"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Thursday, April 12, 2012

Pasti dan tak pasti.

Bismillah... 

Hakikat dunia bila manusia lebih takut pada sesuatu yang tak pasti daripada sesuatu yang memang betul-betul akan terjadi. Di facebook, twitter, Google + hatta di tumblr sekalipun semua kecoh tentang amaran tsunami. Tapi banyak jugak baca status di facebook atau sewaktu dengannya yang membuatkan diriku sentap. Antaranya :


Amaran Tsunami baru shj dikeluarkan ptg td di beberapa negara, smua panik.
Amaran Kiamat dah lame Allah keluarkan, ade kamu kisah?
— Imam Muda Hizbur

Amaran Tsunami dah ditarik kembali, namun amaran Allah kekal selamanya dalam Al-Quran.. Jangan menarik nafas lega sebelum kamu berhijrah meninggalkan kemaksiatan dan mula patuh kepada hukum Allah..
— Syahirul.com

‎Ramalan manusia tidak dapat mengatasi ketentuan Allah
— Gha Dz


Manusia memang kena sentiasa diberi peringatan selalu, kalau tak memang akan cepat lupa diri. Bila sesama manusia bagi peringatan kita buat tak tahu, buat tak dengar. Tapi bila sekali Allah dah bagi peringatan 'live' macam semalam memang semua panik dan tak cukup tanah nak lari selamatkan diri. Sebenarnya Allah dah  lama bagi peringatan pada kita. Semua dah tertulis dalam al-Quran tapi semuanya berbalik semula pada kita. 

Aku tak cakap pada orang lain. Aku cakap untuk diri sendiri sebab aku memang cepat lupa diri. Kadang-kadang aku lupa yang aku ni hanya hamba di atas muka bumi ni. Sampai kadang-kadang aku lupa untuk tujuan apa aku hidup atas muka bumi ni. Alhamdulillah sebab disekeliling aku ramai kawan-kawan yang sentiasa bagi peringatan, aku kembali semula ke jalan Dia. Dan terima kasih jugak pada mereka yang selalu tulis status di facebook @ twitter (walaupun mereka tak bukak blog ku ini) yang membuatkan ku insaf walaupun tak sepenuhnya tapi sekurang-kurangnya ada la jugak sikit kan? 

Aku ada baca sebuah buku. Tajuknya 'Lorong Kematian'. Penulis Geidurrahman El-Mishry. Masa mula-mula aku baca buku ni terus dalam hati aku kata 'eh beraninya penulis ni tulis buku macam ni!' Buku ni menceritakan kisah seorang pemuda yang taat beribadah pada Allah, kemudian dia mati. Dan penulis terus menulis kisah pemuda tersebut masa di alam kubur, di padang mahsyar, semasa laluan untuk menyeberang titian siratul mustaqim, keadaan di neraka dan syurga dan banyak lagi tentang kehidupan abadi kita nanti di sana. 

Mula-mula aku ragu! (Almaklumlah aku ni jahil. Baca al-Quran tapi tak rajin baca terjemahan.) Terus aku cek setiap apa yang penulis tulis. Aku cari dan cari ayat al-Quran yang ada kaitan dengan apa isi yang ditulis oleh penulis. Memang semua gambaran yang diceritakan penulis ada diceritakan di dalam al-Quran. Aku baca profile penulis sebab ni pertama kali aku baca buku dia. Sekarang aku tak ragu lagi bila aku tahu penulis ni memang seorang yang alim lagi warak. Belajar di Al-Azhar. Penterjemah kitab-kitab arab. Dan ada buka sebuah madrasah di Indonesia. Tak kisahlah kalau ada yang kata penulis ada tiru tulisan macam Kang Abik penulis Ayat-ayat Cinta. Yang penting bagi aku cerita penulis terkesan di hati dan ada mesej yang ingin disampaikan. Masing-masing ada pendapat dan cara sendiri untuk menulis. 

Rasa baca buku ni memang asyik fikir pasal mati, hari kiamat, dan amalan yang langsung tak banyak untuk dibuat bekalan di sana. Sebagai manusia, aku rasa bersyukur masih diberi peluang untuk hidup dan sedar tentang diri yang banyak kekurangan. Dan masih berpeluang untuk ubah segala-galanya. 

Semoga kita semua dalam golongan yang tak akan menyesal bila berada di sana nanti dan tak akan merayu kepada Dia untuk kembali ke dunia untuk ubah segala-galanya kembali. Masa tu baru betul pepatah ni 'menyesal kemudian tiada gunanya'. 

Allah... ~~


No comments:

Post a Comment