"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Monday, January 11, 2010

Kehidupan dan realiti...

kehidupan yang diimpikan tidak semestinya akan menjadi realiti... mungkin itu lah realiti atau hakikat sebanar kejadian alam ini... semua yang berlaku memerlukan pengorbanan yang maha hebat... aku sendiri... selalu mengharapkan kehidupan yang terbaik dalam hidup aku...

bukan aku sorang... tapi aku yakin tiap-tiap orang di luar sana mengharapkan kehidupan yang terbaik dalam hidupnya... Ya, sebab kita hanya sementara di dunia ini... itu sudah pasti... kerana tiap-tiap manusia akan kembali kepada Penciptanya...

kembali kepada realiti kehidupan...
hakikatnya realiti kehidupan ini terlalu banyak ujian dan cabaran yang perlu dilalui oleh manusia... hinggakan kadang-kadang ujian dan cabaran ini melibatkan nyawa... Allah menduga manusia dengan berbagai cara... sebagai hamba-Nya, kita perlu redha dengan ketentuan yang telah ditakdirkan... Betul kan???

setiap orang ada ceritanya... aku sendiri... kadangkala aku rasa diri ini terlalu lemah dalam mengharungi cabaran dan ujian dari-Nya... aku selalu menganggap bahawa semua yang berlaku ini tidak adil pada diri aku... dan aku selalu tertanya kenapa mesti aku???

Tapi aku lupa satu perkara... tiap-tiap yang berlaku ada hikmahnya... aku selalu menangis, meratap, meraung bila aku diuji seperti itu... sampai aku lupa bahawa aku hanya hamba Dia.. siapalah aku untuk menentang takdir???

Ya Allah...
sampai satu saat baru aku sedar bahawa tiap-tiap manusia tidak akan lari dari ujian dari-Nya...
mengapa aku terlalu lemah??? Mengapa aku mesti mempersoalkan apa yang telah berlaku dalam hidup aku...

kehilangan sahabat (insan yang paling aku sayang)...
membuatkan aku lemah dan hilang pedoman hidup...
tiap-tiap saat aku hidup dalam kenangannya... bila mengenangkan kembali, entah mengapa aku rasa bahawa aku sangat daif ketika itu...

Namun...
kenangan tetap kenangan...
semua yang berlaku perlu aku lepaskan dengan hati yang terbuka...
kwn2 selalu cakap...
'life must go on...' (berterima kasih kpd mereka yg meyokong dr belakang)
jadi... aku mahukan hidup aku jadi lebih baik...
aku tahu...
andai dia masih hidup.. dia juga tidak mahu aku hidup seperti ini...

Tapi...
sampai saat ini... aku tidak pernah melupakan dia dari hati aku...
walau untuk sedetik...
perhubungan ini terlalu istimewa bagi aku...

Kerana...
dialah yang mengajar aku tentang erti kehidupan...
memberikan aku nafas untuk aku terus lalui hidup tika aku jatuh tersungkur bila semangat aku hilang...
menggantikan tempat 'abang'...

Awak...
andai sekarang ini masih berada di sisi saya...
hanya satu yang ingin saya katakan...
terima kasih utk segala-galanya...

Tapi ini semua mustahil...
manusia selalu kerugian banyak perkara...
kerana tidak pernah bersyukur apa yang mereka ada sekarang...
termasuk aku...hohohoho...

walauapapun... jadikan apa yg berlaku sebagai satu pengalaman yg berharga dalam kamus hidup kita... ambillah pengajaran dari setiap apa yg berlaku.... sebab itu lah ada istilah seperti ini...
'manusia tidak pernah lari daripada kesilapan...' hehe...

wassalam...

2 comments:

  1. salam..4z..hehe
    ak org 1st yg comment..hehehe..
    sgt touching ayat ni..pandai wat ayat
    be bygones and just bygones..
    doakan dia itu yg terbaik..may ALLAh bless him amin..
    hehe

    ReplyDelete
  2. hehe...
    insyaAllah... sentiasa doakan 'dia'...
    huk3...

    ReplyDelete