Betul ke???
Betul ke wang adalah petanda kebahagiaan...
Betul ke dengan memandang wang pun kita boleh tersenyum bahagia???
Betul ke hanya dengan duit sahaja boleh membuatkan impian kita tercapai???
Betul ke duit adalah salah satu penyebab punca penceraian???
Betul ke duit adalah penyebab seseorang lelaki untuk mendapatkan wanita yang disukainya???
Betul ke duit adalah sebab utama untuk melanjutkan pelajaran di universiti???
Betul ke duit penyebab kepada kematian akibat daripada penyakit yang memerlukan wang untuk disembuhkan???
Betul ke duit punca pergaduhan adik beradik untuk mewarisi segala harta benda ibu bapa???
Betul ke semua benda yang ingin kita miliki perlukan duit???
Betul ke duit adalah segala-galanya???
Aku terfikir sebenarnya...
Kalau dulu, aku cakap duit bukan segala-galanya...
Bukan semua benda yang ingin kita miliki perlukan duit....
Aku bukan materialistik...
Dalam hidup aku, menjadi kaya BUKAN impian aku!!!!
Cukup aku ada segala keperluan yang dapat aku teruskan hidup aku....
Mungkinkah aku berfikir begini sebab aku masih lagi di bawah tanggungan mak ayah aku???
Mungkin sebab kad ATM ayah yang ada dalam dompet aku yang menyebabkan aku berfikir duit bukan segala-galanya....
sebab aku tak pernah rasa kekurangan duit dalam hidup aku???
Tapi sekarang...
Kenapa aku semakin meragui dengan prinsip aku sendiri....
Begitu mudah hal ini meragui diri aku???
Ya Kareem....
Begitu mudah sekali hamba2-Mu ini taksub dengan harta duniawi....
Nani pernah cerita pada aku tentang kisah sepupunya yang sangat zuhud hidupnya....
semua hartanya disedekahkan pada orang yang memerlukan....
Yang ada padanya sehelai sepinggang....
Dan basikal tua.....
Dan....
Yang membuatkan aku terdiam tanpa jawapan bila soalan ini ditujukan kepada aku...
"Sanggup tak kahwin dengan orang macam ni kalau kau ni bukan yang materialistik?"
Sanggup ke aku???
Kalau pun aku tak fikir pasal aku (tapi memang aku fikir beribu2 kali)....
Sudah tentunya aku fikir pasal bakal2 anak aku nanti....
Sanggup ke aku tengok hidup anak2 aku tak cukup sempurna dari segi semua hal....
Hahahaha....
Memang la aku dah tak ada kerja bila fikir semua ini....
Tapi sebenarnya inilah realiti hidup zaman sekarang....
Manusia berkejar-kejaran ke hulu hilir semata-mata ingin mencari duit....
Betul kan??? Aku tak salah bagi fakta kan???
Apa-apa pun mencari rezeki @ harta @ duit di muka bumi ini memang tidak salah....
Malah amat digalakkan oleh Allah....
Seperti Firman Allah SWT dalam surah jumu'ah, ayat 10
"Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah apa yang kamu hajati dengan limpah kurnia-Nya, serta ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu berjaya di dunia & akhirat."Namun....
Selagi kita masih lagi bernyawa dengan nafas yang diberi-Nya, maka segala yang kita lakukan perlulah berpaksikan kepada syariah Islam dan tidak bertentangan dengan segala apa yang dilarang-Nya....
Hakikatnya sepatutnya begitu....
Tapi, berapa ramai manusia yang lalai bila ada duit di depan mata???
solat ke mana... apatah lagi amalan2 yang lain....
belum masih bab riba, rasuah & sebagainya....
Aku dapat jawab satu soalan dari pertanyaan2 aku di atas....
Tak semua impian dapat dipenuhi dengan duit....
Impian aku nak cipta satu novel istimewa untuk bakal suami aku... (hehe... jiwang sekali sekala tak pe kot kat blog sendiri, bukannya aku merapu meraban kat facebook... ngeh3...)
Aku rasa impian aku yang satu ni tak perlu guna duit kot....
Tapi....
Tak leh kata jugak....
Nak menaip tu pun kena guna laptop, kalau tak de duit mana nak dapat laptop....
hahahaha....
aku dah gila agaknya.....
Betul la "sebab duit la manusia jadi gila"
minta simpang la aku salah sorang dari mereka... ngee....
Ada satu lagi impian aku yang tak perlu guna duit....
nak jumpa HLOVATE!!!!
yang ni confirm tak yah guna duit....
Tapi tak jugak....
Aku ada dengar Hlovate ni duk kat luar negara....
negara celah mana tak tau la plak....
Nak pergi sana confirm2 la kena guna duit....
haila....
Tak tau la aku....
Tapi buat masa sekarang....
aku dah mula percaya sikit2, memang semua benda kena ada duit.... ngee....
(aku tak suka bila aku cakap sesuatu yang bertentangan dengan prinsip aku, tapi aku terpaksa)