"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Saturday, December 31, 2011

Penghujung tahun 2011

Bismillah.. Memang sepatutnya begitulah kan? Memulakan setiap sesuatu dengan menyebut nama Allah. Tapi yang ini sering kita terlupa kan? Ke aku sorang je? Huhu. 

Sebenarnya ku sendiri tak ingat apa benda la azam yang aku nak sangat capai pada tahun ni. Tiap-tiap tahun azam bukan main banyak bebenar, tapi yang tercapainya sikit sangat kut! Ku terpaksa previous balik blogku sebelum-sebelumnya untuk lihat apa yang mahu ku capai pada tahun ini. 

1) Menjejakkan kaki ke tanah China. Di sini dan di sini ku luahkan perasaan untuk pertama kali akan menjejakkan kaki ke sana. Dan di sini ku luahkan perasaan aku ketika di China. Sepertinya ku sudah dapat menduga kehidupanku di sana akan berhadapan dengan 1001 cabaran yang maha hebat. ALHAMDULILLAH TERCAPAI!!!

2) Hidup zuhud. SEPARA TERCAPAI! Sebab masa di China memang banyak mengajarku untuk hidup secara zuhud. Tapi bila balik Malaysia, sudah tidak zuhud! Oh, kecewa pada diri sendiri! Sila cuba pada tahun hadapan atau dalam erti kata lain esok. 

3) Perubahan diri ke arah yang positif. ALHAMDULILLAH TERCAPAI! Antaranya kembali bertudung labuh  dan tak masuk panggung wayang. Tahniah untuk saya! *tersenyum manis*

4) Menulis sebuah novel untuk bakal suami. Aku sendiri tak tahu kenapa mesti jiwang sampai begini sekali, tapi seperti biasa diri sendiri susah nak faham apa yang hati mahukan. TAK TERCAPAI!!!! Boleh cuba tahun depan sebab tak kahwin lagi kan? *gelak sumbing*

5) Keluar dari bumi Kuala Lumpur. TAK TERCAPAI!!!! *sebak*

6) Khatam al-Quran sebulan atau 2 bulan sekali. TAK TERCAPAI!!!! Sekali lagi kecewa dengan diri sendiri. Sebab kalau novel ku boleh habiskan berbiji-biji (biji ke buah untuk novel? Dah lama tak buat karangan BM.) dalam masa sebulan. Memang susah nak maafkan diri. Huhu. *menangis*

7) Menjaga mak & ayah. TERCAPAI!!! Alhamdulillah memang yang ini yang ku nak sangat capai. Sebab langsung tak pernah berpeluang jaga mak ayah bila diorang sakit. Yela, dari tingkatan satu sampai sekarang mesti berjauhan dari keluarga. Huk3.. Dan masa menganggur ni ku gunakan sepenuhnya untuk menjadi anak mak & ayah di rumah. *bahagia*

8) Mengurangkan aktiviti di Facebook. TERCAPAI!!!  Tapi masa yang lebihnya banyak kat twitter pulak. Ottoke!!!!

9) Cari kerja. TAK TERCAPAI LAGI!!! Mohon moga rezeki ku akan lebih banyak di tahun hadapan.. er.. esok??? *senyum lagi*

Oh, banyaknya azam yang tak tercapai lagi! Sebenarnya banyak lagi yang nak disenaraikan tapi gerun nak tengok perkataan 'TAK TERCAPAI' walaupun diri sndiri yang tulis. Haisy!

Allah.. permudahkan urusanku pada tahun hadapan. Ameen. 

Friday, December 30, 2011

*senyum*

Ya Allah, bilamana aku masih mengingati si dia yang bukan milikku, maka,bantulah aku untuk aku melupakan dirinya.. Andai ada kenangan antara kami yang mengikat diri, maka lupuskanlah ia dari ingatanku.. biarkan aku jauh dari dirinya, dan ikatlah diriku ini untuk terus setia dengan kasihMu.. hilangkan bayangan dia dari mindaku ini Ya Allah, dan payungilah aku dengan rahmatMu, perindahkanlah lisanku ini untuk terus berzikir menyebut namaMu.. agar aku sentiasa selamat dengan cintaMu.. Ameen ya Rabbal Alamin

Wednesday, December 28, 2011

kalau dah nama jodoh...

Petang selasa sampai rumah. Duduk atas kerusi malas ayah. Ambil nafas! Maunya tak letih, aku buat KL dengan Rompin macam dari rumah sewa nak ke UM je. Suka hati nak pergi, suka hati nak balik! Aku rasa pak cik bas tu pun dah kenal muka aku. Ada ku kesah? hee..

"Kenal tak isteri muda pak ngah?" Mak tanya. Hai mak ni, sampai je rumah terus tanya pasal bini muda pak ngah. Bukan nak tanya khabar anak dia.

"Mesti la kenal. Mak ni pun. Tiap-tiap tahun dia datang raya rumah kita kot." Nak gelak rasa. Ini mesti mak nak ajak bergosip ni kalau tanya soalan pelik macam ni.

"Kawan sekolah rendah adik ingat tak nama Umi Kalsum?" Macam pernah dengar. Tapi jawab dalam hati je. Memori sekolah rendah banyak yang dah kabur. Kalau ingat dengan jelas pun memori dengan Cikgu Rahim, cikgu matematikku. Gila garang! Kena rotan sokmo bila dia masuk kelas aku. Oh, sadis!

"Mak nak cakap apa ni sebenarnya mak? Kejap bini muda pak ngah.. kejap kawan sekolah rendah orang.. Pening tau!" Hehe.

Muqaddimah nak bergosip pun bukan main suspens sungguh! Berdebar-debar rasa teruja nak tau apa yang mak cuba nak sampaikan.

"Kawan sekolah adik tu yang nama Umi Kalsum tu anak kepada bini muda pak ngah!" Mak balas.

"Ooo.. Keciknya dunia mak." Memang la kecik, satu kampung je kot!

"Baru-baru ni kawan adik tu datang rumah kita. Nak sewa rumah! Dia ada la tanya adik. Mak cakap la adik kat KL." Mak terus sambung bicara. Aku pasang telinga. Memang sebelah rumah kami ni ada rumah kosong abang. Abang tak duduk situ, abang duduk dengan mak. Jadi, mak sewakan rumah tu! Tapi rumah tu memang dah ada orang lain sewa pun.

"Dia dah kahwin!" Mak terus pancing minatku untuk ajak berborak.

"Bagus la tu mak. Dah jodoh dia." Aku jawab. Ringkas!

"Tapi dia kahwin dengan orang tua. Tua sangat! Rasanya ayah hang lagi hensem kot! Tua dari ayah hang."

Mak dah mula bergosip ni! Dan aku makin terpancing nak gosip dengan mak. "Tua dari ayah tu maknanya umur dia berapa mak?" kalau ayah pun dah umur 62...hmmm.. otak susah nak cerna atau sebenarnya aku yang tak sanggup nak mencerna kata-kata mak.

"Dalam 65." Jawab mak ringkas.

"Dah jodoh mak. Nak buat macam mana. Doakan je la dia bahagia." Sungguh terkejut tapi tak nak sangat tunjuk muka terkejut depan mak.

"Memang la jodoh. Tapi kita yang kena rancang sape yang akan jadi jodoh kita." Mak tak puas hati.

Dan ku jawab, "tapi Allah yang tentukan mak!" Mak diam. Dah tak tahu nak balas apa.

"Mak, kalau jodoh orang dengan orang tua macam mana mak? Mak restu tak?" Sengaja nak uji mak. Mak diam tak jawab. Hahaha. Ku gelak dalam hati! Tak berani nak gelak depan mak. Mak ni kelakar sungguh la! Aku pulak suka kacau mak. Nges3.. :p

Mak kata mula-mula pak cik tua tu nak jodohkan kawan aku tu dengan anak dia. Tapi umur dia muda sangat. Baru 19 tahun. Yang si lelaki tu pula minta kawanku tunggu 5 tahun lagi. Mungkin nak bagi dia matang sikit kot. Lama lagi. Kalau tunggu 5 tahun lagi maknanya umur kawanku pun masa tu dah 29 tahun. Makanya, kawan aku pun terpaksa tolak. Tak sanggup nak tunggu lama-lama.

"Tapi macam mana boleh jadi dengan ayah pulak mak? Tak jadi dengan anak, jadi dengan ayah! Hesy, macam-macam ye mak!" Tanya aku pelik. Makin menarik pulak ku rasa cerita mak ni!

"Dia dah berkenan sangat dengan kawan adik tu! Orang pulak cantik! Tak dapat buat menantu, mintak pulak buat jadi isteri!" Sambung mak.

"Oh, dia terima pulak ye mak?"

"Mula-mula dia tak nak. Tapi bila hari-hari duk datang rumah, dia pun macam tersuka plak!" Balas mak.

Oh, boleh pulak macam tu? Sebenarnya laju je mulutku nak cakap "entah-entah dia dah terguna dengan ubat guna-guna kot mak!" Tapi kalau cakap macam ni, konpem la ku kena sekeh dengan mak cakap benda mengarut macam ni. Tapi... tak mustahil kan? Dunia sekarang semua benda boleh jadi.

