :)