"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Wednesday, February 29, 2012

percaya pada saya.. ^^

*Tajuk tak ada kaitan langsung dengan apa yang mahu ditulis di bawah ini tapi entah kenapa tangan laju je masa taip title entri kali ni.. hehe.. *

Bismillah..
Sejak dua tiga hari ni memang selalu berfikir tentang masa depan. Boleh dikatakan setiap malam sebelum tidur pasti ku dan kawan-kawan rumah sewa bercerita tentang masa depan. Pasal kerja.. pasal .. er.. pasal rumahtangga? hua... :p

Sebenarnya sejak ku ikut program halal kat UKM baru-baru ini, barulah nampak sikit masa depan ni nak ke mana. Hati pun seperti dah ditetapkan ke mana yang sepatutnya ku tuju. 

Bila difikir-fikirkan balik, sebenarnya hidup single ni lagi best tau. Mak selalu kata, "sementara badan tengah single ni buat la keputusan yang terbaik untuk diri sendiri. Kalau nak kemana-mana pun senang. Tak ada terikat dengan sape-sape." Pandanglah setiap apa yang berlaku ada hikmahnya... *ayat matang sejak dewasa* :p

So, memang sepatutnya ku bersyukur la kan? Nak buat macam mana, insan yang diciptakan sebagai 'jodoh' ku ni tak nak muncul-muncul lagi. Maka, lebih baik ku fikir pasal kerjaya & masa depan ku. Walau siapa pun 'dia' yang memang diciptakan untukku moga urusan 'dia' akan selalu dipermudahkan.. Dan dipermudahkan urusan dia untuk bertemu denganku.. *lama dah menunggu ni*  #eh

Ameen.. :)

Perancangan 2012 :

1) Sekali lagi akan ikut program Latihan Industri di MAIS bermula 15 Mac ni. Ku sangat yakin praktikal kali ni akan lebih bermanfaat berbanding di China dulu. Yalah, kat China dulu banyak berjalan je dari kerja. (Tak payah cerita pun orang dah tau kalau tengok album gambar kat facebook) hehe.. Almaklumlah pertama kali sampai negara orang. Terover eksaited... :p

2) Akan ke Melaka awal bulan 5. Eh, nak buat apa kat sana? Aku dah cakap, ku memang minat sangat-sangat dah dalam bidang halal ni. Makanya, sekali lagi akan ikut kursus halal di Melaka selama 7 bulan. 

3) Sambung master. Lepas je tamat kursus kat Melaka, aku akan buat pilihan sama ada mahu sambung master atau terus kerja. Tapi untuk meneruskan studi memang tetap akan ada dalam perancanganku. Hatta ketika itu aku sudah berkahwin atau ada anak sendiri, impian untuk sambung belajar tetap akan ada. 
Sebab apa ye semangat sangat nak sambung belajar ni? Mungkin dalam 4 orang adik-beradik ku, aku saja yang ditakdirkan untuk menjejakkan kaki ke universiti.  Jadi, mau pecahkan rekod dalam keluarga studi tinggi-tinggi. Walau sebenarnya sangat ragu-ragu pada diri sendiri.

Setakat ni hanya ada 3 perancangan je dalam hidupku. Nak karang banyak-banyak takut tak tercapai pulak. Yang 3 ni pun entah apa la akan jadi kan? hehe.. 

Kita hanya mampu merancang, tapi perancangan Allah adalah yang sebaik-baiknya. Teruskan berdoa tanpa rasa jemu. Moga semua urusan dipermudahkan & berjalan lancar. Ameen.. :)

Tuesday, February 28, 2012

Dari Lanzhou ke Malaysia..

Bismillah...
Alhamdulillah.. Persahabatan yang dibina tika bersama-sama di Lanzhou suatu tika dulu masih lagi kekal hingga ke hari ini... 

Sunny, Burhan & Yahya..
"Rasa macam tak percaya je Burhan dah ada kat Malaysia kan?" Kata-kata yang selalu diungkapkan oleh kami. Bila tengok Burhan berborak dengan Sham & Deeya  di KFC, oh baru la boleh percaya. Hehe.. 




Ini gambar hari terakhir bersama dengan Burhan masa kat Lanzhou. Masa berpisah dengan Burhan ni tak pernah pun yakin akan dapat jumpa lagi dengan dia. Tapi tak sangka pulak, Burhan boleh pilih UIAM tempat untuk dia meneruskan study dia. 


Sangat kagum pada mereka yang begitu bersemangat sambung study di luar negara. Diri sendiri? Berangan je kot banyak.. Okey la tu pernah juga bercita-cita nak study ke luar negara kan? 
:p





Sunny beriya-iya nak ambil gambar ku dengan cik bai.. Kata dia muka kami nampak sama. Ayat ni dah biasa dengar sebenarnya. Masa jadi pengawas exam dekat USIM, orang kata muka ku sama dengan Izzah. Masa ambik kursus halal kat UKM, orang kata muka ku sama dengan Enul. Kesimpulannya, muka aku memang sama dengan semua kawan-kawan baik ku. Hehe... ^^


Masa di Lanzhou, Burhan yang bawak kami jalan-jalan di sekitar bandar Lanzhou. Kat Malaysia giliran kami pula la kan. ^^


Seronok sebenarnya ada kawan-kawan dari negara lain ni. Dapat berkongsi banyak pengalaman, budaya, makanan & sebagainya. Hehe..
*seperti biasa, bila malas nak update blog mesti akan keluar ayat skema*

Monday, February 27, 2012

Indahnya doa seorang suami untuk isterinya.. ^^

Bismillah...
Ini sebenarnya kali kedua aku membaca buku travelog. Tapi penangan travelog kali ini lebih hebat dan lebih dahsyat. 

Subhanallah... Setiap kali ku menyelak helaian muka surat travelog ini ke bab baru bibir hanya mampu menyebut 'subhanallah... subhanallah.. dan subhanallah..' 

Penulis yang aku dapat kategorikan seorang yang sangat hebat pada pandanganku. Dan jujur di mata aku. Sentiasa mengaku dirinya jahil. Seorang profesor di UiTM berani mengaku tidak pandai membaca al-Quran, selalu mengabaikan solat dan tidak pandai membaca doa dalam bahasa Arab. Tapi beliau mendapat kad undangan dari Allah untuk menjadi tetamu istimewa di rumah Allah. Subhanallah.. Maha suci Allah. Allah memberi hidayah pada hamba-Nya. Ku sangat kagum dengan cerita & pengalaman beliau ketika mengerjakan Haji. 

Walaupun belum tamat ku membaca buku ini (insyaAllah dalam masa terdekat akan tamat membaca) tapi cara penyampaian penulis cukup istimewa bagiku terutama ketika penulis menyampaikan tentang betapa hebatnya Allah Maha Besar dan betapa berkuasanya Allah SWT. Sampai tertanam jauh di sudut hatiku, aku juga mahu berdoa untuk menjadi tetamu istimewa Allah di rumah-Nya. Aku juga mahu menjejakkan kaki ke rumah Allah bersama kedua ibubapaku dan suamiku nanti. Perkenankan Ya Allah. Ameen. ^^

Kata-kata penulis di bab 1 terus menginsafkan aku. Ya, aku yang lebih pentingkan negara Eropah adalah tempat pertama yang mahu ku lawati tapi dalam travelog ini langsung menyedarkan aku. Penulis memang hebat sebab dapat menyedarkan diriku yang sangat jahil. Kata penulis, "Tidak akan ada tempat lain yang dapat memberi satu perasaan dan pengalaman dalaman sehebat di Masjidil Haram. Makkah tidak akan sama dengan London, Amsterdam, Paris ataupun New York." Ya, Amsterdam tempat yang memang  sangat mahu ku jejak. =='

Dan lagi ku suka sangat bila penulis mendoakan untuk isterinya di setiap kali tawaf yang ketujuh, "Ya Allah Ya Tuhanku, Kau ampunilah dosa-dosa isteriku ya Allah. Ya Allah Ya Tuhanku jadikan isteriku, isteri yang solehah Ya Allah, isteri yang taat dan patuh kepada-Mu Ya Allah, yang taat kepada suaminya Ya Allah, dan berikanlah kejayaan kepada kerjayanya Ya Allah. Permudahkan urusan dia di dunia & di akhirat.  Ya Allah temukanlah aku dan dia di syurga-Mu nanti ya Allah."

Sangat indah doa seorang suami untuk isterinya.. ^^ 

Alahai.. kini ku yakin di luar sana masih ada lagi ikatan antara suami & isteri yang begitu manis seperti kisah profesor ini. Ya Allah, ku tak mengharap seorang imamku yang sealim manusia lain di dunia ini, sesempurna manusia lain di dunia ini, sepandai manusia lain di dunia ini, sekaya manusia lain di dunia ini dan sekacak manusia lain di dunia ini. Cukuplah dia yang dapat membawaku ke jalan yang Kau redhai dan sama-sama mengingati tentang tujuan sebenar kenapa kami hidup di muka bumi ini. Indahnya hidup ini jika setiap hubungan adalah kerana Allah kan? ^^

ku juga sangat kagum dengan indahnya hubungan kedua ibu bapaku..
walaupun ayah panas seperti api, ibu penyejuk seperti air..
ibu yang penyayang, ayah yang setia..
^^
Manisnya hubungan mereka bila tangan ibu luka tercucuk mata kail ikan haruan, ayah ambil ubat dan balut luka ubat ibu..
Indahnya hubungan mereka bila ayah sakit, ibu setia menjaga di sisi tanpa pernah kenal erti jemu.. 
Bahagianya hubunga mereka bila setiap kali tibanya waktu solat, ibu dan ayah akan solat berjemaah bersama..
Syurganya hubungan mereka bila ibu mencium tangan ayah setiap kali usai solat jemaah..

Aduhai.... ^^







Sunday, February 26, 2012

"pengakhiran dan permulaan"

12.00 am : 25/2/2012 "pengakhiran dan permulaan"

Tak sangka sudah dua hari aku membuat satu keputusan yang sangat meremukkan hatiku sendiri & dia. 

