~~Aku mahu jadi aku. Diri sendiri, tanpa bias orang lain. Aku tak mahu dibayangi, atau sekadar jadi tempat berpaut. Aku mahu hidup. Aku mahu berdikari. Aku mahu bebas...~~
"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"
Indahnya Islam...
Tuesday, July 20, 2010
aku perlu pergi jauh
aku rindukan kehidupan aku yang dahulu...
aku tak ingin dewasa... aku tak ingin lalui kehidupan aku yang sekarang & akan datang...
aku ingin selalu menjadi anak kecil yang sentiasa menjadi kesayangan bonda & ayahanda tercinta... (",)
aku mahu segala keperluan hidupku diuruskan oleh bonda...
aku mahu supaya ayah sentiasa kejutkan aku tiap-tiap hari ketika subuh....
aku mahu sentiasa mencium tangan ayah & bonda selepas solat jemaah...
aku ingin sentiasa ikut ayah ke sawah tiap-tiap pagi selepas sarapan...
aku ingin sentiasa menjadi kanak-kanak...
yang hanya pandai merengek manja meminta sesuatu untuk dipenuhi...
aku mahu menjadi anak manja ayah sentiasa....
aku tak mahu menjadi dewasa...
aku tak mahu fikirkan segala msalah yang sentiasa datang tanpa berhenti...
aku hanya ingin bermain... bermain... dan terus bermain...
berlari... ketawa... senyum... merajuk.... dipujuk.... (",)
aku rindukan kehidupan aku yang dahulu...
tapi kini aku dah dewasa...aku perlu berfikir... membuat keputusan... berdikari....
mak kata...
aku dah besar... kena belajar masak...kena pandai kemas rumah... kena tahu segala-galanya tentang apa yang perlu aku lakukan dalam sebuah rumah...
aku cakap aku tak suka masak... aku suka masak untuk ayah je... sbb ayah makan semua yang aku makan.... ayah selalu sakit... tiap-tiap kali dia sakit, dia selalu suruh aku masakkan mee segera untuk dia... ayah pelik... tapi aku masakkan juga... ayah makan sampai habis...
ayah kata...
aku dah tak boleh ikut dia ke sawah dah sekarang...
tiap2 pagi aku kena kemas rumah, basuh baju, basuh pinggan... tolong mak kat dapur...
kata ayah lagi...
aku dah besar... dah sampai masa untuk aku berumahtangga... aku kena tinggalkan ayah satu hari nanti... aku dah tak boleh manja2 ngn ayah lagi... aku sedih...
ayah kata lagi....
aku kena sentiasa pandang ke hadapan...
jgn toleh2 ke belakang lagi & lupakan segala perkara sedih yg pernah jadi dlm kehidupan aku...
aku kena jadi seorang yang tabah....
hanya pandang ke belakang untuk perkara2 yang gembira saja....
kini....
aku sudah berada di sini... di zaman ini...
aku dah tak boleh menjadi aku yang dulu lagi...
aku dah tak boleh terus hidup dalam kenangan....
aku kena teruskan hidup aku....
walauapapun...
aku perlu teruskan kehidupan ini dengan gembira...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment