"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Wednesday, March 17, 2010

izinkan aku menulis...

PROLOG

Hidup ini sangat indah. Tapi keindahan yang wujud ini tidak selamanya kekal dalam hidup kita. Kadangkala diri tetap diuji untuk mengharungi satu ujian. Ya, ujian yang akan menentukan sama ada diri kita kuat menghadapinya atau ‘gagal’ dalam erti kata lain. Em, aku yakin dan pasti setiap manusia pasti akan diuji oleh Dia Yang Maha Satu. Aku sendiri kadang-kadang hampir jatuh tersungkur jika dihadapkan dengan ujian yang terlalu berat untuk insan yang lemah seperti aku ini. Tapi itu tidak bermakna aku akan terus membiarkan diri aku jatuh, dipijak sesuka hati oleh mereka yang tidak berkenaan dan hanya mampu menangisi nasib aku yang sungguh malang ini. Ini sungguh tidak adil bagi aku. Sedangkan aku juga adalah seorang manusia yang diangkat martabat oleh Allah SWT. Mereka tidak ada hak untuk memperlakukan aku seperti itu.

Ya, aku tidak akan selamanya menangis mengatakan ‘aku sangat malang’ ataupun yang sama waktu dengannya. Aku harus bangkit. Bangkit dengan semangat baru. Bangkit dengan keazaman yang kuat. Bangkit dengan lebih yakin. Hidup perlu diteruskan walau apapun yang terjadi. Aku sebagai hambaNya yang sangat kerdil ini perlu terus mengabdikan diriku kepada Pencipta aku. Dan aku juga perlu ingat bahawa aku masih mempunyai tanggungjawab. Tanggungjawab pada kedua ibubapaku dan yang lebih penting tanggungjawab pada diri aku sendiri.

Jadi….

Mulakan hidup dengan lebih bersemangat. Pasti menghasilkan satu kepuasan yang maksimum.

***

No comments:

Post a Comment