Bismillah..
Dah lama rasanya tak menulis di sini. Dari awal kemunculan blog aku memang jauh beza dengan tulisan aku sekarang. Rasanya tulisan sekarang macam lebih matang sikit kot. Hehe.
Banyak yang dah berubah.
Aku dah jadi emak, so mesti sgt banyak perubahn tu kan? Dulu kehidupan aku, dunia aku semuanya tentng study, kawan, shopping dgn kawan, window shopping pun best, study group, lepak kat hitam manis................. Dan banyak lagi..
Sekarang..
Hidup aku lebih banyak untuk fateh hadif.. Anak teruna aku..
Sekolah. Yea hidup aku pun banyak di sekolah. Mengajar, buat itu, buat ini.. Semua tahu tanggungjawab guru bukan mcm dlu lagi..
Aku pun sibuk uruskan family aku sekarang.. Mungkin masa untuk seronok dgn kawn dh x mcm dlu lgi.
Aku rindukan kenangan dulu, tapi tak bermakna aku tak bahagia dgn kehidupan aku sekarang.. Walau macam mana rupa bentuk hidup aku,aku akan lalui juga. Dengan izin Allah.. Itu pasti..
~~Aku mahu jadi aku. Diri sendiri, tanpa bias orang lain. Aku tak mahu dibayangi, atau sekadar jadi tempat berpaut. Aku mahu hidup. Aku mahu berdikari. Aku mahu bebas...~~
"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"