Kata mak lagi, suami tua dia ni memang kaya. Kereta pun berbiji-biji (biji ke buah ye untuk kereta? Lama dah tak buat karangan BM. Ahaks.), dan lagi kebun sawit pun berekar-ekar. Aku hairan! Sungguh hairan! Kalau perempuan yang terima lelaki tua sebab kaya macam pelik je kan? Sebenarnya tak ada yang pelik pun untuk dunia sekarang. Kan? Dan lagi sanggup pula dia nak jadi isteri kedua, sanggup bermadu.. Sungguh ku hairan dan pelik.

Tapi cukuplah ku pelik dan hairan di dalam hati. Sedangkan jodoh aku sendiri pun masihku hairan dan pelik siapakah gerangannya? Sebelum ku hairan dan pelik untuk orang, baikku hairan dan pelik untuk diriku sendiri. Ahaks.

Mak kata, oleh sebab rumah abang dah ada orang lain sewa. Jadi, diorang menyewa di Rompin. Oh, kalau dia sewa rumah abang, mesti ku ada kawan. Boleh la borak-borak, gosip-gosip.. tanya apa sebenarnya dalam hati dia. Dan mungkin sebab tu dia tak ditakdirkan menyewa rumah abang sebab ku ni suka sangat bergosip. Hesy. 

Apapun alasan kawan aku tu, moga dia bahagialah hendak-Nya. Ameen. ~~

Tuesday, December 27, 2011

terseksa...

Bismillah...
Sebenarnya...
Tak ada apa nak tulis pun, cuma nak cakap tak boleh tidur. Boleh?

Apa? Tak boleh?

Suka hatilah, ini blogku.. ahaks.. :p

Monday, December 19, 2011

Perpisahan yang ditangisi!

"Nani nangis!"

Suara Izzah membuatkan kami semua pandang Nani yang masa tu sedang melambai kami dari atas rumahnya. Hati sayu melihat dari jauh Nani sedang menyapu air mata di pipinya. Dalam hati, rasa mahu turun dari kereta dan naik kembali ke rumah dia dan peluk dia.

Dua hari masa yang diluangkan bersama-sama terasa begitu indah sekali. Sekarang terasa sangat susah untuk duduk bersama-sama dan berbual panjang seperti dulu. Masing-masing sudah ada arah tuju hidup masing-masing. Membawa haluan hidup masing-masing. Tapi alhamdulillah persahabatan antara kami langsung tak pernah pudar.

Empat tahun yang Allah beri pada kami cukup membuatkan ikatan persahabatan yang dibina begitu sukar untuk dileraikan. Terima kasih Allah untuk pertemuan & persahabatan yang cukup indah ini!

Cerita kami di rumah Nani :
Petang tu kami sampai rumah Nani dalam jam 2 petang. Bahagia rasa dapat melihat senyuman Nani. Senyum rindu dari seorang sahabat. Itu saya pasti!

Puan Nani, kalau awak perasan masa di rumah awak, saya antara yang banyak berada di dapur masa awak masak kan? Sebab saya tahu lepas ni kita tak akan dapat masak sama-sama dah. Tiga tahun kita tinggal di rumah sewa sama-sama, saya jarang-jarang nak masuk dapur bila awak tengah masak. Enol yang selalu tolong awak kan? Saya rasa, saya dah banyak rugikan masa 3 tahun kita bersama. Tapi, kali ini saya diberi peluang 2 hari saja untuk bersama awak. Sebab itu kalau boleh saya nak buat semua benda yang saya jarang buat dengan awak masa di rumah sewa dulu. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan!

Malam tu, saya tertidur sendirian dalam bilik. Sebab lepas solat isya' saya mengantuk sangat-sangat. Saya letak kepala atas bantal saya terus tertidur. Masa tu awak semua kat depan ruang tamu tengok tv.

Pukul 2.30 pagi, awak buka pintu. Awak kejut saya. Saya tertidur sorang-sorang dalam bilik. Yang lain semua tidur depan ruang tamu. Awak ingat kan? Awak cakap, "bangunlah, tidur la depan. Sakit badan tidur atas lantai!" Lembut je suara awak masuk dalam pendengaran saya. Tapi saya tak bangun. Saya pusing badan menghadap dinding. Masa tu saya menangis.

Sebab saya teringat masa kat rumah sewa, biasanya ayat macam tu yang akan keluar dari mulut kami kejut awak suruh bangun tidur dalam bilik. Awak kan suka tidur kat atas lantai depan tv. Ingat tak? Ingat tak? hehe...

Masa tengok tv kat rumah awak, saya duk tarik-tarik rambut awak dengan Enol. Sampai Enol kata, "isyh, budak ni.... (terus membebel2).." Tapi saya tak peduli, saya terus tarik-tarik rambut awak berdua. Sebab dulu masa kat rumah sewa, saya selalu tarik rambut awak berdua. Kan3??? Lepas ni dah tak berpeluang nak tarik rambut awak-awak. hehe..

Izzah pula kerjanya dari awal sampai nak balik, mesti tangan tak berhenti nak snap gambar. Izah kata, "lepas ni susah dah nak bergambar ramai-ramai macam ni." Sayu je rasa hati dengar ayat Izah. Perancangan Allah, manalah kita dapat duga kan? Tapi biar pun lepas ni kita bawa haluan masing-masing dan berpecah di bumi Allah yang luas ini, tapi harapnya persahabatan ini akan terus kekal. 

Dekat kampung, bila saya buang spek mata nak masuk bilik air atau tandas mesti saya akan tercari-cari mana saya letak spek saya. Dan langsung mata akan berair sebab teringat masa kat rumah sewa, kalau saya letak merata-rata spek mata saya, saya akan paksa semua orang dalam rumah sewa carikan spek saya. Biasa awak dengan Enol la yang selalu kenakan saya. Hehe. Enol kata, "banyak telan semut ni, selalu lupa letak spek kat mana." Saya gelak je, sebab ayat tu selalu saya cakap Nani sebab selalu jadi pelupa!

Masa turun ke kereta nak ke kenduri Izni, awak tertinggal hadiah kat dalam rumah. Enol tanya, "kenapa Nani naik balik?" Saya jawab, "macam biasa, Nanieeeee.. "

Hanya sahabat yang betul-betul prihatin & rapat akan tahu semua tentang diri kita, luar dan dalam. Dan kami sentiasa faham tentang awak. :)

Awak nak tahu tak? Masa balik dari rumah awak, dalam kereta kami cakap pasal 'sahabat'. Kami cakap, sangat rugi bila seorang sahabat mengabaikan sahabatnya sebelum dia kahwin. Sebab lepas dah kahwin, segala-galanya sangat terbatas. Masa untuk bersama-sama pun terbatas. Masa untuk mencipta memori bersama pun terbatas.

Ingat tak soalan saya masa awak tengah potong buah jambu, "agak-agak bila kita dah tua nanti, persahabatan kita akan tetap begini ke?" Awak jawab, "tetap3." Saya rasa nak sekeh je awak. Bai pula duk gelak-gelak je.

Saya tak pasti 10 tahun akan datang atau 20 tahun akan datang bagaimana kisah persahabatan kita. Tapi untuk setiap hari yang saya lalui, saya mahu pastikan persahabatan kita terus erat. Sebab saya sayang sangat pada awak semua! Saya adik-beradik tak ramai, dengan awak semualah saya menumpang kasih dan manja. *uhuk3* Dan rahsia saya pun banyak kawan-kawan yang tahu dari keluarga. Entah kenapa ya, saya lebih senang meluahkan isi hati saya pada awak semua dari keluarga sendiri. Mungkin betul cakap awak, "hidup kat dunia ni lebih banyak luangkan masa bersama sahabat dari keluarga sendiri." Saya setuju ayat awak!

Dulu bila ada sesuatu perkara yang tak best jadi pada diri saya, saya mesti cakap, kadang-kadang rasa nak hilang ingatan aje. Biar ingatan pada perkara yang tak best tu terus lenyap dari fikiran saya. Tapi sekarang saya tak mahu saya hilang ingatan. Sebab terlalu banyak kenangan yang dicipta kita bersama. Kenangan yang indah untuk dikenang kembali. Kenangan yang bisa membuatkan senyuman terukir sendiri di bibir saat kenangan it terlayar di minda.

Untuk semua sahabat yang pernah hadir dalam hidup saya :
Terima kasih untuk segala-galanya. Semoga persahabatan yang indah di dunia ini akan lebih indah lagi di taman syurga. Ameen.

Akhir kata :
Dengan nama Allah, saya sayangkan awak semua. ^^

kenangan di rumah nani.. dan yg pasti kenangan yg terindah.. ^^

Monday, December 12, 2011

Kelemahan & kekurangan diri!

