"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Monday, September 19, 2011

hati manusia.. hati Dia...

Terasa begitu khusyuk solat isya' kali ni. Lepas doa pun masih duduk termenung di depan sejadah. Inilah manusia kan, mencari Dia lebih banyak tika dalam kesedihan berbanding masa gembira. Aduhai, menusuk kalbu walau ayat yang dikarang sendiri.

Hati terluka selalu ambil kisah. Tapi kenapa tak pernah fikir bila Dia yang terluka sebab kita selalu abaikan-Nya. Oh, sekali lagi terasa menusuk kalbu! Sepertinya ada pisau yang menghiris hati ini sampai lumat.

Alahai, benda kecil pun nak ambil hati. Nak besar-besarkan benda kecil. Dah besar panjang pun. Umur pun dah nak masuk 24 tahun tapi perangai macam budak-budak kenapa? 

Tapi betul la, terasa sangat tenang dapat mengadu segala beban dan kesedihan pada Dia. Ketenangan yang paling maksimum dirasakan. Inilah yang baru dikatakan meluahkan sesuatu pada yang tepat.

Apa la yang Cik Tulip sedih sangat ni? Rasanya terasa hati dengan anak buah je. Bila teguran yang langsung tidak diendahkan hingga langsung membuat diri terguris hati. Inilah sebenarnya cabaran yang paling sukar untuk mendidik anak-anak di zaman sekarang. Suka memberontak, tak mahu dengar kata, ikut kata hati sendiri saja, semua yang dikatanya betul belaka... kita juga yang disalahkan. 

Dua minggu menjadi suri rumah tak bertauliah di sini, banyak benda yang dipelajari. Dari hal dapur, anak-anak, masa, wang dan semuanya. Boleh dijadikan panduan bila berkahwin nanti. Aduhai, bila difikir-fikir terasa takut untuk tempuh kehidupan alam berumah tangga. 

Allah... jadikan aku insan yang kuat, tabah dan sabar sepanjang aku bermukim di dunia yang sementara cuma... Ameen.

-Tulip Sayang-


5 comments:

  1. jangan putus asa mak su..
    mak su bole!! :)

    ReplyDelete
  2. Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina." (Surah Ghafir: 60)

    dari sekecil2 perkara sehingga sebesar2 perkara..mohonlah pada Allah.
    ketenangan itu milikNya..insyaalah semoga dipermudahkan segala urusan. TC

    ReplyDelete
  3. baru anak buah... anak sendiri nanti macam mana la... haisy... :p

    ReplyDelete
  4. saya ada pengalaman menjaga (jadi warden) bbrpa bulan disebuah sekolah, peritnya hanya tuhan yg tahu (@_@)
    bdk sekarang bhs yg mrk fhm ialah bhs 'rotan'...

    p/s: sambil dengar2 lagu ni hak2..
    http://www.youtube.com/watch?v=oS_KmxanzTY&feature=autoplay&list=PL62894183910BFE9E&lf=autoplay&playnext=2

    ReplyDelete
  5. hehehe.... itulah tapi tak sampai hati rasa nak rotan orang.... nasib baik dapat mak su yg baik... kalau tak, memang teruk la budak2 tu... hikhik...

    ReplyDelete