"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Monday, October 18, 2010

Suka hati saya....

aduyai.... tak tau nak kata apa bila kena tegur.... bukan tak nak hargai teguran orang.... tapi rasa macam aku tak bersalah pun.... hahaha... (tak dapat terima kenyataan)....

Dulu, masa buat fb... orang kata tak elok upload gambar kita banyak2 dalam fb... Just letak sekadar untuk orang kenal kita.... so, aku dengan bahagianya pun mendelete segala bagai album dalam fb aku.... ada la 9 album aku yang tggal kat fb tu.... tu pun bukan gambar aku sangat pun... gambar semua benda yang aku suka dalam hidup aku... (Hlovate, suju, tulip, anak buah & lain2)...

okey... dah settle kan???
tapi hari ni ada sorang hamba Allah ni (actually aku tak kenal pun dia), aku ni memang suka main approve je orang yg add aku... tu pasal ramai benar frenz aku kat fb tu....

sambung balik... ayat dia tegur aku seperti ini ye sedara sedari : (Sahabat! Ingatlah bahawasanya Nabi Muhammad saw pernah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang mencintai para alim ulama' , maka seolah-olah ia mencintaiku, sesiapa yang melawan para ulama' seolah-olah ia melawanku...Maka dengan ini duhai sahabat sekalian, marilah sama-sama kita cintakan para ulama' dan orang2 soleh agar kita selamat dunia & akhirat serta mengenepikan artis2 yang melalaikan kamu & menyesatkan kamu)

aku nak buat apa kalau kena tegur macam tu??? tak kan nak balas macam ni... "terima kasih sedara sbb ingatkan saya".... ek??? perlu ke??? aku pun tau hukum hakam jugak... bukan sebab aku belajar kat AKADEMI PENGAJIAN ISLAM... tapi sebab aku adalah ISLAM!!!!

sebenarnya bukan aku sorang je kena tegur macam ni... pagi tadi, masa bangun tidur... enol bagitau ada orang tegur dia... kat wall dia jugak.... ayat yg sama... dalam hati aku, confirm aku pon kena jugak ni.... sbb aku lagi banyak pic korea segala bagai ni.... habis2 pun aku like je la kat wall yg dia tulis tu... (lagipun memang hobi aku suka duk like2 kat fb pon)... hahaha.....

sebenarnya betul apa yang dia tulis tu.... tapi ayat dia tu macam keterlaluan sikit la... setakat ni, tak de plak mana2 artis yang boleh buatkan aku sampai sesat segala bagai sbb aku suka kat diorang.... lumrah la tu bila kita ada suka @ minat kat mana2 artis dlm hidup kita!!! sebab apa??? sebab kita manusia,,, ada perasaan.... tapi tak ada la aku fanatik & gila sampai nak tukar agama semata2 nak tunjukkan betapa aku minat diorang... alahai....

sakit hati wei!!!!!!!!!! hanya Tuhan je yang tau.... biar la, lantak korang la nak cakap aku apa... asalkan aku tak wat salah... selagi aku tak jadi Ayah Pin duk sesatkan orang sudah la.... (ayat geram nih!!!!)

tak pe la... pas ni aku upload semua gambar ulama'.... baru semua orang like kot... hehe... tak kena tegur dah kot.... ngeh3....

No comments:

Post a Comment