Sejak akhir-akhir ni, penyakit rendah diri saya semakin tebal. Tebal setebal awan. Awan tebal ek? Hehe. Bila saya tengok orang yang pandai dalam sesuatu perkara, mulalah saya nak bandingkan diri saya dengan orang tu. Lepas tu, saya akan cakap pada diri saya, "alahai lemahnya diri ni, banyak betul kekurangan."

Tapi sebenarnya saya lupa, di setiap kekurangan & kelemahan saya, ada kelebihan lain yang menampung kekurangan saya tu. Lagi pula, mana ada manusia yang sempurna dalam dunia ni kan.

Dan saya banyak berfikir sekarang. Terutama tentang masa depan saya. Bila saya rasa macam tak nampak arah tuju hidup saya, saya banyak mengadu pada Allah. Saya rasa dekat dengan Allah.

Oleh sebab saya banyak berfikirlah, maka timbulnya satu azam saya untuk tahun depan. Satu je! Saya dah tak larat nak buat senarai azam yang panjang tapi tak pernah pun nak tercapai. =='

Saya nak perbaiki kelemahan & kekurangan diri saya. Saya mahu jadi manusia yang yakin pada diri saya. Walaupun susah, saya kena cuba! Bukan sebab saya takut orang lain pandang rendah pada saya, tapi yang saya takutkan ialah bila saya sendiri yang memandang rendah pada diri saya sendiri.

Allah.. berikan kekuatan pada saya! Ameen. ~~

Friday, December 9, 2011

Melati si gadis manis..

Saya ada seorang kawan. Memang agak pelik kalau saya cakap ada kawan di kampung sebab saya memang insan yang keseorangan tanpa teman-teman di sisi di sini. Sebab itu saya sangat rindukan kawan-kawan saya di Kuala Lumpur.

Nama kawan saya Melati. Nama yang cantik seperti cantiknya bunga Melati. Melati budak baik, sopan santun, hormat orang tua dan yang penting sentiasa mendahulukan Allah dalam kehidupan dia. Saya kagum dengan dia. Rasa nak jadi macam dia. Tapi saya tak boleh jadi orang lain. Sebab saya adalah saya. :)

Melati akan bertunang minggu depan. Tapi sayang Melati tak ada perasaan pada tunang dia. Tunang dia tu pilihan mak dan ayah dia. Tapi tunangnya memang seorang insan yang baik. Pilihan mak dan ayah Melati adalah yang terbaik untuk dia, saya kira!

Apapun saya doakan Melati akan bertemu dengan bahagia yang dicarinya selama ni. Okey Melati, saya sayang awak... ^^


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Wednesday, December 7, 2011

Bukan awak!!!!!!

Alahai. Saya rasa ada seorang kawan yang dah terasa hati dengan post saya yang bawah ni. Kawan-kawan saya semuanya baik-baik. Tak ada lagi yang membuatkan saya menyampah atau rasa tak suka bila baca kata-kata mereka di facebook.

Betul ni! Tak tipu!

Saya beruntung disekeliling saya semua kawan-kawan saya sangat baik dan mengingatkan saya bila saya ada buat silap.

Cuma saya aje yang kadang-kadang bermasalah untuk terima nasihat. InsyaAllah, akan saya cuba perbaiki diri.

Orang yang dimaksudkan adalah ahli keluarga saya sendiri. Saya tak mahu cakap sebab ia melibatkan keluarga saya sendiri. Tapi kalau ini sudah membuatkan ada antara mereka yang terasa hati, saya terpaksa juga bercakap. T_T

Saya kira kita sudah kawan lama, awak akan faham. Tapi awak tak faham juga. Tak apalah saya tak salahkan awak sebab memang saya yang salah.

Maafkan saya. =='

Prasangka buruk!!!!

Susah sebenarnya mahu berprasangka baik pada insan yang memang kita kenal rapat dengan dia. Kita tahu dia jenis yang macam mana. Tapi kadang-kadang sikapnya seperti 'tunjuk baik' di facebook membuatkan kita menyampah sekali!

Tengok, kan dah kata susah nak prasangka baik pada orang!

Sebenarnya bukan masalah pada orang tersebut, tapi masalah pada diri ini. Hati kena lebih banyak dibersihkan. Sucikan diri dengan dekatkan diri dengan Allah dan al-Quran.

Apa tujuan dia itu moga memang kerana Allah hendak-Nya. Berdoalah. Yakinlah. Moga bukan tujuannya untuk mendapat perhatian, nama & yang penting moga dijauhkan dari sifat riak.

Subhanallah, mohon dijauhkan dari perasaan yang tidak elok seperti ini.

Ampunkan saya ya Allah sebab dah berprasangka buruk pada orang lain.

InsyaAllah lepas ni akan cuba menjaga diri dan hati. Terus bersama saya supaya jalan saya melangkah pada-Mu lebih lurus.

ameen..

Sunday, December 4, 2011

4 December 1987

Selamat hari lahir.
semoga Allah lebih memberkati hidup.
menjadi seseorang yang lebih baik dari masa yang lepas.
menjadi seorang yang mudah melupakan.
memaafkan.
mensyukuri.
menjadi matang.
berjaya di dunia & akhirat.
tercapai segala impian.

mendapat kerja yang baik.
mendapat suami yang baik juga. (oh!)
mendapat anak-anak yang soleh & solehah juga. (eh!)

esok adalah permulaan baru!
Thanks Allah. :)

Saturday, November 26, 2011

Hidup saya ibarat menunggu bas yang akan membawa saya ke perhentian yang sebenar-benarnya.

Begitu tenang dia setia di bawah bumbung perhentian bas itu. Walaupun hujan turun dengan begitu lebatnya, namun dia tetap menanti bas yang dinantinya akan hadir dengan segera. Walaupun telah berpuluh-puluh bas yang hadir dan berhenti di depannya sejak tadi, tapi itu semua bukan bas yang dinanti dari tadi. 

Ada juga pemandu bas yang memanggil-manggilnya supaya naik bas mereka. Dia seolah-olah dipaksa. Dan yang lebih teruk lagi ada yang cuba yang menakutkan dia dengan berkata bahawa bas yang ditunggunya sudah terlepas dan itu adalah bas yang terakhir.

Dia menangis sendirian. Manusia disekelilingnya sudah tiada. Semua sudah bertemu dengan bas masing-masing yang akan membawa mereka ke destinasi yang ingin dituju. Sedang dia masih menanti. Aduhai! 

Walau ada sejuta bas yang berhenti di depannya, dia tak mungkin akan naik bas tersebut melainkan hanya satu bas yang ditunggu. Bas yang akan membawanya ke destinasi yang selamat. Dia akan tetap bersabar menanti bas tersebut. Biarpun lambat tapi dia tetap akan tunggu. Dia tahu penantiannya tak akan sia-sia. Bas tersebut akan muncul. 

Akhirnya, bas yang dinanti tiba jua. Pemandu bas tersebut tersenyum manis padanya. Dia bersyukur. Hatinya tenang. Tidak seperti tadi, dia gelisah sangat. Seolah-olah dia seorang sahaja yang tidak akan menemui destinasi yang mahu dituju. 

Pemandu bas tersebut memohon maaf padanya kerana lambat. Dia tidak kisah lambat macam mana sekalipun, asal bas itu sudah datang untuk menjemputnya. Itu sudah cukup baginya. 

Teringat sebuah hadis yang dibacanya di dalam twitter. Ya, twitter TeladanRasul. Ia betul-betul wujud tau! Kalau tak percaya boleh search. Dia suka follow twitter yang suka tweet hadis-hadis dan terjemahan al-Quran. Banyak pahala yang mereka dapat bila seorang baca dan kemudian retweet pula status tersebut. Aduhai, senang sekali mahu kumpul pahala di zaman moden zaman sekarang kan? Asal kita pandai dan bijak menggunakan internet sebaik mungkin. Tapi senang juga nak kumpul dosa melalui internet atau laman-laman sosial seperti facebook dan twitter kan? Semuanya bergantung pada individu itu sendiri. 

Oh, hampir terlupa hadis tersebut. Hadis yang berbunyi "Tidak ada suatu rezeki yang Allah berikan pada seorang hamba yang lebih luas baginya daripada sabar (Hadis Riwayat al-Hakim)" 

Alhamdulillah, berkat kesabarannya menunggu bas tadi. Dia mendapat rezeki dari Allah iaitu dapat tiba ke destinasi dengan selamat. Cuba bayangkan kalau dia naik juga bas lain, entah ke mana-mana la bas itu akan membawanya kan? 

Begitu juga ibarat hidup. Kita manusia ibarat menunggu bas. Ya, bas yang akan membawa kita ke arah kebaikan atau bas yang akan membawa ke arah kemaksiatan atau kemungkaran. Memang kita benci menunggu bas. Bas selalu lambat tiba. Terutama bas yang akan membawa kita ke destinasi kebaikan. Macam-macam dugaan yang perlu kita tempuh sepanjang masa menunggu bas. Kita diganggu lelaki-lelaki gatal yang suka mengganggu gadis-gadis seperti kita. Ditambah dengan cuaca yang sering tidak menentu, kadang-kala panas, kadang-kala  hujan, kadang-kala ribut taufan dan macam-macam lagi. 

Begitu juga kehidupan, dalam saat meneruskan kehidupan, kita sering diuji dengan ujian yang kadang-kala rasa tak tertanggung oleh diri. Untuk berjalan terus kepada 'destinasi' yang kita mahukan Allah akan uji kita dulu. Bila kita dapat hadapi ujian tersebut, maka ganjaran dari Dia juga pastinya hebat juga kan?

Tapi insyaAllah, penantian dicampur dengan cabaran dan ujian tersebut pasti akan berbayar bila bas yang dinanti tersebut hadir dan akan membawa kita ke destinasi yang selamat. Atau lebih tepat dikatakan ke destinasi yang sebenar-benarnya iaitu syurga abadi. 

Semoga setiap dari kita telah menaiki bas yang akan membawa kita ke destinasi yang sebenar-benarnya (Syurga Ilahi). Dan jika kita masih belum menaiki mana-mana bas lagi dan masih lagi menunggu bas tersebut hadir, ada masa lagi untuk kita berfikir untuk memilih bas terbaik yang akan membawa kita ke jalan yang diredhai-Nya. Namun, jika kita sudah tersalah menaiki bas yang membawa kita ke destinasi yang 'salah', kita masih boleh tekan butang loceng untuk berhenti dan turun dari bas tersebut. Kita masih boleh patah balik untuk kembali ke perhentian tadi dan mengambil bas yang sebetul-betulnya yang akan membawa kita ke destinasi yang benar. Allah sentiasa menerima kita asal kita tahu makna 'taubat'.

*idea terhasil saat tunggu bas semalam*

-Tulip Sayang-


Thursday, November 24, 2011

Bingkisan Hati.


Kadang-kadang kita terlupa,
kita jauh daripada Allah,
lalai dalam menjaga hubungan kita denganNya.
Sebab itu jangan ditanya kenapa kita lemah saat derita menimpa,
kerana kita rasa bantuan itu tiada daripadaNya.

Ubatnya adalah mendekat.
Biarlah dahi kepada bumi melekat.
(Hilal Asyraf)


Ada masa kita gembira,
ada masa kita berduka,
ada masa kita bersemangat,
ada masa kita rasa tidak kuat,
itulah dia resam dunia,
dan Islam ada cara dalam menguruskan semua rasa.
Yang berpegang tak akan sesat,
dan meninggalkan hanya akan celaka.
— Hilal Asyraf




jangan berputus asa dengan rahmat Allah, teruskanlah berdoa…disaat kita meragukan akan pertolongan Allah sesudah kita mengharapkan pertolonganNya, maka rosaklah keikhlasan doa kita terhadapNya… 
ingatla, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (al-baqarah:214).
“maka sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan (Al-Insyirah: 5-6)
— akuislam.com





Kekuatan diri terletak kepada kebergantungan kita dengan Allah SWT.
Kadang waktu lemah, rujuk semula bagaimana hubungan kita denganNya.
Kadang waktu kuat, lihat semula apakah kita masih kekal menjaga hubungan denganNya.

Ini menjamin konsistensi.
Saat lemah kita tabah.
Saat kuat kita tidak goyah.

-Hilal Asyraf

**********


Bahagia rasanya di sini. 
Melihat keindahan alam yang Kau ciptakan ini. 
Damai di hati.
Damai di jiwa.
Terima kasih Allah.
 Berada dekat dengan-Mu adalah satu nikmat.
(^_^)

kisah air mata.

Di luar tingkap, hujan turun mencurah-curah membasahi segenap alam. Dia sukakan hujan. Dari dulu lagi. Tapi kali ini bibir tidak boleh mengukir senyum menyaksikan hujan tersebut. Sesekali tangannya basah akibat titisan air mata yang turut mencurah-curah membasahi wajahnya. Sejak melangkah kaki naik atas bas itu, air matanya tidak mahu berhenti. Sama seperti hujan di luar ketika ini. Ah, wanita memang sudah sebati dengan air mata. Ibarat teman baik kala susah dan senang.

Bibirnya pula langsung tidak henti-henti menyebut kalimah suci "Lailahaillallah...". Dua buah buku yang menjadi teman setianya di atas riba itu dipeluk erat hingga ke dada. Seolah buku itulah nyawanya tika itu. Salah satunya ialah Al-Ma'thurat yang memang sudah sedia dibawa dari rumah sewa. Satu lagi ialah buku kecil dan nipis yang bertajuk "Apa itu taubat?". Buku itu baru beberapa jam yang lalu dibeli oleh seorang lelaki yang tiba-tiba naik atas bas tika bas berhenti di Hentian Duta. Tiga buah buku nipis itu diletakkan perlahan di atas ribanya. Dia membelek-belek ketiga-tiga jenis buku itu. Tapi dia lebih tertarik pada buku hijau yang bertajuk "Apa itu Taubat". Bukan dia suka hijau, jadi dia beli buku itu. Bukan! Tapi mungkin buku itu sesuai untuknya saat itu. Buku yang berharga tiga ringgit itu dia bayar kepada lelaki tersebut. Lelaki tersebut tersenyum dan berkata. "moga buku ini memberi manfaat." Dia tersenyum hambar.

Tadi semasa menunggu bas di Puduraya, dia membaca terjemahan al-Ma'thurat. Sesuatu yang jarang dilakukan. Syahdunya kata-kata di dalam kitab kecil itu. Ya, Allah tak akan membebankan hamba-Nya dengan ujian melainkan sesuai dengan tahap kemampuannya. Sekarang dia sudah faham. Faham tentang segala-galanya.

Alhamdulillah, dia sudah redha dengan ujian yang menimpa dirinya. Dia terasa semakin dekat dengan Sang Pencipta. Sekarang dia sudah pandai bangun malam untuk bertemu dengan Dia Yang Satu. Pada Dia, dia curahkan segala apa yang dia rasa. Tika menadah tangan, dia berdoa dengan begitu syahdu dan sayu. Air matanya menjadi saksi untuk segala-galanya. Pada dosa-dosa yang dilakukan selama ini. Pada kelalaiannya selama ini. Tuhan, dia begitu lalai dengan nikmatnya dunia.

Teringat beberapa bulan yang lalu, Allah sudah memberi petunjuk padanya di bulan Ramadhan, bulan yang penuh mulia. Tapi dia tak sedar. Dia tetap leka.

Akhirnya, kali ini Allah mengujinya dengan ujian yang sangat berat buatnya. Sampai dirasanya tak tertanggung. Allah itu baik kan? Dia tak terus biarkan dirinya terus terleka dengan dunia. Bila diuji begini, dia begitu dekat dengan al-Quran, begitu senang untuk bangun solat di malam hari (walaupun baru dua hari dia mula solat malam ini), begitu tenang mendengar alunan azan memanggil umat Islam untuk sujud pada Pencipta, begitu mudah sayu bila menadah tangan untuk berdoa pada Dia.

Sekarang apa yang dilakukan adalah hanya semata-mata kerana Dia. Inilah bahagia yang dia cari.

Dan sekarang dia sudah tahu apa yang mahu dilakukan. InsyaAllah jika tiada aral melintang, bulan 12 ini dia akan terus keluar dari rumah sewa. Ya, rumah yang banyak mencipta memori bersama-sama sahabat-sahabat yang disayanginya. Dia akan memulakan kehidupan baru, di tempat baru dan perasaan baru. Semuanya kerana Dia. Saban hari, dia tak pernah lupa untuk berdoa supaya diberi petunjuk.

Walaupun keputusannya belum rasmi. Pada ibunya juga belum dikhabarkan tentang rancangannya. Tapi ibu tak pernah halang keputusannya asal keputusannya yang terbaik buat dirinya. Ah, dia tiba-tiba rindu pada ibu. Berapa lama dia berada di sini, dia sendiri tak pasti. Jauh sungguh dia mencari ketenangan. Tapi dia akan segera pulang ke kampung untuk meneruskan kehidupannya di kampungnya yang tercinta. Dia mahu jadi anak yang solehah buat ibu ayahnya sebelum dia menutup mata tinggalkan bumi ini.

Kalau boleh, dia sudah tidak  mahu menangis lagi. Biarlah air matanya hanya untuk Allah. Cukuplah dia rasa terseksa, rasa terluka dengan semua yang berkaitan dengan dunia. Biarlah air matanya demi untuk mendamba redha dari-Nya.

Tuesday, November 22, 2011

Perancanganku biarlah di dunia terus membawa ke syurga abadi...

Bismillah... Mohon segala apa yang ditulis kali ini mendapat redha dari-Nya. Kalau boleh, biarlah apa yang kita tulis sentiasa mendapat keberkatan dari-Nya. Betul kan?

Sebenarnya diri sendiri pun tak sedar yang umur sekarang sudah meningkat. Sampai ada seorang mak cik tanya umur baru sedar dah makin tua. Hidup sedikit terasa berantakan bila perancangan tu tak ada.

