"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Wednesday, September 28, 2011

saya tegur awak untuk kebaikan.... ^^


Kadang-kadang kita perlukan sedikit waktu untuk bersendirian, berfikir dan muhasabah diri. Mungkin selama ini  kurang berfikir secara matang atau sebenarnya lebih banyak ikutkan nafsu amarah semata-mata. 

Bila sesekali ditegur oleh seseorang yang baru rapat atau sebenarnya salah seorang ahli keluarga yang baru muncul dalam keluarga kita, terkadang membuatkan hati terasa panas juga kan? Yalah, orang baru yang tak tahu apa-apa tentang kita, tiba-tiba boleh menegur sikap dan perangai kita. Sepertinya kurang logik kan.

Tapi bila difikirkan berulang-ulang kali secara matang, kadang-kadang teguran sebegini untuk kebaikan diri sendiri. Cuma antara diri kita sendiri mahu atau tidak menerima teguran tersebut. 

Bila aku tanya balik pada diri sendiri, "aku, boleh tak terima teguran orang?" Sangat sukar untuk menjawab pertanyaan tersebut walaupun soalan yang lahir dari hati sendiri. Aneh kan? Diri sendiri sukar mahu menjawab pertanyaan diri sendiri juga. Itu hakikatnya. Berkata memang mudah, untuk merealisasikan sesuatu perkara tersebut sangat susah. 

Kenapa boleh timbulnya isu ini ya? Senang jawapannya, sebab baru lepas ditegur oleh seseorang. Kita boleh je jawab, "Kau sape nak tegur aku? Kenal aku pun tak? Ada hati nak tegur aku." Kalau inilah jawapan yang kita berikan, nampak sangat kita bercakap tanpa berfikir dengan matang. Aduhai, susah sebenarnya nak tegur orang dan nak menerima teguran orang. Betul kan?

Ada satu tips yang mahu aku kongsikan tentang cara mahu tegur seseorang. Yang pertama, bila nak tegur seseorang jangan sesekali menegur dengan cara memuji diri sendiri. Contohnya, "kau ni tak boleh ke nak solat? susah sangat ke nak solat? aku ni kalau sakit sekalipun tak pernah tinggal solat tau! Betapa aku sangat jaga solat aku." Percayalah, teguran dengan cara begini, akan hanya membuatkan orang menyampah dengan kita dan tak akan org boleh terima teguran kita. Dan teguran sebegini nampak sangat kita mahu riak dan sepertinya kurang ikhlas, kan? 


Tapi ada manusia tertentu yang boleh tegur dengan memuji diri sendiri tau! Tapi siapa ya? Jawapannya mak ayah kita. "mak dulu masa kecik-kecik tak pernah tinggal solat, cuba la along ambik contoh dari kisah mak muda-muda dulu!" Kita tak kan rasa menyampah kan dengan teguran sebegini dari ibu ayah kita? ^^

Tips yang kedua, bila nak tegur seseorang elakkan dari tegur dengan cara yang salah. Ya, sekarang zaman internet. Semua orang ada facebook. Tak perlu nak tegur orang dengan post pada wall dia. Ini akan memalukan dia. Dan lagi teguran sebegini langsung tidak boleh diterima oleh orang yang ditegur. Percayalah! Malah akan memburukkan keadaan lagi.

Gunalah perkataan yang sesuai bila menegur seseorang. Biar bahasa yang sopan, lembut dan enak didengar supaya orang yang ditegur pun akan rasa terbuai... syahdu...

Sebenarnya teguran yang ku terima bukanlah seperti teguran-teguran di atas. Terasa juga la yang diri ini langsung tak berguna bila ditegur sebegitu sekali. Tapi bila difikirkan umur yang sudah meningkat, aku harus bertindak dan berfikir secara matang. Aku anggap teguran tersebut sebagai satu benda untuk memotivasikan diri, untuk kebaikan diri sendiri... Bukan teguran untuk memusnahkan diri sendiri.

Kesimpulannya, berilah teguran yang membina, bukan teguran yang menjatuhkan orang lain!

~Tulip Sayang~

Sunday, September 25, 2011

Cikgu Disiplin dan IM Asyraf

Setelah seharian dipaksa dan dipujuk oleh si abang untuk bertemu dengan guru disiplinnya, maka dengan berat hatinya terpaksa jua menjejakkan kaki ke Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya. Rasa berdebar. Mungkin sudah lama tak jejakkan kaki di sekolah. 

