"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Saturday, October 23, 2010

Api Itu Syaitan!!!

Petang itu... Di kampung (Rompin, Pahang), di halaman rumah, atas buaian....

"Mak Su!!!! Syaitan!!! Syaitan!!!"
Anak buah aku menjerit dari jauh sambil berlari ke arah aku. Sungguh la aku terkejut. Dah la masa tu tengah atas buaian. Nasib baik tak tergolek kat tanah....

Balqis... Si kecil umur 5 tahun datang menghampiri aku.
"Mana Syaitan?" Tanya aku pelik.
"Ni... cuba mak su tengok."
Aku pandang handphone aku yang ada dalam tangan dia. Bila masa pulak budak kecik ni ambik fon aku???

Sekilas aku pandang gambar yang wujud dalam fon aku. Mesti baru pas jadi jurukamera tak bertauliah ni. Handfon aku jadi mangsa!!!

Aku tengok ada gambar api. Aku kira tu gambar sampah yang dibakar mak aku petang tu.

"Gambar api." Jawab aku ringkas.
"Ye la, api tu kan syaitan!!!" Tanpa bersalah dia balas kata2 aku.
Hahahahahahahaha.... memang la aku gelak nak mati....

"Sape ajar Balqis ni?" Tanya aku.
"Cikgu la."
Aku pasti Cikgu dia tak bersalah. Tapi mungkin dia yang tak berapa nak faham apa yang cikgu dia ajar kat sekolah ni. Ye la, budak 5 tahun, apa sangat la yang dia faham kat sekolah tu... hee... atau mungkin cara penyampaian cikgu dia yang tak bape nak betul ni!!!

"Sayang... syaitan tu dibuat dari api... tapi tak bermaksud api tu syaitan..."
Dia diam... Mungkin otak dia sedang mentafsir kata2 aku.
"Macam manusia la. Manusia dibuat dari tanah... tapi tak bermaksud tanah tu manusia. Faham?" Aku sambung penerangan aku.

"Tak faham." Balas dia ringkas. nak je aku ketuk kepala dia. Punya la senang huraian aku.. (kesimpulannya, aku fail jadi cikgu tadika... tak sabar la aku nak layan budak2 byk tanya sangat wei!!!!)

"Balqis bukan tanah. Balqis keluar dari perut ibu!" Balas dia tanpa bersalah. Sekali lagi.

Ibu dia yang masa tu tengah cabut rumput hanya mampu sengih je duk tengok aku layan anak dia....

"Mamang la... tapi....."
aku diam, kalau aku cakap bab agama ngn sains segala bagai lagi la dia tak faham...
baik aku lupakan je niat aku nak bg penerangan percuma kat dia. esok2 bila dia dah besar, faham la tu..... hati kecilku berkata... hehe... (sbnrnya malas nak layan sangat budak kecik yg sorang ni... panjang lebar kang soalan dia)

"Balqis, kan ibu dah cakap... Balqis bukan keluar dari perut ibu." Ibu dia mula menyampuk, merangkap akak ipar aku...

"Habis tu?" Tanya dia sedih.

"Balqis keluar dari perut mak Balqis. Ibu ambik Balqis kat mak Balqis."

Dia diam. Mungkin sedang berfikir.

"kenapa mak Balqis bagi Balqis kat ibu? Dia tak sayangkan Balqis ke?"

Serious. Aku dengan akak ipar aku dua2 diam kaku , tak dapat nak jawab soalan dia.
Alahai... kesiannya anak sedara aku yang sorang ni.

"Yang penting ibu sayangkan Balqis!" jawab ibunya.
aku tengok wajah dia macam dah nak nangis. ye la, budak kecik pun ada perasaan. walaupun kat umah dia lah rakan gaduh aku yang paling hebat, tapi aku tetap sayangkan dia.... huhu... *sedih*

aku terfikir bila dia dah besar nanti, lagi susah akak ipar aku nak jawab soalan dari dia...

Balqis sayang...
Moga Allah beri kamu kekuatan dan kecekalan untuk menghadapi kebenaran tersebut suatu hari nanti...
Betapa dunia ini penuh dengan pelbagai kebenaran yang sukar diterima akal dan hati...


Em...
satu benda je aku nak cakap....
Anak tu AMANAH dari Allah!!!!
(faham2 la sendiri)




2 comments:

  1. eh? ibu kandung dia kat ne?

    ReplyDelete
  2. entah la... tak tau la...
    dulu masa ambik dia kat KL...
    sekarang dah hilang mana entah ibu kandung dia... huhu... menghilang tanpa khabar berita....

    ReplyDelete