"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Tuesday, September 6, 2011

perginya sang hujan & katak di bawah tempurung

puteri katak???
Malam yang penuh emosi. Oh masih menangis lagi rupanya. Kenapa ya perempuan memang tak boleh nak dipisahkan dengan air mata? Ibarat pantai dan ombak. Begitukah? 

Teringat sewaktu kaki melangkah ke Malaysia sebaik saja mendarat di KLIA dari China. China lagi. Apakah ada yang disembunyikan sampai tidak pernah usai menyebut 'China'? 

Ungkapan atau sebenarnya ikrar janji yang dipahatkan di hati untuk mengakhiri segala-galanya. Itu kata yang disematkan di sanubari dengan begitu utuh sekali. Sampaikan bisa membuatkan hati terus membenci pada si dia. Si dia? Siapakah itu ya? 

Teganya hati. Sedangkan persahabatan dibina selama 4 tahun lamanya. Dengan hanya satu peristiwa yang memakan masa hanya 2 bulan tika bersama di sana (China) terus mencairkan ikatan persahabatan tersebut. 

Apakan daya sedang diri pun tidak bisa memaafkan diri sendiri. Hmm.


Apa sebenarnya rahsiamu? 

Dan sampai bila rahsia tersebut akan terus menjadi rahsia dari teman baikmu sendiri? Aku hipokritkah? 


***

Hati terluka lagi. Untuk kali keberapakah? Sampai tak terkira? Oh, kenapa mesti membiarkan hati sering kali terluka. 

Kasihan hati. Tak pernah nak hidup dengan tenang. Selalu tak tenteram. Semua salah aku. Apa orang kata... selalu cari pasal.


Kali ini terluka kenapa?
Oh sebab sang hujan betul-betul dah pergi. Tak kan kembali lagi. Kalau dia kembali lagi pun, pasti aku akan sembunyikan diri bawah tempurung. Macam katak? Ah, kelakarnya! (Sedang hati terus menangis). Sempat lagi berjenaka ya?


Habis nak tunggu sang bintang datang dalam hidupmu? Atau sang bulan? Atau sang matahari? Tak tahu. Masih bersedih sebab kehilangan sang hujan. 

6 comments:

  1. sang hujan akan kembali lagi, bila musim tengkujuh tiba.. :D
    ton ton, jangan lah sedih2.. sekarang awak da jauh.. tak bole kita nak naik ruma atas, kongsi2 cerita lagi..
    rasa macam tiap2 hujung minggu nak turun cyberjaya.. huk3..

    ReplyDelete
  2. mai la... tolong jaga anak sedara kita kat sini;... hikhik..
    tak sedih pun.. sedang berbahagia ni... :D

    ReplyDelete
  3. buatlah sesuatu yang dapat menggembirakan hati..
    hati itu milikNYa..walau apa yang kita ungkapkan kepada orang lain..mungkin orang lain memahaminya dengan caranya..tetapi yang lebih memahami hati kita .. yang maha ESA.

    Kata-kata hikmah bercahaya Sheikh Ahmad Athaillah:
    "SEDIH ATAS LENYAPNYA KETAATAN DENGAN TIDAK DIIRINGI OLEH KEBANGKITAN UNTUK MELAKSANAKANNYA, ADALAH SEBAHAGIAN DARI TANDA KETERPEDAYAAN."

    Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini:
    “Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.

    masih ada waktu.

    ReplyDelete
  4. tak tahu nak cakap apa-apa...
    melainkan terima kasih ayu...
    selalu muncul kat sini...
    memberikan sepatah dua kata yang sungguh terkesan di hati....
    alhamdulillah, masih ada yg prihatin padaku... hikhik... :)

    ReplyDelete
  5. biarlah hujan pergi ...
    tp jgn sang Maha Pencipta yg pergi dan berpaling dr kita...
    kita perlu tau dan bersyukur setiap yg dtg itu adlh peringatn dr Dia sbg tnda CintaNYA kpd kita...

    ReplyDelete