"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Friday, December 31, 2010

saya nak hidup zuhud .... insyaAllah...

tahun baru menjelma.... so, makanya i hanya perlu renew azam ... tapi nak tambah satu lagi azam baru yakni mau hidup secara zuhud.... anda tahu apa itu zuhud???

"soleh hidupnya dan tidak dikuasai oleh kemewahan dan keseronokan dunia; perbanyaklah mengingati mati kerana itu akan mengurangkan seseorang drpd melakukan dosa dan menjadikannya ~ dlm urusan dunia; menzuhudkan menjadikan seseorang zuhud: mereka hanya mahu ~ diri kpd Allah; kezuhudan sifat zuhud: cinta kpd IIahi terbit drpd ~ jiwanya." ~ ini diambil dari kamus dewan online yer.... hehe....

macam mana boleh timbulnya isu zuhud ni wahai saya???
sebabnya i baru je pas baca novel jaja & din, karya noor suraya.. wah, begitu berpengaruh ye novel tersebut pada i.... (mesti laaaa..... tak guna apa yang kita baca , kita tak cuba hayati, amalkan).... betul kann....

ehem, setakat ni banyak buku2 (terutama novel) yg i baca boleh ubah hidup i tau... contohnya 'versus' by hlovate.... kalau dulu i pakai tudung pendek, sekarang dah labuh sikit (eceh, bangga lak sikit2)... dan i pon dah haramkan diri i ke pawagam.... bukan i nak tunjuk yg i ni baik occay.... i tak pernah halang pon org lain nak masuk ke pawagam ke, nak bertudung pendek ke... itu hak masing2.... yg penting, i nak diri i yang berubah.... occay.... i berubah sebab DIA, bukan sebab sape2... bukan sbb mak suruh, bukan nak tunjuk i ni alim atau sbgnye occay.... huhu....

owh ada stu kata2 dalam novel ni yg wat i sentap sangat2....
dan berapa ramai gadis di luar sana yang mengaku single & tak pernah berdating - tapi hakikatnya bergaul secara bebas di fb, ym, friendster & sebagainya.... ni bukan ayat original cuma ayatnya lebih kurang mcm ni la... sedih tau i baca ayat ni... bukan i nak salahkan penulis yg tulis novel ni, tapi i sedih la sbb kata2 ni mcm kena kat batang hidung sendiri je!!!! ini hakikatnya... tambah2 bila berborak dengan kawan2 kelas... km ni dah mcm adik beradik, tapi ntah laaaa.... susah la i nak berubah kalau yg ni.... tapi boleh kot sikit2.... ngeeee....

berbalik pada hidup zuhud tu... i tertarik pd watak Din yang memang sangat zuhud hidupnya... makan nasi dengan ikan bilis goreng je tau... tidur atas lembek.. tak ada kereta (ke mana2 naik bas je tau!!!)... i sanggup je kalau ada suami spt ini.... (wah, nekadnya i kan???) tapi........... jgn suruh i kayuh basikal sampai ke pahang sudah la.... (eh, ada tau org zuhud mcm ni, sepupu pd nani @ sinichi kudo, nama dlm fb)... kalau yg tu memang la i tak sanggup.... i angkat bendera surrender awal2 la yer... emmmm...

kalau macam tu.... maknanya tahun depan.... antara perkara yg perlu i kurangkan ialah :
1) shopping melampaui had... kalau nak beli pon sekadar utk keperluan, bkn tujuan utk bermewah tau!!!! kalau buku mcm mana??? (owh, kalau buku, i tak boleh hidup secara zuhud.. sbb i ni pencinta buku... i suka membaca)....

2) kena makan sampai habis.... (owch, yg ni kena kuatkan semangat yer!!!!)... baik laaaaaaa.....

sebenarnya kan....
sangat susah tau nak hidup zuhud ni.... tambah2 di zaman moden ni... tapi tak salah kan kalau i mencuba... bukan la secara drastik, tapi secara berperingkat.....

semoga Allah memberkati... insyaAllah.... ^_^

Thursday, December 30, 2010

'Addin Shah' Vs 'Cik Tulip'

ketika i sedang menaip post kali ni, i sedang berada di penang yer.... i dipaksa ke sini... kakak i yg paksa (tapi tak pe sbb beliau yg byr tiket pergi & balik utk i)...

post kali ni tentang watak i di 2 fb yg berbeza....
sebenarnya i tak rasa i berhipokrit pon bila i ada dua fb yg berlainan nama... bukan apa i ni jenis yg agak gila-gila sikit org nye (tapi ini x bermakna i gila occay!!!!).. i masih waras... cumenye kalau kat fb addin shah i malu la nak post pelik2... spt mana yg anda semua tahu, addin tu sendiri brmaksud agama ... ya, agama yg benar... so, i kena la jaga nama baik tersebut... i nak jadikan fb addin shah sbg tempat utk i berdakwah (wah, dah ala2 ustazah gitu!!!!)... tapi, okey pe kan??? i ramai frenz kat situ... dan yg penting ramai dlm kalangan fan hlovate.... dan yg paling penting kat addin shah tu pun tetap diri i tau... so, i tak pernah berhipokrit occay.... hee... (ada sape2 kesah ke???)... em, terpulang pd msg2....

oh, lagi satu sbb i hormatkan Hlovate (sape2 x kenal hlovate, google la sndiri! i malas nak explain)... dan nama addin shah tu sndiri i amik dr novel beliau (walaupun nama addin tu i akan bg utk nama anak i, tapi i tatau bila i akan ada anak... & yg penting i single, x kawen2 lagi... heh3...) so, i ni kena jd mcm hlovate sikit2 la... (maksudnya i kena berdakwah mcm beliau!)... i sangat hormatkan hlovate tau!!! i ni memang betul2 fan dia tau.... (sila percaya dgn yakinnya!)

kalau kat cik tulip tu ni, i rasa memang perangai i sengal ya Rabbi... tatau la, tambah2 bila datangnya penyakit meroyan i ... hehe.... dan utk fb cik tulip pon, hanya frenz tertentu je yg i add... (kiranya sape2 yg teradd tu memang dlm kalangan yg special la... cis, perasannya i.. mcm la i ni femes sangat.... kannnnnnnnnnn)... tapi betul la, i segan la nak wat perangai pelik2 kan addin shah.. lagipon ramai bdk ai (akademi islam) ... nanti apa plak tanggapan diorg kan... malu la i sebagai seorg gadis yg sopan santun (perasan lagi!!!)... eh, i pon pompuan tau, mestila ada perasaan pemalu tu.... betul kannnnnnnnn.....

motip di sini....
ehem3.... di samping kita meroyan di fb tu, tak salah kalau kiter berdakwah kan... banyak pahala, banyak ganjarannya.... dan yg penting niat mesti la ikhlas.... kerana Allah Taala... betul la kan.....??? sekali-sekala post la hadis ke ayat2 al-Quran ke... insyaAllah kalau i online, i akan 'like' dgn senang hatinya.... ( i rasa fb i byk yg ngarut2... tu yg kalau bleh nak berubah,,, huk3... sedih tau... )

sape kata fb ni hanya utk dijadikan diary rutin harian je, sampai nak makan apa, pakai baju apa.. semua nak post kat fb... tu belum yg masuk soal cintaaaaaaaaaaaaa lagi... haisy... hehe.... tapi i tak nak komen pasal ni, fb anda terpulang pd anda... kalau i suka, i like... kalau x berkenan, i abaikan je.... heee..... ^_^

okey la... sampai di sini saja... i undur diri dulu yer... (oh, lagi satu i rasa blog i pas ni pon i kena gunakan utk berdakwah jugak la)... di samping ngarut2 kan, i kena la post sesuatu yg bermanfaat... nanti kalau Allah tanya kat sana, i jugak yg susah... kan.....

mcm mana boleh timbul isu nak berdakwah ni wahai saya???
sebenarnya i baru baca novel jaja & din.... sentap hati i tau!!!! ni karya kak noor suraya.. sape2 yg rasa nak berdakwah @ berubah bleh baca novel tersebut...

occaylah, bye2.... ^_^

Sunday, December 26, 2010

Ku ingin cinta seperti Zulaikha pada Yusufnya... (^_^)

i sangat la bosan di ketika ini yer.... cik tati plak duk tengok 'the lord of the rings' sorg2.... dah la tengok sorg2, pas2 gelak2 seronok plak... makanya i sorg2 je la kebosanan tahap apa x tau la nak kata.... sedih tau!!!!

okey la, post kali ni i tak nak citer pasal kawen, jodoh, teman istimewa @ apa2 yg berkaitan la.... i rasa mcm apa je bila ari2 post seperti itu... kali ni i nak post sesuatu yg Ilmiah sikit... iaitu tentang kisah Nabi Yusuf & Zulaikha.....

em... i suka sangat kisah nabi Yusuf... semalam i baca tafsir surah Yusuf..... (wah, rajinnye i kan)... alaaa... ada masa lapang kena la jugak isi dengan sesuatu yg bermanfaat.... i nak tambah banyak info dlm otak i ni... lagipun i agak terasa jugak la bila ayah & mak i duk perli2 i bila baca novel... dia kata kalau baca tafsir al-Quran kan banyak manfaat... so, i kan anak yg baik kena la dengar nasihat my parent kan??? eceh... kdg2 i ni sangat la perasan yer......

occay... jom kiter citer kisah mereka yg sgt i kagum tu...

Dimulakan dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha penyayang....

Dahulu hidupnya di dalam kemuliaan dan kemewahan. Dia seorang perempuan yang mempunyai rupa paras yang cantik dan juga menawan.

Siti Zulaikha…

Pada asalnya adalah dia merupakan isteri kepada Al Aziz, seorang pembesar Mesir. Namun setelah ketiadaan suaminya, ia menjadi jatuh miskin dan wajahnya menjadi kelihatan tua. Meskipun begitu, kecintaannya kepada Nabi Yusuf A.S tetap sama. Tidak berubah malah hari demi hari, zulaikha semakin merindui dan mencintai Nabi Yusuf A.S.

Hari-harinya berlalu dengan kekecewaan. Zulaikha yang sebelum ini seorang penyembah berhala. Dia pernah menghempas berhala – berhala tersebut sehingga pecah berderai. Sehinggalah pada suatu masa, Zulaikha beriman kepada Allah SWT.

Pada suatu malam, Zulaikha bermunajat kepada Allah SWT,

“Ya Allah, tidak sedikit pun harta dan kekayaanku tinggal, semuanya telah musnah, dan aku telah menjadiorang yang tua, terhina dan miskin. Lalu Engkau uji pula dengan rasa cinta terhadap Yusuf. Maka pertemukanlah aku dengannya atau Engkau hilangkanlah rasa cinta terhadapnya daripada qalbuku.”

Para malaikat mendengar munajat Siti Zulaikha tersebut lalu berkata :
” Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Zulaikha telah datang ke HadhratMu, memohon kepadaMu dengan iman dan ikhlas.”

Maka Allah berfirman :
” Wahai para malaikat Ku, telah dekat waktu keuntungan dan kebebasannya.”

Siti Zulaikha Menemui Rombongan Yusuf As.

Pada suatu hari, Nabi Yusuf A.S berjalan melewati pondok Siti Zulaikha bersama dengan rombongan tenteranya. Maka keluarlah Ziti Zulaikha dari dalam pondoknya, dan pergi menemui rombongan Nabi Yusuf A.s lalu berkata,
” Maha Suci Zat yang telah menjadikan dengan RahmatNya seorang budak menjadi raja”

Kemudian Yusuf A.s bertanya :
“Siapakah engkau?

Zulaikha menjawab :
“Aku adalah orang yang telah membelimu dengan permata, intan, berlian, emas, dan minyak yang paling wangi. Akulah orang yang tidak pernah kenyang apabila makan semenjak aku menyintaimu, dan mataku tidak dapat dipejamkan semenjak memandangmu.

Lalu Nabi Yusuf A.s berkata :
“Mungkin engkau adalah Zulaikha!”

Jawab Zulaikha,
“Benar Ya Yusuf”

Yusuf bertanya lagi,
“Kemanakah harta, kecantikan dan segala kemewahanmu yang dahulu?”

Zulaikha menjawab,
“Semuanya telah lenyap lantaran cintaku kepadamu,

Yusuf bertanya,
“Bagaimana dengan keadaan cintamu itu?

Zulaikha berkata,
“Cintaku tetap tidak berubah, malah setiap saat semakin menyintaimu

Kemudian Yusuf as berkata kepada Zulaikha,
“Apakah yang engkau inginkan lagi wahai Zulaikha?”

Zulaikha menjawab,
“Aku mengingini tiga (3) perkara iaitu kecantikan, harta dan perkahwinan.”

Lalu Yusuf as berlalu pergi untuk meninggalkan Zulaikha.

Allah SWT Menikahkan Nabi Yusuf as dengan Zulaikha

Allah SWT telah mewahyukan Yusuf as ketika baginda berlalu pergi meninggalkan Zulaikha.

“Wahai Yusuf, engkau telah berkata kepada Zulaikha apa yang engkau inginkan. Akan tetapi engkau tidak memberikan jawapan diatas keinginannya itu. Ketahuilah olehmu, bahawasanya Allah telah mengahwinkanmu dengan Zulaikha, Dia telah mengucapkan khutbahnya sendiri, disaksikan oleh para malaikat dan bidadari – bidadari yang pun telah menabur bunga – bunga.

Nabi Yusuf as berkata kepada Jibril as,
“Wahai Jibril, sesungguhnya Zulaikha tidak lagi memeliki harta dan kecantikan.

Jibral As lantas menjawab,
“Allah berfirman, walaupun Zulaikha tidak memeliki kecantikannya lagi, namun sesungguhnya Aku mempunyai kekuasaaan dan kebesaran.”

Kemudian Allah Swt memberikan kepada Zulaikha rupa paras yang muda dan sangat cantik, melebihi daripada kecantikan yang pernah dimilikinya dahulu. Lalu Allah SWT menanamkan ke dalam hati Yusuf rasa cinta dan kasih sayang. Sebelumnya Yusuf sebagai orang yang dicintai, namun sekarang Yusuf menjadi seorang pencinta. Sedangkan pada suatu ketika dahulu Zulaikha menjadi seorang pencinta, kini dia menjadi orang yang dicintai.

Pedoman

  • Allah lah yang menanam rasa cinta ke dalam hati manusia
  • Kecantikan, ketampanan, kekayaan dan segala macam bentuk kenikmatan adalah milik Allah dan Allah-lah yang berhak memberi dan menarik kembali apabila tiba masanya.
  • Ketika di dalam kekecewaan dan kebahagiaan, kita hendaklah menyerahkan segala – galanya kepada Allah Swt.

