"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Friday, December 31, 2010

saya nak hidup zuhud .... insyaAllah...

tahun baru menjelma.... so, makanya i hanya perlu renew azam ... tapi nak tambah satu lagi azam baru yakni mau hidup secara zuhud.... anda tahu apa itu zuhud???

"soleh hidupnya dan tidak dikuasai oleh kemewahan dan keseronokan dunia; perbanyaklah mengingati mati kerana itu akan mengurangkan seseorang drpd melakukan dosa dan menjadikannya ~ dlm urusan dunia; menzuhudkan menjadikan seseorang zuhud: mereka hanya mahu ~ diri kpd Allah; kezuhudan sifat zuhud: cinta kpd IIahi terbit drpd ~ jiwanya." ~ ini diambil dari kamus dewan online yer.... hehe....

macam mana boleh timbulnya isu zuhud ni wahai saya???
sebabnya i baru je pas baca novel jaja & din, karya noor suraya.. wah, begitu berpengaruh ye novel tersebut pada i.... (mesti laaaa..... tak guna apa yang kita baca , kita tak cuba hayati, amalkan).... betul kann....

ehem, setakat ni banyak buku2 (terutama novel) yg i baca boleh ubah hidup i tau... contohnya 'versus' by hlovate.... kalau dulu i pakai tudung pendek, sekarang dah labuh sikit (eceh, bangga lak sikit2)... dan i pon dah haramkan diri i ke pawagam.... bukan i nak tunjuk yg i ni baik occay.... i tak pernah halang pon org lain nak masuk ke pawagam ke, nak bertudung pendek ke... itu hak masing2.... yg penting, i nak diri i yang berubah.... occay.... i berubah sebab DIA, bukan sebab sape2... bukan sbb mak suruh, bukan nak tunjuk i ni alim atau sbgnye occay.... huhu....

owh ada stu kata2 dalam novel ni yg wat i sentap sangat2....
dan berapa ramai gadis di luar sana yang mengaku single & tak pernah berdating - tapi hakikatnya bergaul secara bebas di fb, ym, friendster & sebagainya.... ni bukan ayat original cuma ayatnya lebih kurang mcm ni la... sedih tau i baca ayat ni... bukan i nak salahkan penulis yg tulis novel ni, tapi i sedih la sbb kata2 ni mcm kena kat batang hidung sendiri je!!!! ini hakikatnya... tambah2 bila berborak dengan kawan2 kelas... km ni dah mcm adik beradik, tapi ntah laaaa.... susah la i nak berubah kalau yg ni.... tapi boleh kot sikit2.... ngeeee....

berbalik pada hidup zuhud tu... i tertarik pd watak Din yang memang sangat zuhud hidupnya... makan nasi dengan ikan bilis goreng je tau... tidur atas lembek.. tak ada kereta (ke mana2 naik bas je tau!!!)... i sanggup je kalau ada suami spt ini.... (wah, nekadnya i kan???) tapi........... jgn suruh i kayuh basikal sampai ke pahang sudah la.... (eh, ada tau org zuhud mcm ni, sepupu pd nani @ sinichi kudo, nama dlm fb)... kalau yg tu memang la i tak sanggup.... i angkat bendera surrender awal2 la yer... emmmm...

kalau macam tu.... maknanya tahun depan.... antara perkara yg perlu i kurangkan ialah :
1) shopping melampaui had... kalau nak beli pon sekadar utk keperluan, bkn tujuan utk bermewah tau!!!! kalau buku mcm mana??? (owh, kalau buku, i tak boleh hidup secara zuhud.. sbb i ni pencinta buku... i suka membaca)....

2) kena makan sampai habis.... (owch, yg ni kena kuatkan semangat yer!!!!)... baik laaaaaaa.....

sebenarnya kan....
sangat susah tau nak hidup zuhud ni.... tambah2 di zaman moden ni... tapi tak salah kan kalau i mencuba... bukan la secara drastik, tapi secara berperingkat.....

semoga Allah memberkati... insyaAllah.... ^_^

Thursday, December 30, 2010

'Addin Shah' Vs 'Cik Tulip'

ketika i sedang menaip post kali ni, i sedang berada di penang yer.... i dipaksa ke sini... kakak i yg paksa (tapi tak pe sbb beliau yg byr tiket pergi & balik utk i)...

post kali ni tentang watak i di 2 fb yg berbeza....
sebenarnya i tak rasa i berhipokrit pon bila i ada dua fb yg berlainan nama... bukan apa i ni jenis yg agak gila-gila sikit org nye (tapi ini x bermakna i gila occay!!!!).. i masih waras... cumenye kalau kat fb addin shah i malu la nak post pelik2... spt mana yg anda semua tahu, addin tu sendiri brmaksud agama ... ya, agama yg benar... so, i kena la jaga nama baik tersebut... i nak jadikan fb addin shah sbg tempat utk i berdakwah (wah, dah ala2 ustazah gitu!!!!)... tapi, okey pe kan??? i ramai frenz kat situ... dan yg penting ramai dlm kalangan fan hlovate.... dan yg paling penting kat addin shah tu pun tetap diri i tau... so, i tak pernah berhipokrit occay.... hee... (ada sape2 kesah ke???)... em, terpulang pd msg2....

oh, lagi satu sbb i hormatkan Hlovate (sape2 x kenal hlovate, google la sndiri! i malas nak explain)... dan nama addin shah tu sndiri i amik dr novel beliau (walaupun nama addin tu i akan bg utk nama anak i, tapi i tatau bila i akan ada anak... & yg penting i single, x kawen2 lagi... heh3...) so, i ni kena jd mcm hlovate sikit2 la... (maksudnya i kena berdakwah mcm beliau!)... i sangat hormatkan hlovate tau!!! i ni memang betul2 fan dia tau.... (sila percaya dgn yakinnya!)

kalau kat cik tulip tu ni, i rasa memang perangai i sengal ya Rabbi... tatau la, tambah2 bila datangnya penyakit meroyan i ... hehe.... dan utk fb cik tulip pon, hanya frenz tertentu je yg i add... (kiranya sape2 yg teradd tu memang dlm kalangan yg special la... cis, perasannya i.. mcm la i ni femes sangat.... kannnnnnnnnnn)... tapi betul la, i segan la nak wat perangai pelik2 kan addin shah.. lagipon ramai bdk ai (akademi islam) ... nanti apa plak tanggapan diorg kan... malu la i sebagai seorg gadis yg sopan santun (perasan lagi!!!)... eh, i pon pompuan tau, mestila ada perasaan pemalu tu.... betul kannnnnnnnn.....

motip di sini....
ehem3.... di samping kita meroyan di fb tu, tak salah kalau kiter berdakwah kan... banyak pahala, banyak ganjarannya.... dan yg penting niat mesti la ikhlas.... kerana Allah Taala... betul la kan.....??? sekali-sekala post la hadis ke ayat2 al-Quran ke... insyaAllah kalau i online, i akan 'like' dgn senang hatinya.... ( i rasa fb i byk yg ngarut2... tu yg kalau bleh nak berubah,,, huk3... sedih tau... )

sape kata fb ni hanya utk dijadikan diary rutin harian je, sampai nak makan apa, pakai baju apa.. semua nak post kat fb... tu belum yg masuk soal cintaaaaaaaaaaaaa lagi... haisy... hehe.... tapi i tak nak komen pasal ni, fb anda terpulang pd anda... kalau i suka, i like... kalau x berkenan, i abaikan je.... heee..... ^_^

okey la... sampai di sini saja... i undur diri dulu yer... (oh, lagi satu i rasa blog i pas ni pon i kena gunakan utk berdakwah jugak la)... di samping ngarut2 kan, i kena la post sesuatu yg bermanfaat... nanti kalau Allah tanya kat sana, i jugak yg susah... kan.....

mcm mana boleh timbul isu nak berdakwah ni wahai saya???
sebenarnya i baru baca novel jaja & din.... sentap hati i tau!!!! ni karya kak noor suraya.. sape2 yg rasa nak berdakwah @ berubah bleh baca novel tersebut...

occaylah, bye2.... ^_^

Sunday, December 26, 2010

Ku ingin cinta seperti Zulaikha pada Yusufnya... (^_^)

i sangat la bosan di ketika ini yer.... cik tati plak duk tengok 'the lord of the rings' sorg2.... dah la tengok sorg2, pas2 gelak2 seronok plak... makanya i sorg2 je la kebosanan tahap apa x tau la nak kata.... sedih tau!!!!

okey la, post kali ni i tak nak citer pasal kawen, jodoh, teman istimewa @ apa2 yg berkaitan la.... i rasa mcm apa je bila ari2 post seperti itu... kali ni i nak post sesuatu yg Ilmiah sikit... iaitu tentang kisah Nabi Yusuf & Zulaikha.....

em... i suka sangat kisah nabi Yusuf... semalam i baca tafsir surah Yusuf..... (wah, rajinnye i kan)... alaaa... ada masa lapang kena la jugak isi dengan sesuatu yg bermanfaat.... i nak tambah banyak info dlm otak i ni... lagipun i agak terasa jugak la bila ayah & mak i duk perli2 i bila baca novel... dia kata kalau baca tafsir al-Quran kan banyak manfaat... so, i kan anak yg baik kena la dengar nasihat my parent kan??? eceh... kdg2 i ni sangat la perasan yer......

occay... jom kiter citer kisah mereka yg sgt i kagum tu...

Dimulakan dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha penyayang....

Dahulu hidupnya di dalam kemuliaan dan kemewahan. Dia seorang perempuan yang mempunyai rupa paras yang cantik dan juga menawan.

Siti Zulaikha…

Pada asalnya adalah dia merupakan isteri kepada Al Aziz, seorang pembesar Mesir. Namun setelah ketiadaan suaminya, ia menjadi jatuh miskin dan wajahnya menjadi kelihatan tua. Meskipun begitu, kecintaannya kepada Nabi Yusuf A.S tetap sama. Tidak berubah malah hari demi hari, zulaikha semakin merindui dan mencintai Nabi Yusuf A.S.

Hari-harinya berlalu dengan kekecewaan. Zulaikha yang sebelum ini seorang penyembah berhala. Dia pernah menghempas berhala – berhala tersebut sehingga pecah berderai. Sehinggalah pada suatu masa, Zulaikha beriman kepada Allah SWT.

Pada suatu malam, Zulaikha bermunajat kepada Allah SWT,

“Ya Allah, tidak sedikit pun harta dan kekayaanku tinggal, semuanya telah musnah, dan aku telah menjadiorang yang tua, terhina dan miskin. Lalu Engkau uji pula dengan rasa cinta terhadap Yusuf. Maka pertemukanlah aku dengannya atau Engkau hilangkanlah rasa cinta terhadapnya daripada qalbuku.”

Para malaikat mendengar munajat Siti Zulaikha tersebut lalu berkata :
” Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Zulaikha telah datang ke HadhratMu, memohon kepadaMu dengan iman dan ikhlas.”

Maka Allah berfirman :
” Wahai para malaikat Ku, telah dekat waktu keuntungan dan kebebasannya.”

Siti Zulaikha Menemui Rombongan Yusuf As.

Pada suatu hari, Nabi Yusuf A.S berjalan melewati pondok Siti Zulaikha bersama dengan rombongan tenteranya. Maka keluarlah Ziti Zulaikha dari dalam pondoknya, dan pergi menemui rombongan Nabi Yusuf A.s lalu berkata,
” Maha Suci Zat yang telah menjadikan dengan RahmatNya seorang budak menjadi raja”

Kemudian Yusuf A.s bertanya :
“Siapakah engkau?

Zulaikha menjawab :
“Aku adalah orang yang telah membelimu dengan permata, intan, berlian, emas, dan minyak yang paling wangi. Akulah orang yang tidak pernah kenyang apabila makan semenjak aku menyintaimu, dan mataku tidak dapat dipejamkan semenjak memandangmu.

Lalu Nabi Yusuf A.s berkata :
“Mungkin engkau adalah Zulaikha!”

Jawab Zulaikha,
“Benar Ya Yusuf”

Yusuf bertanya lagi,
“Kemanakah harta, kecantikan dan segala kemewahanmu yang dahulu?”

Zulaikha menjawab,
“Semuanya telah lenyap lantaran cintaku kepadamu,

Yusuf bertanya,
“Bagaimana dengan keadaan cintamu itu?

Zulaikha berkata,
“Cintaku tetap tidak berubah, malah setiap saat semakin menyintaimu

Kemudian Yusuf as berkata kepada Zulaikha,
“Apakah yang engkau inginkan lagi wahai Zulaikha?”

Zulaikha menjawab,
“Aku mengingini tiga (3) perkara iaitu kecantikan, harta dan perkahwinan.”

Lalu Yusuf as berlalu pergi untuk meninggalkan Zulaikha.

Allah SWT Menikahkan Nabi Yusuf as dengan Zulaikha

Allah SWT telah mewahyukan Yusuf as ketika baginda berlalu pergi meninggalkan Zulaikha.

“Wahai Yusuf, engkau telah berkata kepada Zulaikha apa yang engkau inginkan. Akan tetapi engkau tidak memberikan jawapan diatas keinginannya itu. Ketahuilah olehmu, bahawasanya Allah telah mengahwinkanmu dengan Zulaikha, Dia telah mengucapkan khutbahnya sendiri, disaksikan oleh para malaikat dan bidadari – bidadari yang pun telah menabur bunga – bunga.

Nabi Yusuf as berkata kepada Jibril as,
“Wahai Jibril, sesungguhnya Zulaikha tidak lagi memeliki harta dan kecantikan.

Jibral As lantas menjawab,
“Allah berfirman, walaupun Zulaikha tidak memeliki kecantikannya lagi, namun sesungguhnya Aku mempunyai kekuasaaan dan kebesaran.”

Kemudian Allah Swt memberikan kepada Zulaikha rupa paras yang muda dan sangat cantik, melebihi daripada kecantikan yang pernah dimilikinya dahulu. Lalu Allah SWT menanamkan ke dalam hati Yusuf rasa cinta dan kasih sayang. Sebelumnya Yusuf sebagai orang yang dicintai, namun sekarang Yusuf menjadi seorang pencinta. Sedangkan pada suatu ketika dahulu Zulaikha menjadi seorang pencinta, kini dia menjadi orang yang dicintai.

Pedoman

  • Allah lah yang menanam rasa cinta ke dalam hati manusia
  • Kecantikan, ketampanan, kekayaan dan segala macam bentuk kenikmatan adalah milik Allah dan Allah-lah yang berhak memberi dan menarik kembali apabila tiba masanya.
  • Ketika di dalam kekecewaan dan kebahagiaan, kita hendaklah menyerahkan segala – galanya kepada Allah Swt.

Friday, December 24, 2010

aku si gadis sunti... (^_^)


untuk blog2 yg akan datang, aku akan membahasakan diri sebagai 'i' yer... (nak gedik kat blog sendiri yer!) hak3....

post kali ini mengisahkan i sebagai gadis sunti yg sudah meningkat remaja (ops silap dewasa!). Kalau org2 tua dulu kata, bunga yang sedang kembang mekar di taman, menanti untuk dipetik sang teruna... (wah, bahasa i semakin improve yer!) . Tahniah pada i....

seminggu di rumah, inilah kejadian yang terjadi yer....
Hari pertama :
"Mak, esok kawan kawen kat keratong. Orang pegi tau!"
"Isyh, hang ni asyik duk pi kenduri org ja. Nanti hang kawen tak ada sape nak datang!" Balas mak dengan nada seperti apa2 sahaja... (kalau kat umah, i lebih suka speaking pahang dari kedah... kdg2 bhs kedah mak i sangat sukar difahami)
"Tak nak datang sudah, org pi kenduri diorang ikhlas tau. tak harapkan balasan pon. lagipon kan mak org nak kawen pon tak tau tahun bila. apatah lagi nak fikir sapa yg nak mai masa org kawen nanti," balas i dgn hujah2 yg boleh mendiamkan mak.
"Suka hati hang la."

Hari kedua:
"Pi kenduri dengan sapa?" Tanya mak keesokan paginya. Ketika itu i sedang pakai tudung & bersolek dgn ayunya di depan cermin. (Hah, perasan!)
"Kawan yang kat selendang. Naik keta dia," Balas i selamba.
"Kawan laki ke pompuan?"
aik, tapi i tau pertanyaan mak ni ada unsur2 untuk mengorek rahsia hati i.
"pondan!" hak3... i gelak je tengok mak tarik muka.
"pompuan la mak." jawab i kemudiannya.

Hari ketiga :
"Aiman, mak su amik baby yer. Aiman kan dah ada Ain. Mak su ni sebatang kara je. anak pon tak de. sunyi la." Niat di hati nak usik anak sedara i. konon2 nak amik adik dia, si Dania.
"Mak su bersalin la sendiri!" Hah, tu dia............ jawapan anak buah i... mau je i sekeh2 kepala beliau, nasib baek la abah & mak dia ada depan. Kalau tak memang lunyai dah budak ni i kerjakan.
"Kawen la cepat2 nak ada anak sendiri." Balas akak i pula.
"Ye la." Malas nak layan sebenarnya.
"Ala, mak su tu sampai bila2 tak kawen. Entah2 asraf yg kawen dulu. Sibuk nak belajar je." Si Asraf yg sulung plak sambung.
"Amboi3, result PMR ari khamis ni baru nak kuar dah gatai no....." Geram je i. Pesal semua org kejam sangat berkata2 sedemikian. Tidakkah mereka tahu, bahawa i sangat terluka. (poyo gila ye ayat saya!)

moralnya di sini, memang la i rasa sangat gedik bila membahasakan diri 'i'... tapi suka hati i la... ini blog i.... (tak menyusahkan anda semua pon kan)

Dan lagi....
berdasarkan kepada huraian2 di atas, sudah sampai masanya utk i berumah tangga. Menjadi isteri yg solehah & ibu yg mithali.......... ngeeeeee......... tidak!!!!!!!!!!!!!!! (yang ni i tipu je yer, sila jgn percaya)....

oh ada lagi....
tadi kawan i, cik tati tanya....
"Kau target nak kawen umur bape?"
maka dgn yakinnya aku jawab....
"25"
Dalam hati i berkata,,, ada 2 tahun lagi nak enjoy!!!!

