"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Saturday, June 20, 2015

Indahnya sakit bersalin..

Bismillah..
Alhamdulillah hari ni anak aku sudah 8 hari. Sujud syukur pada Allah kerana mengurniakan hadiah yang sangat istimewa di bulan yang mulia ini. Sungguh sakit bersalin tak dapat digambarkan dengan kata-kata, hanya mereka yang alami saja yang tahu rasanya.

8hb Jun 2015, Isnin
Hari ni aku sudah mula sakit pada perut. Sakit ni lebih kepada sakit senggugut. Pagi tu masa suami nak pergi kerja aku dah mula menangis. Berat rasa nak lepaskan dia pergi kerja dalam keadaan macam ni. Tapi aku tetap suruh dia pergi kerja. Sebab kalau sakit macam senggugut ni dah selalu sangat aku rasa. Aku yakin aku boleh hadapi. Tapi husband pergi sekejap je, lepas tu balik rumah semula sebab risaukan aku sendirian di rumah. Petang tu suami bawa pergi hospital tapi jalan masih belum terbuka. Doktor suruh kami balik rumah dulu.

9hb Jun 2015, Selasa
Pagi Selasa aku rasa biasa saja. Tak ada sakit apa pun. Siap ajak suami pergi shopping beli baju raya lagi. Dah sarat macam ni pun still ingat ke baju raya. Tapi dah tentu la dia tak nak sebab risau keadaan aku. Petang tu aku mula rasa sakit contraction yang maha dasyat. Walaupun sakit tapi aku tetap boleh kira masa sakit aku di app contraction timer. Selang 10 minit aku rasa sakit. Ya Allah sakit ni memang sakit. Aku rasa inilah sakit yang paling sakit aku pernah rasa. Suami terus bawa aku pergi hospital. Dari petang sampai pagi esoknya aku terpaksa menunggu. Bayangkan satu malam aku tak tidur dan terpaksa menahan sakit sendirian. Suami tak dibenarkan masuk.

10hb Jun 2015, Rabu
Pagi Rabu tu barulah doktor cek bukaan aku. Doktor cek bukaan aku baru 1cm. Masa ni aku rasa ya Allah kalau 1cm pun dah sakit macam ni, macam mana la kalau bukaan dah makin besar ni. Dapat ke aku tahan sakit? Macam biasa doktor suruh balik dulu sebab masa awal. Hospital akan terima jika bukaan sudah 4cm. Aku pun balik dengan hati yang sedih. Masa ni aku rasa nak jalan pun tak boleh. Sakitnya. Masa suami bawa kereta bila laju je aku sudah marah-marah dia. Sakit tau tak. Jangan bawa laju-laju! Dia buka radio pun aku suruh dia tutup. Sakit contraction ni aku rasa semua benda dia buat semua tak betul. Tutup air cond! Dah la sakit, sejuk plak tu! Suami sabar je dengan kerenah aku. Dalam kereta bila sakit contraction aku tarik-tarik baju suami. Mujur tak koyak je. Sakit sungguh la. Tak tahu nak gambar macam mana.

Kat rumah aku dah tak boleh buat apa. Memang aku rasa aku dah lemah sebab menahan sakit. Salin baju, makan semua suami buat. Suami urut kaki aku. Sampai tertidur dia hujung kaki aku. Kesian suami. Aku letih, ngantuk, lapar tapi semua tu aku tak boleh buat sebab aku kena tahan sakit. Suami bacakan yaasin kat sebelah aku setiap kali lepas solat. Aku rasa macam dah jadi mayat hidup. Aku siap pesan kat suami, kalau aku mati masa bersalin jaga anak kita baik-baik, jangan bagi orang jaga hatta mak kita pun! Suami kata jangan cakap bukan-bukan. Tapi aku tetap suruh dia janji dengan aku.

Petang tu sekali lagi kami pergi hospital. Masa nak turun tangga kat umah, berapa kali aku terduduk sebab kena tahan sakit contraction . Seksa la sementara nak sampai kat kereta. Dalam kereta kena tahan sakit, kat hospital masa menunggu giliran aku kena tahan sakit. HIDUP KU MINGGU NI HANYA MENAHAN SAKIT CONTRACTION ! Dahsyat kan?

Doktor pasang alat CTG kat perut aku. Tengok denyutan jantung baby. Doktor kata bacaan tak cantik. Kena masukkan air dalam badan aku. Tangan aku pun dicucuk dengan jarum. Bila air dah habis masuk dalam badan, sekali lagi doktor cek CTG kat perut. Ok, bacaan elok balik. Sakit contraction aku ni makin sakit. Masa ni darah turun mencurah-curah. Habis basah baju dengan kain aku. Tapi apakan daya aku nak berjalan pergi kat suami di luar suruh ambik modes pun aku dah tak larat. Last sekali ku lantakkan je la hospital ni penuh dengan darah aku. Doktor cek bukaan masih 1cm. Sakit macam ni pun masih 1cm.

Aku cakap kat doktor janganlah suruh saya balik dah doktor. Saya sakit ni. Tak tahan sakit sangat. Doktor kata aku memang tak boleh balik sebab bleeding banyak sangat, pastu contraction pun tinggi sangat. Doktor suruh baring atas katil. Atas katil aku menahan sakit sampai berguling-guling. Bila sakit aku tendang besi tepi katil sekuat hati. Jarum yang doktor cucuk kat tangan pun sampai patah. Nurse datang cek tengok patah, bagi tau pada doktor. Doktor cakap jangan ganas sangat, sakit nak kena cucuk balik ni . Tapi aku rasa sakit cucuk jarum tak setanding dengan sakit contraction yang aku sedang alami ni. Darah makin banyak keluar. Beberapa jam kemudian doktor datang cek bukaan. Alhamdulillah dah 4 cm. Tapi aku perlu berguling atas katil lagi untuk menunggu bukaan penuh 10cm. Aku terpaksa menahan sakit sampai ke pagi. Doktor datang cek bukaan dah 7 cm. Tapi doktor dah buat keputusan untuk tolak juga aku ke labor room. Mungkin doktor kesian tengok aku menahan sakit teruk sangat. Pukul 5 lebih doktor datang pecahkan air ketuban. Terasa sesuatu mencucuk di dasar rahim. Ngee.. Lepas air ketuban pecah, datang sakit lain pulak yang mana aku rasa nak terberak sangat-sangat. Aku rasa nak meneran .tapi doktor suruh tahan. Doktor kata kalau aku teran jugak, rahim akan bengkak. Aku tak peduli, mana boleh tahan doktor oi.

