"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Wednesday, November 16, 2011

Kisah Persahabatan Yang Hambar.



Hati serang perempuan memang mudah terguris dan terasa hati. Dan wanita juga simbolik dengan air mata. Mudah mengalirkan air mata walaupun hanya untuk perkara yang remeh. Mungkin tak semua tapi kebanyakannya begitulah kan?

Yang aku tahu dan pasti tentang diri aku, bila sebelum mata terpejam pasti aku akan teringat pada rakan-rakan rapat yang pernah hadir dalam hidup aku. Bila terkenang balik semua memori yang pernah kami lalui bersama dulu, rasa sangat sayu sekali. Banyak yang kami lalui bersama. Tertawa, menangis, makan, minum, study, semuanya kami lakukan bersama-sama. Mana mungkin persahaban yang diikat bertahun-tahun lamanya dapat aku buang begitu saja dari hidupku, hanya kerana satu peristiwa kecil tapi menyakitkan hati.

Entahlah, mungkin salah aku. Tapi aku sendiri susah mahu mengakui. Dan aku sendiri tak pasti apakah kemaafan yang aku hulurkan benar-benar ikhlas dari hati aku. Benarkah untuk memohon kemaafan perlu setulus keikhlasan dari lubuk hati kita?

Salam kemaafanku disambut tapi kenapa begitu terasa hambar sekali ya? Mungkin sebab aku sendiri tidak begitu ikhlas menuturkan kata maaf itu tapi hanya sekadar mahu memenuhi tuntutan syariat supaya segera bermaafan bila telah melakukan kesilapan.

Peliknya persahabatan ini ya Allah. Aku tahu bila terjadinya satu peristiwa yang agak kurang best antara sahabat, pastinya sukar sekali persahabatan itu mahu terjalin erat seperti sebelum kejadian. Cuma yang menyelamatkan keadaan adalah kerana kami sudah tamat @ habis belajar di tempat yang sama. Membawa haluan masing-masing. Tapi sayangnya kami tak bawa bersama ikatan persahabatan itu.

Akhirnya persahabatan yang erat itu putus di tengah jalan.

Mungkin kami sudah dewasa. Semua perkara yang remeh-temeh perlu diabaikan terus. Belajar untuk melupai semua kenangan yang pernah dicipta bersama suatu masa dulu. Masa ketawa dan bergurau senda sudah berlalu. Lebih baik tumpukan pada arah kehidupan yang sedang menanti di hadapan sana.

Beginikah sebenarnya rasa kehidupan selepas tamatnya hidup sebagai seorang pelajar?

Wahai hati, yakinlah bahawa semua yang terjadi ini ada hikmah-Nya. Mungkin bila terjadinya peristiwa seperti ini, aku dapat menjaga batas pergaulanku dengan seorang insan yang bernama lelaki. Walaupun hubungan yang terbina itu hanyalah atas nama sahabat dan tak pernah lebih dari itu.

Malangnya aku tak pernah lupa pada persahabatan ini. Dan bila mengingatinya adalah satu perkara yang sangat menyakitkan. Dan yang paling pedih, aku terpaksa menerima kenyataan bahawa semua itu adalah masa dahulu yang telah berlalu dan aku perlu lupakan persahabatan dan kenangan antara kami.

Entah aku menyesal atau tidak dengan persahabatan yang pernah terbina selama ini. Kalau ikut jawapan yang tidak fikir panjang mesti aku akan kata begini, “kalau kau tak kawan dengan dia dulu, kau tak kan rasa sakit seperti ni!”

Tapi Tuhan, ku tahu semua yang terjadi ini ada hikmah-Nya. Teringat kata-kata seorang sahabat, jangan pandang pada yang tersurat sahaja, cuba cari yang tersiratnya juga.

Namun hakikatnya aku tak pernah berhenti mendoakan kesejahteraannya di dunia ini. Dan aku akan tetap kenang dia sebagai seorang sahabat yang pernah hadir dalam hidupku suatu masa dulu.

3 comments:

  1. Tuhan,
    Engkau suruh aku berusaha,
    maka aku terus cuba mencuba,
    tolak tepi semua duga,
    merempuh sengsara derita.

    Susah wahai Tuhan,
    kerana aku manusia punya jiwa,
    ada masa lemah tidak tertahan,
    ada masa berdarah terluka.
    Adakala rasa mahu berhenti,
    tetapi hanya Dikau punca gerak langkahku ini,
    justeru bila jatuh,
    aku tetap bangun lagi.

    Tuhan,
    Engkau suruh aku berusaha,
    maka tidaklah ada aku cita melainkan yang tinggi,
    Engkau Maha Tahu wahai Tuhan bahawa tidak ramai memahami diri inii,
    tetapi aku berusaha kerana Engkau yang memerhati.

    Aku berselisih dengan mereka,
    mereka dan mereka,
    hatta orang yang aku cinta juga tidak mampu mendalami apa yang aku usaha,
    kadangkala dalam langkahan ini aku terasa sunyi,
    entah berapa gelen jejesan air mata menemani,
    bukan mudah Wahai Tuhan,
    sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.

    Kalaulah bukan keranaMu wahai Tuhan,
    maka usaha ini telah lama aku henti,
    tetapi aku masih melangkah hari ini Tuhan,
    tanda aku masih usaha,
    masih percaya,
    kepadaMu tanpa ragu di dalam hati.

    ~ Hilal Asyraf ~

    ReplyDelete
  2. kadang terasa mahu tahu apa yang berlaku. tapi risau dikatakan busybody.hee

    ReplyDelete
  3. sepertinya dah lukakan perasaan seorang sahabat yg pernah hadir dlm hidup suatu masa dulu...

    atau sebenarnya diri ni yg terluka dgn sahabat tersebut...

    tp susah utk akui kesilapan diri & mohon maaf atas semua perkara yg terjadi...

    banyak sgt benda2 yg jadi 2, 3 hari ni.. tahu Allah tengah uji diri ni, tp terkadang rasa tak tertanggung jugak semua ujian ni.. entahla..

    bak kata ainul : besar ujian, lg besar hikmah-Nya..buat masa ni hanya berpegang kata2 ni utk teruskan hidup ni... sadis kan??? huk3..

    mohon doa utk terus diberi kekuatan... ^^

    ReplyDelete