"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Thursday, May 26, 2011

New Life....


aku akan menulis...
sebuah perjalanan... tentang kehidupan..
tentang pengalaman....tentang aku... tentang mereka...

impian aku yang satu ini...
aku akan pastikan ia menjadi kenyataan...

aku mahu bangkit...
untuk bina keyakinan itu kembali...

sebenarnya,
aku sangat penat, letih...
bila aku selalu fikirkan tentang kelemahan aku...

kenapa tidak...
aku fikirkan tentang apa yg aku miliki..

cukup la...

Monday, May 23, 2011

pasrah....


kadang-kadang terasa seperti mahu melarikan diri...
ke sebuah pulau yg sangat cantik....
biru-sebirunya air laut... putih-seputihnya pasir....

aku ingin ke sebuah tempat yang tak wujud orang lain di situ....
hanya ada aku dan dia...

tapi... bila difikirkan kembali...
siapalah aku ingin bersama dia...
insan yang aku nanti dari dulu sampai sekarang....

makanya...
lebih baik aku bersendirian...

mungkin...
hanya membiarkan takdir alam terus berlalu...
menyaksikan semua yg terjadi...
dengan aku sendiri bingung untuk lakukan apa-apa...

kehidupan ini...
entah la, susah kot aku mahu describe...

Thursday, May 19, 2011

meratap sayu pada Dia


aku tak pasti sama ada aku sedang berpura-pura atau tak...
tapi... sepertinya aku langsung tak menghiraukan perasaan ku sendiri...

setiap masa yang berlalu, setiap perkara yang terjadi...
aku hanya akan berkata...
"tak pe, asal semuanya hidup dalam bahagia"

haila....
sungguh la aku tak suka berjiwang bagai dalam blog aku sendiri...
mau je aku sekeh kepala aku ni bila fikir semua ni....

kadang-kadang aku akan berpura-pura yang semua itu tak pernah terjadi....
kadang-kadang aku jadi sedih bila aku sedar... sungguh la tipu kalau aku cakap, aku langsung tak fikir atau terkenangkan semua itu...

Allah, aku betul2 tak tahu apa nak buat??? (ini je yg selalu aku cakap tiap2 hari)
aku langsung tak diberi petunjuk apa nak buat.... buntu... keliru....

atau... selama ini aku banyak melupakan-Nya... entah la....
tapi yg pasti aku memang manusia yg lemah...
lemah bila diuji....

Allah... bantu aku....

Saturday, May 14, 2011

Jangan Kisah...

"Kau betul-betul tak kisah?"
= Sungguh aku tak kisah dan aku tak nak ambik kisah...

"Kau sedih?"
= tak, aku bahagia!

"Macam mana nak buang?"
= aku tak tahu.

"apa kau nak buat?"
=aku tak nak buat apa-apa. aku nak cari diri aku semula yg dah hilang.

"sekarang hidup kau penuh dengan gelak tawa. adakah ini realiti?"
= luaran tak pernah menunjukkan apa yang ada di dalam. kalau pun aku terpaksa berpura-pura aku tak kisah.

sah...
fikiran aku dah tak stabil buat masa ni...

Monday, May 9, 2011

matang ke????

hari demi hari yang dilalui, aku rasa aku semakin matang... bukan bermaksud mahu memuji diri sendiri, tapi diri aku... aku lebih kenal diri aku dari orang lain...

tapi apa yang aku rasa di ketika ini, sejak aku kembali ke Malaysia... aku sudah semakin dewasa dan matang bila berfikir tentang sesuatu.. bila aku buat sesuatu keputusan, aku sudah tak ikut pada perasaan.... aku sudah menjadi seorang yang berani untuk berhadapan dengan realiti dan kenyataan hidup...

dan apa yang lebih penting, aku semakin menghargai hidup aku di Malaysia... aku lebih menghargai tiap-tiap insan yang berada di samping aku... keluarga.. kawan-kawan... dan segala-galanya....

Sunday, May 8, 2011

busy...

mahu menyibukkan diri .... siapkan segala tugasan yg menanti....
siapkan laporan.... hooyay!!!!!!!!!!!!!!

Friday, May 6, 2011

Kembali kepada yang asal...

Aku terasa seperti tiap-tiap hari aku mahu post sesuatu di blog ini. Alhamdulillah, aku sudah boleh membiasakan dengan keadaan aku di Malaysia. Memang itu yang sepatutnya aku rasa. Kenapa perlu rasa asing di negara sendiri kan?

