"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Saturday, March 31, 2012

saat ketenangan itu menghilang...

Bismillah... 

Dua, tingga minggu yang lalu. Hati langsung tak pernah tenang. Aku terasa semakin jauh dari DIA. Saat sujud pada DIA, aku langsung tak beroleh ketenangan. Saat membaca al-Quran aku langsung terasa kosong. Sampaikan kadang-kadang aku malas nak baca al-Quran. Teruk kan?

Sampai satu malam lepas solat maghrib aku langsung tak buka al-Quran. Terus baring atas tilam. Perasaan aku? Aku hidup ni untuk apa? Semua benda yang aku buat aku rasa seperti sedang paksa diri untuk suka. Aku cuba ikhlaskan hati. Cuba untuk bersabar. Tapi itu langsung tak pernah nak buat hati aku tenang. 

Sampai satu saat sedang aku baring atas tilam, sayup-sayup dengar suara Bai baca surah Ar-Rahman. Sedikit sebanyak hati aku terusik. Tiap-tiap malam Bai baca surah ni. Tapi tiap-tiap malam aku dengar aku langsung buat endah tak endah. Tapi malam ni aku rasa sangat sayu, tak sedar masa aku dengar Bai mengaji air mata mengalir. *Ambik bantal tutup muka* 

Lepas tu, aku terus pejam mata. Buat-buat sakit kepala. Aku malas nak layan sape-sape. Budak-budak (Enul, Bai, Tati & Diya) ni lepas solat & mengaji terus turun bawah pergi makan. Aku memang tak ada mood nak ikut. Bila diorang tanya, aku cakap migrain! 

Bila aku sorang-sorang dalam bilik. Aku tanya pada diri aku, apa sebenarnya aku nak lagi dalam hidup aku ni? Bukan ke dah banyak nikmat Allah yang aku dapat. Apa benda lagi yang aku tak puas hati? Pelik kan perasaan macam ni? Seolah-olah aku ini hamba Dia yang langsung tak pernah bersyukur dengan hidup aku selama ini. Sedangkan berbanding dengan insan lain aku rasa aku dah cukup beruntung sangat-sangat. Aku ada mak ayah yang sayangkan aku. Aku ada kawan-kawan yang sentiasa bagi sokongan & semangat pada aku saat aku lemah. Aku ada segala-galanya yang memang aku perlukan. 

Lepas tu aku buka blog kawan-kawan aku. Tiap-tiap hari aku suka belek blog kawan-kawan. Bila baca blog diorang aku rasa sangat dekat dengan diorang. Aku buka blog Bai. Aku baca bait-bait kata yang Bai tulis. Aku tersentuh dengan ayat Bai.  


perjalann dilalui sekrg mcm xtau nk p mana...TIADA RASA.........

haila.....

dan beryukur hanya ALLAH ada...ad matlamat hidup sebagai hamba ALLAH..bangun je..terus mghdap ALLAH....

nasib baik ALLAH tetapkan ada 5 waktu dating bersama ALLAH...dan Allah sunatkn waktu2 yg lainnye...

ada jugak misi dan visi sbg hamba ALLAH.....terima kasih ALLAH....

sekrg hidup ak hanya aku dan ALLAH...... bukn mcm dulu..byk lalai..byk berangn2...byk gelak ketawa dr nangis...YA ALLAH...AMpuni dosa2ku yg lampau..
aku tau byk ketawa itu nnti hati akan mati..lalai terhadapMU..dan..kau jadikanlah aku sentiasa ingt padaMU..kau jadikanlah aku seorg hamba yg akn setiasa mnjadi BAIK...dan LEBIH baik..seterusnya BERTAMBAH baik...~~AMEEN...


Baru aku sedar aku hidup ini untuk Allah. Selagi aku masih setia sujud pada Dia, selagi itulah aku ada arah tujuan hidup. Aku insaf. Terima kasih Allah atas peringatan ini. Terima kasih ya Allah sebab kurniakan kawan-kawan yang sentiasa mengingatkan aku.

T_T

Friday, March 30, 2012

buku cinta ^^


Bismillah...

Aku ada baca satu buku kisah sepasang suami isteri yang sangat romantik. Tapi tak ingat la tajuk buku tu (banyak sangat membaca la hai).

Kisah pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga. Tak pasti juga sama ada perkahwinan mereka   atas kerelaan hati mereka atau permintaan keluarga mereka. Rasanya perkahwinan atas dasar keluarga kot! Sungguh tak ingat! Tapi ada satu benda yang aku ingat sampai sekarang. 

Ini adalah idea dari si isteri. Mungkin sebab masih di awal-awal perkahwinan dan mereka masih susah mahu menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Setiap malam sebelum tidur si suami akan menulis di dalam sebuah buku apa yang dia rasa terhadap isterinya. Dan keesokan paginya bila si suami pergi kerja, si isteri akan membaca apa yang ditulis oleh suaminya. Dan kemudian dia akan membalas apa yang ditulis suaminya. Setiap hari mereka akan terus... terus.... dan terus menulis tanpa henti. Tanpa jemu. Banyak benda yang mereka tulis. 