Ini antara perancangan yang bakal dilalui tahun depan. Mohon semuanya dipermudahkan.

1) Cari kerja untuk menampung diri sendiri. Bayar hutang yang banyak. Sesungguhnya sangat risau hutang belajar yang sangat banyak. Mana tahu tiba-tiba aku mati, tak kan la mak ayah pula yang kena bayar. Oh, tak nak bebankan ayah dengan hutangku.

Sebenarnya mahu ikut ayah jadi petani. Menguruskan sawah padinya tapi ayah tak bagi. Fikiran orang tua ini suka sikit nak jangka. Terima saja keputusan ayah.

2) Mahu keluar dari bumi Kuala Lumpur. Tak kisah mana pun negeri-negeri di Malaysia ni (asal jangan Sabah & Sarawak sebab memang mak tak izinkan). Entah kenapa rasa sangat tragis bila duduk lama-lama di sini. Mungkin sebab tak mahu terikat dengan insan-insan di sekeliling.

Tapi malangnya banyak apply kerja di sini.

3) Berubah menjadi anak yang solehah untuk mak ayah. Alhamdulillah setakat tinggal dengan keluarga semula ni, terasa seperti tanggungjawab sebagai seorang anak itu tertunai. Dapat cium tangan mak ayah lepas solat adalah perkara yang paling membahagiakan.

InsyaAllah, selagi belum disunting menjadi isteri orang ni mahu sentiasa menjadi anak yang terbaik untuk mak ayah.

4) Mahu khatam al-Quran sebulan sekali. Atau sekali dalam dua bulan. Sungguh, sangat cemburu dengan mak bila mak dapat khatam al-Quran sebulan sekali. Terasa seperti langit dengan bumi bila nak bandingkan dengan mak. InsyaAllah, bila diletakkan dalam perancangan tahun depan, mungkin dengan ini boleh jadi peringatan untuk diri sendiri.

5) Kahwin? Kalau ikut dari perancangan memang sepatutnya tahun depan mesti sudah bina masjid. Tapi ajal maut, jodoh pertemuan semua tu di tangan Allah kan? Habis-habis pun ayat ni je la yang akan keluar bila ditanya tentang soal jodoh.

Bab-bab jodoh ni dah serah semua pada mak ayah. Lagipun kalau ada yang masuk meminang, insyaAllah jika bersesuaian akan diterima. Sudah tidak mahu mengharap pada sesiapa. InsyaAllah, Allah dah sediakan yang terbaik untuk kita semua.

Tapi tak kisahlah sebab dah kurangkan bilangan anak. Lambat sikit pun tak pe. Boleh ke fikir macam ni? Hehe.  Mestilah boleh, orang tak tahu betapa bosannya hidup sebagai seorang anak bongsu.

Pernah bercita-cita nak ada anak seramai 15 orang. Banyak kan? Sampai begitu sekali bila bosan balik kampung. Tapi sejak jaga anak saudara ni, baru tahu betapa susahnya mahu mendidik budak-budak zaman sekarang. Maka, sudah dikurangkan kepada 2 orang. Hehe.

6) Perbanyakkan bekalan & persediaan untuk bertemu dengan si Dia, Kekasih Hati Dunia & Akhirat. Rasanya tahun ini dan sebelum-sebelumnya lebih banyak memikirkan hal dunia. Langsung terlupa yang bekalan untuk dibawa ke sana masih sedikit. Sebenarnya itulah tujuan sebenar hidup di muka bumi ni, tapi manusia memang mudah lalai kan? hukhuk...Allah...

Setakat ini saja perancangan yang difikirkan. Dan akan cuba untuk memperbaiki.

Tahu, perancangan yang Allah dah aturkan untuk diri ini adalah yang terbaik. Tapi sekurang-kurangnya kita sebagai hamba-Nya perlu berusaha menjadikan perjalanan hidup kita yang terbaik. ^^

saya dan awak dah tak ada apa-apa.

Akhirnya persahabatan ini betul-betul terputus. 
Maaf, saya bukan insan yg selayaknya untuk terus bersama awak. 

Jangan paksa saya. Berilah saya pelung untuk menjaga hati saya pula. 
Saya dah banyak kali terluka sebab saya lebih banyak menjaga hati orang lain dari hati saya.
Izinkan saya untuk pentingkan diri saya kali ini. Kali ni je awak.  

Dulu masa saya jatuh rebah dengan dugaan dunia, saya bangkit sendiri dengan susah payahnya. 
Betapa susahnya saya nak bina kekuatan itu kembali. Hanya sebab saya mahu insan-insan disekeliling saya yang saya sayangi bahagia. Sedang saya terpaksa menukar kebahagiaan itu dengan air mata saya. 

Bila kekuatan itu mula muncul dalam hidup saya, saya diuji lagi dengan hebatnya. Sampai saya sendiri tak tahu nak lalui & berdepan dengan awak macam mana. 

Biarlah saya begini. Jangan terus datang dan merayu pada saya lagi. Hati saya dah keras. 

Kalau pun persahabatan ini betul-betul mahu terjalin semula, biarlah dari keikhlasan hati saya. 
Buat masa ini saya, hati saya benar-benar keras. Allah, ampunkan saya sebab saya memutuskan persahabatan ini. 

Saya tahu awak baik. Disekeliling awak ramai lagi insan yang sayang & prihatin pada awak. Dengan kehilangan saya,awak tak rugi satu apa pun!

Saya sendirian pun tak apa. Saya dah biasa. :)

Tadi awak hantar mesej pada saya. Awak minta maaf pada saya. Sayu je bunyinya. Sampai saya menangis baca mesej awak. Tapi sayangnya air mata itu langsung tak dapat nak leburkan kekerasan hati saya. Saya yang salah, awak tak salah. Saya tak ada kekuatan nak balas mesej awak. 

Tapi saya tetap cuba menyusun kata-kata untuk membalas pada awak. Walaupun balasan itu saya balas di inbox facebook awak. 

Saya tahu saya dah jadi manusia yang kejam bila saya kata mahu akhiri semua yang pernah terjalin antara kita. Saya tak tahu sama ada perpisahan ini dibenci Allah atau tak. Saya betul-betul tak tau. 

Saya kata pada awak, biarlah masa yang tentukan segala-galanya. Tapi saya sendiri tak tau sama ada masa tu dapat hilangkan semua kisah-kisah dulu. 

Tapi saya tak nafikan, sepanjang menjadi kawan baik awak, saya rasa bahagia sangat-sangat.

Entahlah....=='

Sunday, November 20, 2011

Tuhan...

Tuhan,
Engkau suruh aku berusaha,
maka aku terus cuba mencuba,
tolak tepi semua duga,
merempuh sengsara derita.

Susah wahai Tuhan,
kerana aku manusia punya jiwa,
ada masa lemah tidak tertahan,
ada masa berdarah terluka.
Adakala rasa mahu berhenti,
tetapi hanya Dikau punca gerak langkahku ini,
justeru bila jatuh,
aku tetap bangun lagi.

Tuhan,
Engkau suruh aku berusaha,
maka tidaklah ada aku cita melainkan yang tinggi,
Engkau Maha Tahu wahai Tuhan bahawa tidak ramai memahami diri inii,
tetapi aku berusaha kerana Engkau yang memerhati.

Aku berselisih dengan mereka,
mereka dan mereka,
hatta orang yang aku cinta juga tidak mampu mendalami apa yang aku usaha,
kadangkala dalam langkahan ini aku terasa sunyi,
entah berapa gelen jejesan air mata menemani,
bukan mudah Wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.

Kalaulah bukan keranaMu wahai Tuhan,
maka usaha ini telah lama aku henti,
tetapi aku masih melangkah hari ini Tuhan,
tanda aku masih usaha,
masih percaya,
kepadaMu tanpa ragu di dalam hati.

~ Hilal Asyraf ~

Wednesday, November 16, 2011

Kisah Persahabatan Yang Hambar.



Hati serang perempuan memang mudah terguris dan terasa hati. Dan wanita juga simbolik dengan air mata. Mudah mengalirkan air mata walaupun hanya untuk perkara yang remeh. Mungkin tak semua tapi kebanyakannya begitulah kan?

Yang aku tahu dan pasti tentang diri aku, bila sebelum mata terpejam pasti aku akan teringat pada rakan-rakan rapat yang pernah hadir dalam hidup aku. Bila terkenang balik semua memori yang pernah kami lalui bersama dulu, rasa sangat sayu sekali. Banyak yang kami lalui bersama. Tertawa, menangis, makan, minum, study, semuanya kami lakukan bersama-sama. Mana mungkin persahaban yang diikat bertahun-tahun lamanya dapat aku buang begitu saja dari hidupku, hanya kerana satu peristiwa kecil tapi menyakitkan hati.

Entahlah, mungkin salah aku. Tapi aku sendiri susah mahu mengakui. Dan aku sendiri tak pasti apakah kemaafan yang aku hulurkan benar-benar ikhlas dari hati aku. Benarkah untuk memohon kemaafan perlu setulus keikhlasan dari lubuk hati kita?

Salam kemaafanku disambut tapi kenapa begitu terasa hambar sekali ya? Mungkin sebab aku sendiri tidak begitu ikhlas menuturkan kata maaf itu tapi hanya sekadar mahu memenuhi tuntutan syariat supaya segera bermaafan bila telah melakukan kesilapan.

Peliknya persahabatan ini ya Allah. Aku tahu bila terjadinya satu peristiwa yang agak kurang best antara sahabat, pastinya sukar sekali persahabatan itu mahu terjalin erat seperti sebelum kejadian. Cuma yang menyelamatkan keadaan adalah kerana kami sudah tamat @ habis belajar di tempat yang sama. Membawa haluan masing-masing. Tapi sayangnya kami tak bawa bersama ikatan persahabatan itu.

Akhirnya persahabatan yang erat itu putus di tengah jalan.

Mungkin kami sudah dewasa. Semua perkara yang remeh-temeh perlu diabaikan terus. Belajar untuk melupai semua kenangan yang pernah dicipta bersama suatu masa dulu. Masa ketawa dan bergurau senda sudah berlalu. Lebih baik tumpukan pada arah kehidupan yang sedang menanti di hadapan sana.

Beginikah sebenarnya rasa kehidupan selepas tamatnya hidup sebagai seorang pelajar?

Wahai hati, yakinlah bahawa semua yang terjadi ini ada hikmah-Nya. Mungkin bila terjadinya peristiwa seperti ini, aku dapat menjaga batas pergaulanku dengan seorang insan yang bernama lelaki. Walaupun hubungan yang terbina itu hanyalah atas nama sahabat dan tak pernah lebih dari itu.

Malangnya aku tak pernah lupa pada persahabatan ini. Dan bila mengingatinya adalah satu perkara yang sangat menyakitkan. Dan yang paling pedih, aku terpaksa menerima kenyataan bahawa semua itu adalah masa dahulu yang telah berlalu dan aku perlu lupakan persahabatan dan kenangan antara kami.

Entah aku menyesal atau tidak dengan persahabatan yang pernah terbina selama ini. Kalau ikut jawapan yang tidak fikir panjang mesti aku akan kata begini, “kalau kau tak kawan dengan dia dulu, kau tak kan rasa sakit seperti ni!”

Tapi Tuhan, ku tahu semua yang terjadi ini ada hikmah-Nya. Teringat kata-kata seorang sahabat, jangan pandang pada yang tersurat sahaja, cuba cari yang tersiratnya juga.

Namun hakikatnya aku tak pernah berhenti mendoakan kesejahteraannya di dunia ini. Dan aku akan tetap kenang dia sebagai seorang sahabat yang pernah hadir dalam hidupku suatu masa dulu.

Thursday, November 10, 2011

Tentang Bulan.

Malam ni bulan sangat cantik. Bila tengok bulan terus ingatan tertumpu pada sahabat-sahabat tersayang. Sebab kami semua memang sangat suka pada bulan. Mungkin pada keindahan yang wujud padanya. Subhanallah, indah sekali ciptaan Allah.

Masa zaman belajar dulu, bila tahu je ada bulan yang indah di luar sana, terus ke luar cari bulan. Sampai sanggup keliling satu koridor cari bulan. Memang kenangan yang manis untuk dikenang.

Kadang-kadang aku rasakan teman-teman adalah insan yang paling rapat dengan aku berbanding keluarga sendiri. Pelik! Tapi itu hakikatnya. Aku jarang meluahkan segala macam perasaan & masalah pada mak, ayah, kakak atau abang. Tapi bukanlah bermaksud keluarga tidak penting dalam hidupku. Keluarga tetap menjadi keutamaan.

Oh, sesungguhnya ku sangat merindui sahabat-sahabatku. Walau terkadang pendapat kami berbeza, tapi semua itu langsung tak menjejaskan ikatan persahabatan kami.

Dan aku sangat bersyukur dikurniakan sahabat-sahabat yang sentiasa berada di sisi saat memerlukan mereka sama ada saat suka mahupun duka.

Terima kasih untuk semua sahabat yang pernah hadir dalam hidupku. ^^


Tuesday, November 8, 2011

Melakar di Awan Putih.

Sekarang bukan masanya untuk duduk dengan penuh selesa di rumah. Memang agak membahagiakan bila berada di kampung. Ada mak, ada ayah yang boleh jaga makan pakai.

Sekarang adalah masa untuk melakar masa depan hidupku. Oh, umur pun dah meningkat. Banyak benda yang perlu difikirkan sebenarnya. Tapi cukuplah jika aku hadkan buat masa ini aku mahu fikirkan tentang kerjaya sahaja. Heh...

Sebenarnya banyak benda yang bermain-main di ruang minda ketika ni. Tapi sungguhlah buat masa ini, aku tak mahu serabutkan kepala otak. Lakukan satu per satu. Dengan redha Ilahi pastinya.

Semoga setiap urusanku dipermudahkan urusan dan sentiasa di bawah redha-Nya. Ameen.


Monday, November 7, 2011

Kekurangan Diri.

Kenapa ya dua tiga minggu ni selalu terfikirkan kelemahan dan kekurangan diri. Tapi bukan ke semua manusia yang diciptakan Allah di muka bumi ni tak sempurna? Kenapa masih berduka?

Mungkin ini kekurangan dirimu tapi ada satu kelebihan yang Allah kurniakan untuk menampung kelemahan dirimu itu. Bersangka baiklah dengan setiap aturan Allah wahai diri.


Friday, October 28, 2011

berfikir jauh ke depan

Mungkin di sini tempat untuk meluahkan rasa hati, tempat untuk bercerita, tempat untuk tahu segala perkembangan hidup masing-masing dan segala-galanya.

Entah ye kenapa sejak akhir-akhir ni aku selalu terfikir, andai suatu masa nanti kami membawa haluan masing-masing (maksudnya sudah bekerjaya), kami akan sering melupakan satu sama lain yang pernah menjadi teman suka dan duka suatu masa dulu.

Atau mungkin bila kami sudah berkeluarga, masing-masing akan hanya tertumpu pada keluarga masing-masing. Sudah tiada masa untuk bergelak ketawa, berborak, bergurau senda (walau hanya berlaku di alam maya).

Sebenarnya fikiran lebih tertumpu apa yang bakal terjadi di masa akan datang. Bila aku tengok orang kahwin, aku terfikir mungkin satu hari nanti aku juga akan berkahwin. Begitu juga bila aku tengok mereka yang sudah punya cahaya mata, aku terfikir aku juga akan punya anak suatu hari nanti. ^^

Sampaikan bila aku tengok atau terbaca tentang kes penceraian, aku terfikir macam mana hidup aku suatu hari nanti bila aku juga berada di tempat seperti itu. Heh.

Nampak sangat aku betul-betul tak ada kerja sampai benda-benda sebegini pun aku boleh terfikir kan? Hua3.


Monday, October 24, 2011

masa depan!!! heh... :p

Terasa begitu lama tak mencatat sesuatu di sini. Nak kata sibuk, memang mustahil la. Nak kata tak ada benda untuk ditulis, sangat banyak rasanya. Sampai tak tertulis.

Buat masa sekarang, fikiran lebih tertumpu pada hala tuju masa depan. Teringat kejadian seminggu yang lalu tika pulang ke kampung.

Situasi : dalam bilik mak (sedang picit kepala mak sebab mak demam), jam : lebih kurang lepas maghrib.
Kata mak : Mak suka kalau adik jadi cikgu. Senang nak dapat cuti. Dan senang nak balik kampung. Lagi bagus kalau minta cikgu dekat-dekat sini je!

Haisy, mak ni tengah sakit-sakit pun masih sempat nak fikir pasal masa depanku! 

Kata aku : Mak pun kan tau orang tak minat jadi cikgu! Sungguh mak! Tambah-tambah kalau jadi ustazah, rasa macam tak layak je. Ilmu ni kurang sangat mak.

Aku memang pandai bagi alasan! Heh. 


Kata mak : Habis tu nak kerja apa ni?

Kata aku : Bank!

Sungguh dulu aku manusia yang paling tak suka bila disebut pada bank.Entah sejak habis belajar ni, aku jadi sayang pada bidang yang aku pelajari ni. Bukan ke bidang kewangan Islam sekarang memerlukan tenaga seperti kami. Tak ke? Majoriti kawan-kawan aku apply JQaf nak jadi ustazah. Kalau semua kawan-kawan aku jadi cikgu & ustazah, habis siapa yang nak kerja kat bank-bank kan? Heh... :p

Kata mak lagi : Kerja bank balik sampai lewat malam.

Kata aku pula : Tak pe, orang tak kahwin lagi! *sambil tersengih*

Dan akhirnya, kata mak : Ikut suka la.

Dan aku : Yes!!!!


Wednesday, October 12, 2011

sudah mendapat kerja!!!!

Sungguh diri ini terasa terkapai-kapai tanpa ada tempat untuk berpaut. Alahai, baru seminggu berlalu konvokesyen, tak kan dah pening fikir pasal keje kot!

Akhirnya kata hatiku kembali berfungsi!

Teringat janji pada diri sendiri. Bila habis belajar je nanti nak jaga mak dengan ayah!

Mungkin Allah mahu aku tepati kata-kata yang pernah ku semadi suatu ketika dulu. Terima kasih ya Allah sebab masih memberi peluang untukku jalankan tanggungjawabku sebagai seorang anak pada kedua ibu bapaku. T_T

semoga ayah cepat sembuh... T_T

Friday, October 7, 2011

terselit kesedihan...

Dear cik Puteri sayang...
Sepertinya hari jumaat yang betul-betul diuji. Sampai begitu sekali hati ni terasa. Sampai begitu sekali diri ini terasa marah yang membara.

Masalah yang sekecil kuman cuma tapi boleh jadi seluas lautan bila ianya melibatkan hati dan perasaan. Agaknya kalau hati ni boleh ditanggal dari jasad, pasti sudah lama akan ku tanggal, biar hilang terus perasaan sakit hati ini.

Betul la seperti komen-komen sahabat di twitter, sangat susah nak jaga hati orang lain. Yalah, sedang nak jaga hati sendiri pun sangat susah.

Begitulah kehidupan....
Dalam riang terselit kesedihan, dalam setia diuji kesabaran. Dalam senang diberi kepayahan, dalam ikhlas diraih kejujuran. Usah terlerai pintalan ukhuwwah, walau bayang perpisahan kian menghampiri. Percayalah dengan janji CINTA ILAHI. Bertemu dan berpisah kita hanyalah kerana-Nya.


Wednesday, September 28, 2011

saya tegur awak untuk kebaikan.... ^^


Kadang-kadang kita perlukan sedikit waktu untuk bersendirian, berfikir dan muhasabah diri. Mungkin selama ini  kurang berfikir secara matang atau sebenarnya lebih banyak ikutkan nafsu amarah semata-mata. 

Bila sesekali ditegur oleh seseorang yang baru rapat atau sebenarnya salah seorang ahli keluarga yang baru muncul dalam keluarga kita, terkadang membuatkan hati terasa panas juga kan? Yalah, orang baru yang tak tahu apa-apa tentang kita, tiba-tiba boleh menegur sikap dan perangai kita. Sepertinya kurang logik kan.

Tapi bila difikirkan berulang-ulang kali secara matang, kadang-kadang teguran sebegini untuk kebaikan diri sendiri. Cuma antara diri kita sendiri mahu atau tidak menerima teguran tersebut. 

Bila aku tanya balik pada diri sendiri, "aku, boleh tak terima teguran orang?" Sangat sukar untuk menjawab pertanyaan tersebut walaupun soalan yang lahir dari hati sendiri. Aneh kan? Diri sendiri sukar mahu menjawab pertanyaan diri sendiri juga. Itu hakikatnya. Berkata memang mudah, untuk merealisasikan sesuatu perkara tersebut sangat susah. 

Kenapa boleh timbulnya isu ini ya? Senang jawapannya, sebab baru lepas ditegur oleh seseorang. Kita boleh je jawab, "Kau sape nak tegur aku? Kenal aku pun tak? Ada hati nak tegur aku." Kalau inilah jawapan yang kita berikan, nampak sangat kita bercakap tanpa berfikir dengan matang. Aduhai, susah sebenarnya nak tegur orang dan nak menerima teguran orang. Betul kan?

Ada satu tips yang mahu aku kongsikan tentang cara mahu tegur seseorang. Yang pertama, bila nak tegur seseorang jangan sesekali menegur dengan cara memuji diri sendiri. Contohnya, "kau ni tak boleh ke nak solat? susah sangat ke nak solat? aku ni kalau sakit sekalipun tak pernah tinggal solat tau! Betapa aku sangat jaga solat aku." Percayalah, teguran dengan cara begini, akan hanya membuatkan orang menyampah dengan kita dan tak akan org boleh terima teguran kita. Dan teguran sebegini nampak sangat kita mahu riak dan sepertinya kurang ikhlas, kan? 


Tapi ada manusia tertentu yang boleh tegur dengan memuji diri sendiri tau! Tapi siapa ya? Jawapannya mak ayah kita. "mak dulu masa kecik-kecik tak pernah tinggal solat, cuba la along ambik contoh dari kisah mak muda-muda dulu!" Kita tak kan rasa menyampah kan dengan teguran sebegini dari ibu ayah kita? ^^

Tips yang kedua, bila nak tegur seseorang elakkan dari tegur dengan cara yang salah. Ya, sekarang zaman internet. Semua orang ada facebook. Tak perlu nak tegur orang dengan post pada wall dia. Ini akan memalukan dia. Dan lagi teguran sebegini langsung tidak boleh diterima oleh orang yang ditegur. Percayalah! Malah akan memburukkan keadaan lagi.

Gunalah perkataan yang sesuai bila menegur seseorang. Biar bahasa yang sopan, lembut dan enak didengar supaya orang yang ditegur pun akan rasa terbuai... syahdu...

Sebenarnya teguran yang ku terima bukanlah seperti teguran-teguran di atas. Terasa juga la yang diri ini langsung tak berguna bila ditegur sebegitu sekali. Tapi bila difikirkan umur yang sudah meningkat, aku harus bertindak dan berfikir secara matang. Aku anggap teguran tersebut sebagai satu benda untuk memotivasikan diri, untuk kebaikan diri sendiri... Bukan teguran untuk memusnahkan diri sendiri.

Kesimpulannya, berilah teguran yang membina, bukan teguran yang menjatuhkan orang lain!

~Tulip Sayang~

Sunday, September 25, 2011

Cikgu Disiplin dan IM Asyraf

Setelah seharian dipaksa dan dipujuk oleh si abang untuk bertemu dengan guru disiplinnya, maka dengan berat hatinya terpaksa jua menjejakkan kaki ke Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya. Rasa berdebar. Mungkin sudah lama tak jejakkan kaki di sekolah. 

Baru sampai je di depan bangunan sekolah, kelihatan sekumpulan pelajar perempuan berpakaian sekolah berwarna biru. Semestinya pengawas sekolah, detik hati kecil. 

"Assalamualaikum puan!" 

Eh! 

Tapi di dalam hati tetap menjawab salam mereka. Mungkin di fikiran mereka, seorang gadis yang berpakaian jubah dan bertudung labuh sepertiku sepertinya kelihatan seperti seorang ibu. Atau sememangnya wajah yang menunjukkan terlebih matang. 

Sebenarnya bukan nak tunjuk diri ini alim, warak atau sebagainya dengan pakai jubah segala bagai. Tapi memang langsung tak bawa hatta sehelai pun baju kurung di sini (Cyberjaya). Jubah kalau di asrama memang sangat popular bagi kami yang bersekolah di sekolah agama. Senang, mudah dan pantas. Tambahan pula dengan status aku sebagai ibu untuk sementara waktu ni, memang sangat bersesuaian terutama bila pagi hari bangun dari tidur dan tak sempat nak mandi dan mahu hantar anak-anak ke sekolah. 

Sambil berjalan mahu ke bilik disiplin, sempat membebel pada si abang. "Asraf ni lain kali bila waktu sekolah jangan bawak handphone, kan dah kena rampas. Mak su jugak jadi mangsa kena datang sekolah. Isyh la, awat la nakal sangat ni?" 

Budak-budak remaja zaman sekarang memang tak makan saman. Apa yang kita nasihat, apa yang kita tegur ibaratnya seperti masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

"Untuk makluman puan, Asraf ni dia bawak handphone ke sekolah. Mungkin dalam kalangan kawan-kawan kelas dia juga yang buat aduan." Aku hanya mengangguk menanti bicara seterusnya dari guru yang diberi jawatan sebagai guru disiplin tersebut.

"Saya rasa dia ada masalah, bergaul dengan kawan-kawan yang tak senonoh, melepak sana, melepak sini. Merokok...."

"Apa cikgu, merokok?" Belum sempat cikgu tersebut menghabiskan kata-kata, aku terus menyampuk. Setahu aku, dia tak pandai merokok. Bila masa....????

"Asraf hisap rokok dari tingkatan berapa? Jawab jujur!" Ada ketegasan pada nada suaranya. Asraf diam. Aku pandang Asraf, menanti jawapan darinya. 

"Tingkatan 2."

Jawapannya membuatkan aku kecewa. Terasa seperti mahu sekeh dia masa tu jugak!!! 

Bermacam aduan yang ku terima sepanjang dua jam sesi pertemuan tersebut. Tak siapkan kerja sekolah, bercouple, pelajaran merosot, banyak main dan macam-macam lagi. Aduhai abang, kenapa langsung tak fikirkan masa depanmu? Apa yang akan jadi nanti? Tak simpati ke pada mak ayah yang susah besarkan kalian? Ini balasannya yang mereka dapat. 

