"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Saturday, December 13, 2014

12.12.2014

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Akhirnya pada tarikh keramat ini aku mendapat perkhabaran yang indah. Ya, sabar itu indah. Ada manis di penghujungnya. 

Segala puji bagi Allah. Syukur yang tak terkata. Akhirnya penat usahaku selama 2 tahun ni berbuah hasil. Mungkin ramai yang tahu bukan senang menjadi pendidik tapi tak semua orang dapat merasa pengalaman menjadi pendidik Itu sendiri. Selama setahun setengah aku menjadi seorang guru di sjkc banyak pengalaman pahit manis yang aku rasa. Semuanya aku tanggung dan telan sendiri. 

Dan selama setahun setengah juga aku terpaksa korbankan cuti sekolah ku untuk meneruskan pengajian di maktab. Bukan calang-calang manusia yang dapat tempuh semua ujian tu. Siapkan assignment, malam berjaga untuk Siapkan slide presentation ditambah dengan exam yang mencabar minda.

Ku rasakan semua pengorbanan yang aku lakukan semuanya berbalas akhirnya. Alhamdulillah praktikum juga dapat cemerlang. Yang ku rasakan aku antara manusia yang paling bertuah di IPG. Terima kasih untuk Pn.Zalmiza, pensyarah IPG yang banyak memberi dorongan dan sokongan kepada ku. 

Buat suamiku yang banyak membantu sepanjang aku berada di pulau Mutiara, terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan. Banyak jasa, budi dan kebaikan yang tak dapat ku balas. Dia, Pengganti Ibu ayah yang jauh di perantauan.. menjadi teman sokongan Tika ku menangis, sedih dan patah semangat. 

Buat mak ayah yang sentiasa doakan kejayaanku, terima kasih kerana tak pernah berhenti untuk anakmu ini.

Alhamdulillah aku berjaya akhirnya. 
Ini rezeki anak.
Rezeki suami.
Rezeki keluarga. 

Terima kasih Ya Allah atas nikmat yang Kau kurniakan buatku. :-)

Thursday, December 4, 2014

04121987 - 04122014

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk meraikan ulangtahun kelahiran yang ke-27... Tengok, saya dah makin tua.. Tapi alhamdulillah aku sentiasa brsyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan pada aku.

Aku :
#dah 27 tahun.
#dah bergelar seorang isteri.
#bakal menjadi Ibu. Kandungan dah 3 bulan. Alhamdulillah.
#ada seorang suami yang sangat baik hati, penyayang dan paling penting sentiasa cintakan aku ada apanya.

Itulah hadiah yang paling bermakna untuk usia aku yang ke 27 ni.

Buat suamiku,
Saya sayang awak sampai syurga.

Buat anak ummi yang masih dalam perut hehe,
Ummi tunggu sayang muncul dalam hidup ummi.

Selamat hari lahir buat aku. Semoga jadi anak yang baik, isteri yang solehah, ummi yang baik dan cikgu yang bertanggungjawab..

:)

Tuesday, November 25, 2014

pregnancy life: buku merah

Bismillah..

Alhamdulillah kandungan dah 11 minggu. Next week kiranya dah 3 bulan. Macam-macam pengalaman yang aku rasa sepanjang usia kandungan.. Mood pun selalu tak menantu. Alhamdulillah, suami sangat memahami dengan perangai ku yang kadang-kadang pelik ni.

Minggu lepas selamat buat buku merah. Sebelum pergi buat buku merah, Aku ada la buat research sikit. Risau jugak takut kena halau macam Nani kan.. Hehe.

Sebelum pergi klinik aku fotostat sijil nikah, ic, surat beranak. Macam2 la. Tapi nurse tengok sijil asal nikah je. Yang aku fotostat tu tak ambik pun. Tak pe la, prepare awal2 kan. Tak salah pun.

Aku buat buku merah dekat klinik desa je, dekat je dengan sekolah rendah lama aku dulu. Yang paling best masa pergi klinik, tak ada orang pun. So, nurse kat situ layan aku sorang je la. Nurse tanya aku menetap kat sini ke? So aku jawab la tak pasti lagi Sebab aku pun tengah tunggu posting. Itu pun kalau posting. Ni nak masuk bulan 12 pun tak dengar berita lagi. Hmmmm..

So, nurse tu tak cop la klinik diorg kat buku merah aku. Aku pun tak ada no siri lagi. Nanti bila aku dah dapat posting, Aku boleh terus pergi klinik yang berdekatan dengan sekolah Aku ngajar.

Tapi still diorg check aku macam yang aku baca kat blog orang. Check berat, tinggi, payudara, ambik sample air kencing. Cuma untuk darah aku kena pergi klinik Tg gemuk.

Hari rabu seterusnya baru pergi klinik Tg gemuk untuk ambik darah. Check hiv sekali dengan suami.

Yang paling best jumpa doktor, doktor terus scan. Doktor baca maklumat aku kat buku merah.

"last period 8hb 9. Kawen 15hb 9. Ooo bunting pelamin ye?"

Aku senyum sambil angguk. Hehe.

Subhanallah, barulah aku rasa perasaan Ibu-ibu mengandung kat luar sana bila pertama kali tengok dalam perut kita ada satu lagi nyawa. Doktor tunjuk kepala baby, kaki baby dengan jantung baby yang sangat comel. Teruja sangat. Aku rasa masa tu bibir tak berhenti senyum. Rasa bahagia yang sukar digambarkan.

Husband plak terus suruh doktor print gambar tu. Dia pun teruja. Hehe.

Aku sebenarnya rasa macam tak percaya pulak. Susah nak gambarkan perasaan ni. Mungkin mereka yang pernah jadi ibu untuk anak pertama je yang faham perasaan aku kot.

Semoga Allah sentiasa menjaga kandungan aku sampailah aku selamat lahirkan dia ke dunia ni. Amin.

Tak sabar Nak tunggu anak ummi lahir. <3 p="">

Monday, November 3, 2014

fasa baru..

Bismillah..

Sedar tak sedar dah nak masuk dua bulan jadi seorang isteri. Memang rasa satu perasaan lain bila dah jadi bini orang. Yelah, selama ni semua benda sendiri tapi sekarang dah berdua.

Dan sekarang mungkin sudah bertiga. Alhamdulillah aku bunting pelamin. Lepas kahwin terus lekat. Terus tak datang bulan sampai sekarang.


Baru tahu perasaan sedang morning sickness. Subhanallah hanya Tuhan yang tahu rasanya. Mungkin ini satu pengalaman luar biasa untuk aku. Bayangkanlah aku langsung tak boleh bayangkan makanan yang ada kat dapur pun dah rasa loya tekak. Nak pandang pun tak boleh apatah lagi nak makan. Bila kaki masuk dapur automatik hidung terus bau busuk. Aku rasa berat badan makin susut. Hari-hari aku makan buah mangga muda. Hanya benda masam boleh masuk kat tekak buat masa sekarang.

Semua wangian yang aku suka buat masa ni aku dah tak suka bau. Bagi aku semuanya busuk. Lifebuoy, minyak rambut, bau tomyam, bau gulai. 

Alhamdulillah di awal pregnant ni aku balik kampung. Pantang aku bersungut nak makan apa, mak ngn ayah mesti usahakan terus beli. Kadang-kadang sampai menangis terharu dengan layanan mak ayah sendiri. 

Cuma tiga benda yang aku teringin nak makan tapi aku tak dapat lagi. 
1. Cempedak goreng. Sebab bukan musim cempedak. 
2. Roti ngan sup cendawan kat Pizza Hut. Aku kat kampung, mana nak cari pizza kat sini.
3. Nasi goreng cina yang pernah aku makan kat China. Yang ni aku rasa sampai aku bersalin aku tak dapat kot. *sadis*

Sekarang cepat sangat sensitif. Malam-malam mesti menangis sorang-sorang. 