Baru sampai je di depan bangunan sekolah, kelihatan sekumpulan pelajar perempuan berpakaian sekolah berwarna biru. Semestinya pengawas sekolah, detik hati kecil. 

"Assalamualaikum puan!" 

Eh! 

Tapi di dalam hati tetap menjawab salam mereka. Mungkin di fikiran mereka, seorang gadis yang berpakaian jubah dan bertudung labuh sepertiku sepertinya kelihatan seperti seorang ibu. Atau sememangnya wajah yang menunjukkan terlebih matang. 

Sebenarnya bukan nak tunjuk diri ini alim, warak atau sebagainya dengan pakai jubah segala bagai. Tapi memang langsung tak bawa hatta sehelai pun baju kurung di sini (Cyberjaya). Jubah kalau di asrama memang sangat popular bagi kami yang bersekolah di sekolah agama. Senang, mudah dan pantas. Tambahan pula dengan status aku sebagai ibu untuk sementara waktu ni, memang sangat bersesuaian terutama bila pagi hari bangun dari tidur dan tak sempat nak mandi dan mahu hantar anak-anak ke sekolah. 

Sambil berjalan mahu ke bilik disiplin, sempat membebel pada si abang. "Asraf ni lain kali bila waktu sekolah jangan bawak handphone, kan dah kena rampas. Mak su jugak jadi mangsa kena datang sekolah. Isyh la, awat la nakal sangat ni?" 

Budak-budak remaja zaman sekarang memang tak makan saman. Apa yang kita nasihat, apa yang kita tegur ibaratnya seperti masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

"Untuk makluman puan, Asraf ni dia bawak handphone ke sekolah. Mungkin dalam kalangan kawan-kawan kelas dia juga yang buat aduan." Aku hanya mengangguk menanti bicara seterusnya dari guru yang diberi jawatan sebagai guru disiplin tersebut.

"Saya rasa dia ada masalah, bergaul dengan kawan-kawan yang tak senonoh, melepak sana, melepak sini. Merokok...."

"Apa cikgu, merokok?" Belum sempat cikgu tersebut menghabiskan kata-kata, aku terus menyampuk. Setahu aku, dia tak pandai merokok. Bila masa....????

"Asraf hisap rokok dari tingkatan berapa? Jawab jujur!" Ada ketegasan pada nada suaranya. Asraf diam. Aku pandang Asraf, menanti jawapan darinya. 

"Tingkatan 2."

Jawapannya membuatkan aku kecewa. Terasa seperti mahu sekeh dia masa tu jugak!!! 

Bermacam aduan yang ku terima sepanjang dua jam sesi pertemuan tersebut. Tak siapkan kerja sekolah, bercouple, pelajaran merosot, banyak main dan macam-macam lagi. Aduhai abang, kenapa langsung tak fikirkan masa depanmu? Apa yang akan jadi nanti? Tak simpati ke pada mak ayah yang susah besarkan kalian? Ini balasannya yang mereka dapat. 

"Puan, saya harap apa yang saya sampaikan pada puan ni, nanti puan akan sampaikan pada kedua ibu bapa dia. Benda-benda macam ni kita tak boleh diamkan." Katanya setelah panjang lebar membebel pasal Asraf. Sepertinya langsung tak ada benda baik langsung yang Asraf buat di sekolah. Sampaikan aku sendiri mahu mencelah tidak berkesempatan. 

Ditambah pula bila tiba-tiba muncul guru bahasa melayu Asraf di dalam bilik disiplin tersebut. Ada lagi aduan. Rasa mahu pitam fikirkan pasal si abang ni. 

"Dia ni ketua tingkatan, kutip buku orang tapi buku sendiri dia tak hantar. Tak siap kerja sekolah. Subjek bahasa Melayu dia pun sangat lemah. Langsung tak ada potensi untuk SPM tahun depan." Tambah Cikgu Bahasa Melayu Asraf. 

Oh, sampai begitu sekali teruk ke anak buah ku ini? Aduhai..... 

Asraf, kenapa Asraf tak boleh jadi macam Imam Muda Asyraf??????????????????

‎=='

Monday, September 19, 2011

hati manusia.. hati Dia...