Friday, December 24, 2010

aku si gadis sunti... (^_^)


untuk blog2 yg akan datang, aku akan membahasakan diri sebagai 'i' yer... (nak gedik kat blog sendiri yer!) hak3....

post kali ini mengisahkan i sebagai gadis sunti yg sudah meningkat remaja (ops silap dewasa!). Kalau org2 tua dulu kata, bunga yang sedang kembang mekar di taman, menanti untuk dipetik sang teruna... (wah, bahasa i semakin improve yer!) . Tahniah pada i....

seminggu di rumah, inilah kejadian yang terjadi yer....
Hari pertama :
"Mak, esok kawan kawen kat keratong. Orang pegi tau!"
"Isyh, hang ni asyik duk pi kenduri org ja. Nanti hang kawen tak ada sape nak datang!" Balas mak dengan nada seperti apa2 sahaja... (kalau kat umah, i lebih suka speaking pahang dari kedah... kdg2 bhs kedah mak i sangat sukar difahami)
"Tak nak datang sudah, org pi kenduri diorang ikhlas tau. tak harapkan balasan pon. lagipon kan mak org nak kawen pon tak tau tahun bila. apatah lagi nak fikir sapa yg nak mai masa org kawen nanti," balas i dgn hujah2 yg boleh mendiamkan mak.
"Suka hati hang la."

Hari kedua:
"Pi kenduri dengan sapa?" Tanya mak keesokan paginya. Ketika itu i sedang pakai tudung & bersolek dgn ayunya di depan cermin. (Hah, perasan!)
"Kawan yang kat selendang. Naik keta dia," Balas i selamba.
"Kawan laki ke pompuan?"
aik, tapi i tau pertanyaan mak ni ada unsur2 untuk mengorek rahsia hati i.
"pondan!" hak3... i gelak je tengok mak tarik muka.
"pompuan la mak." jawab i kemudiannya.

Hari ketiga :
"Aiman, mak su amik baby yer. Aiman kan dah ada Ain. Mak su ni sebatang kara je. anak pon tak de. sunyi la." Niat di hati nak usik anak sedara i. konon2 nak amik adik dia, si Dania.
"Mak su bersalin la sendiri!" Hah, tu dia............ jawapan anak buah i... mau je i sekeh2 kepala beliau, nasib baek la abah & mak dia ada depan. Kalau tak memang lunyai dah budak ni i kerjakan.
"Kawen la cepat2 nak ada anak sendiri." Balas akak i pula.
"Ye la." Malas nak layan sebenarnya.
"Ala, mak su tu sampai bila2 tak kawen. Entah2 asraf yg kawen dulu. Sibuk nak belajar je." Si Asraf yg sulung plak sambung.
"Amboi3, result PMR ari khamis ni baru nak kuar dah gatai no....." Geram je i. Pesal semua org kejam sangat berkata2 sedemikian. Tidakkah mereka tahu, bahawa i sangat terluka. (poyo gila ye ayat saya!)

moralnya di sini, memang la i rasa sangat gedik bila membahasakan diri 'i'... tapi suka hati i la... ini blog i.... (tak menyusahkan anda semua pon kan)

Dan lagi....
berdasarkan kepada huraian2 di atas, sudah sampai masanya utk i berumah tangga. Menjadi isteri yg solehah & ibu yg mithali.......... ngeeeeee......... tidak!!!!!!!!!!!!!!! (yang ni i tipu je yer, sila jgn percaya)....

oh ada lagi....
tadi kawan i, cik tati tanya....
"Kau target nak kawen umur bape?"
maka dgn yakinnya aku jawab....
"25"
Dalam hati i berkata,,, ada 2 tahun lagi nak enjoy!!!!

Wednesday, December 15, 2010

bila tulip layu................

arini aku mau tulis lagi...... sebab.................
aku tak ada sape2 nak bgtau aktiviti harian aku.............
aku tak de 'special person' yg ari2 aku perlu report segala bagai aktiviti aku....
dan tak mungkin akan ada............

dan aku tak pernah ada diary dalam hidup aku.....
sebab tu aku sangat sayang pada blog ini.... (walau ia kaku, tapi aku suka bercerita pada dia)

aku tak suke bercerita pada mak.......
kecuali kalau kena paksa................ (walau aku anak bongsu, tapi aku tak manja... cuma aku lebih disayangi ayah).................

aku sunyi sebenarnye.......
pagi2 bila aku bangun, aku rasa sangat sunyi... aku rasa sangat kosong.... dan aku...........
akan capai mp3 yg selalu menemani aku siang malam tanpa jemu...............
aku rasa dengan tu je aku boleh hilangkan kesunyian aku...........

tapi....................
aku sangat suka bersendirian & kesunyian...........

sebab..............
tak ada org kacau aku (terutama bila aku membaca).....
dan tak akan ada org akan sakiti hati aku.... (sbb aku mudah tersentuh @ terasa)

aku tak nak balik lagi............
sebab aku tak puas lagi hidup sorg2 (biarpon terpaksa kesunyian hari2)
sebab aku mau baca sepuas2 hati aku..... sebab kalau kat umah, mak akan bising...........
mak risau.....
aku selalu sakit kepala, selalu migrain..........
(bukan sakit biasa)

tapi.................
aku tk nak nyusahkan mak........................................
sebab tu aku terpaksa buat macam ni............

aku tak nak org risau pada aku............
walau aku tau akak memang tengah risaukan aku sorg2 kat sini............
walau ayah tak tanya terus kenapa aku tak balik, aku tau ayah risau aku.............
aku masih anak pompuan dia.......

Aku mau biasakan diri berjauhan dari org2 yg aku sayang.....
sebab aku tau..........
satu hari nanti bila aku dah pergi tak kan ada org sedih atau terasa sangat...........

dan.... aku mau buat segala apa yg aku suka tanpa ada org sekat...........
aku pandai jaga diri aku...........
aku tak pernah buat apa yg mak tak suka......
aku tak pernah kuar dengan mana2 lelaki yg aku tak kenal @ kenal sampai lewat2 malam @ pagi2 buta.....

aku sentiasa jaga maruah diri aku....
sebab mak kata, maruah keluarga ada pada aku.... (aku kena simpan baik2).....

dan............
aku masih menanti.......... aku tak tau kenapa aku perlu menjadi penunggu...............
tapi aku betul2 menanti kehadirannya..............
sebelum aku tutup mata.............. (^_^)

Salam Akhir...................

Tuesday, December 14, 2010

mimpi yang tak indah.....

tadi balik dari MPH.............. terus tertido masa baca novel Deja Vu......... novel ni best sangat............ (^_^)

tertido sampai mimpi.......................
aku ada di sebuah taman yg sangat cantik............
tapi.............. aku tertido atas lengan aku sendiri sambil pegang buku ni (deja vu).............

aku terjaga............. aku lihat keliling aku........... sangat sunyi........... hanya ada aku sorang..........
aku terus jalan ke depan dan................
aku nampak satu tasik yg sangat cantik...........................

seperti biasa aku suka termenung bila lihat sesuatu yg indah depan aku (tanda sangat kagum).....
sangat cantik.... sangat tenang..... sangat seronok ada di situ......................

tapi.............
tak lama pas tu................
aku nangis kat situ.................... (Tak pasti utk sebab apa).............
sepertinya aku hilang sesuatu yg sangat 'berharga' dalam diri aku........................

dan........... memang aku telah hilang sesuatu...................................................
dan tiba-tiba................
mungkin aku rasa kesedihan yg sangat , aku spt mau buat sesuatu yg dilarang di sisi Islam.........

aku mau terjun dalam tasik tu (walau aku tak pandai berenang & sebab itu nak terjun).........

tapi...........
belum pun sempat tubuh aku terjunam dalam tasik tu.........
aku.............

terus tersedar.................
jam dah pukul 6.30pm....... dan aku.......
belum solat asar...................

*motip : jgn tido pas asar.... solat dulu*

dan masa terjaga, memang aku sedar ada air mata yg basah kat muka aku..... aku sampai sekarang sangat sedih dan tak de mood arini.............. :(

Monday, December 13, 2010

aku yer... bukan anda!!!!

ini Aku... bukan kau... anda... you... enta... or enti.......... occay!!!
heeeeeeeeeeeeeeeeee (^_^)

aku spt yg aku kenal.....................

1) sangat obses dengan tulip.................................... apa yg menarik pada benda tu aku pon xtau... tapi bukan ke biasanya kalau kita suka sesuatu benda tu, x perlu sbb............ betul tak????????? ke aku sorg je mcm ni....................

2) sangat suka pada hijau......... weeeeeeeeeeee........... kalau tak ada hijau dalam hidupku, maka dunia ini sungguh la tak bererti................. (tak la sampai mcm tu sbnrnye, dunia tetap bererti bgku wlupun tanpa hijau) Alhamdulillah, bersyukur lah dengan apa yg ada yer cik saya................... tapi........... SANGAT TAK SUKA PADA PINK!!! Kalau ada org cakap org girl sume suka pink, itu sangat2 salah yer....... (^_^)

3) sangat suke berangan.... (hobi ni memang sudah tercipta sejak aku di sekolah rendah lagi)... makanya, kalau aku termenung lama2 sambil tersengih sorg2 tu, maksudnye memang tengah berangan................ best ooooo berangan nih...... sgguh tak tipu!

4) selalu makan tak habis.... pesanan utk diri sndiri "membazir itu amalan syaitan".... aku pon x tau la, nak kata aku umur 3 thn, tapi dah 23 thn........... terutama kalau kat kedai makan..... memang la............... tak tau nak wat camne la.... masa kecik2, pernah sekali aku makan x abis, ayah punye la bengang ngn aku, sampai dia pksa suh aku habiskan.... (makanye, terpaksa la telan nasi dengan air masak... kembung perut 3 ari... )......... seksa ooooo............. kesimpulannya, sekali aku makan sangat la sikit kecuali...............................

