"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Thursday, June 30, 2011

Nyanyian Tanjung Sepi

Dan sepi itu terus menghambat aku ke mana-mana sehingga menjadikan aku resah gelisah tiada jalan pulang. Aduhai, masa yang indah itu sudah pergi semuanya... sehingga tidak ada apa-apa lagi yang tersisa untukku di sini. Aku seperti camar yang patah sayap. Aku bagaikan biduk tanpa perhentian. Aku umpama permaisuri tanpa kerajaan. Lalu bagaimana lagi harus aku kutip sisa hari-hari mendatang yang sirna itu, bersendirian? Tanpa dia dan tanpa kamu? Aku betul-betul kesepian. Mana hilangnya semua masa lalu yang indah itu?

Sunday, June 26, 2011

My Luv Father (^_^)

Bila jadi seperti ni..
aku terpaksa fikir berkali-kali dan ubah semua plan yang aku rancang sebelum ini..

aku mahu lari dari kehidupan sekarang..
tapi aku lupa aku masih ada tanggungjawab..
tanggungjawab pada kedua ibu bapa aku..

aku lupa..
sebenarnya aku hidup untuk berbakti dengan kedua ibu bapa aku..

ayah...
get well soon...
adik akan balik jaga ayah..
sampai bila-bila..
sampai ke syurga...
T_T

Saturday, June 25, 2011

aku, dia dan kamu...

antara kita..
ada satu perkara yang tak akan terungkai sampai bila-bila..
dan tak mungkin akan dirungkaikan...

dan antara kita..
ada satu rahsia yang tersimpan jauh di sudut hati ni..
dan rahsia tetap jadi rahsia...

sebab...
andai ia terbongkar, hatimu akan hancur..
diri ni tak tega nak lukakan hatimu...
maaf sebab diri ini bukan kawan yang baik lagi untuk kamu...

semoga kebahagiaan akan mengiringi hidupmu...
kalau ada yang tanya jauh mana sayang saya pada kamu...
jawapannya infiniti...

(^_^)

Thursday, June 23, 2011

cari hidup baru!!!!


Di ketika ini, aku sedang google sebuah universiti yang ternama di Belanda..
Semangat terasa berkobar-kobar untuk menyambung belajar...
Aku mau jejak tanah Belanda dengan gembira...

Apa yang paling membahagiakan aku ialah...
Bila aku baca sendiri pengalaman mereka yang belajar di Amsterdam...
Yup, aku mau sambung di University Of Amsterdam...
Dalam bahagian ekonomi...
satu-satunya bidang yang aku minat sejak dari sekolah...
mana la tau kan impian aku nak jadi 'perancang ekonomi dunia' tercapai.. hak3..
insyaAllah... mudah-mudahan tercapai impian aku...

Mulanya..
aku mahu ke Leiden University
tapi memandangkan university tersebut lebih kepada perubatan & undang-undang.
Aku terpaksa tukar plan B..

Tapi..
tak kisahlah asalkan masih di Belanda..
sebab masih dalam kawasan tulips...
(^_^)

Wednesday, June 22, 2011

kuciwa!!!!!!!!!!!

terasa sepertinya sudah tidak sabar mahu meninggalkan bumi KL
aku dah tak nak masuk kelas... kat UM...
aku dah tak nak tengok kawan2 aku lagi (bukan sbb aku benci diorang!)

tapi...
keadaan dah banyak berubah...

tiap2 hari yang aku lalui di sini...
semuanya seperti dipaksa....
aku terpaksa tersenyum depan kawan2 aku...
aku tak benci kawan2 aku... tapi kadang2 aku rasa mcm aku ni hipokrit sangat...
aku tak suka hidup macam ni...
hidup dalam kepura-puraan..
(peh... aku rasa ayat aku ni dah macam dalam novel pun ada... hak3..)

entahlah...
kali ni aku betul2 kecewa...
kecewa sangat2...
aku tak kecewa pada orang lain...
tapi aku kecewa pada diri aku sendiri...

aku betul2 nak pergi dari sini...
nak mulakan kehidupan baru...
tapi aku tak tau nak pegi mana...
(tapi tak ke bumi Allah ni luas)

aku sedih..
tapi aku tak tau nak luahkan kat sape...
(tapi bukan ke Allah ada)

hidup ni...
susahnya nak describe...

uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!
T_T

semangat sudah terbang dibawa pergi....
padan muka aku!!!!