Kata Tati : kisah hidupku terlalu complicated??? er... dramatis mungkin! 
Kata Tati lagi : kalau dibukukan kisah hidup aku dalam sebuah novel pasti menarik!
Kata Tati lagi dan lagi : "biar aku tulis kisah hidup kau!" #er

*berat mata memandang berat lagi bahu memikul* sob3..

Aku sayangkan sahabat-sahabat aku sebab.. er.. telahku kutakan sebelum ini hidupku lebih banyak bersama sahabat. Dan mereka lebih kenal aku berbanding ahli keluargaku sendiri.

Walaupun sudah ku kata pada diri tidak mahu mejebakkan diri dalam kisah mereka tapi bila kadang-kadang aku dipaksa untuk bersuara, aku perlu juga jalankan tanggungjawabku sebagai seorang sahabat kan?

Tapi.. kisah hidup kita tak kan menarik kalau tak ada perkataan 'konflik' kan? Ku terpaksa redha. Pasrah lebih sesuai kot sebab ku tak pernah ikhlas menerima apa yang terjadi tika ini. Teruk kan?  =='

Kadang-kadang aku terfikir kenapa semua ni jadi pada aku? Allah, aku dah penat menangis, sedih, pilu dengan masalah orang lain. Tuhan, tolong biar ku hidup dengan aman. Aku bukan mahu jadi manusia pentingkan diri sendiri (walau sebenarnya aku cuba menjadi manusia pentingkan diri sendiri tapi aku gagal) tapi ku perlu juga jaga hati sendiri. 

Kesian hati ni! Dah banyak kali terluka sampai dah tak ada ubat yang dapat sembuhkan hati ni lagi. *cry* 

Sekarang hatiku betul-betul menjadi keras seperti batu. Sampaikan timbul dua perkataan ini...
1) pengakhiran : ku terpaksa akhiri semua kisah kami berdua. Aku tak tahu kenapa bila aku buat keputusan ini, hatiku langsung tertutup sepenuhnya untuk mengenang kembali kisah manis antara kami berdua selama 4 tahun hidup bersama. Aku sedih tapi entah kenapa aku begitu nekad sampai begini sekali! Mungkin aku dah terlalu penat.. letih .. bosan.. dengan semua yang terjadi disekeliling aku. 

2) permulaan : ku terpaksa memulakan hidup seolah-olah dia tak pernah wujud dalam kisah hidupku sebelum ini. Ya, aku hipokrit! Atau sebenarnya aku cuba menipu diri sendiri sebab dia sebenarnya telah jadi sebahagian dari hidup aku. 

terfikir..apa yang Allah takdirkan untuk aku sebenarnya??
sampai xsaba nak tau apa surprise ALLAH nak bagi kt aku sebenarnya... 
~kopipes dari blog cik bai~



Saturday, February 25, 2012

Dream High ^^


I dream high, I've got a dream
When things get rough, I just close my eyes
The moment that I achieve my dream
I wake up and start again
I can fly high, I believe in myself
Someday I will fly to the sky
With outstretched wings, I will fly higher than anyone else
I'll fly freely, up high
Dream high, a chance to fly high
Now all the pain will go bye-bye
I'll fly high like the stars in the sky
Try to follow your dreams. It's time for you to shine
It has just begun. Gotta make them mine.
Don't be afraid of a future you have to make for yourself
Now, you should go, filled with confidence
Destiny. It's inescapable. Now this unstoppable fate
spreads out before us.
It's a whole new fantasy.
So from here on out come take my hand
We will only have one goal from here on out.
We will never give up our dreams and future
Youth, passion. Everyone here will Dream High.



Friday, February 24, 2012

bererti.. bermakna.. bernilai.. ^^


Bismillah.. 

Untuk setiap yang ada di bumi ni pasti akan ada satu benda yang sangat penting dalam hidup kita tapi langsung kita tak sedar betapa pentingnya dia pada kita.. 

Em. seperti benda di atas.. penyepit rambut??? Tak sedar sebenarnya dah 2 tahun dia hidup bersamaku. Mana nak sedar kalau memang hobiku suka beli penyepit rambut dan tak sampai seminggu patah, kemudian beli lagi yang baru. Beli, guna, patah.. Beli, guna, patah.. Beli, guna, patah.. Dan aku terus membeli dan membeli sebab hidup tak akan sempurna kalau tak ada ini!!!

Sampailah satu hari terjumpa penyepit rambut yang ini. Tak menarik pun sebenarnya! Dalam hati masa beli ni dah cakap mesti akan patah dalam masa tiga hari. Tapi beli juga sebab memang nak guna. Yang menariknya satu je sebab warna hijau. Kalau tanya harga benda ni pun dah tak ingat. Dua ringgit mungkin atau 3 ringgit. Yang pasti tak lebih dari harga 5 ringgit sebab tau kalau beli mahal-mahal pun boleh patah juga. Sebenarnya dah ada pengalaman beli penyepit rambut yang sangat mahal dengan harapan tak akan patah lagi. Tapi.. hmm kecewa juga... 

Walau hakikatnya dia tak adalah mahal seperti penyepit rambut yang lain dan tak seindah mata memandang tapi dia sangat bernilai buatku. Cukuplah bernilai di mataku! 