5) laksa............ aku memang dr kecik adalah fan pd laksa..... kalau seminggu ada laksa, memang aku tak kan pandang butir2 nasik depan aku.............. heh3.................

6) suka pakai jam.... hatta jam tangan tak ada bateri... akan tetap pakai... sebab kalau aku x pakai... aku rasa janggal sangat.........dan pelik............

7) suke dengar lagu @ mp3.......... kuat2 occay......... aku tak puas dengar slow2...... not me occay!!!

8) sangat suka pada baby yg comey2........... haisy.... pengakuan ikhlas dr hati yg suci ini, AKU SANGAT JELES TENGOK KWN2 YG DAH ADA ANAK!!!! kawan2 umah sewa kata, kawen je la.......... tapi aku kata, aku lebih nak anak dari suami.......... (sangat bahaya yer kata2 ini, tapi sila jgn salah sangka yer).... *mungkin sbb aku tak ada adik kot.......sbb tu kalau kat fb 'addin shah' aku selalu layan karenah adik2 yg ada sama minat ngn aku (hlovate , novel, korea)*

9) tak boleh minum air buah, terutama kelapa dan tebu.... sebab apa??? sbb pas tu aku akan sakit urat..... tapi............. ada??? ada aku kesah??? sbb aku sangat suke air kelapa.... ayah kata, lagi dapat tahan sakit minum je la.... (aku sangat suka nasihat ayah aku tu......) tapi......... "kalau sakit tanggung sendiri...." kata ayah lagi.......... dan memang sangat terseksa yer.... mak kata, bagus betul, tak tua pon dah pandai sakit urat......... (^_^)

9) sangat suka hujan..... lagi ada hujan, lagi la aku suka berangan... sebab apa??? entah la.... kalau2 kecik dulu, aku suka nyanyi masa hujan turun sampai la hujan berhenti... bukan makin melebatkan ujan occay.... suara aku tak la sumbang sangat... sekurang2nye penah jugak la sumbangkan suara masa nasyid sekolah rendah dulu2..... tapi naik sek men ayah aku tentang habis2an.... hahaha... (i ni kan anak solehah, sntiasa mendengar kata2 ayahnye walaupun selalu merajuk) hak3........... (^_^)

10) sangat tak pandai melukis......... aku sangat jeles pada org yg pandai melukis yer.... sbb tu aku sangat suka novel rooftop rant by hlovate.... sbb aku suke jade... aku suke dia sbb dia pandai melukis............. (^_^)

CUKUP.... cukup sampai di sini........................
motip : masih mencari diri sendiri............... okey la ni, tau jugak pasal diri sndiri kan????

Ops...
ada satu lagi.............

last = aku sangat perahsia org nyer........ jarang2 aku citer masalah atau apa yg personal dlm hidup aku terutama bab soal hati .... yg atas2 ni bukan 'rahsia' yer.... hak3.... hatta ahli dalam umah sewa aku pun, tak de sape yg tau apa yg ada dalam hati aku............ kecuali kalau aku fan giler2 kat org........ spt Hlovate...... Pingu Toha.......... *kagum dengan bakat diorg ...*

THE END.................

Sunday, December 12, 2010

mau cari pasangan???

haisy....
bila sorang2 sangat la terasa kebosanan melampaui tahap kematangan ku ini... (walau x matang mana pon)

sampai terfikir jugak ini.......

mau cari pak we............ supaya dapat teman aku yg kesunyian ini.............. atau paling kurang dapat sms pon kira okey jugak...... hak3....... (sangat la bosan sampai boleh terfikir perkara di luar alam ini)

.... haisy, i tak terdesak sangat occay!!! Masih boleh hidup secara single ....

lagipon still muda pe... baru 23... hahaha... (muda lagi kan?)

emmmmmmmmmmmm

cume........ tadi....
agak tersentap bila ada org nak tolong carikan tulip utk i........
ngeeeeeeeeeeeeee...........
apa maknanye???
mungkin.......................................................
haisy, sila jgn banyak berangan yer cik saya.....

dan...............
selagi ada novel yg menemani ku............
insyaAllah tak kan bosan lah...........

Lagipon.............
Allah kan ada...........
sentiasa ada utk saya........
kan3..........
*sambil tersenyum bahagia*
(^_^)

cinta saya hanya milik suami saya.......
walaupun....
tatau la sape yg akan jd suami saya....
lalalalala
(mode : sangat jiwang)
hak3...

Friday, December 10, 2010

sedang bersedih T_T


bila aku sedih... aku tak pandai nak luahkan pada sape2...
bila aku sedih... aku suka berkurung dlm bilik....
bila aku sedih... aku suka dengar lagu layan perasaan...
bila aku sedih... aku lebih suka diam...

bila aku sedih... hati rasa sangat sakit...
bila aku sedih... aku teringat mak...
bila aku sedih... aku akan menangis...... sampai tertido....

kan aku dah cakap... aku tak pandai nk sembunyikan perasaan aku... aku sedih bermakna memang aku tengah sedih... aku gembira bermakna memang aku tengah bergembira....

dan sekarang aku memang sedang sedih dengan motip memang tengah sedih....