Di awal-awal perkahwinan mereka lebih banyak tulis berkisar tentang diri mereka. Dan akhirnya terus sampai kepada perasaan sayang & cinta antara satu sama lain. Bila ada suami yang tak suka atau berkenan dengan sikap isterinya, maka dia akan tulis dan menegur isterinya di dalam buku itu. Bila isteri baca, dia akan cuba untuk mengubah sikapnya. Begitu juga sebaliknya. Saling tegur-menegur. 

Kisah ini berlanjutan hingga la ke tahun-tahun seterusnya. 

Sampailah suatu hari bila si isteri bangun dari tidur  dan buka buku tersebut, suaminya langsung tidak ada meninggalkan satu patah perkataan pun. Biasanya kalau si suami tak tahu nak tulis apa, dia akan tulisjuga   'i love u' or something like that. (Malu lak ai nak tulis ayat jiwang dalam blog sendiri!) Nges... :p

Esok.. esok.. esok.. dan seterusnya juga sama. Hairan si isteri kenapa suaminya tidak meninggalkan satu patah kata untuk dia. Puas dia memikirkan apa salah dia sampai suaminya menjauh dari dia. 

Si isteri tetap menulis di dalam buku tersebut tanpa jemu. Bertanya pada suami apa salah dia dan tetap menyatakan dia sayang pada suaminya sampai bila-bila. 

Sungguh aku tak ingat apa terjadi pada kisah hidup mereka. Tapi ada satu pengajaran yang boleh diambil dari kisah mereka. Lebih baik meluahkan perasaan pada tulisan di atas buku atau diari dari meluahkan perasaan di facebook atau twitter terutama bagi mereka yang sudah berkeluarga sendiri. Memang banyak kata-kata yang tidak dapat diluahkan dengan lisan tetapi lebih kepada tulisan. Tapi lebih baik guna pendekatan yang baik kan? 

Nanti bila dah kahwin, boleh la buat macam ni ye... ^^

Monday, March 26, 2012

oh isnin!

Bismillah...
Sekarang bila dah mula kerja rasa malas sangat. Rasa semangat tu dah hilang ke mana? Kan? Ke aku sorang je yang rasa macam ni? Orang lain steady je gi keje. Semangat sentiasa berkobar-kobar lagi kot.

Tiba-tiba rasa nak kahwin and jadi suri rumah sepenuh masa uruskan suami & anak-anak je. Haha.. Boleh ke fikir macam ni? Penat la. *mengeluh lagi*

Rasa macam fobia sangat-sangat bila munculnya hari isnin.. Asyik tak bersemangat je... Bila la nak ada semangat ni? Haih!

Nges3..

Sunday, March 25, 2012

melukai & terluka..

Bismillah... 

Kadang-kadang bila bersuara kita langsung tak pernah nak hiraukan perasaan orang sekeliling kita sampai tak sedar yang kita dah lukakan hati mereka... Yang kita tau asal kita puas hati dapat berkata-kata. Kan?

Lebih teruk bila insan yang kita lukai itu ialah ibu kita sendiri. 

Suatu malam ayah call. Selalu ayah memang jarang call sebab kata ayah anak yang sepatutnya memulakan dulu. Tapi bila setiap kali aku call, ayah kat masjid.. ayah kat markas (almaklumlah dah nak pilihanraya ni ayah sibuk meeting sana, meeting sini.. orang penting katakan).

Aku suka bila dapat dengar suara mak. Mak suka bagi nasihat bila aku rasa semangat aku dah jatuh merudum. Dari dulu sampai sekarang mak selalu suruh aku banyak bersabar. Aku tau bila mak dah tak ada kat dunia ni aku mesti akan rindukan nasihat mak. *tak sanggup nak bayangkan*

Tapi ada satu bab yang aku tak suka mak katakan. Bila masuk topik tu, aku akan protes dan bangkang sekeras-kerasnya sampai aku tak sedar di hujung talian mak terdiam tak bersuara dah. Aku tahu mak terluka dengan kata-kata aku tapi mak tetap dengar dan diam mendengar tingkah aku. Hanya ayah yang melayan 'keras kepala' aku. 

Bila selesai berbual dengan ayah & mak. Aku terdiam dan terfikir 'mesti mak terluka dengan kata-kata aku'. Tak sedar sebenarnya hati aku sendiri terluka sebab dah lukakan hati mak. 