Hidup seperti ini juga mungkin! Sebelum nak temui sesuatu yang kita nak sangat dalam hidup ni, macam-macam benda yang terpaksa dilalui. Hidup, jatuh, bangun kembali.. Hidup,jatuh, bangun kembali.. Hidup, jatuh, bangun kembali.. Sampai tak sedar sebenarnya hati dah remuk sebab terlalu banyak sangat jatuh & kecewa dalam hidup. Tapi tetap teruskan hidup sebab Allah tak suka hambanya yang berputus asa.

Dan harapan ku moga dia tak akan patah buat selama-lamanya dan terus kekal dengan aku sampai bila-bila sebab ku dah temui dia yang sempurnakan hidupku (walau hakikatnya ku tak sedar kehadirannya yang sangat bermakna buatku). ==> mendalam kan makna kata-kata ini? hmm.. Kata-kata ini hanya untuk penyepit rambut je pun! Hehe.. Tak ada jumpa sape-sape pun lagi.. hua.. *sadis selalu ayat* 

^^


Sunday, February 19, 2012

aku dan ayam..

Bismillah..
Gambar-gambar di bawah adalah antara salah satu program yang termasuk di dalam kursus operasi & pengurusan halal.. Sebelum ni kita makan ayam selalu terfikir sama ada ayam yang dimakan halal atau tak terutama dari sudut sembelihannya (Ehem terutama yang suka makan ayam KFC tu).. Alhamdulillah diberi peluang untuk mendapat ilmu yang melibatkan kehidupan harian kita..

Dan ianya program yang sangat best sebab pertama kali sembelih ayam.. Sebelum ni kalau kat kampung bila ayah sembelih ayam, ku hanya jadi tukang pegang kaki ayam.. Tapi bila dah ada peluang, mana boleh lepaskan peluang yang sangat menarik ini.. Walau hakikatnya tangan terketar-ketar.. Ngee..


Antara barisan peserta yang ikut serta.. Sebenarnya masing-masing tengah cuak ni..


Akhirnya... 
Sambil pegang kepala dan mencari 4 urat yang wajib dipotong (saluran pernafasan, saluran makan, jugular & karotid).. Sebenarnya tak rasa pun urat tu tapi aci main redah je sembelih ayam tu.. Yang penting niat mesti kerana Allah..


Sebenarnya masa sembelih ayam ni rasa kesian sangat-sangat pada ayam ni.. Yela, kalau pandang lama-lama mata dia maunya tak kesian.. Tapi kena keraskan hati.. 


"Akak, akak duk sebelah Izah tau! Bagi semangat kat Izah." Sebab tu tiba-tiba je duduk sebelah dia. Izah ni lagi teruk sampai nak pegang kepala ayam pun takut.. Ayam bela tak ganas sangat kot kalau nak banding dengan ayam kampung & ayam hutan.. 

Macam-macam ragam kalau tengok gelagat budak-budak yang sembelih ayam ni terutama yang perempuan la.. Kenangan semua tu sebab masing-masing kali pertama.. Sebab tu agak teruja.. 


Aku antara wanita pertama yang berani ambil ayam dalam bakul.. Huahua.. 
Tetiba jadi eksaited plak tengok ayam.. 


Bila dah sorang pegang ayam, yang lain pun mesti nak ikut jugak kan?
Tipu je.. Enul dipaksa oleh aku untuk pegang ayam tersebut.. Nges3.. 


Apa hukumnya bila sembelih ayam sampai terputus kepala? 
Jawapannya.... ???? 
Makruh.. 
eh, tapi ku sembelih ayam tak sampai terputus kepala okey..
Biasa la dah profesional.. hua.. *riakgila*


Tengok.. Ini antara ayam yang tak terputus uratnya.. Makanya ayam yang tak terputus urat yang ditetapkan oleh Islam tidak boleh dimakan. 


Enam ekor ayam yang terpaksa direject sebab terdapat urat yang tak putus.. Habis ayam-ayam yang tak terputus urat ni kena buang ke? Yup!!! Islam tak berkompromi dalam bab halal.. Apa yang halal dan haram dalam syariat Islam, kita sebagai umat Islam mesti patuh.. 

Sebab itu pentingnya ada Halal Checker yang akan cek ayam-ayam tersebut selepas disembelih untuk tengok keadaan ayam tersebut.. 

Tapi ayam-ayam ni boleh diberi pada mereka yang bukan beragama Islam. Jadi, tak adalah isu membazir kan? 

 Dan.. malamnya pula ayam-ayam yang disembelih tersebut dibakar.. Sedap tau makan ayam yang kita sembelih sendiri.. rasa manis je.. ahaks.. :p

Okey.. agak-agak kalau berterusan ku menganggur boleh la ku apply jadi penyembelih ayam yang bertauliah kot! Eh, kat Malaysia ni kekurangan penyembelih ayam tau! Gaji pun mahal.. huahua.. 

Saturday, February 18, 2012

usik mama nani..

"Weh nani..pesal aku tak nampak ko muntah pun?" Tanya pada nani pada suatu malam. 
"Entah. dah tak nak muntah nak buat macam mana!" Jawab Nani sambil sengih-sengih.