Saturday, June 18, 2011

akan ke luar negara sekali lagi... ameen...


aku dah cukup puas memikirkan tentang masa depan aku...
mulanya aku fikir akan fikir pasal masa depan aku lepas je aku graduate...

tapi..
bila aku baca 'contengan jalanan'...
aku jadi insaf...

dan sekarang...
aku dah mula fikir tentang masa depan aku...

aku tak rasa yang aku akan kawen awal...
macam yg kawan2 aku tengah planning sekarang ni...
yang pasti, aku tumpang gembira untuk mereka... :)

makanya...
aku membuat keputusan untuk sambung study ke luar negara...

aku tahu...
bila aje aku buat keputusan macam ni, sekali lagi aku akan berdepan dengan cabaran yang maha hebatnya seperti aku di China suatu masa dahulu...

dan aku...
tak pasti sama ada aku bersedia atau tak untuk menghadapi cabaran ni...
tapi aku dah macam nekad!!

aku nak mencari kehidupan baru...
macam Bai kata : kalau ke tempat baru, kita akan mula kehidupan baru, jumpa orang baru... orang tak akan tahu kisah hidup kita sebelum ni... just tahu nama dan asal kita...

atau sebenarnya aku sedang melarikan diri...
kecewa sangat ke aku ni???

sebenarnya aku dah mula mencari maklumat untuk tujuan aku yang satu ni...
alhamdulillah, aku ada ada jumpa sedikit maklumat yang aku kira sangat mendebarkan aku...
takut kot... kali ni aku sorang2 plak tu...
tak sama macam ke china dulu...

dan sekarang aku sudah mula menulis...
sebab utama : aku nak cari duit... aku tau aku ada bakat... (ceh, perasan lagi!)
sebenarnya aku mula menulis masa aku tingkatan 3 lagi, semua kawan2 rapat kata aku ada bakat tersendiri...
so, tak timbul la kes aku perasan sangat ye... hak3...
mana tau, dengan hasil aku ni aku akan dapat menampung perbelanjaan aku di sana...
yang pasti, aku tak akan mengharap pada mak ayah aku lagi..

dan aku akan ingat kata-kata Bai...
walau di mana jua aku berada, ingat Allah sentiasa ada!!!
(entah kenapa aku rasa semangat sangat bila dengar kata-kata Bai)

dan sebenarnya...
aku sangat serius!!!!

Allah...
tolong permudahkan urusan aku kali ni....
ameen...


Shanghai Pudong International Airport

10

Akhirnya aku sudah tiba di China. Pertama kali menjejakkan kaki ke luar negara. Kalau ada yang bertanya tentang perasaan aku ketika ini, haruslah aku menjawab aku sangat teruja. Teruja dengan keadaan yang begitu asing dalam hidup aku. Semua wajah yang aku lihat di Shanghai Pudong International Airport begitu asing bagi aku. Enam jam berada dalam kapal terbang sangat meletihkan. Ya, walau bukan aku yang drive kapal terbang tersebut, harus aku penat kalau duduk je sepanjang perjalanan! Sakit pinggang aku!

Tidur? Sungguhlah bukan jenis aku untuk tidur dalam apa-apa jenis kenderaan. Sepanjang perjalanan tadi, aku hanya mengadap diari yang sentiasa aku bawa ke mana-mana jua. Itu pesan lecturer aku, Dr Azzah. Kata dia, pengalaman macam ni bukan selalu dapat. So, apa salahnya kalau aku mencatatkan segala bagai aktiviti yang bakal aku harungi di bumi yang sangat asing ini. Dan sepanjang perjalanan tadi, semua majalah yang disediakan dalam kapal terbang tersebut aku baca. Bukanlah aku nak cakap aku pandai sangat baca bahasa Cina. Haruslah masa masuk kelas belajar bahasa mandarin, aku hanya belajar Pin Yin. Tapi oleh sebab aku terlalu bosan tahap tak tau apa dah nak buat, habis semua majalah tersebut aku baca. Bukan baca kut, tapi tengok! Itu lebih sesuai. Kawan-kawan aku yang lagi enam orang tu aku tengok semuanya dengan aktiviti masing-masing. Tati aku tengok khusyuk dengan Lasykar Pelangi dia. Deeya hanyut dengan lagu-lagu nasyid dia. Eja melayan perasaan. Rifa, Sham dengan Din dah tertidur. Nyenyak atau tak, aku sendiri tak pasti. Itu masa dalam kapal terbang.

Sampai je kat Shanghai Airport, semua macam terkena kejutan elektrik. Mahunya tak, turun je dari kapal terbang, terus diserbu angin sejuk Shanghai. Menggeletar jugak la sorang-sorang. Dr Rosey Ma dari awal-awal lagi dah pesan kami pakai baju sejuk yang tebal-tebal. Katanya cuaca kat luar sana sangat sejuk. Memang betul pun sejuk sangat ni. Eja yang memang jenis tak tahan sejuk, aku tengok dah biru muka dia tahan sejuk. Aku setakat ni masih normal lagi. Masih boleh bertahan.

“Korang, jom bergambar kat luar! Tak kan nak duduk je dalam airport ni.” Rifa yang pegang Nikon dia dah mula ajak kami jadi model kat luar airport. Mata semua pandang Rifa.

“Aku tak nak. Sejuk la korang kat luar tu. Kalau korang nak pergi, pergi la. Aku jaga beg dengan barang-barang korang kat sini!” Sham jawab.

“Aku pun nak tunggu sini! Sejuk!” Din pun nak ikut Sham.

“Ala korang ni tak sporting la. Kalau setakat datang jauh-jauh dari Malaysia nak duduk je macam ni sebab takut sejuk, baik tak yah datang.” Rifa dah mula merajuk. Aku sengih je! Tati, Eja dengan Deeya dah mula pakai baju sejuk dengan glove masing-masing. Malas nak bertekak. Baik ikut je, kan senang! Bukannya Rifa nak ajak terjun bangunan, bergambar je kot. Habis sengih untuk dua tiga keping snap, masuk la semula. Susah apa!

Dr Rosey Ma yang dari tadi khusyuk dengan laptopnya tadi buat tawaran nak jaga semua barang-barang kami sementara kami nak bergambar kat luar. Makanya, Sham dengan Din dah tak ada alasan untuk tak mahu ikut kami. Rifa dah senyum menang sebab berjaya pujuk budak dua orang tu. “Kita transit 5 jam kat Shanghai, apa salahnya kita bergambar dulu kan? Bukan senang nak sampai ke sini tau!” Rifa masih lagi dalam ayat memujuk.

“Ye la, ni mesti nak suruh aku jadi cameraman kan?” Semua gelak bila Din jawab dengan nada gurau. Memang dari KLIA lagi Din yang jadi mangsa untuk jadi jurukamera kami yang berjaya. Entah dah berapa ratus keping gambar pun aku tak pasti yang dah bersemadi dalam Nikon Rifa. Itu baru sampai Shanghai. Agaknya bila dah sampai Lanzhou, tempat yang bakal kami praktikal nanti entah berapa folder gambar la agaknya akan bersemadi dalam laptop aku.

Habis bergambar, semua duduk berteleku atas kerusi memikirkan nasib masing-masing di bumi Lanzhou nanti. Sungguhlah aku tak sabar nak sampai ke Lanzhou. Katanya Lanzhou tu tempat yang agak pedalaman. Lagi beberapa jam aku akan menjejakkan kaki di Lanzhou. Kali ini penerbangan kami dari Shanghai ke Lanzhou hanya ambil masa dua jam sahaja. Aku pasti akan menempuh seribu satu cabaran yang tak akan aku dapat di Malaysia. Hm, tak payah tunggu sampai Lanzhou pun aku dah dapat macam-macam cabaran kat Shanghai ni. Antaranya ialah tandas. Masa mula-mula sampai tadi, Dr Rosey ajak aku ke tandas. Dan kebetulan memang aku nak ke tandas. Enam jam dalam kapal terbang tadi, entah macam mana rupa aku, aku pun tak tau. Sekurang-kurangnya dapat buang air dan basuh muka pun kira okey la kan.