Cuma, mungkin untuk beberapa perkara tertentu di China aku akan terus padam dari kotak memori aku. Ya, aku manusia lemah. Kadang-kadang aku lalai dan leka bila berada di sana. Dan sekarang aku sedang menjalani hukuman untuk setiap apa yang tak sepatutnya aku lakukan di sana. Menyesal? Ya, aku menyesal. Tapi aku sendiri tak pasti sama ada satu kesilapan aku menjejakkan kaki ke China.

Manusia... Cepat benar tergoda dengan bisikan syaitan. Sampaikan prinsip hidup yang aku pegang selama ini terus aku tolak ke tepi. Teganya aku! Aku perlu mencari diri aku semula. Diri aku yang sebelum aku tinggalkan Malaysia.

Biarlah aku padam semua kenangan di sana (yang tak sepatutnya). Anggap ianya tak pernah terjadi dalam hidup aku. Bolehkah? Begitu mudah ke untuk aku hilangkan semua kenangan itu? Ah, silap aku. Jadi, aku kena tanggung.

Allah... Ampunkan segala dosa-dosa aku di sana. Jadikan aku manusia yang kuat....

Tuesday, May 3, 2011

jangan buat saya macam ni... pls!!!!

Aku dah tersasar jauh... sampaikan mahu bernafas pun terasa sangat susah... okey, tanya perasaan aku sekarang??? aku rasa betul-betul nak hilang ingatan... sungguh aku tak tipu....

Balik dari china, aku rasa aku jadi manusia yang sangat mengada-ngada... sumpah aku tak tipu... aku rasa hidup aku 2 bulan di china, aku dah sebati di sana... okey, kalau mula-mula masa sampai china aku terfikir macam mana aku nak survive hidup kat sana selama 2 bulan ( 2 bulan je pon)... okey... dan sekarang bila aku sampai malaysia aku terasa sangat susah nak lalui hari demi hari kat sini... alahai.... betul la, aku dah jadi manusia yg mengada-ngada... nak je aku sekeh diri aku sendiri... awat la jadi lagu ni????

Hebat betul penangan china pada kami bertujuh... Kalau ada yg tanya gembira ke aku balik Malaysia... aku akan jawab, aku tak gembira... Sebab bila aku sampai Malaysia aku kena pulangkan semuanya pada asal... aku kena delete bab2 tertentu di china.... rasa macam dah tak dengar suara suka, ketawa, usik mengusik....

Semuanya dah kembali pada asal... Kenapa ni??? Bukan ke sepatutnya aku gembira.... aku dapat lihat wajah teman2 yg dirindui, keluarga tersayang.... aneh sungguh perasaan ni.... bukan ke aku lagi suka hujan dari salji??? sekarang kan tengah musim hujan... bukan ke aku lagi suka cuaca di Malaysia??? Bukan ke aku rindu nak pakai baju nipis2... baju kurung... tapi kenapa mesti ada perasaan janggal ni....

Apa sbnrnya yg aku dah tinggalkan kat china sampai macam ni sekali aku tak boleh lupakan hidup aku kat sana??? Allah... rasa beratnya nak lalui hari demi hari... kembalikan aku pada hidup aku yg dulu sebelum aku ke china ya Allah...

okey, wahai saya... jangan nak mengada lebih2 sangat yer.... udah2 la tu duk layan perasaan... kamu sekarang dah ada kat Malaysia... selamat menjalani kehidupan di Malaysia dengan penuh bahagia yer.... huhu...


Monday, May 2, 2011

selamat kembali ke Malaysia.... selamat tinggal china...

Aku sudah selamat sampai ke Malaysia. Alhamdulillah. Aku gembira, sepatutnya. Sebab masa mula-mula sampai di China, aku berharap sangat masa bergerak dengan pantas. Tapi aku tengah rasa benda lain ni, aku tak rasa gembira sangat. Aku terasa sunyi sangat. Mungkin sudah terbiasa dengan keadaan bising di China.

Okey la, sebenarnya aku nak cakap aku dah rindu sangat-sangat kat China. Banyak sangat kenangan aku kat sana. Pahit, manis, suka & duka.

kalau dulu masa first sampai China, rasa macam tak percaya je menjejakkan kaki ke sana. Sekarang aku rasa macam tak percaya je dah tinggalkan bumi China. Rindunya..... Rindu nak dengar suara anak-anak kecil panggil 'Lao Shi' (cikgu)... dan rindu nak dengar mereka cakap, lao shi, wo ai ni.... hehehe...

okey... masa untuk kembali ke kehidupan yang lama.... welcoma back.... (^_^)