Thursday, December 9, 2010

Ada???


kadang-kadang bila aku buat baik pada org, tapi langsung tak ada yg nak hargai....
kadang-kadang bila aku ingat kat org lebih2, tapi tak de pon org ingat kat aku....
kadang-kadang bila aku jadi terlebih peramah, ada pulak yg tak suka.....
kadang-kadang bila aku jadi pendiam yang sangat, ada plak yang tanya kenapa....

Ada???
Ada aku kesah??? hak3....

sebenarnya aku sangat kesah, occay!!!
terutama bila seseorang yg sangat rapat dengan aku....

mungkin...
mungkin aku yang lebih2.... hua3.... (ayat ni macam menghiris hati aku sendiri)

aku tanya aku sendiri... kenapa aku nak kesah??? sedangkan aku tak ada kaitan dengan mereka2... tapi bila fikir2 balik... macam ada kaitan pulak....

orang yg selalu tengok aku kat alam nyata sebenarnye tak sama dengan aku yg kat alam maya... itu hakikatnya....

aku selalu cakap.... aku nak jadi aku.... tapi susahnye nak capai kata2 ini.... ahaks....
sebab... aku tetap ambik kesah....
walau aku cube tak nak ambik kesah....
mungkin ini aku.... yup aku....


Wednesday, December 8, 2010

Cik Tulip Lindungan Bulan

hey.... saya ada FB baru... i like banyak2 okey!!!
sebab utama aku tukar FB... adalah spt berikut :

1) aku perlukan privasi spy tiap2 kali nak tukar status kat FB aku tak perlu berfikir 2, 3 kali.... lagipon status aku kat FB selalu mengarut2... terutama bila meroyan aku datang.... hak3....

2) supaya aku boleh online dengan tenang.... ini adalah kerana aku tak suka online di YM... entah kenapa?? aku memang tak suka... tak de sbb pon... heee.... biasa kalau online kat addin shah punye chat, ramai sgt menegur... kalau fan2 hlovate aku tak kisah sangat... tapi kalau dah masuk sampai negara afrika selatan, aku pon naik rimas.... haisy... (tu la, sape suh men approve org add tak mengira bangsa & negara)....

3) supaya aku boleh letak status 'single'... walaupun x de org heran pon kalau aku single... kalau kat FB addin shah bila tukar engaged, married ke.... ada je yg bertanya... terutama kawan2 lama.... i rimas la... kdg2 tu saja2 je.... suka2 je pon... tak de sebab... tak de motip pon... =)

4) sebab terlalu ramai sangat frenz... bukan apa, sampaikan status kawan2 kadang2 tak kuar kat home... susah la i nak follow... haisy... ~~

walaupun terdapat banyak sebab lagi, tapi aku tetap suka pada FB addin shah... kerna di situ aku temui ramai fan2 hlovate.... aku suka berkongsi cite dgn mereka... saya tetap suka anda semua wahai fan2 hlovate & addin shah... hak3... (gile perasan ayat!)

Tuesday, December 7, 2010

aku kawen dengan sape???



aku sangat rajin menulis sekarang ni yer.... rasa macam ada banyak idea sangat2 yer... walupun exam aku tak abis lagi yer... tapi aku sangat rajin yer.... mungkin sebab itu aku mahu menjadi penulis yer.... hua3....

aku terfikir... pasal msa depan aku sekarang nih... aku terfikir aku kawen dengan sape... hahaha... patutkah aku berfikir sedemikian??? rasanya patut kot... sebab umur aku dah 23 tahun... aku dah besar okey!!!

aku tak pernah terbayang aku kawen dengan sape2 pon... hatta kadang2 aku ada jugak minat org... (normal la tu, sape yg x de suka kat org tu maknanye beliau memang ada masalah)....

adoi la... kalau la aku boleh kembali ke zaman kanak-kanak, tak perlu la aku nak fikir aku akan kawen dengan sape...

masalah ke ni???
hahahaha.... harus la masalah.... sebabnye aku masih single sampai sekarang.... sebabnye aku tak suka org ajak aku dating tak tentu hala... ngee... please la... not me, okey!!!

okey la... sape2 yg rasa beliau tu memang jodoh aku, sila la cepat2 masuk minang saya... supaya saya tak terfikir-fikir dah... hua3.... ~~

adakah aku terlebih meroyan sehingga berfikir di luar kotak ni??? hak3...

Monday, December 6, 2010

Berjalan Ke Arah Mu...


salam maal hijrah.... entah kenapa kali ini aku rasa suka sangat post2 orang kat fb bile ucapkan salam maal hijrah.... semua aku 'like'... @ komen.... suka3..... mungkin hijrah kali ini lebih bermakna untuk aku kali ini....

wah, apakah???
tak sabar nak hadapi tahun baru kali ini.... biarpun aku tau aku semakin jauh ke hadapan dan tak mungkin aku dapat berpatah ke belakang semula... aku tak kisah... aku nak hadapi yang akan datang dengan semangat....

