aku sungguh terpukul @ terasa dengan kata2 seperti ini... huhu...
"Bukan mudah nak meninggalkan pangung wayang dan blockbuster movies...
bukan mudah nak meninggalkan cerita yg bukan2 dan lagha lagi melalaikan kat TV...
bukan mudah nak delete lagu-lagu Daft Punk dan segala macam lagu yang sepatah pun liriknya tak sebut pasal Tuhan yang dulu ada dalam simpanan...
bukan mudah nak meninggalkan jahiliah...
bukan mudah nak mengikis karat-karat jahiliah agar hati tu boleh bersinar berkilat lawa macam stainless steel baru keluar kilang..."
"If you forget what you were, you'd never be grateful of what you are. ingat tu. Perlu selalu bersyukur dengan what you're now and nonetheless before. Kadang-kadang benda tu kita lupa..."
"Faham hukum Tuhan tapi tak amalkan tak bawak ke mana jugak..."
"Betul la orang kata better late than never, tapi it's better to never be late..."
"Dan betul la. Bukan senang nak jadi baik sebenarnya...."
"Bezanya terlalu jauh hingga dia sendiri tak pasti mampukah dia melangkah ke arah itu. Antara Hitz.fm. dan IKIM fm. Antara jean, tee, baju kurung, jubah dan tudung labuh. Antara jamie Thomas dan Imam Hassan al-Banna. Antara Linkin Park dan Sami yusuf. Antara lirik lagu dan dan kitab2 agama...."
"Terasa pegangan agamanya begitu rapuh. Aku sekadar melengkapkan Rukun Islam. Sekadar membaca yasin pd malam jumaat. Sekadar menutup aurat dengan baju lengan panjang, jean straight-cut dan tudung biasa. Aku tidak mengamalkan qiyam sekurang2nya seminggu sekali. Tidak menghabiskan satu juzuk al-Quran selang seminggu. Tidak litup dengan tudung labuh atau jubah. Tidak mengulang al-ma'thurat setiap subuh dan asar. Tidak solat rawatib untuk setiap solat fardhu...."
"Kalau dulu, mungkin dia merasakan yang kini telah jadi 'baik'. 'Baik' kerana dah pakai tudung tak nampak rambut menggerbang. 'Baik' kerana kalau pergi menonton wayang pun dia pergi sendirian. 'Baik' kerana sekarang dia solat walau kadang-kadang hampir ke hujung waktu, yg dirasakan dah cukup baik dirinya sekarang..."
"Bukan mudah sebenarnya untuk benar-benar memahami, menjiwai, dan mempercayai benda yang selama ni masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tau je Allah tu la sepatutnya satu-satu tempat bergantung. Tau je hanya Allah yg boleh menjadikan sesuatu yg buruk atau yang baik dalam apa jua keadaan. Tau je sebenarnya Allah yg memberikan nyawa untuk hidup, memberikan jagaan dan memelihara keselamatan dengan kekuasaanNya..."
"Awak pernah rasa... kadang2 tu macam ada satu benda yg sgt besar yg missing dari hidup kita.."
No comments:
Post a Comment