Wednesday, December 15, 2010

bila tulip layu................

arini aku mau tulis lagi...... sebab.................
aku tak ada sape2 nak bgtau aktiviti harian aku.............
aku tak de 'special person' yg ari2 aku perlu report segala bagai aktiviti aku....
dan tak mungkin akan ada............

dan aku tak pernah ada diary dalam hidup aku.....
sebab tu aku sangat sayang pada blog ini.... (walau ia kaku, tapi aku suka bercerita pada dia)

aku tak suke bercerita pada mak.......
kecuali kalau kena paksa................ (walau aku anak bongsu, tapi aku tak manja... cuma aku lebih disayangi ayah).................

aku sunyi sebenarnye.......
pagi2 bila aku bangun, aku rasa sangat sunyi... aku rasa sangat kosong.... dan aku...........
akan capai mp3 yg selalu menemani aku siang malam tanpa jemu...............
aku rasa dengan tu je aku boleh hilangkan kesunyian aku...........

tapi....................
aku sangat suka bersendirian & kesunyian...........

sebab..............
tak ada org kacau aku (terutama bila aku membaca).....
dan tak akan ada org akan sakiti hati aku.... (sbb aku mudah tersentuh @ terasa)

aku tak nak balik lagi............
sebab aku tak puas lagi hidup sorg2 (biarpon terpaksa kesunyian hari2)
sebab aku mau baca sepuas2 hati aku..... sebab kalau kat umah, mak akan bising...........
mak risau.....
aku selalu sakit kepala, selalu migrain..........
(bukan sakit biasa)

tapi.................
aku tk nak nyusahkan mak........................................
sebab tu aku terpaksa buat macam ni............

aku tak nak org risau pada aku............
walau aku tau akak memang tengah risaukan aku sorg2 kat sini............
walau ayah tak tanya terus kenapa aku tak balik, aku tau ayah risau aku.............
aku masih anak pompuan dia.......

Aku mau biasakan diri berjauhan dari org2 yg aku sayang.....
sebab aku tau..........
satu hari nanti bila aku dah pergi tak kan ada org sedih atau terasa sangat...........

dan.... aku mau buat segala apa yg aku suka tanpa ada org sekat...........
aku pandai jaga diri aku...........
aku tak pernah buat apa yg mak tak suka......
aku tak pernah kuar dengan mana2 lelaki yg aku tak kenal @ kenal sampai lewat2 malam @ pagi2 buta.....

aku sentiasa jaga maruah diri aku....
sebab mak kata, maruah keluarga ada pada aku.... (aku kena simpan baik2).....

dan............
aku masih menanti.......... aku tak tau kenapa aku perlu menjadi penunggu...............
tapi aku betul2 menanti kehadirannya..............
sebelum aku tutup mata.............. (^_^)

Salam Akhir...................

Tuesday, December 14, 2010

mimpi yang tak indah.....

tadi balik dari MPH.............. terus tertido masa baca novel Deja Vu......... novel ni best sangat............ (^_^)

tertido sampai mimpi.......................
aku ada di sebuah taman yg sangat cantik............
tapi.............. aku tertido atas lengan aku sendiri sambil pegang buku ni (deja vu).............

aku terjaga............. aku lihat keliling aku........... sangat sunyi........... hanya ada aku sorang..........
aku terus jalan ke depan dan................
aku nampak satu tasik yg sangat cantik...........................

seperti biasa aku suka termenung bila lihat sesuatu yg indah depan aku (tanda sangat kagum).....
sangat cantik.... sangat tenang..... sangat seronok ada di situ......................

tapi.............
tak lama pas tu................
aku nangis kat situ.................... (Tak pasti utk sebab apa).............
sepertinya aku hilang sesuatu yg sangat 'berharga' dalam diri aku........................

dan........... memang aku telah hilang sesuatu...................................................
dan tiba-tiba................
mungkin aku rasa kesedihan yg sangat , aku spt mau buat sesuatu yg dilarang di sisi Islam.........

aku mau terjun dalam tasik tu (walau aku tak pandai berenang & sebab itu nak terjun).........

tapi...........
belum pun sempat tubuh aku terjunam dalam tasik tu.........
aku.............

terus tersedar.................
jam dah pukul 6.30pm....... dan aku.......
belum solat asar...................

*motip : jgn tido pas asar.... solat dulu*

dan masa terjaga, memang aku sedar ada air mata yg basah kat muka aku..... aku sampai sekarang sangat sedih dan tak de mood arini.............. :(

Monday, December 13, 2010

aku yer... bukan anda!!!!

ini Aku... bukan kau... anda... you... enta... or enti.......... occay!!!
heeeeeeeeeeeeeeeeee (^_^)

aku spt yg aku kenal.....................

1) sangat obses dengan tulip.................................... apa yg menarik pada benda tu aku pon xtau... tapi bukan ke biasanya kalau kita suka sesuatu benda tu, x perlu sbb............ betul tak????????? ke aku sorg je mcm ni....................

2) sangat suka pada hijau......... weeeeeeeeeeee........... kalau tak ada hijau dalam hidupku, maka dunia ini sungguh la tak bererti................. (tak la sampai mcm tu sbnrnye, dunia tetap bererti bgku wlupun tanpa hijau) Alhamdulillah, bersyukur lah dengan apa yg ada yer cik saya................... tapi........... SANGAT TAK SUKA PADA PINK!!! Kalau ada org cakap org girl sume suka pink, itu sangat2 salah yer....... (^_^)

3) sangat suke berangan.... (hobi ni memang sudah tercipta sejak aku di sekolah rendah lagi)... makanya, kalau aku termenung lama2 sambil tersengih sorg2 tu, maksudnye memang tengah berangan................ best ooooo berangan nih...... sgguh tak tipu!

4) selalu makan tak habis.... pesanan utk diri sndiri "membazir itu amalan syaitan".... aku pon x tau la, nak kata aku umur 3 thn, tapi dah 23 thn........... terutama kalau kat kedai makan..... memang la............... tak tau nak wat camne la.... masa kecik2, pernah sekali aku makan x abis, ayah punye la bengang ngn aku, sampai dia pksa suh aku habiskan.... (makanye, terpaksa la telan nasi dengan air masak... kembung perut 3 ari... )......... seksa ooooo............. kesimpulannya, sekali aku makan sangat la sikit kecuali...............................

5) laksa............ aku memang dr kecik adalah fan pd laksa..... kalau seminggu ada laksa, memang aku tak kan pandang butir2 nasik depan aku.............. heh3.................

6) suka pakai jam.... hatta jam tangan tak ada bateri... akan tetap pakai... sebab kalau aku x pakai... aku rasa janggal sangat.........dan pelik............

7) suke dengar lagu @ mp3.......... kuat2 occay......... aku tak puas dengar slow2...... not me occay!!!

8) sangat suka pada baby yg comey2........... haisy.... pengakuan ikhlas dr hati yg suci ini, AKU SANGAT JELES TENGOK KWN2 YG DAH ADA ANAK!!!! kawan2 umah sewa kata, kawen je la.......... tapi aku kata, aku lebih nak anak dari suami.......... (sangat bahaya yer kata2 ini, tapi sila jgn salah sangka yer).... *mungkin sbb aku tak ada adik kot.......sbb tu kalau kat fb 'addin shah' aku selalu layan karenah adik2 yg ada sama minat ngn aku (hlovate , novel, korea)*

9) tak boleh minum air buah, terutama kelapa dan tebu.... sebab apa??? sbb pas tu aku akan sakit urat..... tapi............. ada??? ada aku kesah??? sbb aku sangat suke air kelapa.... ayah kata, lagi dapat tahan sakit minum je la.... (aku sangat suka nasihat ayah aku tu......) tapi......... "kalau sakit tanggung sendiri...." kata ayah lagi.......... dan memang sangat terseksa yer.... mak kata, bagus betul, tak tua pon dah pandai sakit urat......... (^_^)

9) sangat suka hujan..... lagi ada hujan, lagi la aku suka berangan... sebab apa??? entah la.... kalau2 kecik dulu, aku suka nyanyi masa hujan turun sampai la hujan berhenti... bukan makin melebatkan ujan occay.... suara aku tak la sumbang sangat... sekurang2nye penah jugak la sumbangkan suara masa nasyid sekolah rendah dulu2..... tapi naik sek men ayah aku tentang habis2an.... hahaha... (i ni kan anak solehah, sntiasa mendengar kata2 ayahnye walaupun selalu merajuk) hak3........... (^_^)

10) sangat tak pandai melukis......... aku sangat jeles pada org yg pandai melukis yer.... sbb tu aku sangat suka novel rooftop rant by hlovate.... sbb aku suke jade... aku suke dia sbb dia pandai melukis............. (^_^)

CUKUP.... cukup sampai di sini........................
motip : masih mencari diri sendiri............... okey la ni, tau jugak pasal diri sndiri kan????