......................

Saturday, September 27, 2014

New Moon

Bismillah..
Dah hampir 2 minggu aku menjadi seorang isteri dan seorang menantu. Segala-galanya masih 'baru' bagi aku. Aku masih cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.

Ternyata...
aku masih mentah dalam mengharungi dunia baru aku ini.
Aku masih banyak kekurangan. Sampai aku terfikir mampukah aku mengatasi kekurangan ini?

Betul kata Ija, alam perkahwinan memang banyak dugaan.

Untuk kehidupan baru aku ini, Aku hanya mampu berdoa semoga setiap langkah aku ini dipermudahkan. Amin.

Sunday, July 13, 2014

rasa sendiri?

Bismillah..
Aku tak tahu apa perasaan orang yang akan kahwin walaupun mereka sudah kahwin. Bahagiakah? Gembirakah? Sedihkah?

Tapi aku...
Entah ye kenapa tak rasa gembira sangat? Tapi lebih kepada rasa sedih. Ini bukan drama sangat pun ye. Cuma satu perasaan. Perasaan yang sebenar-benar lahir dari hati.

Sampai aku pernah kata sendiri kat tunang tak nak kahwin. Bukan Sebab tak sayang tapi aku takut bila sudah ada keluarga sendiri, bimbang takut tak dapat bagi komitmen yang baik pada keluarga sendiri.

Bila duduk kat kampung, jaga orang tua sendiri rasa sangat bahagia yang tak dapat nak diungkapkan. Yalah sape yang tak bahagia dapat duduk di rumah tempat dibesarkan. Ada mak ayah kita pulak tu. Memang la rasa seronok sangat kan?

Sedih tau. Tiap2 malam menangis. Aku sorang je ke yang rasa macam ni bila nak dekat kahwin? =='

Wednesday, May 21, 2014

lemah

Bismillah..

Dah lama tak update blog. Hari ni aku gagahkan diri untuk update sikit. Hai cik blog, still remember me? Miss u so much la.. ;'(

Aku manusia biasa. Ada hati, ada perasaan. Tak pelik kan kalau sampai satu saat aku rasa down sgt, rasa sedih sgt?

Apa dah jadi dengan kau ni?
Dugaan dan ujian yang Allah turunkan tak adalah sehebat Nabi-Nabi ulul azmi tapi kau ni cepat sgt lemah, give up dlm hidup. Come on la, pedulikan apa org nak kata pasal kau yg penting Allah tau apa ada dlm hati kau.

Bangkit la, bakar kembali api semangat kau yg dah terpadam. Ingat, mungkin Allah turunkan ujian Macam ni sbg kafarah dosa kau. Sekarang kau makin dekat dgn Allah kan?

Kau patut brsyukur dikelilingi dgn insan -insan yang sentiasa dekatkan diri kau dengan Allah. Kau ada tunang yang sangat baik dan selalu ada untuk kau waktu susah dan senang. Kau patut brsyukur apa? Kau ada kerjaya yang mulia, jadi cikgu mulia apa. Kau patut bangga kan?

Tapi sekarang aku rasa lemah sgt. Sepatutnya dari dulu aku tak bergantung harap pada manusia sgt. Skrg Aku dah tau hati budi dia, Aku kecewa aku sedih sgt. Aku sayangkan dia tapi tergamak dia kata mcm2 kat aku walhal dia sendiri x tau apa ada dalam hati aku.

Skrg tak pe la, Aku still ada Allah kan. Alhamdulillah Allah sentiasa jaga aku dgn baik. Aku patut brsyukur.

Ya Allah utk hari aku yg mendatang permudahkan urusan ku Ya Allah. Jadikan aku hamba Mu yg sentiasa sujud sembah pada Mu. Jadikan aku supaya sentiasa utamakan Kau untuk setiap perkara Ya Allah. Amin..

Wednesday, February 12, 2014

penyayang & positif...

Bismillah....

Kadang-kadang aku rasa, perangai aku ni dah ikut sikit-sikit cikgu cina kat sekolah. Pergi sekolah, serius gila-gila busy. Sampai tak ada masa untuk diri sendiri. Fikir pasal kerja je....

Ada seorang waris anak murid cakap... "ustazah sekarang sibuk ye?"
"Aah kak. Tak dan nak buat apa dah. Fikir pasal sekolah je. Datang sekolah dengan satu niat je, nak keje, nak ngajar. Yang lain malas nak fikir dah..." walaupun sebenarnya masalah kat sekolah rasa banyak sangat. Kadang-kadang rasa macam tersisih kat sekolah situ. Yela, Cikgu Deena dengan Kak Yati dah tak ada. Sorang-sorang je... huhu... Tapi sekarang aku dah tak kisah. Yang penting aku jalankan tanggungjawab aku....  

Awal-awal dulu aku tension sangat sampai aku keluarkan satu ayat yang tak patut untuk student... "kenapa korang sekolah cina? Kalau tak, ustazah mesti tak masuk sekolah cina.... " Sebenarnya aku menyesal bila cakap macam tu. Sepatutnya aku tak boleh tunjukkan apa perasaan aku pada murid-murid kan? 

Dulu aku pendiam, tak ada konfiden langsung nak cakap depan orang. Dengan murid-murid cina ni pun sampai diorg langsung tak takut dengan aku. Sekarang bila kena ganti kelas, budak-budak dah tak berani nak bising dalam kelas. Semua diam. Buat homework. Kelas dapat dikawal dengan baik. *eceh*. Kadang-kadang kalau budak-budak bising, aku jerit marah diorang macam orang gila, sampai aku sendiri tak percaya tu adalah aku. Serius. Aku dah jadi tegas + garang sekarang. 

Sekarang tahap konfiden dah ada pada tahap yang paling tinggi. Mungkin sebab tiap-tiap hari aku kena bercakap dengan student. 

Sampai tadi masa lecturer datang observe aku tak rasa takut sangat. Gementar sikit la... Ustazah cakap "Zaitun jangan gelabah sangat. Relax je masa ngajar." sebenarnya serius jujur dari hati aku langsung tak ada rasa takut bila masa ustazah datang observe. Aku mengajar macam biasa dalam kelas tiap-tiap hari. 

Alhamdulillah komen positif dari ustazah. Mungkin ustazah baca refleksi aku tentang kepayahan aku kat sini nak survive sorang-sorang. 

"Seorang yang penyayang. Tahan dengan segala cabaran. Kelas terkawal. Ada tindak balas dengan student. Objektif P&P tercapai. Portfolio kemas & teratur." Walaupun tak sampai dapat cemerlang lagi, tapi kira ok la tu dapat komen macam tu untuk pertama kali dia datang observe. Untng next observe, akan ku lakukan yang lebih baik. Boleh dapat cemerlang praktikum ni. Amin.... Amin... Amin... 

Bangga kot dapat komen macam ni dari lecturer. Hehe. Alhamdulillah Allah kurniakan sifat penyayang semulajadi dengan murid-murid. Tak perlu nak pura-pura tunjukkan rasa sayang. Semuanya ikhlas dari hati bila ngajar kat sini. 

Wednesday, February 5, 2014

Insan biasa

Mungkin dia hanya insan biasa...
Tak punya segala-galanya yang mampu membahagiakan semua orang...
Namun dengan segala-galanya yang dia miliki,
dia cuba untuk membahagiakan semua insan di sisi dia.

Dia.. .
ada secebis hati yang aku tak pernah tengok pada insan lain.
yang sentiasa mendahulukan insan-insan yang dia sayang.
yang sentiasa bersyukur apa ada padanya.
yang punya sifat sabar yang sangat besar.