Walau apapun aku tetap bangga dengan diri aku, walaupun aku sakit macam nak mati sangat-sangat tapi aku tak ada lah meraung-raung menangis macam orang gila. Aku pasrah menahan sakit sendirian atas katil ditemani suara-suara manusia yang menangis panggil doktor sebab tak tahan sakit sangat dah. Aku malas nak panggil doktor, aku tahu diorang pun Busy ke sana sini dengan pesakit yang banyak. Kalau aku panggil pun suruh dia cek bukaan aku. Mula-mula dulu rasa segan juga doktor datang seluk, lama-lama dah sakit sangat aku tak peduli dah. Siap offer doktor lagi cek bukaan. Banyak dialog antara Nurse dan pesakit aku dengar. "Sabar, sakit bersalin memang sakit. Banyakkan zikir." Itu kata nurse. Kata pesakit pula sambil menangis "saya tau Nurse, tapi sakit sangat." Memang betul cakap dia, sakit sangat. Aku pun tak tau nak cakap sakit macam mana. Aku hanya mampu mengerang sebut nama Allah. Nak baca doa nbi yunus pun aku dah tak daya. Mula- mula aku boleh baca lagi, tapi lama-lama aku hanya mampu sebut Allah sampailah dalam aku ditolak dalam labor room. Memang betul rasa macam nak mati dah aku rasa.

Sesekali aku dengar Nurse ajar dia baca doa, mengucap. Pesakit tu ikut je bacaan nurse sampailah dia ditolak ke labor room. Inilah pengalaman yang aku tak dapat lupakan. Sakit bersalin!

11 Jun  2015, Khamis
Akhirnya jam 7.30 pagi aku dibawa ke labor room. Nurse panggil suami untuk datang menemani aku di dewan bersalin. Lega aku dapat tengok wajah suami. Dalam bilik, Nurse tukar baju pink. Selesai tukar baju, aku dah bersedia untuk meneran. Suami suapkan air mineral ke mulut aku. Barulah aku dapat rasa air masuk ke kerongkong aku. 2 hari aku tak makan dan minum. Nurse ajar aku cara untuk meneran. Tapi aku memang tak ada tenaga, tak cukup tidur, tak cukup makan. Memang aku lemah sangat. Tapi aku tetap cuba teran juga bila sakit contraction datang. Semakin aku cuba semakin aku letih. Suami bantu untuk menolak kepala aku, tapi aku rasa tangan suami pun macam tak cukup membantu. Nurse bagitau dah nampak rambut baby. Nurse suruh suami tengok. Tapi aku tetap lemah untuk meneran. Nurse mula kelam kabut bila denyutan jantung baby makin lemah, kelam kabut dia panggil doktor. Doktor datang ke bilik aku dalam keadaan tergesa-gesa. Sekejap saja bilik tu dah penuh dengan Nurse & doktor. Doktor suruh aku teran juga, kalau tak aku kena operate nanti. Doktor cadangkan aku ambik vakum sebab aku dah lemah sangat. Tapi tetap aku kena teran sungguh hati juga. Aku setuju saja asalkan anak aku selamat lahir. Doktor minta suami keluar. Demi anak yang aku kandung 9 bulan ni. Akhirnya aku teran sungguh-sungguh hati. Nurse di situ turut bantu aku menolak perut aku ke bawah. Alhamdulillah akhirnya keluarlah seorang umat nabi Muhammad lagi. Aku rasa lega sangat-sangat.

Doktor terus letakkan baby di atas dada aku. Terharu sangat aku sudah jadi ibu. Nurse tunjukkan kemaluan baby untuk aku tahu jantina bayi. Alhamdulillah aku dapat bayi lelaki. Anak aku dimandikan Nurse. Sementara seorang doktor kekal dengan ku untuk proses keluarkan uri dan menjahit. Bab jahit ni tak perlu la aku ceritakan tapi yang boleh aku katakan dekat 2 jam jugak aku dijahit. Tak mau ingat! Huhu. Walaupun bius sakit tu tetap terasa. Aduyai.

Selesai menjahit aku minta doktor panggilkan suami aku. Semasa suami masuk ke dalam bilik untuk pertama kalinya air mata aku menitis. Sakit berslin langsung tak buat air mata aku jatuh. Suami cium dahi aku dan ucap terima kasih. Aku menangis bila tengok suami azan kan anak kami dengan suara yang menahan tangis. Ya Allah, andai aku perlu menahan kesakitan yang maha dahsyat ini demi untuk melihat kurniaanMu, aku redha dengan sakit ni.

Muhammad fateh hadif.. Sayang amanah Allah untuk ummi dan ayah. Ummi aku berusaha jadi ibu yang terbaik untukmu sayang.

Terima kasih ya Allah untuk hadiah yang sangat bermakna ini. Bila dah jadi ibu, semakin aku mengerti pengorbanan seorang ibu bertarung nyawa untuk melahirkan anak di muka bumi ini. Sayang mak sangat-sangat.