Terasa begitu khusyuk solat isya' kali ni. Lepas doa pun masih duduk termenung di depan sejadah. Inilah manusia kan, mencari Dia lebih banyak tika dalam kesedihan berbanding masa gembira. Aduhai, menusuk kalbu walau ayat yang dikarang sendiri.

Hati terluka selalu ambil kisah. Tapi kenapa tak pernah fikir bila Dia yang terluka sebab kita selalu abaikan-Nya. Oh, sekali lagi terasa menusuk kalbu! Sepertinya ada pisau yang menghiris hati ini sampai lumat.

Alahai, benda kecil pun nak ambil hati. Nak besar-besarkan benda kecil. Dah besar panjang pun. Umur pun dah nak masuk 24 tahun tapi perangai macam budak-budak kenapa? 

Tapi betul la, terasa sangat tenang dapat mengadu segala beban dan kesedihan pada Dia. Ketenangan yang paling maksimum dirasakan. Inilah yang baru dikatakan meluahkan sesuatu pada yang tepat.

Apa la yang Cik Tulip sedih sangat ni? Rasanya terasa hati dengan anak buah je. Bila teguran yang langsung tidak diendahkan hingga langsung membuat diri terguris hati. Inilah sebenarnya cabaran yang paling sukar untuk mendidik anak-anak di zaman sekarang. Suka memberontak, tak mahu dengar kata, ikut kata hati sendiri saja, semua yang dikatanya betul belaka... kita juga yang disalahkan. 

Dua minggu menjadi suri rumah tak bertauliah di sini, banyak benda yang dipelajari. Dari hal dapur, anak-anak, masa, wang dan semuanya. Boleh dijadikan panduan bila berkahwin nanti. Aduhai, bila difikir-fikir terasa takut untuk tempuh kehidupan alam berumah tangga. 

Allah... jadikan aku insan yang kuat, tabah dan sabar sepanjang aku bermukim di dunia yang sementara cuma... Ameen.

-Tulip Sayang-


Friday, September 16, 2011

untuk kamu yang diuji...

alhamdulillah
ujian dari manusia, ujian dari ALLAH.
ujian dari manusia mudah untuk kita mempersiapkan diri sebab kita dah tahu..ujian mcm exam .. ujian lesen...(tah hapa2 contoh ni kan)

ujian dari ALLAH..
ujian yg xdiduga..perlu persiapan diri..entah bila kita akan diuji kan..kadangkala ujian itu datang tanpa diduga .ujian itu datang tanpa kita sedar..ujian itu datang tapi kita xberjaya lepasi..sedar2 dah menyesal kan..

ujian dari ALLAH ujian yg xkan ada penghujungnya selagi kita sebagai hambaNya..TAPI kita ada caranya untuk kita sedar bahawa ujian yg datang itu adalah satu ujian sebelum kita menyesal sebab manusia selalu diuji. diuji
dgn TAKHTA(pangkat) HARTA dan WANITA..

setiap manusia itu akan mudah ke pangkal jalan apabila setiap hari doanya diiringi dengan MEMOHON keampunan pada yg esa..walaupon setiap hari kita tak pasti ada ke tidak kita buat dosa..

setiap kali doa keampunan dipanjatkan pada ILAHI..setiap kali itulah sedikit demi sedikit titik hitam di dalam hati akan keluar..mudahnya ALLAH membawa kita supaya sentiasa diredhai..SEMOGA NUR senantiasa di hati..
semoga hari2 yg mendatang kita sedar itu adalah ujian daripadaNYA...hidayah Allah akan sampai apabila sedikit demi sedikit titik hitam itu pergi..

ujian yg datang akan mematangkan diri..menjadikan diri lebih kuat..ujian pasti ada..samaada kita mampu lepasi atau tidak...
ujian mampu memartabatkan diri kita...YakinLah dengan ujianNya supaya kita mampu ke martabat yg lebih tinggi.

menjadi seorang yg tidak goyah semangat, cekal..

akhir kalam .pastikan NUR itu sentiasa di hati. (macam surat la plak..hak3) NUR KASIH =CIK TULIP KASIH hik3

~ayu~

Thursday, September 15, 2011

Mereka Tak Pernah Reda, Lalu Mengapa Salahkan Mereka? « paradoks

Mereka Tak Pernah Reda, Lalu Mengapa Salahkan Mereka? « paradoks:

"Magnet yang kuat akan menarik besi-besi di kelilingnya, atau mampu menarik besi-besi kepadanya, macam Magneto dalam X-Men. Tapi kalau kita besi yang tiada kuasa magnet, tentulah kita ditarik oleh magnet yang lebih kuat." (Imaen)

'via Blog this'

Wednesday, September 14, 2011

Oh, sudah tidak kisah dipanggil skema.