Mungkin aku terlebih memuji..
Tapi itu hakikatnya.. realitinya...

Entah kenapa...
Perasaan hormat dan kasih aku pada dia semakin tinggi.
Mungkin adanya keikhlasan yang luar biasa itu pada diri dia.

Ya Allah,
Semoga Kau sentiasa merahmati setiap perjalanan dan langkah yang dia lalui.
amin.

~232~

Thursday, January 16, 2014

Jodoh dan jalan cerita kita....

Bismillah....

Sementara nak tunggu balik sekolah, aku melepak la depan PC ni update blog. Kat tempat aku ya Rabbi sejuk bangat sih. Dah la duduk bawah kipas dah, siap pasang air-cond lagi. Memang sangat-sangat sejuk.

Bukannya tak pernah cuba update blog tapi banyak post yang masuk dalam draft. Tak tertaip sampai akhir kalam. Apa kan daya sudah ketandusan idea untuk menulis.

Aku kat sini macam ni la. Makin kurus. Berat last aku timbang Isnin baru-baru ni 46.4kg. Huhu. Kat rumah sewa, kawan-kawan housemate yang diet tapi berat badan yang turun aku jugak. Diorang punya la jaga makan, senam setiap hari. Alhamdulillah walaupun dah kering sikit tapi still sihat hendak-Nya. Cuma batuk aku tak mau hilang-hilang dari tahun lepas lagi (ekceli bulan 12 yang lalu). Huhu. Tak tau la nak makan apa nak bagi hilang batuk ni.

Buka je tahun 2014 aku dah selamat jadi tunang orang. Walaupun sebenarnya kejap jadi, kejap tak jadi tapi 25hb 12, 2013 tu majlis tetap langsung. Tersarung la sebentuk cincin di jari manisku ini. InsyaAllah tahun ni jugak nak tamatkan zaman bujangku.

Tapi tu la, kadang-kadang kita ni selalu merancang kan tapi tak semua yang kita rancang tu menjadi. Kadang-kadang aku kagum dengan jodoh sesetengah manusia yang Allah permudahkan. Aku pernah cakap kat Kak Yati (akak sekolah aku dulu, merangkap kak angkat kat SJKC Union ni) : "akak, saya kadang-kadang jeles tengok jodoh orang. Senang je. Ringan jodoh orang-orang tua kata. Kawan saya kat maktab tu, 7hb 12 kenal, hujung bulan 12 dah nikah. Ringan je jodoh kan? Padahal kenal kat fesbuk je. Saya ni duk rancang nak tunang je padahal, kejap jadi kejap tak jadi." Adu aku pada Kak Yati (ayat novel gitu) hehe...

Banyak lagi contoh kawan-kawan lain yang mudah jodoh diorang.

Kak Yati jawab, "tak jugak. Akak ni kawan sampai 7 tahun tapi kawan dengan orang lain jugak. Setiap orang ada la jalan cerita masing-masing. Tak pe la, biar susah dahulu, senang kemudian."

Tapi...
aku rasa kak yati macam nak sedapkan hati aku je. Apapun aku dah selamat jadi tunang kepada Mohamad Aminuddin Yusof. Walaupun selalu bergaduh sampai aku tak tau bila masa kami baik, aku harap biarla dia jodohku kat dunia sampai akhirat. Amin.

Semoga Allah permudahkan urusan kami nak bina masjid pula lepas ni. ;)

Buat Amin, saya akan terima awak seadanya macam mana awak terima saya dalam hidup awak. Semua kekurangan dan kelebihan kita adalah untuk saling melengkapi kan? *ini aku yakin sangat-sangat dia tak kan baca* Tulis syok sendiri je.

Aku terima setiap jalan cerita hidupku. Tapi aku akan sentiasa berusaha untuk jadikan jalan ceritaku yang terbaik.Aku doakan kawan-kawan yang aku sayang kat luar sana tu pun akan ada jalan cerita hidup mereka yang indah-indah belaka.

~~~