Ops...
ada satu lagi.............

last = aku sangat perahsia org nyer........ jarang2 aku citer masalah atau apa yg personal dlm hidup aku terutama bab soal hati .... yg atas2 ni bukan 'rahsia' yer.... hak3.... hatta ahli dalam umah sewa aku pun, tak de sape yg tau apa yg ada dalam hati aku............ kecuali kalau aku fan giler2 kat org........ spt Hlovate...... Pingu Toha.......... *kagum dengan bakat diorg ...*

THE END.................

Sunday, December 12, 2010

mau cari pasangan???

haisy....
bila sorang2 sangat la terasa kebosanan melampaui tahap kematangan ku ini... (walau x matang mana pon)

sampai terfikir jugak ini.......

mau cari pak we............ supaya dapat teman aku yg kesunyian ini.............. atau paling kurang dapat sms pon kira okey jugak...... hak3....... (sangat la bosan sampai boleh terfikir perkara di luar alam ini)

.... haisy, i tak terdesak sangat occay!!! Masih boleh hidup secara single ....

lagipon still muda pe... baru 23... hahaha... (muda lagi kan?)

emmmmmmmmmmmm

cume........ tadi....
agak tersentap bila ada org nak tolong carikan tulip utk i........
ngeeeeeeeeeeeeee...........
apa maknanye???
mungkin.......................................................
haisy, sila jgn banyak berangan yer cik saya.....

dan...............
selagi ada novel yg menemani ku............
insyaAllah tak kan bosan lah...........

Lagipon.............
Allah kan ada...........
sentiasa ada utk saya........
kan3..........
*sambil tersenyum bahagia*
(^_^)

cinta saya hanya milik suami saya.......
walaupun....
tatau la sape yg akan jd suami saya....
lalalalala
(mode : sangat jiwang)
hak3...

Friday, December 10, 2010

sedang bersedih T_T


bila aku sedih... aku tak pandai nak luahkan pada sape2...
bila aku sedih... aku suka berkurung dlm bilik....
bila aku sedih... aku suka dengar lagu layan perasaan...
bila aku sedih... aku lebih suka diam...

bila aku sedih... hati rasa sangat sakit...
bila aku sedih... aku teringat mak...
bila aku sedih... aku akan menangis...... sampai tertido....

kan aku dah cakap... aku tak pandai nk sembunyikan perasaan aku... aku sedih bermakna memang aku tengah sedih... aku gembira bermakna memang aku tengah bergembira....

dan sekarang aku memang sedang sedih dengan motip memang tengah sedih....

Thursday, December 9, 2010

Ada???


kadang-kadang bila aku buat baik pada org, tapi langsung tak ada yg nak hargai....
kadang-kadang bila aku ingat kat org lebih2, tapi tak de pon org ingat kat aku....
kadang-kadang bila aku jadi terlebih peramah, ada pulak yg tak suka.....
kadang-kadang bila aku jadi pendiam yang sangat, ada plak yang tanya kenapa....

Ada???
Ada aku kesah??? hak3....

sebenarnya aku sangat kesah, occay!!!
terutama bila seseorang yg sangat rapat dengan aku....

mungkin...
mungkin aku yang lebih2.... hua3.... (ayat ni macam menghiris hati aku sendiri)

aku tanya aku sendiri... kenapa aku nak kesah??? sedangkan aku tak ada kaitan dengan mereka2... tapi bila fikir2 balik... macam ada kaitan pulak....

orang yg selalu tengok aku kat alam nyata sebenarnye tak sama dengan aku yg kat alam maya... itu hakikatnya....

aku selalu cakap.... aku nak jadi aku.... tapi susahnye nak capai kata2 ini.... ahaks....
sebab... aku tetap ambik kesah....
walau aku cube tak nak ambik kesah....
mungkin ini aku.... yup aku....


Wednesday, December 8, 2010

Cik Tulip Lindungan Bulan

hey.... saya ada FB baru... i like banyak2 okey!!!
sebab utama aku tukar FB... adalah spt berikut :

1) aku perlukan privasi spy tiap2 kali nak tukar status kat FB aku tak perlu berfikir 2, 3 kali.... lagipon status aku kat FB selalu mengarut2... terutama bila meroyan aku datang.... hak3....

2) supaya aku boleh online dengan tenang.... ini adalah kerana aku tak suka online di YM... entah kenapa?? aku memang tak suka... tak de sbb pon... heee.... biasa kalau online kat addin shah punye chat, ramai sgt menegur... kalau fan2 hlovate aku tak kisah sangat... tapi kalau dah masuk sampai negara afrika selatan, aku pon naik rimas.... haisy... (tu la, sape suh men approve org add tak mengira bangsa & negara)....

3) supaya aku boleh letak status 'single'... walaupun x de org heran pon kalau aku single... kalau kat FB addin shah bila tukar engaged, married ke.... ada je yg bertanya... terutama kawan2 lama.... i rimas la... kdg2 tu saja2 je.... suka2 je pon... tak de sebab... tak de motip pon... =)

4) sebab terlalu ramai sangat frenz... bukan apa, sampaikan status kawan2 kadang2 tak kuar kat home... susah la i nak follow... haisy... ~~

walaupun terdapat banyak sebab lagi, tapi aku tetap suka pada FB addin shah... kerna di situ aku temui ramai fan2 hlovate.... aku suka berkongsi cite dgn mereka... saya tetap suka anda semua wahai fan2 hlovate & addin shah... hak3... (gile perasan ayat!)

Tuesday, December 7, 2010

aku kawen dengan sape???



aku sangat rajin menulis sekarang ni yer.... rasa macam ada banyak idea sangat2 yer... walupun exam aku tak abis lagi yer... tapi aku sangat rajin yer.... mungkin sebab itu aku mahu menjadi penulis yer.... hua3....

aku terfikir... pasal msa depan aku sekarang nih... aku terfikir aku kawen dengan sape... hahaha... patutkah aku berfikir sedemikian??? rasanya patut kot... sebab umur aku dah 23 tahun... aku dah besar okey!!!

aku tak pernah terbayang aku kawen dengan sape2 pon... hatta kadang2 aku ada jugak minat org... (normal la tu, sape yg x de suka kat org tu maknanye beliau memang ada masalah)....

adoi la... kalau la aku boleh kembali ke zaman kanak-kanak, tak perlu la aku nak fikir aku akan kawen dengan sape...

masalah ke ni???
hahahaha.... harus la masalah.... sebabnye aku masih single sampai sekarang.... sebabnye aku tak suka org ajak aku dating tak tentu hala... ngee... please la... not me, okey!!!

okey la... sape2 yg rasa beliau tu memang jodoh aku, sila la cepat2 masuk minang saya... supaya saya tak terfikir-fikir dah... hua3.... ~~

adakah aku terlebih meroyan sehingga berfikir di luar kotak ni??? hak3...

Monday, December 6, 2010

Berjalan Ke Arah Mu...


salam maal hijrah.... entah kenapa kali ini aku rasa suka sangat post2 orang kat fb bile ucapkan salam maal hijrah.... semua aku 'like'... @ komen.... suka3..... mungkin hijrah kali ini lebih bermakna untuk aku kali ini....

wah, apakah???
tak sabar nak hadapi tahun baru kali ini.... biarpun aku tau aku semakin jauh ke hadapan dan tak mungkin aku dapat berpatah ke belakang semula... aku tak kisah... aku nak hadapi yang akan datang dengan semangat....

Dan... aku yakin tahun kali ini akan memberi satu kepuasan yg aku nanti2 kan selama ini... mungkin impian aku semakin hampir tiba... hmmm.... mudah-mudahan... ameen....

sebelum aku tutup mata & meninggalkan bumi Allah yang indah ini.....
aku sangat berharap impian aku tercapai.... walau terlalu banyak impian aku, tapi hanya satu yg aku harap-harapkan.... only ONE!!!