Lebat sungguh padi di paya,
Kayu tumbang tepi pangkalan,

Hairan sekali hati saya,
Burung terbang disambar ikan. 

Terpanggil untuk menulis tentang bahasa yang makin dilupai anak bangsa zaman sekarang. Anak-anak muda barangkali! Sayang rasanya bila bahasa sendiri yang patut dimartabatkan oleh anak-anak bangsa, tapi lain pula jadinya sekarang.

Kenapa ya anak-anak muda zaman sekarang kurang menghargai bahasa melayu kita? Suka sekali membaca karya-karya dari penulis yang begitu tertib mengangkat darjat bahasa melayu.

Tulisan Kak Su (Noor Suraya) sebagai contohnya. Aduhai sungguh lembut bahasa yang digunakannya. Sampai terkesan di hati yang melayu ni terkenal dengan budayanya yang sopan-santun, lembut-lembut, berbudi bahasa dan sebagainya.

Prof. Kembara Bahasa... Juga begitu, walaupun sudah jauh merantau di pelbagai negara tapi bahasa melayu tetap yang pertama di hati. Kadang terasa malu pada mereka yang begitu giat mempertahankan bahasa ibunda kita, tapi kita anak-anak muda begitu mudah sekali merosakkan dan menghancurkan bahasa kita. 

Bukan bermaksud tidak mengikut arus pemodenan negara. Tapi biarlah modennya negara kita dengan tidak langsung melupakan adat-istiadat, budaya dan bahasa kita sendiri. Oh, mungkin sangat susah di zaman seperti sekarang.

Terasa susah sekali untuk mencari drama, cerita atau movie sekarang yang begitu menitikberatkan soal-soal seperti ini. Dan terasa susah sekali mahu mencari penulis atau sebenarnya novelis yang begitu mengagung-agungkan bahasa kita. Ada, tapinya mungkin mereka dalam kalangan penulis veteran. 

Media massakah yang patut dipersalahkan? Atau sebenarnya diri kita sendiri? 

Tak perlu untuk mencari contoh yang jauh-jauh. Cukup sahaja di facebook. Bahasa pelik-pelik sampai susah untuk mentafsir. Selalu juga menegur anak saudara sendiri yang sekarang di tingkatan 4, bila pakai bahasa, amboi berpusing-pusing huruf. 

Apalah yang mereka faham, melainkan alih-alih kita pula yang dikatakan "tak sporting la mak su ni". Oh, mungkin sekarang tahap kesedaran aku sudah tinggi barangkali. Melalui banyaknya bacaan. Banyak membaca, banyak menilai, banyak mentafsir, banyak yang boleh dijadikan iktibar dan panduan. Alhamdulillah. 

Mungkin sebab sayangkan bahasa kita, aku semakin suka apa yang berkaitan dengan sastera melayu yang makin dilupai anak-anak muda sekarang. Pantun, syair, puisi, gurindam, sajak, seloka dan sewaktu dengannya. 

Amboi, sekarang dah makin skema. Oh, sudah tidak kisah dipanggil skema. ^^

Kupu-kupu terbang melintang,
Hinggap menghisap bunga layu,

Hati di dalam menaruh bimbang,
Melihat ikan memanjat kayu. 


Tuesday, September 13, 2011

Ingin sekali rasanya kembali ke sana untuk kedua kalinya..

Melihat album-album gambar yang diupload sahabat-sahabat, tiba-tiba terasa rindu sangat-sangat pada bumi Lanzhou. Apa orang kata, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Sepertinya peribahasa ini kurang ada kaitannya tapi di rangkap pertama ada kaitannya ya! 

Di awal-awal blog masa menetap di Lanzhou dulu, aku ada tanya diri sendiri sama ada mahu menjejakkan kaki ke China lagi atau tidak, aku tiada jawapan untuk soalan tersebut. Ya, ketika sedang hidup susah, di negara orang pula tu. 

