"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Thursday, November 28, 2013

Tak nak...

Bismillah...

Sekarang kat IPG... Sibuk sangat tapi malam tetap tidur lena. Walhal assignment berderetan-deret. Huhu rasa macam dah malas nak belajar. Tapi tak boleh kena paksa diri juga.

Dah lama rasa tak meluah perasaan kat blog sendiri. Macam-macam benda kadang-kadang bermain di fikiran (ayat novel). Baru-baru ni pergi kursus kahwin, ada seorang ustaz cakap, kita tau bila kita kahwin kita akan hadapi banyak sangat masalah. Tak ke macam cari masalah? Pelik kan tapi ramai tetap nak kahwin.

Aku pun nak melangkah ke fasa seterusnya. Serius kalau tanya perasaan sekarang memang rasa tak nak tunang, tak nak kahwin. Susah nak cakap sekarang.

Doa semoga Allah tetapkan hati... tenang hadapi semua dugaan dari Dia...

Thursday, November 14, 2013

Sireh Junjung



InsyaAllah.. coming soon...
25hb Disember 2013...
Semoga Allah permudahkan...
:)




Monday, November 11, 2013

Kawan lama...

Bismillah...

Semalam tengah lepak-lepak tiba2 dapat mesej dr Piya. Actually aku pun tak tau tu no Piya. Bila Piya ckp "ni Piya." Automatik rasa terkedu jugak. Yelah tetiba Piya msj, Piya kata teringat aku. Tu yg dia mesej. Tu pun sampai tersalah hantar msj pada sape2 ntah. Mesti no celcom tu, lama dah x guna kot.

Rasa bersalah jugak sebenarnya. Sepatutnya aku yang kena mesej dia dulu kan. Sekarang dia kat Ipoh, ambik cuti rehat setahun. Kesian Piya. Besar betul dugaan dia. Aku tanya Piya, dia dah betul- betul sihat ke. Dia cakap setakat ni alhamdulillah sihat. Dah sebulan kena buat kemoterapi. Harap-harap Piya dah bebas dari kanser la. 

Piya kena tangguh dia punya jQaf. Sekarang duduk rumah rehat. Aku doakan semoga Piya akan betul2 sihat dan dapat teruskan hidup macam biasa. Piya, be strong k! Kami kawan2 sentiasa doakan Piya cepat sembuh. :)