Dan... aku yakin tahun kali ini akan memberi satu kepuasan yg aku nanti2 kan selama ini... mungkin impian aku semakin hampir tiba... hmmm.... mudah-mudahan... ameen....

sebelum aku tutup mata & meninggalkan bumi Allah yang indah ini.....
aku sangat berharap impian aku tercapai.... walau terlalu banyak impian aku, tapi hanya satu yg aku harap-harapkan.... only ONE!!!

Allah....
permudahkan urusan ku....
aku ingin berjalan @ berhijrah ke arah-Mu.... =)

Saturday, December 4, 2010

im waiting....


terharu dengan ucapan semua.... busy sungguh wall fb hari ni.... bermacam2 ucapan yg terima hari ni..... nanti akan di copy paste di sini (kalau rajin)....

tapi.....
saya masih menanti.....
satu ucapan....

aku yang semakin dewasa....


selamat hari lahir buat aku.... semoga bahagia selalu, panjang umur & dimurahkan rezeki hendaknye.... moga sentiasa berada di bawah rahmat kasih sayangnye... semoga cepat2 dapat cari jodoh... hak3...

haila... im happy today!!!
tapi terasa.... umur yang makin meningkat ni macam banyak benda yang aku sia-siakan & tak rasa seperti ada satu benda yang dapat aku hasilkan dan dapat memberi satu utiliti yg maksimum dalam kehidupan aku... aku masih mencari & menunggu... :)

terharu dengan ucapan dari teman2, samada kawan lama, kawan kampus, peminat hlovate ... dan kwn2 kat fb yg aku x kenal... tak terkata dengan ucapan & terharu....

hari ini... malam ini...
terasa rindu pada seseorang yg telah pergi...
moga Allah sentiasa merahmatinya di sana...
moga tenang & bahagia di sana...
saya bahagia di sini...
mungkin.... kita akan bertemu di sana... di syurga...
insyaAllah..
-al-fatihah-

tak pernah sekelumit hati ni lupakanmu...
dan saya akan tetap suka '4z' ...
hijau...
hujan...
novel...
pulau...
tulip...

tiada hadiah yang paling indah melainkan...
dapat sedekahkan yaasin buat kamu di hari lahir kamu & saya....

4-12-1987
saya suka anda....
setahun sekali kiter berjumpe...
entah tahun depan kiter bakal bertemu @ tidak....
may Allah bless you... and me...





Friday, December 3, 2010

jangan update....

malas nak update....
tadi dah separuh page dah taip, pas2 x de idea plak.....

so... aku tak nak update apa2....
aku mau tido... rehatkan diri, rehatkan otak....
rehatkan 'hati' .....hak3....

Wednesday, December 1, 2010

Bila Exam menjelma....



















Rasa macam tak cukup nafas je bila tiba-tiba aku menjadi manusia yang paling rajin sekali. kalau tak, nak mengadap buku seminit pun sangat susah. Apatah lagi nak bangun awal2 pagi semata2 nak study. heee....

setiap detik jam yang berlalu akan ku hargai. Hatta untuk ke bilik air sekalipun, aku tidak akan ambil masa yang terlalu lama. masa itu emas ye....

setiap masa yang berlalu bersama kawan2 umah sewa hanya tentang perbualan ilmiah sahaja. biasa kalau duduk di meja makan pasti bergosip... bukan la mengumpat... cuma lebih kepada membuat hikayat yang tak berfaedah... hak3....

sebenarnya banyak hikmah juga bila ada exam... sekurang2nye banyak benda yang aku tak faham masa tyme belajar, akan jadi terus pakar dalam segala bab... bukan apa, sebab kena paksa diri untuk faham, kalau tak .. nak jawab apa dalam dewan nanti....

pengalaman hari ini....
tadi baru jawab paper 'undang2'.... sebenarnye aku tak tau la benda apa yang aku merapu dalam dewan exam tadi... duk mengarut je... beriya la aku duk mengafal segala bagai akta sampai nak senget kepala.. last2, langsung tak masuk soalan tersebut... maka, oleh sebab aku sangat kecewa, aku pun menjawab soalan undang2 tersebut mengikut rentak tangan yang menulis mengikut idea @ skema jawapan dr kepala otak aku... skema ini hanya terdapat dalam otak aku... aku harap sangat lecturer aku murah hati memberi markah yg banyak kepada aku.... aku tak mintak banyak, lulus pun aku dah bersyukur sangat... sbb aku tau kemampuan aku jawab undang2 macam mana.... lagi pun, aku tak minat undang2,,,, ngee....

ada lagi 2 paper yg bakal aku duduki... tak tau la apa nasib yg bakal terjadi... mudah-mudahan selamat la ye.... huhuhu.... cukup la aku mengharukan paper undang2.... paper laen tak boleh... hak3... ini demi kebaikan diri sendiri jugak!!!