Masuk tandas aku terkesima seketika. Aku lupa yang aku bukan di Malaysia. Aku tengok Dr Rosey basahkan tisu. Dr Rosey senyum pandang aku. “Di China, kita tak akan jumpa toilet yang akan ada paip air di dalam tandasnya.” Hah??? Tapi sebenarnya aku tak adalah terkejut sangat. Sebab sebelum aku sampai ke China, aku dah google segala bagai keadaan di sini. Harus ada persediaan ye kawan-kawan untuk ke negara yang asing dalam hidup kita. Persediaan mental dan fizikal!

Aku pun basahkan tisu jugak macam Dr Rosey buat. Ada juga mata-mata yang pelik tengok kelakuan aku ni. Tapi aku buat tak peduli je. Dalam hati, lepas ni harus ada botol dalam handbag aku selama tiga bulan aku di China. Mencari inisiatif untuk setiap masalah yang wujud. Memang la ini pengalaman kali pertama! Dan nasib baik jugak la masa ni aku tak sakit perut ke apa. Mungkin aku terlalu berdebar untuk menjejakkan kaki ke China sampai selera makan terus hilang entah ke mana.

Kembali membuka diari. Pena di tangan mula laju menulis bait-bait kata.

Pudong Shanghai Airport : 8.30 a.m.

Hari ini untuk pertama kalinya aku berada di luar Negara, China. Malam tadi, kawan-kawan, adik-adik junior dan family hantar kami bertujuh di KLIA. Bermacam-macam perasaan ada dalam diri aku : terharu, sedih, berdebar, takut dan macam-macam lagi.

Terharu : sebab terlalu ramai yang hantar kami di airport. Bak kata Sham, macam nak tengok konsert! Siap dengan banner tu yang tak tahan.

Sedih : sebab nak tinggalkan mak dan ayah. Pertama kali berpisah jauh-jauh dari family.

Takut dan berdebar : untuk hadapi hidup baru di perantauan orang.

Suhu sekarang 3.3 darjah celcius. Sejuk kot!

Next station : Lanzhou. I’m coming!!!!





Friday, June 17, 2011

Betul la tu!!!


Betul la...
aku terasa nak pergi jauh dari sini...
aku terasa macam dah tak sanggup nak hidup di sini lagi...
(dan betul la aku tengah buat drama kat dalam blog aku... hua3..)

tapi ada banyak sebab yang menghalang...
penghalang pertama adalah mak ayah aku kat rumah...
diorang kalau boleh nak aku dekat2 je dengan diorang...
ak pernah cakap : "mak, habis study nanti... orang nak cari kerja kat sabah @ sarawak... sila izinkan!!!"
mak balas : "amboi, nak cari pasal buat la..."

okey...
kalau tanya tentang plan aku pasal masa depan aku..
sungguh la aku tak tau...

tapi sebenarnya aku teringin sangat nak sambung study ke luar negara....
Holland... mungkin... hik3...

nak jadi petani moden???
konpem2 kena tentang habis2 oleh mak aku...
kata Tati : cari profesion lain la...
hmmm...

lagi perasaan aku ketika ini...
aku sangat tak sabar nak habis short sem & konvo cepat2...
tak pernah aku rasa macam tak sabar nak berpisah cepat2 dengan kawan2 aku...
ini kali pertama!!!
(sorry my classmate yg terbaca entri aku kali ni)

dan betul la...
aku rasa something yg kosong dalam hidup aku la...

dan betul la...
aku rasa kena buat kerja gila tahap giga macam Fend & Chad
(mungkin aku boleh ajak Tati... sbb dia sama gila mcm aku!!!)
hak3...

............................