"Eh,mana aci. Orang lain yg pregnant selalu muntah-muntah." Kataku. 
"Sebab mak aku dulu pun tak ada alah bagai." Balas nani.

"Oh, tapi muntah la sekali. Nak tengok!" Huahua.. Best ooo menyakat kawan sendiri yang dah mengandung. Rasa macam tak percaya je kan?

Nani pun buat la gaya muntah. Stress tau Nani ni... 

Nani kata semua baju dia dah kecik sebab badan dia dah berisi. Sebenarnya bukan baju kecik tapi badan dia yang dah gemuk sekarang. Nani dah gemuk sekarang!!!! Nges3.. 

"Nanti kalau kau pakai jubah mengandung mesti comel kan?" Kataku pada Nani. Nani sengih-sengih. 

"Aku terbayang bila perut kau dah bulat & memboyot. Mesti cara kau jalan pun dah berubah." Enul pun dah sama naik mengusik Nani. Nani gelak-gelak. Redha je kena menyakat dengan kami. Daus pulak tak de kat rumah, lagi seronok la kami menyakat Nani. 

Kat rumah Nani pun dah banyak barang-barang & baju baby. Alahai comelnya tengok baju baby yang kecik-kecik. Comel!!!!! Sungguh tak tipu... hehe... Enul kata baru 3 bulan tapi dah beli banyak baju & barang baby. Eh, anak sulung mesti la terlebih excited nak sambut orang baru kan! Hehe... Sekali dengan aku pun teruja tau... ^^

*tumpang bahagia untuk kebahagiaan kawan-kawan*


Thursday, February 16, 2012

belajar pentingkan diri sendiri

Bismillah..
Terkadang aku terfikir untuk menjadi seorang yang sangat pentingkan diri sendiri. Tapi tak boleh. Sebab mungkin aku memang dikurniakan hati untuk sentiasa memikirkan insan-insan disekeliling aku. Walaupun ada juga dikalangan mereka yang langsung tak pernah peduli pada aku. Apa jadi pada aku? Apa aku buat? Aku sihat? Perasaan aku atau apa sahaja? 

Pertama :
Kawan-kawan mungkin! Kadang-kadang aku rasa seperti aku yang terlebih peduli pada mereka. Sedang mereka? Entahlah.. perasaan mungkin. Tak baik kan salah sangka pada orang. Jadi aku ambil keputusan untuk jadi seorang yang pentingkan diri sendiri! Tak nak ambil kisah pada mereka yang tak kisah pada aku. Tapi.. tak ke rasa ni macam jahat sangat? Baik tak payah hidup kat dunia ni kalau jenis suka pentingkan diri sendiri. Tak ke gitu? Sebenarnya untuk sesetengah perkara kena juga jadi pentingkan diri sendiri. Hmm... 

Kedua :
Abang! Mungkin semua yang tahu tentang aku akan tahu yang aku ada seorang abang. Satu-satunya abang yang aku ada di dunia ini. Tapi tak semua yang tahu, aku tak pernah rasa seperti ada seorang abang. Kawan-kawan rapat yang hidup selama 4 tahun dengan aku mungkin tahu tentang ni. Enul.. Izzah.. Bai.. antaranya.. hmm.. Kadang-kadang aku terfikir kenapa abang tak macam abang enul.. abang izzah.. Sampai pernah aku cakap dengan mak, "Mak, kalau mak dah tak dak kat dunia ni orang nak duk dengan sape mak? Orang tak pernah rasa macam ada abang." 

Mak kata, "sebab tu mak nak anak-anak mak kahwin dulu sebelum mak pejamkan mata." Tapi kenapa hati aku seperti kata yang aku tak kan kahwin ye! Selalu firasat hati aku betul tau! Huahua... 

Bila sesekali balik kampung, aku rasa pelik bila tengok abang ada di rumah. Sebab aku memang anggap abang macam orang asing. Sampai bila abang ada aku rasa mau pakai tudung. Rasa pelik ni sampai aku anggap abang halimunan. Seolah-olah aku anggap abang tak pernah wujud kat rumah. Sampaikan bila abang tanya sesuatu perkara, aku rasa sangat pelik. Pelik.. sangat pelik.. susah nak describe.. 

Ada satu hari telinga aku sakit, entah semut ke, naga ke masuk telinga aku pun tak pasti. Abang tanya dah makan ubat. Itu pun aku rasa sangat pelik. Aku pelik bila selama aku hidup 24 tahun lebih di dunia ni abang tak pernah ambil berat pasal aku. Dan tiba-tiba bila abang cuba untuk ambil berat pasal adik bongsu dia ni memang aku tak boleh terima. 

Sampai macam tu sekali. Dan mungkin aku dah set dalam minda yang aku tak pernah ada abang. Hubungan abang & adik hanya dalam facebook! *sadis*

Dan sepatutnya bila abang nak kawin lagi, kenapa aku nak peduli? Lantak la kan? Tak ada kaitan dengan aku pun. Dan sekarang bila kak izan bercerita pasal abang & perempuan tersebut aku rasa macam malas nak ambik tau dah! 

Teringat kata-kata izan, "kak izan nak adik-adik hormat pada abang. kak izan tak mau rasa hormat korang hilang pada abang." Aku tanya pada diri, aku hormat abang? Entah lah.. serius, aku tak tau apa perasaan yang aku ada untuk abang. Entahla ye.. pelik kan dunia ni.. benda yang kita ada tapi sebenarnya tak ada pun. benda yang kita tak ada tapi kita rasa macam dekat je dengan kita. 

Bagi sesiapa yang baca post aku ni, yang sedang menjadi abang pada adik-adik mereka. Jadilah seorang abang yang baik. :)

Friday, February 10, 2012

Tafsir & Novel..

"Tak perlu jadi orang lain. Jadi diri sendiri sudah!" Selalu kita dengar perkataan tersebut kan? Tapi kalau untuk perkara yang baik macam mana? Sepatutnya yang baik kita kena jadikan teladan la kan? Tapi entah la.. takut bila buat benda baik sebab ikut orang, takut tak ikhlas pula perbuatan tu.. Boleh ke bagi alasan macam tu? 

Tadi masa tengah tunggu Pn Halina dari JAKIM datang nak bagi talk pasal halal dan syariah, ku buka la novel yang memang sudah menjadi kebiasaanku kalau ke mana-mana mesti bawa novel. Tak ada yang pelik pun bila tengah tunggu apa-apa perkara kita membaca kan? Tapi hari ni situasi yang peliknya sebab di sebelahku ada seorang peserta yang tengah khusyuk baca tafsir al-Quran. 

Rasa juga nak sorok muka bawah meja sebab malu yang amat. Tapi seperti biasa ku memang selalu buat muka tak bersalah & buat seperti tiada apa-apa yang berlaku. Ku cakap pada Enul, "orang kemana-mana bawa tafsir, aku bawa novel. segan kot!" 

Enul sengih-sengih. Haisy. 

Mak pun selalu tegur dengan hobi aku yang satu ni. "Baca novel 3 hari dah boleh habiskan satu novel, sanggup tak tidur malam tapi buka tafsir tak pernah nampak pun!"

Menusuk kalbu kata-kata mak tau! 

Dan yang paling aku kesal pada diri aku sebab aku datang ke UKM ni aku tak lupa nak bawa novel, malah sampai dua biji sekali aku angkut. Tapi al-Quran aku boleh lupa. Subhanallah.. teruk kan? =='

Kadang-kadang aku rasa.... ah, tak tau nak cakap macam mana. 

Tapi entah la.. 

Walaupun tak bawa al-Quran ke mana-mana, tapi aku tak pernah la sampai tak baca al-Quran langsung. Sekurang-kurangnya lepas maghrib ku baca juga 2, 3 muka. Tapi untuk jadikan habit membawa al-Quran ke hulu hilir entah la. Kenapa tak pernah terfikir ye? 

Entah la ...
Entah la...
Entah la...




halal..

Bismillah...
==> sedang berada di UKM
==> join kursus pengurusan & operasi halal sampai jumaat depan.
==> tak sabar mau sembelih ayam nanti. hua..

ini adalah sejenis entri yang paling malas ditulis..

Monday, February 6, 2012

bercerita tentang pengalaman.. ^^


Bismillah.. 
Di bawah ini ku post apa yang ku sembang dengan seorang penulis yang ku kagum. Juga seorang lelaki yang sudah ku anggap seperti ayah sendiri. Segan sebenarnya bila bercerita dengan orang yang banyak pengalaman, rasa diri ini serba kekurangan. Tapi buat selamba... hehe..Yang penting dapat tahu pengalaman dia sendiri secara peribadi walaupun tak dapat jumpa depan-depan. Nges3.. 

  • Salam, adakah cik Tulip friend baru saya?

    • Wslm.. aah friend baru dari facebook...
      sebenarnya saya baru je tamat baca 'rindu eropah tawan damascus'...
      subhanallah buku yg sangat memberi semangat & motivasi... tahniah en penulis.. teruskan menulis.. saya dah jadi fan MunirRamli... ^^

      • Oh..begitu..Saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membaca. Untuk pengetahuan Cik Tulip buku itu sedang saya baca lagi. Saya tidak pernah jemu membacanya. Setiap kali membaca saperti ada satu yang baru di dalamnya sedangkan buku itu sudah berpuluh kali saya membacanya malah saya yang menulisnya. Saya rasa tidak jemu dan sangat tenang membacanya. Saya harap semu remaja di luar sana dapat menghayati buku ini.

        • buku yang sangat bermaanfaat! pastilah bila membaca pun tidak pernah rasa jemu... sungguh saya kagum sangat dengan En Munir Ramli.. saya rasa pengalaman yg penulis lalui sangat-sangat istimewa dan susah nak dapat.. saya teringin nak lalui semua yg penulis lalui...

          lagi satu saya suka cara penyampaian penulis dalam buku yg banyak selitkan motivasi dan kata-kata nasihat.. semoga lagi banyak buku seperti ini yg akan dihasilkan oleh penulis.. ^^

          tahniah sebab berjaya hasilkan travelog rindu eropah tawan damascus yg sangat hebat ni! 