Allah....
permudahkan urusan ku....
aku ingin berjalan @ berhijrah ke arah-Mu.... =)

Saturday, December 4, 2010

im waiting....


terharu dengan ucapan semua.... busy sungguh wall fb hari ni.... bermacam2 ucapan yg terima hari ni..... nanti akan di copy paste di sini (kalau rajin)....

tapi.....
saya masih menanti.....
satu ucapan....

aku yang semakin dewasa....


selamat hari lahir buat aku.... semoga bahagia selalu, panjang umur & dimurahkan rezeki hendaknye.... moga sentiasa berada di bawah rahmat kasih sayangnye... semoga cepat2 dapat cari jodoh... hak3...

haila... im happy today!!!
tapi terasa.... umur yang makin meningkat ni macam banyak benda yang aku sia-siakan & tak rasa seperti ada satu benda yang dapat aku hasilkan dan dapat memberi satu utiliti yg maksimum dalam kehidupan aku... aku masih mencari & menunggu... :)

terharu dengan ucapan dari teman2, samada kawan lama, kawan kampus, peminat hlovate ... dan kwn2 kat fb yg aku x kenal... tak terkata dengan ucapan & terharu....

hari ini... malam ini...
terasa rindu pada seseorang yg telah pergi...
moga Allah sentiasa merahmatinya di sana...
moga tenang & bahagia di sana...
saya bahagia di sini...
mungkin.... kita akan bertemu di sana... di syurga...
insyaAllah..
-al-fatihah-

tak pernah sekelumit hati ni lupakanmu...
dan saya akan tetap suka '4z' ...
hijau...
hujan...
novel...
pulau...
tulip...

tiada hadiah yang paling indah melainkan...
dapat sedekahkan yaasin buat kamu di hari lahir kamu & saya....

4-12-1987
saya suka anda....
setahun sekali kiter berjumpe...
entah tahun depan kiter bakal bertemu @ tidak....
may Allah bless you... and me...





Friday, December 3, 2010

jangan update....

malas nak update....
tadi dah separuh page dah taip, pas2 x de idea plak.....

so... aku tak nak update apa2....
aku mau tido... rehatkan diri, rehatkan otak....
rehatkan 'hati' .....hak3....

Wednesday, December 1, 2010

Bila Exam menjelma....



















Rasa macam tak cukup nafas je bila tiba-tiba aku menjadi manusia yang paling rajin sekali. kalau tak, nak mengadap buku seminit pun sangat susah. Apatah lagi nak bangun awal2 pagi semata2 nak study. heee....

setiap detik jam yang berlalu akan ku hargai. Hatta untuk ke bilik air sekalipun, aku tidak akan ambil masa yang terlalu lama. masa itu emas ye....

setiap masa yang berlalu bersama kawan2 umah sewa hanya tentang perbualan ilmiah sahaja. biasa kalau duduk di meja makan pasti bergosip... bukan la mengumpat... cuma lebih kepada membuat hikayat yang tak berfaedah... hak3....

sebenarnya banyak hikmah juga bila ada exam... sekurang2nye banyak benda yang aku tak faham masa tyme belajar, akan jadi terus pakar dalam segala bab... bukan apa, sebab kena paksa diri untuk faham, kalau tak .. nak jawab apa dalam dewan nanti....

pengalaman hari ini....
tadi baru jawab paper 'undang2'.... sebenarnye aku tak tau la benda apa yang aku merapu dalam dewan exam tadi... duk mengarut je... beriya la aku duk mengafal segala bagai akta sampai nak senget kepala.. last2, langsung tak masuk soalan tersebut... maka, oleh sebab aku sangat kecewa, aku pun menjawab soalan undang2 tersebut mengikut rentak tangan yang menulis mengikut idea @ skema jawapan dr kepala otak aku... skema ini hanya terdapat dalam otak aku... aku harap sangat lecturer aku murah hati memberi markah yg banyak kepada aku.... aku tak mintak banyak, lulus pun aku dah bersyukur sangat... sbb aku tau kemampuan aku jawab undang2 macam mana.... lagi pun, aku tak minat undang2,,,, ngee....

ada lagi 2 paper yg bakal aku duduki... tak tau la apa nasib yg bakal terjadi... mudah-mudahan selamat la ye.... huhuhu.... cukup la aku mengharukan paper undang2.... paper laen tak boleh... hak3... ini demi kebaikan diri sendiri jugak!!!

Friday, November 26, 2010

aku dan sakit pale,,,,

masa cepat berlalu... tinggal lagi 2 hari lagi aku akan berdepan dengan alam peperiksaan... untuk kali terakhirnya di UM... em... bukan yg terakhir kot... huhu....

dan sekarang pun.... sibuk buat persiapan untuk berangkat ke china... mudah-mudahan Allah permudahkan urusan....

emmmm.....
dalam sibuk2 nak exam nih.. sakit pale makin menjadi2...
semua keje banyak tertunda... tido... tido... tido.... tu je ubat sakit pale aku....

rasanye sem ni la paling malas sekali nak study.... sangat malas yer.... huhu.... tak de mood nak study.... aiyak, apa sudah jadi sama saya....

adoi... aku mau jadi rajin.... semangat... sila datang kembali pada aku tanpa ragu2.... hak3....

Wednesday, November 24, 2010

Sunbae....


best citer ni...
tak nak describe banyak2...

cite ni...
paling best dr segala2 citer korea yg penah ak tengok....

hak3...
aku memang hantu korea...
org stay up sampai kul 2, 3 pagi study...

aku plak...
leh layan korea...
tak pe la...
yg penting aku bahagia....
heh3...

first tyme dalam hidup aku...
aku tak tido....
semata2 tgok citer ni...
pecah rekod...

orang bangun malam wat qiamullail....
haisy....
pe nak jadi ni???
huhu....

Tuesday, November 23, 2010

rindu sama kamu....

seminggu dah tak update kamu yer...
hehehe....

em..
tak tau nak tulis pe...

cuma...
sekarang tengah busy nak exam...
sibuk study...

hak3...
tipu je...

mana ada aku study...
layan korea banyak la...

pape pon...
sok kena mula study dah...
minggu depan dah exam....

Fighting!!!!

Monday, November 15, 2010

Berkorban Apa Saja...


balik kampung....
off facebook, off blog.... off segala2 berkaitan internet selama seminggu....
hehehe...

duk umah...
jadi budak baik...
tolong mak basuh pinggan, basuh baju... masak.....siram pokok bunga...

kepada rakan blog & fb....
diucapkan selamat hari raya aidiladha....
berkorban apa saja....
harta atau pun nyawa....
jangan korban harga diri sudah.....
May Allah bless....

Sunday, November 14, 2010

Only Tulip .... (",)



ini rose.... cantik....

ni lily.... cantik jugak....

ni orkid... juga cantik....
ciptaan Allah memang cantik....

tapi...
aku tetap lebih suka tulip...

tulip sangat istimewa dalam hidup aku...
aku bahagia bila pandang tulip....

tulip...
boleh buat aku senyum....

nanti...
bila aku dah ada umah sendiri (atau dlm erti kata lain aku dah kawen)

aku akan pastikan...
rumah aku dihiasi dengan tulip....

hatta tulip plastik atau origami tulip...
aku tak kisah....
aku tetap suka.....

aku selalu berangan....
aku berada di taman bunga...
yang penuh tulip.....
ah, bahagianye....

sebenarnye....
aku nak ke Holland...
nak kutip tulip....
bersama org yg tersayang....
i'm waiting.... heee....(",)

Saturday, November 13, 2010

Mimpi Yang Tak Sudah...


malam tadi mimpi...........
em.... hehehe.....

mimpi yang mengarut....
nama pon mimpi.....

aku mimpi aku berada di dalam laut yg dalam....
tanpa sebarang bantuan alat pernafasan.....

aku berada di atas batu yang sangat tinggi....
aku gayat....
takut nak terjun.....

yang pasti aku tak bersendirian....
ada kawan2 di sebelah aku.....
aku genggam erat tangan mereka....

Dan....
akhirnya aku terjun....
aku tau aku tak kan mati....

sebab....
aku tau ketika itu aku sedang mimpi.... hak3....

akhirnya....
aku sampai di darat....

Ye... aku masih bernafas...
kawan yg bersama aku tadi masih turut bernyawa.....

Fakta ....
aku selalu mimpi ....
aku berada di tempat yang tinggi....
bila aku mahu terjun....
aku akan tersentak....
terkejut maaaa......

yang pasti....
"Mimpi hanya mainan tidur..."

Thursday, November 11, 2010

Forward....

(gambar ini hanya hiasan semata2..supaya blog aku ni x nampak kosong sgt..)

aku malas dah nak pusing2 ke belakang...
lantak la nak jadi apa pun...
aku tak larat dah nak kenang semua yg lepas2....

cuma...
aku boleh ambik pengajaran dr apa yang lepas2...

aku...
dah tak larat....

aku nak terus berjalan...
jalan... jalan... jalan....
ke depan....
tak nak toleh ke belakang dah....

apa yang penting...
aku kena jaga hati aku ni...
hati aku sangat sensitif....
so, aku kena faham dgn hati aku ni....

sudah2 la tu....
aku dah tak larat la...

LIFE MUST GOES ON!!!!
FIGHTING!!!!

Lagipon...
Allah sntiasa ada kat sisi aku....
nape aku nak risau....
kan3....

I LOve You Allah....
forever & ever.... :)

Wednesday, November 10, 2010

.C.E.R.I.T.A.K.A.M.I.

sebenarnya dah lama nak update pasal benda ni... bukan pasal buku ini... cuma nak cerita pasal my best friend forever & ever.... siapa? Cik Aziey Idris.... Nama kat fb beliau.... hehehe....
baru2 ni kuar date ngn dia.... tempat utama yg dia ajak adalah MPH... owh.. harus lah aku suka... boleh la aku rembat satu novel... :)


sebaliknya...
sampai je kat MPH... terus dia tanya
"Mana ek tempat nak cari buku motivasi & islamic?"
aku... "Hah?"
dia sengih je...
terus dia tarik aku ke bahagian motivation & islamic...