Tapi sekarang terasa sangat rindu pada insan-insan yang telah ditinggalkan di sana. Ditambah pula sekarang sudah tidak berhubung langsung dengan mereka. Aduhai hati yang rindu. Terasa ingin terbang ke sana sekarang juga. 

Ingin sekali rasanya duduk bersantai di depan Yellow River sampai kebas kaki tangan sebab menahan sejuk. 
Ingin sekali rasanya mahu makan makanan cina yang sedap-sedap di sana. 
Ingin sekali rasanya duduk lepak bersama tujuh sahabat Lasykar pelangi (sambil makan ais krim di musim sejuk).
Ingin sekali rasanya mahu ke pasar malam di sana. Mencari nasi goreng, sate sotong, dan macam-macam lagi.
Ingin sekali rasanya mahu mendengar bunyi hon kenderaan yang saban hari terngiang-ngiang di telinga.
Ingin sekali rasanya duduk di meja bulat di hotel bersama-sama insan-insan yang dihormati di Lanzhou.
Ingin sekali rasanya solat di Masjid Xi Guan. 
Ingin sekali rasanya melawat ke sekolah arab sahabat-sahabat. 
Ingin sekali rasanya kembali di sana untuk kedua kalinya.

Bertemu mereka yang jauh berbatu ditinggalkan. Mereka yang sangat baik hati. 

Rindukan Burhan (semestinya!), rindu Umar, rindu Alim, rindu Hud... Amboi semua nama yang disebut lelaki ya! Isyh, tak la... Rindukan Ding lao Shi, rindukan Uncle Muhammad dan isterinya, rindukan Aishah yang baik hati, rindu semua-semua la di sana. Kadang-kadang risau takut terlupa pada nama mereka satu hari nanti. 

Dari jauh, hanya mampu titipkan secebis doa moga insan-insan yang ku tinggalkan di sana semuanya berada dalam keadaan sihat hendak-Nya. Moga suatu hari nanti kita bisa bertemu kembali saudara-saudara ku. Ameen.

antara jalan yang pernah dilewati suatu saat dahulu.



Monday, September 12, 2011

Cukup sampai di sini...


Dan hati ini tidak mampu menidakkan rasa cinta,
Cinta yang semakin mendalami diri dan jiwa,
Ku tak bisa memejamkan rasa,
Saat ia nyata makin membara,
Membelah setiap pancaindera dan deria,
Hingga aku lemas dalam kemelutnya.
Tuhan..
Andai penantian ini ada jawapannya,
Pujuklah hati ini untuk setia dijalan yang KAU redha,
Hadirkan ketenangan agar tidak terkandas dalam kabus cinta,
Berikan pedoman agar rindu itu berpada-pada,
Iringilah Maluku berserta iman di dada,
Agar rasa kasih ini tidak mencalarkan maruah diri yang dijaga.
Tapi jika qada' dan qadar itu mengatakan sebaliknya,
Kurniai aku kekuatan untuk melaluinya,
Palingkanlah cinta ini untuk yang selayaknya,
Kerana aku insan yang tiada daya,
Maka bantulah aku melupakannya,
Jika itu takdirNYA..
Allah..
Andai masih ada rindu,
Kupohon hilangkanlah ia dari hatiku,
Kerana ketidakpastian itu mengganggu,
Perasaan ini mengecewakan insan yang menunggu,
Aku tidak rela terusan terbelenggu,
Dalam pencarian permata berharga milikMU..
Ameen.

Sunday, September 11, 2011

semoga...

Sudah lama rasanya tidak demam. Bila demam sekali, rasa badan ni sejuk sangat. Biasanya antibodi kuat. Walau duduk di negara orang yang suhunya boleh sampai negatif pun tak pernah kena demam.

Semalam terkena hujan sikit terus sakit kepala, rasa macam nak pecah kepala. Hujan yang memberi kesan pada diri..... dan hati. Aduhai.

Rasa mahu tidur sepanjang hari.

~ Semoga segala-galanya akan kembali ke asal. Yang sedih akan ceria, yang lapar akan kenyang, yang jauh akan dekat. Dan lebih penting daripada itu, yang sakit akan cepat sembuh. Biarkan mendung segera pergi...~

Friday, September 9, 2011

Buat si ayu...