          • Tunggu dan dapatkan episod 2 Rindu Eropah Tawan Damascus dengan tajuk Dua Mutiara di Tanah Suci..akan terbit tidak lama lagi..Tq

            • wah!!!! serius???? tak sabarnya nak baca... *teuja sangat-sangat* 

              • Saya mula menulis episod 2 di Mesir baru2 ini dan lengkap 1 hb Nov tarikh lahir saya dan hantar kepada penerbit hari itu juga. Saya juga dan beribu2 pembaca di luar sana teruja nak baca apa sudahnya Munir Ramli di lautan kembara.

                • wah... bagus la penulis ni.. maknanya kalau masih menulis, bererti masih lagi meneruskan aktiviti backpacking la kan? ke 'Dua Mutiara di Tanah Suci' ni penulis buat kelainan?

                  masa saya baca travelog rindu eropah ni memang dalam hati saya selalu berkata 'nekad sungguh penulis ni! walau dah mcm2 rintangan & dugaan datang tak pernah rasa patah semangat. malah makin bersemangat..' sungguh saya rasa nak curi semangat dari penulis... '

                  • Apa yang berlaku pada diri saya, suka duka, pahit dan manis terakam buat dikongsi bersama. Saya masih meneruskan kembara kerana masih banyak negara yang menjadi iaguan saya. Semangat dan kekuatan diri Allah jua yang anugerah. Apa saja halangan di hadapan semuanya datang dari Allah. Susah senang, semuanya dari Allah. Ini yang saya pegang sehingga hari ini. Motivasi untuk generasi muda terutama sekali anak2 dan kaum keluarga saya. Mereka sebelum ini tidak kenal siapa Munir Ramli tetapi setelah terbitnya travelog ini barulah mereka faham pusingan roda hidup. Hayatilah perjalanan ini mudah-mudahan semangat dan kekuatan jiwa kembara saya dapat dimanfaatkan buat semua anak muda di luar sana.untuk mengharungi lautan hidup yang semakin bergelora.

                    • Semoga cita-cita penulis untuk meneruskan kembara di bumi Allah yang luas ini dipermudahkan oleh Allah. Saya terfikir untuk ikut jejak penulis, backpacking cara penulis."Berhenti bila pokai, jalan semula jika berduit." Hehe. Tapi sebagai anak gadis yang masih dibawah pengawasan mak ayah rasa sangat susah nak buat macam tu.

                      Tak dapat mengembara seperti penulis, dapat baca kisah pengembaraan penulis pun dah rasa puas hati.

                      Saya yakin anak-anak dan seluruh keluarga penulis sangat berbangga ada ayah yang begitu bersemangat tinggi seperti penulis. 

                      Dan.. segala kata-kata semangat, motivasi dan nasihat dalam travelog ini akan saya pegang untuk menjalani kehidupan di muka bumi Allah yg sangat hebat cabarannya.. 

                      Mendoakan penulis terus maju dalam penulisan sebegini yg sentiasa merangsang anak-anak muda untuk terus bermotivasi & bersemangat tinggi.. ameen.. 

                      • Terima kasih. Berlajarlah bersungguh-sungguh dan ingatlah kejayaan akademik semata-mata tidak boleh menjamin hidup masa depan yang cemerlang. Kemahiran hidup perlu juga diambil perhatian kerana dengan ilmu KH itu banyak membantu kita mengharungi masa depan yang sangat mencabar. Jika berpeluang menyambung pengajian di Eropah atau di US, back packerlah ketika cuti panjang.

                        • terima kasih juga untuk nasihat...betul, kejayaan akademik apa la sangat nak dibandingkan dengan pengalaman hidup...

                          InsyaAllah, kalau diberi kesempatan menjejakkan kaki ke Eropah mahu juga melawat tulip-tulip yang cantik di Holland.. hehe... 

                          • Saya akan ke Amsterdam tak lama lagi..tapi bukan back packer. Holland memang cantik.

                        • wah, beruntungnya dapat jejak ke Amsterdam.. dulu pernah bercita-cita nak sambung study kat sana.. tapi mak tak bagi study jauh-jauh sangat... huhu...

                          doakan saya pun dapat jejak ke Amsterdam 
                           juga ye.. hehe.. teringin sangat nak melawat ladang tulip... 

Begitulah kisahnya..menarik kan? hehe... Tapi ku rasa bila borak dengan dia, ku sangat skema. Tak payah ku bagitau pun, korang dah dapat agak kan bila baca cara ku reply mesej2 ni.. huahua.. 



    Friday, February 3, 2012

    *aku rasa aku semakin matang bila bercerita soal rumahtangga*

    Bismillah..
    Aku rasa sekarang boleh dikatakan tiap-tiap hri aku update blog. Okey, itu satu hal! Satu hal lagi semua post, semua berkaitan poligami! Aku tak nak terus bercerita pasal isu ni tapi kalau dah keadaan sekeliling bercerita pasal ni 24 jam tanpa mengira siang atau malam, aku harus ikut rentak ahli keluarga. Cuba berfikiran terbuka!