"aku suka kisah ni..."
aziey cakap...
"aku suka kisah Maryam lagi..."
aku bagitau...
"ada je kat situ..."
aku diam je...


seumur hidup aku sampai kat MPH...
aku tak pernah sambar buku2 spt ini....
sungguh aku tak minat semua benda2 ni....
aziey kata....
"macam mana nak keje nanti kalau tak pandai mekap?"
"aku duk kat umah je la aziey, basuh pinggan mangkuk... basuh baju... sapu sampah..."


Hah???
Buku ni???
ngee....
hahahaha....
aku tak kan baca kot....
aku rasa aziey beli kot buku nih...
aziey kata aku perlukan buku spt ini....
ye la, nak cari psangan hidup...
aku gelak je...
tak beli pun...

Fakta : aku memang sangat suka membaca. Tapi aku sangat tak minat baca buku motivasi & yg skema2 sangat... kalu sekolah2 dulu, aku terpaksa jugak mengadap buku2 teks... sbb nanti aku fail plak.... heee....biasa kalau aku nak motivasikan diri aku, terus aku capai tafsir al-Quran....

Fakta lagi : aku tak pernah ada buku motivasi spt buku HM Tuah Iskandar....

Fakta lagi : aku suka baca novel.... sebab apa aku suka hlovate.... sbb aku suka cara penyampaian dia dalam berdakwah... sempoi... tak skema.... :)

Fakta lagi : kalau aku beli buku2 spt di atas... buku tersebut hanya akan jadi perhiasan di rak buku... owh, aku pernah jugak beli buku2 spt itu.... nak mencuba... tapi tak terbaca pon... tak kena ngn jiwa....

cerita aku dan aziey....
aziey : dia suka cerita segala masalah dia kat aku... walau dia kat usim, tapi kami tak pernah lost contact... dia slalu mesej or chat ngn aku bila2 free... hampir semua masalah dia citer kat aku....

aku : tak pernah citer masalah aku kat dia... bukan dia je, semua org... yup... aku perahsia orangnye... bukan tak percaya pada dia... entahlah... mgkin ni salah satu perangai aku.... terutama kalau bab hati & perasan, tak kan ada org yg tau.....

cuma kalau aku biul sangat2 la aku citer kat blog ni.... contoh bila aku cakap aku rindukan seseorg... hehehe..... tapi tu pun tak la detail sangat pon.....(aku pun ada perasaan jugak ye wahai anda2 semua)

aziey : suka couple... ntah bape kali dia couple, putus... aku pun x tau... kadang2 bila dia citer pasal pakwe dia, aku sampai keliru... "yang mana satu ni?" hehehe.... tapi skrg yg aku perasaan dia ada suka seseorg yg sangat sesuai la ngn dia.. harap yg ni kekal la.... :)

aku : aziey tau aku macam mana... dia tak pernah nak paksa aku citer bab2 yg ni... lagi pun aku nak citer apa kat dia... sbb aku pun duk single.... yup, aku susah nak terima org....

"memilih sangat..." aziey kata.
"harus la... biar la aku terima seseorg yg betul2 aku suka & kena ngn jiwa aku.... hahaha..."

SEKALI.... FOREVER....
maksudnya...
sekali aku terima 'dia'....
aku mau hidup seperti ini....
'and they live happily ever after... forever & ever.... '

banyak perbezaan antara aku & cik aziey....
tapi tu smua tak menyekat persahabatan kami...
aku still sayang dia sampai bila2....

Dan akhir dari kisah tersebut...
aku tak beli pun novel... hehe....
nanti cik aziey kata macam ni....
"novel boleh plak beli, buku2 motivasi tak mau beli...."


............................................................

Lepaskan


Bangun dari tidur (agak lewat)....
Aku rasa perasaan dah kosong....
Mungkin semalam aku dah redha dgn semua yang berlaku....
atau mungkin sebab aku dah dapat terima kenyataan....

Aku....
mahu bermotivasi....

Aku....
yakin semua ini ada hikmah yg tersembunyi....

Nak berjaya....
aku perlu korbankan segala kesenangan yg aku ada....

Dan...
Aku banyak belajar dari apa yg dah berlaku....

Sangat betul...
aku perlu berdiri atas kaki sendiri....

sebenarnya....
hidup ini sangat indah...
bila wujudnya masalah2 spt ni...

sebab...
aku rasa aku dah banyak berfikir....
aku lebih matang .... (mungkin)

Dan...
setiap kesalahan yang berlaku....
aku tak tudingkan pada mana-mana pihak....

mengakui salah diri sendiri....
terima kenyataan...
think positif...
semangat....

Allah....
aku akan kuat hanya dengan pertolongan-Mu...
bantu hamba-Mu ini.......

Tuesday, November 9, 2010

Siapkan apa yg tak siap....

wat esemen....
minggu ni last submit..........
pas2 leh fokus study.....
ngee..........

Sunday, November 7, 2010

'Addin Shah" agak femes jugak yer!!!


Menapak ke Bukit Jalil.... Aku sangat malas yer.... Sorang2 plak tu... lagi la sangat malas...Tapi sebab tiket balik kg tak beli lagi... Maka terpaksa jugak la.... Tak kan nak raya kat sini... Tak mau!!!!!!

Hari ini....
Malas nak tunggu bas. Bas pun macam tak sudi nak bagi aku naik beliau. Tak nak bukak pintu (sebenarnya malas nak tunggu lama2)... dan akhirnya nak tak nak, aku rajinkan kaki menapak ke plaza rakyat. mahu naik tren ke bukit jalil... sambil fikir2 ke sri petaling ke ampang.. (fail geografi ni)...

Sampai di kaunter....
Mata tak tengok org yg jaga kat kaunter tu. Tapi duk melekat kat map sebelah tu... (owh, aku dah tau , ke sri petaling yer)........

"Awak... Awak tak kenal saya yer?"
Ada orang tegur. Orang tu memang pandang aku. Tak ada org lain kat situ melainkan aku sorang je...

"Ya,awak. Awak tak kenal saya?"
Dia tegur lagi.
Harus la tak kenal. Terutama org yg tak penting dalam hidup aku. Lagi la aku tak kenal. (Agak jahat ye kata2 ni).... heee....

"Sape ye?" Aku tanya.
"Awak Addin Shah kan kat fb?"
Soalan berjawab dengan soalan.
Okey....

"Saya."

Dia bagi tiket pas aku cakap arah tuju aku.
Aku nak bayar, tapi..........
"saya belanja awak hari ni..."

Sebenarnya aku tak suka orang yg aku tak kenal belanja aku...
Kalau dah kenal sangat2 tu, aku tak malu plak suh org belanja.... heee....

Tapi....
Maybe sebab aku terkedu sangat kena tegur seperti itu...
Aku terus ambik tiket tu dan ........
"terima kasih."
Dia angguk je...

Aku terus pergi...
malu sebenarnya....

Sebelum tu... aku tanya jugak sape dia...
dia suh aku cari dia kat fb....

Dan....
aku pun tak berkeinginan nak kenal dia...
nak cek satu persatu friend kat fb aku sangat la aku malas yer....
malas aku sangat ketara yer...
cth : assignment aku pun tak siap2 lagi... org lain dah bersuka ria kat kg... (gila sangt malas yer)
kalau dua tiga org mgkin rajin la jugak nk cek...
kalau dah sampai 900 lebih ni.... (mintak maaf la)
abaikan la.....

Dan....
tyme balik dr Bukit Jalil...
aku jadi manusia yg sangat rajin tggu bas (walaupun sangat ramai manusia ketika itu)
dan aku tak nak balik dgn tren dah sbnrnye....

Walauapapun ....
still nak ucap jugak....
terima kasih la kepada peminat2 "addin shah" yer....
(sila jangan perasan ye wahai addin shah !!!)
hehehe.....

143... maksudnya I Love You...


aku tak habis baca novel ni lagi....
dan aku pun tak ada mood nak habiskan cepat2 novel ni...
so... aku tak tau apa kesudahan citer ni....
aku tak pasti sama ada Uth dengan Lana bersatu atau tak....
adakah mereka akan ada ending spt ini...
and they live happily ever after...

sebenarnya aku tak tau nak tulis apa....
malas sbnrnye...
malas nak buat apa2....

tapi....
hari ini....
aku dapat sesuatu....
aku perlukan....
seseorang yg akan sntiasa menasihati aku....
bukan...
aku yang selalu menasihatinya....


Thursday, November 4, 2010

migrain!!!!

wahai blog...
aku akan update kamu bila kepala aku betul2 dah stabil....

Wednesday, November 3, 2010

Monday, November 1, 2010

Hati yang terusik.....

Hati berbisik... Diri meragui...
Hati berkata ya... bibir berkata tidak...