"Oh, hari ni tak ada komen dari dia!" Tiap-tiap hari buka blog Cik Puteri ini. Menanti ada sepatah kata dua dari si dia. Entah kenapa hati terasa sangat senang membaca bait-bait kata dari dia. 

Sepertinya semua kisah yang pernah aku coretkan di sini, walau hanya dalam bahasa kiasan tapi sepertinya dia tahu apa yang tersurat di hati ini. Ya, aku jarang berahsia isi hati dengan 'Cik Puteri' di sini. Semua aku catatkan, semua aku abadikan di sini. Bersama dengan deraian air mata atau senyum ketawa suka. Tak pernah ada satu yang aku rahsiakan dari dia, sang blog kaku yang menemani hari-hari aku. 

Dan kali ini, bila rahsia yang sudah tidak menjadi rahsia lagi sudah terungkai aku sendiri tidak pasti adakah jiwa sudah kosong. Atau kembali tenang bila dapat berlaku jujur pada teman sendiri. Atau ianya satu kesilapan bila aku melukai hati dan perasaan teman sendiri.

***

Bila aku membaca kata-kata dari dia, hatiku jadi sejuk...

"Maafkan masa lalumu..
Tawakkalkan masa depan mu..
Nikmati saat ini..
Memang memaafkan takkan mengubah masa lalumu..
tapi ia dapat memperindahkan hari mendatangmu..."

Buat kamu yang sering hadir memberi kata-kata semangat padaku, tiada ungkapan  yang bisa ku ucapkan melainkan ucapan terima kasih sahaja. Semoga Allah membalas kebaikanmu. 

Terasa seperti disayangi pula. 

Untuk sahabat, maaf kerna ku tidak bisa menjadi teman baik buatmu. Aduh, sebenarnya aku tidak suka ungkapkan kata-kata puitis seperti di dalam novel. Apakan daya. 

Aduhai angin, bawa ku pergi ke suatu tempat yang bisa membuatkan hati tenang dan dapat melupai segala ketegangan  dan masalah dunia yang mencurah-curah menimpa diri. 

Walau hanya seketika cuma. 

air mata hati...

Rahsia yang sudah tidak menjadi rahsia lagi.
Mengakhiri segala-galanya.

Salah sendiri. Permainan hidup yang aku ikutkan...

aduhai hati...
seringkali teruji...

ujian yang tak pernah putus-putus...
tanda sayang Dia pada aku...

Oh, berfikiran positif la duhai hati, fikiran...

Sudah la menitiskan air mata kerana kecewa dengan cinta dunia...

Tuhan.. bimbinglah aku ke jalan-Mu...

*syahdu*
*pilu*



lelaki dan perempuan di facebook...

Petang tadi, belek-belek tengok si abang buka akaun facebook beliau. Sambil-sambil tengok dia online facebook, aku sebagai ibu saudaranya yang sangat prihatin pun terus bertanya, "Asraf ni memang tak suka nak update status ke?"

Pandang aku sambil sengih. Dan jawab, "tak minat!"

"Oh, orang laki ni memang tak suka update status ek? Boring la... " balas aku kembali.

"Semua benda nak cerita kat orang ke? Nak makan apa tengah hari ni, nak tidur, hatta nak pergi pasar beli ikan pun nak bagitau orang."

Dalam hati, 'hai, perli mak su ke?'

"Status mak su tak de la pelik sangat. Sekurang-kurangnya baca tak ada la menyampah sangat. Ni ha Asraf nak block friend yang agak-agak tak best."

Oh, macam tahu je apa yang mak su fikir dalam hati ya? Pandai pula ambil hati mak su beliau. Terus tersenyum senang hati.

Tapi memang itu lumrah atau hakikat sebenar kejadian. Jarang-jarang atau susah sekali nak jumpa orang lelaki yang akan beritahu segala bagai aktiviti beliau seharian. Tapi ada juga kan?

Berlainan pula dengan seorang perempuan. Ya, aku sendiri akui yang kadang-kadang (sebenarnya selalu) suka juga update status merapu meraban di facebook. Tapi rasanya tak ada lah sampai orang menyampah kot. Dah kalau ada yang menyampah juga, nak kata apa lagi melainkan "remove sahajalah ku dari senarai friend list anda".