    Semalam aku lepak dalam bilik mak sampai urut kaki mak yang lenguh. Ayah kat ruang tamu tengok tv. Tiba-tiba mak mengeluh! Seperti nak mulakan perbualan berkaitan abang.

    "Mak, mak jangan cakap apa-apa. Tolong la mak kita cakap pasal lain! Pasal orang yang menganggur ni ke, pasal padi ke, pasal lori ke, bas ke, basikal ke.. apa-apa je la selain kahwin! Please mak!" Terus aku bersuara. Aku tau mak nak mulakan perbualan pasal abang.

    Mak gelak!

    "Mak susah hati ni. Adik je kat rumah ni yang boleh dengar apa yang mak nak cakap!" Kesian plak aku dengar ayat mak. Ada abang sorang tapi asyik duk susahkan hati mak je kejenya.

    "Okey la, malam ni je! Esok kita cakap pasal benda lain pula ye mak!" Balas aku. Yela, sekali-sekala balik kampung kena la jaga hati & perasaan mak. Nak jadi anak solehah kan? :)

    "Mak susah hati la dengan perangai abang hang ni. Tak boleh nak contohi langsung perangai ayah hang, tapi dia duk ikut perangai pak2 sedara dia & sepupu dia. Ayah sedara hang tu masa muda-muda dulu kebanyakannya semua duk gila perempuan, kawen cerai, kawen cerai. Hang tengok je la pak long hang tu, bini dia yang sekarang ni yang ketujuh. Suka sangat main perempuan! Pak ngah hang pun sama dah dua bini, anak pak ngah hang pun sama. Anak pak ngah hang tu lagi teruk, dah la kahwin dua, lepas tu asyik kat rumah bini muda, bila bergaduh dengan bini muda baru balik rumah bini tua."

    Aku diam.

    "Mak rasa dalam banyak-banyak anak tok Aroff (yakni atok aku) ayah hang sorang je yang jenis tak main dengan perempuan. Masa muda-muda dulu sebelum kahwin dengan mak dulu ada la, tapi lepas je kahwin dengan mak tak pernah dia nak gila perempuan mana-mana. Tak pernah nak kata dalam sekali pun mak sakit hati pasal perempuan!"

    Dalam hati aku, ADA LAGI KE LELAKI KAT LUAR SANA MACAM AYAH? nges..

    "Mak risau abang hang tak boleh nak berlaku adil bila dah kahwin dua nanti! Adik, kat dunia ni memang la semua nampak indah bila berbini dua, tapi kat akhirat nanti jenuh nak menjawab dengan malaikat. Mak risau! Biasanya orang yang beriman je yang boleh kahwin lebih ni!"

    "Dah takdir mak! Nak buat macam mana. Kira okey la abang macam tu, kalau dia merapu kat tempat lain, hisap dadah ke, berjudi ke.. lagi haru mak nanti! Minta simpang la semua tu mak. Kahwin dua ni bagus apa mak. Sunnah nabi kan? dapat pahala lagi tu...." apa lagi yang boleh aku cakap. Nak cakap lebih-lebih pasal kahwin bagai ni, haruslah pengetahuan ku sangat cetek! Tu je la yang mampu aku cakap nak bagi sedapkan hati mak!

    "Nasib perempuan memang macam ni adik. Kat kampung ni boleh dikatakan rata-rata kena madu. Ada kawan ayah hang tu, anak dia yang laki tu kahwin dua, anak perempuan dia plak kena dimadukan!"

    Aku gelak dengar kata-kata mak. Memang la tragis kisahnya. ada anak laki kawen dua, anak perempuan plak kena dimadukan. Mak dengan ayah la pening duk fikir pasal anak-anak!

    Kalau difikir-fikirkan balik, cerita manusia kat dunia ni ada bermacam-macam kisah. Ada yang kadang-kadang tu sampai tak terfikir dek otak.

    "Kalau la kak zai (yakni bekas isteri abang aku)  tahu pasal abang nak nikah lain ni mesti kak zai kata macam-macam kat kak izan kan mak? Mesti kak zai kata, "rasakan, dulu ambil laki orang. sekarang apa yang aku rasa kau kena rasa balik."

    Aku rasa kak izan pun dah mula sedar bila kat facebook dia, status dia berbunyi begini, ...jangan membina kebahagiaan dengan menghancurkan hati dan perasaan orang lain >/<


    #blum ttu kebahagiaan yg dibina itu akan kekal...ingattt!!!!

    "Itu la adik. Jadikan apa yang berlaku kat sekeliling adik ni sebagai pengajaran. Hari ni kita ambil hak orang, esok-esok Allah balas balik apa yang kita buat kat orang. Allah tu Maha Adil adik! Fikir masak-masak kalau nak ambil hak orang!" Nasihat mak.

    Tujuan aku tulis ni bukan nak ceritakan keburukan ahli keluarga dan saudara-mara aku, tapi jadikanlah semua ni pengajaran. Apapun ingatlah Allah tu Maha Kuasa!

    Sebelum kita buat sesuatu, fikirlah natijahnya sama ada baik atau buruk! Yang penting biarlah semuanya diredhai Allah.. :)

    *aku rasa aku semakin matang bila bercerita soal rumahtangga* :p