Petang tadi, belek-belek tengok si abang buka akaun facebook beliau. Sambil-sambil tengok dia online facebook, aku sebagai ibu saudaranya yang sangat prihatin pun terus bertanya, "Asraf ni memang tak suka nak update status ke?"
Pandang aku sambil sengih. Dan jawab, "tak minat!"
"Oh, orang laki ni memang tak suka update status ek? Boring la... " balas aku kembali.
"Semua benda nak cerita kat orang ke? Nak makan apa tengah hari ni, nak tidur, hatta nak pergi pasar beli ikan pun nak bagitau orang."
Dalam hati, 'hai, perli mak su ke?'
"Status mak su tak de la pelik sangat. Sekurang-kurangnya baca tak ada la menyampah sangat. Ni ha Asraf nak block friend yang agak-agak tak best."
Oh, macam tahu je apa yang mak su fikir dalam hati ya? Pandai pula ambil hati mak su beliau. Terus tersenyum senang hati.
Tapi memang itu lumrah atau hakikat sebenar kejadian. Jarang-jarang atau susah sekali nak jumpa orang lelaki yang akan beritahu segala bagai aktiviti beliau seharian. Tapi ada juga kan?
Berlainan pula dengan seorang perempuan. Ya, aku sendiri akui yang kadang-kadang (sebenarnya selalu) suka juga update status merapu meraban di facebook. Tapi rasanya tak ada lah sampai orang menyampah kot. Dah kalau ada yang menyampah juga, nak kata apa lagi melainkan "remove sahajalah ku dari senarai friend list anda".
Malas nak cerita panjang-panjang sebab aku sendiri pun pernah kena tegur dengan seorang penulis novel bila terkeluarnya status merapu kat facebook.
Dan sebab itu, aku sangat menghargai dan sangat sayangkan blog ini. Kerna hanya di sini ku boleh merapu meraban hatta mahu meroyan sekalipun. Sebab aku rasa tak ramai pun yang sudi jenguk blog ku ini.
Tujuan blog ini pun hanya sebagai bacaan anak-anak di masa akan datang. Amboi...
hehe facebook cik tulip 11 ok je, xmerapu sangat..biasa-biasa saja. merapu sikit-sikit 2, kadang-kadang je kot..don't worry.
ReplyDeleteorang perempuan ni memang suka meluahkan, menyatakan apa yang dirasai..satu kepuasan mungkin.
orang lelaki ni lain...kebanyakan lebih kepada perbuatan. bukan dgn cara percakapan(penulisan). kadang2 bercakap dengan facebook atau bercakap dgn diri sendiri (melalui penulisan) lebih mendamaikan daripada bercakap dengan manusia yang banyak tafsiran..
uh oh..
ReplyDeletekita pun banyak kali kena tegur dengan orang lain.. asyik2 post dia kat homepage tu.. asyik2 berfb.. :D
tapi betulkan balik niat kita.. apa jua kita nak post kat fb tu nakkan keredhaanNya, hatta status yang simple2 je..
:)
sebab itu wujudnya cik tulip kasih... supaya senang untuk merapu... hehe.. :p
ReplyDelete