Malas nak cerita panjang-panjang sebab aku sendiri pun pernah kena tegur dengan seorang penulis novel bila terkeluarnya status merapu kat facebook.

Dan sebab itu, aku sangat menghargai dan sangat sayangkan blog ini. Kerna hanya di sini ku boleh merapu meraban hatta mahu meroyan sekalipun. Sebab aku rasa tak ramai pun yang sudi jenguk blog ku ini.

Tujuan blog ini pun hanya sebagai bacaan anak-anak di masa akan datang. Amboi...

Wednesday, September 7, 2011

Dia untukku???


Andai kita memang dijodohkan ..
Apa pun halangannya kita pasti akan disatukan dalam pernikahan ..
Namun andai memang kita tidakdijodohkan apa pun usaha pastikan tiada hasilnya..

Ya Allah ,
Ajarkan aku mencintai dengan sederhana..
Ajarkan aku agar lebih pandai memendam cinta..
Ajarkan aku untuk lebih mencintai-Mu dan kekasih-Mu
Ya Allah,
jagalah aku dari dosa dunia..
Jagalah dia dari dosa cinta..
Aku mencintainya kerana Mu
Aku akan rela melepaskannya apabila Engkau kehendaki..


Oh, dah pandai post tentang jodoh sejak umur meningkat dewasa ni... 
hehehe... 
^^ 

oh, boleh ke doa macam ni??? hikhik.. 

Tuesday, September 6, 2011

masak (separa lulus)

"Mak su, sape masak nasi goreng ni?" Tanya si abang.
"Kenapa? Sedap sangat ke? hehehe... " Balas mak su beliau.
"Sedap memangla sedap, tapi banyak sangat minyak."

"Tak ingat ke pesan mak su?" Tanya balik pada si abang.
"Apa?"
"Kalau tak sedap pun, kena cakap sedap. Mak su kan chef terkenal kat Malaysia ni. Haisy."

Pandang Asraf sambil senyum tak bersalah.

"Asraf tak cakap tak sedap. Cuma minyak banyak sangat. Semalam mak su masak kangkung pun banyak minyak. Ikan masak kicap mak su masin sangat."

Amboi. Panjang betul kompelin. Budak-budak zaman sekarang tak pandai menilai dan bersyukur. Hikhik.

"Ala, minyak banyak sangat kat rumah ni, tak elok membazir. Dan lagi dah nama pun masak kicap mestilah masin." Pandainya mak su dia menjawab.

Oh, penat rupanya jadi suri rumah ni!

perginya sang hujan & katak di bawah tempurung

puteri katak???
Malam yang penuh emosi. Oh masih menangis lagi rupanya. Kenapa ya perempuan memang tak boleh nak dipisahkan dengan air mata? Ibarat pantai dan ombak. Begitukah? 

Teringat sewaktu kaki melangkah ke Malaysia sebaik saja mendarat di KLIA dari China. China lagi. Apakah ada yang disembunyikan sampai tidak pernah usai menyebut 'China'? 

Ungkapan atau sebenarnya ikrar janji yang dipahatkan di hati untuk mengakhiri segala-galanya. Itu kata yang disematkan di sanubari dengan begitu utuh sekali. Sampaikan bisa membuatkan hati terus membenci pada si dia. Si dia? Siapakah itu ya? 

Teganya hati. Sedangkan persahabatan dibina selama 4 tahun lamanya. Dengan hanya satu peristiwa yang memakan masa hanya 2 bulan tika bersama di sana (China) terus mencairkan ikatan persahabatan tersebut. 

Apakan daya sedang diri pun tidak bisa memaafkan diri sendiri. Hmm.


Apa sebenarnya rahsiamu? 

Dan sampai bila rahsia tersebut akan terus menjadi rahsia dari teman baikmu sendiri? Aku hipokritkah? 


***

Hati terluka lagi. Untuk kali keberapakah? Sampai tak terkira? Oh, kenapa mesti membiarkan hati sering kali terluka. 

Kasihan hati. Tak pernah nak hidup dengan tenang. Selalu tak tenteram. Semua salah aku. Apa orang kata... selalu cari pasal.