Aduhai hati...
mengapa kesedihan... keresahan... kegelisahan... menghiasi dirimu...

Aduhai hati yg keras...
adakah sesuatu telah mengisi dirimu...

Aduhai hati...
Usah bermain dengan api...
Nanti terbakar kau kecewa...

Aduhai...
Mengapa aku begitu berpuitis...
Mengapa bait kata-kata yang terukir...
Sengaja ingin ku tujukan pada si bulan....

Aduhai hati...
jangan kata sesuatu yg aku sendiri takut untuk mengakui...




Sunday, October 31, 2010

Tinggal Sayang... Tinggal Pujaan....

aku gembira... tapi aku sedih...
aku enjoy... tapi aku sayu...
aku senyum.. tapi aku menangis...

mungkinkah ini program jabatan terakhir yg aku join ???
*sad*
akak sayang sama Ain..
Ain yg selalu panggil aku "Sis"... hee~~
Akak akan rindu panggilan tu sampai bila2...

walaupun program ni nampak seperti membuli kami2 (super senior)
tapi aku tetap suka...


my Group...
mencari "Raja Sehari" sampai bengang... sampai stress... heee...
akan jadi memory yg tak mungkin dilupakan...

barang amanah...


kami main tipu... heee...

mengira butir2 kacang yg bercampur tepung....

aku tak boleh tipu diri yang aku sedih bila aku dengar lagu "selamat berjuang" yang ditujukan khas untuk kami.... aku menangis...
pantun yg direka untuk kami menjadi penghias senyum di bibir...
thanks untuk semua adik2 junior & senior...
korang memang best!!!

Dan...
tak lupa untuk anugerah...
super senior paling berkarisma... heee...
walupun tak rasa berkarisma mana sangat pun...
tapi tetap menghargai usaha korg!!!

Friday, October 29, 2010

MALAYSIA kata pergi... CHINA kata mari!!!!

Soalan pertama untuk diri sendiri : Mampu ke aku???
Jawapan untuk diri sendiri : separuh kata mampu... separuh lagi tak mampu.... (sangat tipu kalau aku jawab aku yakin sepenuh hati)

Jangan ingat aku semangat nak ke china... sebab hanya untuk suka-suka... aku ada sebab... setiap yg aku lakukan ada sebab yg tersendiri...

Tapi aku yakin,,, selagi aku letakkan DIA yg paling atas dalam hidup aku. InsyaAllah aku mampu untuk harungi semua ini. DIA pelindung aku yang abadi. (Ini fakta, bukan mitos)

Sebenarnya aku nak rasa SUSAH!!! Aku nak ada pengalaman sebegini dalam hidup aku. Mungkin pengalaman seperti ini akan menjadikan aku lebih menghargai kehidupan yang aku lalui sekarang & akan datang. InsyaAllah. Aku tak pernah hidup susah... (ini juga fakta, bukan mitos). Bukan nak kata keluarga aku kaya-raya. Tapi kalau nak kata dalam semua aspek, hidup aku agak mewah. Aku tak pernah kekurangan. Segala2nya aku dapat dengan mudah.

Sebenarnya ayat yang lebih ringkas.
AKU NAK CABAR DIRI AKU SENDIRI!!!
Yup, aku takut pada kehidupan yang susah.... (ini fakta, bukan mitos) Kalau boleh aku nak ubah yang satu ni jadi seperti ini... "aku tak takut pada kehidupan yg susah, banyak cabaran...."
Aku ada bukti yg mengatakan aku tak boleh hidup susah!!!
Kejadian bermula ketika aku amik STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia). Kalau nampak perkataan 'agama' anda semua hanya boleh bayangkan bahasa arab okey!!! Dan bayangkan kitab2 arab yang tebal2 seperti .... (apa2 sahaja yg tebal yg boleh dibayangkan)...

Itu belum masuk bab air... keadaan sekolah tersebut... makanan... segala2nya yg serba daif.... (tapi dr segi ilmu sangat banyak... aku je yg x pandai nak hargai)... Aku stress okey!!! hari-hari menangis... nak balik..... dan satu benda je yg aku fikir... nak pergi dari tempat ini!!!!

Dan...
Kesudahannya...
Memang aku betul2 lari.... Bukan balik kampung okey... tapi lari umah akak aku kat cyberjaya!!! Kalau balik kg, harus aku jadi arwah kena ketuk with my love father.... Memang itu sehabis2 nekad... Kawan2 pon x leh buat apa. Dah nasihat tak jalan... nak kata apa lagi? Melainkan lantak ko la...

Tapi kan...
Aku tak pernah menyesal dengan apa yang aku buat ni... (Agak tak patut kata2 seperti ini keluar dr mulut & hati aku. Tapi itulah kenyataan.....)

Ayah paling kecewa dengan aku... sangat kecewa... maunye tak, dia beriya2 nak suruh aku gi Mesir...jadi ustazah.... Ngee...

Dan kalau nak tau.... Kat china, air adalah salah satu masalah yg utama... Okey... Hidup aku memang tak boleh kalau tak de air.... So??? tengok la macam mana nanti... kot kalau aku menangis nak balik malaysia semata2 nak mandi, menangis la sampai kering air mata... InsyaAllah tak kan ada sape yg sudi nak hantar aku balik malaysia @ ambik aku kat cina... (tanggung la sendiri ye....)

Next... masalah komunikasi.... jgn ingat aku semangat nak pegi china, bahasa inggeris aku cukup power... Speaking dengan Dr Sanaa pon macam cakap dengan anjing & ayam... Mungkin aku perlu bawak kamus ke mana2 jua sepanjang aku di sana... (bukan mungkin kot, tapi wajib).. Dan maklumat yg aku dapat, Org2 china ni tak suka speaking bi... so, faham2 la sendiri... tak kan nak speaking bm kot....

kesimpulannya, memang sangat banyak masalah kalau aku pergi china....
Orang kata yg negatifnya lagi banyak dr positif....
tapi itu yg aku nak kan??? Nak cabar diri sendiri!!! So, terus kan la.....

Tapi....
Aku rasa ini mungkin akan jadi kenangan @ pengalaman yang sangat bermakna dalam hidupku...
AKU SUKA CABARAN INI!!!
DAN AKU TERIMA CABARAN INI!!!



Wednesday, October 27, 2010

Aku Kenal Aku!!!

aku pelik!!! kenapa manusia cepat menilai org lain tanpa sempat kita beri penjelasan???
aku tak cakap aku tak pernah menilai manusia, tapi aku tak kan sampai terlalu cepat menghukum... setiap orang Allah dah tentukan sifat & perangai yang berbeza.... why not kita terima je apa yg Allah dah tetapkan untuk kita... itu sebaiknya.... :)

aku suka kawan... aku memang tak kisah kalau ramai kawan... terutama yg sehati sejiwa aku... sebab aku tahu, kita boleh kongsi apa yg kita minat & suka... kalau tak sama minat pun, still tetap boleh kawan, right???

dulu pasal gambar kat fb, pastu timbul pasal minat artis korea... And now.... approve org yg kita tak kenal kat fb... kesimpulannya, semua benda yg aku buat kat fb tu semua tak betul la!!! ada je orang nak tegur....

yang penting!!!
aku kenal sape aku... aku kenal diri aku...
aku tak menyusahkan hidup orang lain....
aku bahagia!!! Tu yg penting!!!

kalau kat fb, sape add aku terus aku approve...
tapi minta maaf... sape yg berkelakuan agak kurang menyenangkan, aku akan remove...
jangan pertikaikan apa yg aku buat....
sebab aku pandai jaga diri!!!
(ni mak aku cakap... aku tak de la perasan tahap petala ke lapan)

sebab....
aku tak akan bagi apa yg peribadi & aku sayang kepada org dengan mudah!!!
prinsip aku!!! dan alhamdulillah sampai sekarang masih terjaga....

aku tak leh terima orang cakap... kalau kita add @ approve org yg kita tak kenal tu sebagai satu perkara yg boleh mnyebabkan maruah kita tak terjaga!!!
orang yg cakap tu macam la maruah dia terjaga sangat... please la wei... aku tak wat jahat pun...
aku hanya berkawan....itu pun berkawan dalam alam maya... tak pernah jumpa pun secara luaran pun....

maruah aku still terjaga la....
fikir dulu sebelum nak berkata2 tu!!!!
haisy.... hangin sungguh aku!!!
sabar... sabar itu kan indah.... (",)

Saturday, October 23, 2010

Api Itu Syaitan!!!

Petang itu... Di kampung (Rompin, Pahang), di halaman rumah, atas buaian....

"Mak Su!!!! Syaitan!!! Syaitan!!!"
Anak buah aku menjerit dari jauh sambil berlari ke arah aku. Sungguh la aku terkejut. Dah la masa tu tengah atas buaian. Nasib baik tak tergolek kat tanah....

Balqis... Si kecil umur 5 tahun datang menghampiri aku.
"Mana Syaitan?" Tanya aku pelik.
"Ni... cuba mak su tengok."
Aku pandang handphone aku yang ada dalam tangan dia. Bila masa pulak budak kecik ni ambik fon aku???