Thursday, June 16, 2011

haila..........

sebenarnya sangat susah bila nak lupa sesuatu benda @ perkara yg pernah terjadi dalam hidup kita...
terutama benda yg agak kurang best yer....

sebab2 yg makin memperkukuhkan ingatan pada benda2 tersebut ialah :
bila ramai sangat yg tanya adakah betul pada cerita2 tersebut....
aku agak tension yer!!!
sebenarnya aku tak peduli apa benda nak jadi...
nak nikah ke... nak kawen ke.. nak honeymoon ke...
nape la hai semua org rujuk aku...

lagi satu...
bila kita sendiri terpaksa berdepan kembali...
sungguh la aku terasa mcm nak hilang ingatan...
penat kot ...

dan lagi...
bila sepatutnya sesuatu yg menjadi normal tapi langsung menjadi makin complicated...
aku rasa aku sendiri tak dapat nak jaga hati aku sendiri...
makin parah la kot...

dan lagi... lagi...
bila aku masih ambik peduli....
hai aku... cukup2 la...

Wednesday, June 15, 2011

perjalanan aku mencari Tuhan...


bila aku mula buka hlovate nyer buku...
aku mesti menghadap lap top sebab senang aku nak google segala bagai yg aku kurang arif...

dan juga...
kamus mesti ada sebelah aku...
sebab apa??? sebab bi aku tak tinggi macam dia...

entah kenapa...
aku tersangat kagum pada beliau...
bagi aku, semua benda dia tahu... tentang muzik, tentang lukisan, seni, cinta, kehidupan... everything...

kata-kata dia...
buatkan aku terpegun...
aku suka berkongsi semua kata-katanya di fb...

dan dia...
walaupun aku tak kenal dia, tak pernah jumpa dia...
dan hanya ku kenal melalui bait-bait katanya di dalam novel...
tapi aku terasa sangat dekat dengan dia bila aku buka buku dia..

sebab dialah...
aku banyak berubah...

~berubah untuk mencari erti kehidupan sebenar~




Friday, June 3, 2011

calon suamiku... (^_^)


alhamdulillah.. aku dah buat pilihan yang terbaik dalam hidup aku...
so... tumpukan perhatian untuk projek kali ini...

tentang aku (untuk yg terbaru ini)
masih suka tengok citer korea (dan menangis teresak2)
dan aku masih suka baca novel
baru habiskan baca 'surat ungu untuk nuha'

yg bagusnya tentang aku ni.. (eceh, mula la tu nak puji diri sendiri)
aku selalu ambik pengajaran dari setiap apa yang aku baca....
alhamdulillah, sekurang2nya bacaan aku tak sia2..

yang pertamanya...
selepas ini...
aku akan lebih berhati2 untuk memberi sekeping hati aku pada seseorang....
(yang ini aku perlu bertegas!!!)
biar aku lambat bertemu pasangan hidup aku pun tak pe, yg penting aku betul2 yakin dia memang ditakdirkan utk aku....

yg keduanya...
aku akan mula menjaga diri aku...
aku akan menjaga batas pergaulan aku dengan insan yg bukan muhrim aku...

yang ketiganya...
aku mahu suami aku nanti seorang yg zuhud... (yang ni sebab aku baca citer 'jaja & din')
aku tak peduli pada harta kekayaan, hensem apa bagai...
kalau dia buta sekalipun aku tak kisah, asal boleh membimbing aku ke jalan yg diredhai-Nya (itu yg aku cari)

yang keempatnya...
aku memang nak jadi petani moden (walaupun yg ni mak aku tentang habis-habisan)...
tapi aku lagi suka pada sawah padi yang menghijau... atau apa yg berkaitan dengan tanaman yg menghijau...
sungguh la aku tak pernah ada feel belajar course yg aku belajar ni...
tapi tak ada la aku menyesal... aku bersyukur dengan apa yang aku dapat...
cuma hati aku lebih berat pada 'petani'... (pelik kan aku?)

p/s : to suamiku (( mana la kamu ni tak muncul2 dalam hidup saya... sampai saya jumpa dengan org yg salah... maafkan saya... huk3... tapi tak pe la, tak muncul sekarang pun tak apa... sbb saya nak fokus pada impian saya dulu... hehehe...saya nak jadi macam Nuha dalam kisah 'surat ungu untuk Nuha'... *gatal*))