"Puan, saya harap apa yang saya sampaikan pada puan ni, nanti puan akan sampaikan pada kedua ibu bapa dia. Benda-benda macam ni kita tak boleh diamkan." Katanya setelah panjang lebar membebel pasal Asraf. Sepertinya langsung tak ada benda baik langsung yang Asraf buat di sekolah. Sampaikan aku sendiri mahu mencelah tidak berkesempatan. 

Ditambah pula bila tiba-tiba muncul guru bahasa melayu Asraf di dalam bilik disiplin tersebut. Ada lagi aduan. Rasa mahu pitam fikirkan pasal si abang ni. 

"Dia ni ketua tingkatan, kutip buku orang tapi buku sendiri dia tak hantar. Tak siap kerja sekolah. Subjek bahasa Melayu dia pun sangat lemah. Langsung tak ada potensi untuk SPM tahun depan." Tambah Cikgu Bahasa Melayu Asraf. 

Oh, sampai begitu sekali teruk ke anak buah ku ini? Aduhai..... 

Asraf, kenapa Asraf tak boleh jadi macam Imam Muda Asyraf??????????????????

‎=='

Monday, September 19, 2011

hati manusia.. hati Dia...

Terasa begitu khusyuk solat isya' kali ni. Lepas doa pun masih duduk termenung di depan sejadah. Inilah manusia kan, mencari Dia lebih banyak tika dalam kesedihan berbanding masa gembira. Aduhai, menusuk kalbu walau ayat yang dikarang sendiri.

Hati terluka selalu ambil kisah. Tapi kenapa tak pernah fikir bila Dia yang terluka sebab kita selalu abaikan-Nya. Oh, sekali lagi terasa menusuk kalbu! Sepertinya ada pisau yang menghiris hati ini sampai lumat.

Alahai, benda kecil pun nak ambil hati. Nak besar-besarkan benda kecil. Dah besar panjang pun. Umur pun dah nak masuk 24 tahun tapi perangai macam budak-budak kenapa? 

Tapi betul la, terasa sangat tenang dapat mengadu segala beban dan kesedihan pada Dia. Ketenangan yang paling maksimum dirasakan. Inilah yang baru dikatakan meluahkan sesuatu pada yang tepat.

Apa la yang Cik Tulip sedih sangat ni? Rasanya terasa hati dengan anak buah je. Bila teguran yang langsung tidak diendahkan hingga langsung membuat diri terguris hati. Inilah sebenarnya cabaran yang paling sukar untuk mendidik anak-anak di zaman sekarang. Suka memberontak, tak mahu dengar kata, ikut kata hati sendiri saja, semua yang dikatanya betul belaka... kita juga yang disalahkan. 

Dua minggu menjadi suri rumah tak bertauliah di sini, banyak benda yang dipelajari. Dari hal dapur, anak-anak, masa, wang dan semuanya. Boleh dijadikan panduan bila berkahwin nanti. Aduhai, bila difikir-fikir terasa takut untuk tempuh kehidupan alam berumah tangga. 

Allah... jadikan aku insan yang kuat, tabah dan sabar sepanjang aku bermukim di dunia yang sementara cuma... Ameen.

-Tulip Sayang-


Friday, September 16, 2011

untuk kamu yang diuji...

alhamdulillah
ujian dari manusia, ujian dari ALLAH.
ujian dari manusia mudah untuk kita mempersiapkan diri sebab kita dah tahu..ujian mcm exam .. ujian lesen...(tah hapa2 contoh ni kan)

ujian dari ALLAH..
ujian yg xdiduga..perlu persiapan diri..entah bila kita akan diuji kan..kadangkala ujian itu datang tanpa diduga .ujian itu datang tanpa kita sedar..ujian itu datang tapi kita xberjaya lepasi..sedar2 dah menyesal kan..

ujian dari ALLAH ujian yg xkan ada penghujungnya selagi kita sebagai hambaNya..TAPI kita ada caranya untuk kita sedar bahawa ujian yg datang itu adalah satu ujian sebelum kita menyesal sebab manusia selalu diuji. diuji
dgn TAKHTA(pangkat) HARTA dan WANITA..

setiap manusia itu akan mudah ke pangkal jalan apabila setiap hari doanya diiringi dengan MEMOHON keampunan pada yg esa..walaupon setiap hari kita tak pasti ada ke tidak kita buat dosa..

setiap kali doa keampunan dipanjatkan pada ILAHI..setiap kali itulah sedikit demi sedikit titik hitam di dalam hati akan keluar..mudahnya ALLAH membawa kita supaya sentiasa diredhai..SEMOGA NUR senantiasa di hati..
semoga hari2 yg mendatang kita sedar itu adalah ujian daripadaNYA...hidayah Allah akan sampai apabila sedikit demi sedikit titik hitam itu pergi..

ujian yg datang akan mematangkan diri..menjadikan diri lebih kuat..ujian pasti ada..samaada kita mampu lepasi atau tidak...
ujian mampu memartabatkan diri kita...YakinLah dengan ujianNya supaya kita mampu ke martabat yg lebih tinggi.

menjadi seorang yg tidak goyah semangat, cekal..

akhir kalam .pastikan NUR itu sentiasa di hati. (macam surat la plak..hak3) NUR KASIH =CIK TULIP KASIH hik3

~ayu~

Thursday, September 15, 2011

Mereka Tak Pernah Reda, Lalu Mengapa Salahkan Mereka? « paradoks

Mereka Tak Pernah Reda, Lalu Mengapa Salahkan Mereka? « paradoks:

"Magnet yang kuat akan menarik besi-besi di kelilingnya, atau mampu menarik besi-besi kepadanya, macam Magneto dalam X-Men. Tapi kalau kita besi yang tiada kuasa magnet, tentulah kita ditarik oleh magnet yang lebih kuat." (Imaen)

'via Blog this'

Wednesday, September 14, 2011

Oh, sudah tidak kisah dipanggil skema.


Lebat sungguh padi di paya,
Kayu tumbang tepi pangkalan,

Hairan sekali hati saya,
Burung terbang disambar ikan. 

Terpanggil untuk menulis tentang bahasa yang makin dilupai anak bangsa zaman sekarang. Anak-anak muda barangkali! Sayang rasanya bila bahasa sendiri yang patut dimartabatkan oleh anak-anak bangsa, tapi lain pula jadinya sekarang.

Kenapa ya anak-anak muda zaman sekarang kurang menghargai bahasa melayu kita? Suka sekali membaca karya-karya dari penulis yang begitu tertib mengangkat darjat bahasa melayu.

Tulisan Kak Su (Noor Suraya) sebagai contohnya. Aduhai sungguh lembut bahasa yang digunakannya. Sampai terkesan di hati yang melayu ni terkenal dengan budayanya yang sopan-santun, lembut-lembut, berbudi bahasa dan sebagainya.

Prof. Kembara Bahasa... Juga begitu, walaupun sudah jauh merantau di pelbagai negara tapi bahasa melayu tetap yang pertama di hati. Kadang terasa malu pada mereka yang begitu giat mempertahankan bahasa ibunda kita, tapi kita anak-anak muda begitu mudah sekali merosakkan dan menghancurkan bahasa kita. 

Bukan bermaksud tidak mengikut arus pemodenan negara. Tapi biarlah modennya negara kita dengan tidak langsung melupakan adat-istiadat, budaya dan bahasa kita sendiri. Oh, mungkin sangat susah di zaman seperti sekarang.

Terasa susah sekali untuk mencari drama, cerita atau movie sekarang yang begitu menitikberatkan soal-soal seperti ini. Dan terasa susah sekali mahu mencari penulis atau sebenarnya novelis yang begitu mengagung-agungkan bahasa kita. Ada, tapinya mungkin mereka dalam kalangan penulis veteran. 

Media massakah yang patut dipersalahkan? Atau sebenarnya diri kita sendiri? 

Tak perlu untuk mencari contoh yang jauh-jauh. Cukup sahaja di facebook. Bahasa pelik-pelik sampai susah untuk mentafsir. Selalu juga menegur anak saudara sendiri yang sekarang di tingkatan 4, bila pakai bahasa, amboi berpusing-pusing huruf. 

Apalah yang mereka faham, melainkan alih-alih kita pula yang dikatakan "tak sporting la mak su ni". Oh, mungkin sekarang tahap kesedaran aku sudah tinggi barangkali. Melalui banyaknya bacaan. Banyak membaca, banyak menilai, banyak mentafsir, banyak yang boleh dijadikan iktibar dan panduan. Alhamdulillah. 

Mungkin sebab sayangkan bahasa kita, aku semakin suka apa yang berkaitan dengan sastera melayu yang makin dilupai anak-anak muda sekarang. Pantun, syair, puisi, gurindam, sajak, seloka dan sewaktu dengannya. 

Amboi, sekarang dah makin skema. Oh, sudah tidak kisah dipanggil skema. ^^

Kupu-kupu terbang melintang,
Hinggap menghisap bunga layu,

Hati di dalam menaruh bimbang,
Melihat ikan memanjat kayu.