Kali ini terluka kenapa?
Oh sebab sang hujan betul-betul dah pergi. Tak kan kembali lagi. Kalau dia kembali lagi pun, pasti aku akan sembunyikan diri bawah tempurung. Macam katak? Ah, kelakarnya! (Sedang hati terus menangis). Sempat lagi berjenaka ya?


Habis nak tunggu sang bintang datang dalam hidupmu? Atau sang bulan? Atau sang matahari? Tak tahu. Masih bersedih sebab kehilangan sang hujan. 

Monday, September 5, 2011

Tangan kanan kakak...

Mak tanya  : "Adik tak mau ka pi rumah kak eda? Tolong mengasuh anak-anak kak eda kat sana."

Diam.

Hati berkata : 'sebenarnya orang balik kampung nak duk kat kampung. Nak rehat. Tolong mak dengan ayah. Tau dah pas ni bila dah konvo, dah dapat kerja mesti susah nak duduk rumah. Ni je la masa yang ada.'

Mulut berkata : "Tak kisah mak!"

Ah, bibir yang berkata langsung tak pernah sama dengan kata hati. Rasa sedih sangat bila buat keputusan yang akan menggembirakan hati orang lain. Pelik.

Masuk bilik. Terus menangis lepas solat zohor. Ah, dari dulu masih suka menangis. Bila nak berhenti jadi budak-budak ni!

Kena kemas barang-barang. Kejap lagi abang leh dengan kak eda dah nak balik Cyberjaya. Kena ikut diorang. Tangan kiri kak eda masih teruk akibat kena cermin.

Lagipun mak, adik tak kan sampai hati nak cakap "tak mau la mak, orang balik kampung nak rehat. Nak manja-manja dengan mak. Nak makan apa yang mak masak. Kalau pi sana nanti semua kerja orang kena buat. Tak boleh nak rehat la...."

Masa nak berangkat, salam dengan mak ayah rasa sayu sangat. Mak, orang tak dapat nak jalankan lagi tanggungjawab sebagai anak untuk jaga mak ayah kat kampung ni. Kenapa setiap kali bila orang nak berjasa dengan mak ayah mesti ada je halangan? Orang teringin nak masak untuk mak. Teman ayah makan malam lepas ayah balik dari surau. Nak picit kaki mak ayah bila sakit.

Cuti raya seminggu ni rasa tak puas sangat berbakti dengan mak ayah. Mak sibuk dengan kenduri kahwin sepupu. Dan lagi kerja rumah banyak kak cik yang buat. Kak Cik kata dia jarang balik, biarlah seminggu dia ada kat rumah ni dia buat semua benda. Lepas ni adik cuti panjang kat kampung buatla... Tapi sekarang dah jadi lain pula. Adik dah kat sini mak!

Sensitif betul. Dah besar panjang macam ni pun nak sedih-sedih ke berpisah dengan mak. Tak malu!

Jadual kat sini :

Lepas subuh, terus siap-siap hantar adik wan, aiman dengan asraf ke sekolah. Nasib baik la cyberjaya ni tak banyak kereta sangat, kalau macam KL maunya hari-hari accident! Dah la nak bawak kereta pun tak cekap lagi. (Tak lulus lagi!)

Lepas tu, siapkan sarapan untuk dua orang lagi anak saudara, mandikan baby, kemas rumah, basuh baju, sidai baju, pi pasar beli ikan sayur. (lulus)

Bancuh susu. (Lulus)

Masak tengah hari. (Lulus sikit-sikit)

Pukul satu, ambil aiman dari sekolah. Adik wan UPSR ada kelas tambahan sampai pukul 4. Kena ambil lagi.
Nasib baik la yang abang dah pandai naik bas balik dari sekolah. (kalau bab drive kereta memang tak lulus)

Malam kena lipat baju yang bertimbun. Tidurkan baby. (Lulus)

Cukup tiga bulan kat sini dah lulus kut kalau betul-betul nak jadi suri rumah!

gaya pun dah macam mak budak je ni!



Friday, September 2, 2011

atas bahu...

besarnya tanggungjawab aku sebenarnya...
aku tak pandai... aku tak reti... nak berdakwah... nak berceramaha bagai...

hakikatnya : mahu menyampaikan 'kebenaran' kepada keluarga sendiri aku rasa lagi sangat susah berbanding menyampaikan kepada mereka yang baru memeluk Islam...

Allah....