Sekilas aku pandang gambar yang wujud dalam fon aku. Mesti baru pas jadi jurukamera tak bertauliah ni. Handfon aku jadi mangsa!!!

Aku tengok ada gambar api. Aku kira tu gambar sampah yang dibakar mak aku petang tu.

"Gambar api." Jawab aku ringkas.
"Ye la, api tu kan syaitan!!!" Tanpa bersalah dia balas kata2 aku.
Hahahahahahahaha.... memang la aku gelak nak mati....

"Sape ajar Balqis ni?" Tanya aku.
"Cikgu la."
Aku pasti Cikgu dia tak bersalah. Tapi mungkin dia yang tak berapa nak faham apa yang cikgu dia ajar kat sekolah ni. Ye la, budak 5 tahun, apa sangat la yang dia faham kat sekolah tu... hee... atau mungkin cara penyampaian cikgu dia yang tak bape nak betul ni!!!

"Sayang... syaitan tu dibuat dari api... tapi tak bermaksud api tu syaitan..."
Dia diam... Mungkin otak dia sedang mentafsir kata2 aku.
"Macam manusia la. Manusia dibuat dari tanah... tapi tak bermaksud tanah tu manusia. Faham?" Aku sambung penerangan aku.

"Tak faham." Balas dia ringkas. nak je aku ketuk kepala dia. Punya la senang huraian aku.. (kesimpulannya, aku fail jadi cikgu tadika... tak sabar la aku nak layan budak2 byk tanya sangat wei!!!!)

"Balqis bukan tanah. Balqis keluar dari perut ibu!" Balas dia tanpa bersalah. Sekali lagi.

Ibu dia yang masa tu tengah cabut rumput hanya mampu sengih je duk tengok aku layan anak dia....

"Mamang la... tapi....."
aku diam, kalau aku cakap bab agama ngn sains segala bagai lagi la dia tak faham...
baik aku lupakan je niat aku nak bg penerangan percuma kat dia. esok2 bila dia dah besar, faham la tu..... hati kecilku berkata... hehe... (sbnrnya malas nak layan sangat budak kecik yg sorang ni... panjang lebar kang soalan dia)

"Balqis, kan ibu dah cakap... Balqis bukan keluar dari perut ibu." Ibu dia mula menyampuk, merangkap akak ipar aku...

"Habis tu?" Tanya dia sedih.

"Balqis keluar dari perut mak Balqis. Ibu ambik Balqis kat mak Balqis."

Dia diam. Mungkin sedang berfikir.

"kenapa mak Balqis bagi Balqis kat ibu? Dia tak sayangkan Balqis ke?"

Serious. Aku dengan akak ipar aku dua2 diam kaku , tak dapat nak jawab soalan dia.
Alahai... kesiannya anak sedara aku yang sorang ni.

"Yang penting ibu sayangkan Balqis!" jawab ibunya.
aku tengok wajah dia macam dah nak nangis. ye la, budak kecik pun ada perasaan. walaupun kat umah dia lah rakan gaduh aku yang paling hebat, tapi aku tetap sayangkan dia.... huhu... *sedih*

aku terfikir bila dia dah besar nanti, lagi susah akak ipar aku nak jawab soalan dari dia...

Balqis sayang...
Moga Allah beri kamu kekuatan dan kecekalan untuk menghadapi kebenaran tersebut suatu hari nanti...
Betapa dunia ini penuh dengan pelbagai kebenaran yang sukar diterima akal dan hati...


Em...
satu benda je aku nak cakap....
Anak tu AMANAH dari Allah!!!!
(faham2 la sendiri)




Wednesday, October 20, 2010

Abadikan!!!

Tahun 1 punyer citer!!!
gambar2 di bawah sangat mahal untuk ditayangkan....
oleh sbb tu, aku tak upload kat fb... hehe....
oleh sebab tinggal 2 minggu lagi aku & kawan2 akan menghabiskan sisa2 di um....
maka...
akanku abadikan segala kenangan kami di sini!!!

ni family day kat putrajaya...
antara kenangan paling best!!!


dulu sham tak suka bergambar....
tapi...
sejak kamceng ngn kami....
sama je 2 x 5....


ni masa mula2 jumpe....
~pertemuan pertama~
kat kolej 10...
ten kolej the power
(gila aku tak suka cheers!!!)

Gambar ni paling mahal...
sebab mana pernah budak2 ni naik bas um dah sekarang....

sham...
mantan ketua lajnah syariah & pengurusan....
Bravo en sham mazlan!!!
yang penting selalu format laptop aku...
jasamu akan ku kenang... hehe...
sham ni antara manusia yg selalu gaduh ngn kami...
(biasanya aku dengan izzah la)

tyme touch-up jabatan....
tak tau nak citer pe kat gambar ni...
(tapi aku rasa aku agak gemuk tyme ni)

ayiem & buddy...
antara manusia yang rapat dengan aku....
dan manusia yang selalu bergaduh dengan aku (ayiem )
tak tau bape kali mintak maaf kat aku & janji tak nak buat dah
(sikit pun aku tak caya ye en ayiem)


Yaya...
suka menyakat orang....
boleh nangis kalau kena sakat dengan dia
tak caya tanya Jiha... hehe....
(tak termasuk aku)
hehehe...

first tyme sambut ramadhan sama2...
nice memory... :)


BBQ Jsp...
Gila best tyme ni...
sham kata nak buat lagi sekali...
sebelum masing2 sibuk ngn praktikal....
hehehe....
entah jadi ke tak....
kalau nak tau....
bdk2 ni memang suka merancang.... programnya tak menjadi mana pun...

kesimpulannya...
sedihnya nak tinggal um & kawan2...
4 tahun tu!!!
huhu... *sad*

Monday, October 18, 2010

Suka hati saya....

aduyai.... tak tau nak kata apa bila kena tegur.... bukan tak nak hargai teguran orang.... tapi rasa macam aku tak bersalah pun.... hahaha... (tak dapat terima kenyataan)....

Dulu, masa buat fb... orang kata tak elok upload gambar kita banyak2 dalam fb... Just letak sekadar untuk orang kenal kita.... so, aku dengan bahagianya pun mendelete segala bagai album dalam fb aku.... ada la 9 album aku yang tggal kat fb tu.... tu pun bukan gambar aku sangat pun... gambar semua benda yang aku suka dalam hidup aku... (Hlovate, suju, tulip, anak buah & lain2)...

okey... dah settle kan???
tapi hari ni ada sorang hamba Allah ni (actually aku tak kenal pun dia), aku ni memang suka main approve je orang yg add aku... tu pasal ramai benar frenz aku kat fb tu....

sambung balik... ayat dia tegur aku seperti ini ye sedara sedari : (Sahabat! Ingatlah bahawasanya Nabi Muhammad saw pernah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang mencintai para alim ulama' , maka seolah-olah ia mencintaiku, sesiapa yang melawan para ulama' seolah-olah ia melawanku...Maka dengan ini duhai sahabat sekalian, marilah sama-sama kita cintakan para ulama' dan orang2 soleh agar kita selamat dunia & akhirat serta mengenepikan artis2 yang melalaikan kamu & menyesatkan kamu)

aku nak buat apa kalau kena tegur macam tu??? tak kan nak balas macam ni... "terima kasih sedara sbb ingatkan saya".... ek??? perlu ke??? aku pun tau hukum hakam jugak... bukan sebab aku belajar kat AKADEMI PENGAJIAN ISLAM... tapi sebab aku adalah ISLAM!!!!

sebenarnya bukan aku sorang je kena tegur macam ni... pagi tadi, masa bangun tidur... enol bagitau ada orang tegur dia... kat wall dia jugak.... ayat yg sama... dalam hati aku, confirm aku pon kena jugak ni.... sbb aku lagi banyak pic korea segala bagai ni.... habis2 pun aku like je la kat wall yg dia tulis tu... (lagipun memang hobi aku suka duk like2 kat fb pon)... hahaha.....

sebenarnya betul apa yang dia tulis tu.... tapi ayat dia tu macam keterlaluan sikit la... setakat ni, tak de plak mana2 artis yang boleh buatkan aku sampai sesat segala bagai sbb aku suka kat diorang.... lumrah la tu bila kita ada suka @ minat kat mana2 artis dlm hidup kita!!! sebab apa??? sebab kita manusia,,, ada perasaan.... tapi tak ada la aku fanatik & gila sampai nak tukar agama semata2 nak tunjukkan betapa aku minat diorang... alahai....

sakit hati wei!!!!!!!!!! hanya Tuhan je yang tau.... biar la, lantak korang la nak cakap aku apa... asalkan aku tak wat salah... selagi aku tak jadi Ayah Pin duk sesatkan orang sudah la.... (ayat geram nih!!!!)

tak pe la... pas ni aku upload semua gambar ulama'.... baru semua orang like kot... hehe... tak kena tegur dah kot.... ngeh3....