Sebenarnya kalau nak dikira berapa kali aku lukakan hati mak dah berkali-kali. Sampai tak terkira. Sampai mak pun dah faham sangat dengan anak dia yang keras kepala & degil ni. Pernah masa aku sekolah menengah dulu aku buat mak merajuk dengan aku sampai 3 hari mak tak bercakap dengan aku. Bukan saja tak cakap dengan mak tapi tak makan. Aku berkurung dalam bilik je. Masa tu bulan puasa. 3 hari puasa tanpa makan. Gila kan? Memang keras kepala sungguh! Masa tu rasa bersalah sangat tapi tetap tak nak minta maaf. Ego sungguh masa tu. Sampai satu malam masa hari ketiga lepas je mak solat maghrib, ku naik atas rumah dan minta maaf kat mak sampai nangis-nangis. Mak pesan lain kali jangan buat lagi. Tapi manusia kan... tak lepas dari kesalahan. 

Aku selalu pertikaikan pada mak kalau mak lebih utamakan abang dari kami anak-anak mak yang lain. Aku rasa mak sayangkan abang lebih dari kami. Sebab abang kan satu-satunya lelaki antara kami 4 orang. Mesti la mak sayangkan anak lelaki mak lebih. Hakikatnya bila ayah sayangkan aku lebih dari adik-beradikku yang lain tak ada yang pertikaikan pun! 

Tapi mak kata "mak sayang anak mak sama je. tak pernah lebih-lebihkan sape. nanti bila adik dah jadi mak mesti akan tahu apa yang mak rasa." 

Aku diam tak jawab. 

Mak. T_T

Thursday, March 22, 2012

jalan..

Bismillah...
Lama sudah menyepi dari sini. Bermakna aku sedang sibuk dengan kehidupan yang aku lalui kini.

Suka atau tak ini jalan yang aku pilih. Jadi tempuh saja sampai ke akhir...

Monday, March 19, 2012

moga sayang ini kekal sampai syurga...

selamat hari lahir mak...
sampai bila-bila adik sayang mak...
dunia & akhirat....

T_T

Friday, March 16, 2012

jujur pada hati... ^^


Mari jujur pada diri.
Pada hati.
Akuilah kenyataan ini
Bahawa kenyataannya
Kita yang bersifat manusia ini.
Terkadang ada “cinta” yang datang mengusik jiwa kita.
Bersembunyi dibalik tirai keinginan yang amat sukar dimengertikan.
Sehingga kita lena dalam angan – angan
lalu menjadikan kita terbayang satu keindahan yang amat kita impikan
Terasa seolah kita menanti sesuatu
Sesuatu yang akan membuatkan kita rasa bebas bahagia di awang – awangan.
Terkadang kita rasa ingin membuang perasaan ini
membuangnya jauh – jauh dari hidup kita
tapi ia tetap menerjah kita
Seperti ombak
Seperti badai
Pergi dan datang
Pergi dan datang
Tanpa kita dapat menolaknya
Malah bertambah kuat menghempas kita
Kita tidak tahu sampai kapan harus kita sembunyikan hati dan perasaan ini
Bukan kita minta ianya berlaku
Bukan kita minta ianya menyusup dalam hati kita
Bukan kita minta untuk ia hadir ke dalam sanubari kita
Namun disitulah ia berbunga
Disitulah ia mekar
Disitulah ia menguntum
Dan mengharumkan hati hati kita
Meskipun hati dan rindu ini kita sorokan
Di balik mata manusia.
Namun,
Rasa itu kadangkala melemaskan
Merimaskan iman di jiwa
Lantas, kita tertanya
Kemana “cinta” itu harus dilontarkan?
Tetapi
Cinta itu diam sahaja
Diam seribu bahasa
Ia beku
Diam dan terus membisu
Seolah iman tidak mampu menjawab soalan itu.
Dalam mencari jawaban..
Baru kita sedar
Cinta
Yang paling menenangkan
Yang paling mendamaikan
Yang paling menyejukkan
Hanya cinta kepada Pencipta Cinta
Iaitu Allah SWT
Ketika itu
Hati bergetus
Alangkah indahnya
Jika seluruh umat manusia di dunia ini
Mencintai Tuhannya melebihi cintanya kepada ciptaan Tuhannya
SubhanAllah.
Ya Allah cintakanlah kami pada perkara – perkara yang Engkau cintai
Dan bencikanlah kami pada perkara – perkara yang Engkau benci
~ilmi-islam.com~

Tuesday, March 13, 2012

akad nikah kahwin ^^

Bismillah..
Cuti-cuti sekolah ni banyak betul kenduri kawen.. Kalau kat kampung dalam sehari je ada sampai 2, 3 kenduri.. Ramai betul ye manusia kawen sekarang... hua.. 
Dan ku seperti biasa la, bila balik kampung time cuti sekolah memang jangan mimpi la nak bermanja dengan mak masak sedap2.. Mak sibuk kenduri sana, kenduri sini.. Ku kat rumah rebus megi je la.. Akak ipar plak balik Perak.. Sadis betul.. 

Kawan sekolah rendah ku pun dah kawen. Kalau ingat balik masa zaman sekolah, dia ni rajin buli ku. Tapi bila ada subjek math, mesti ku lari duk sebelah dia sebab dia memang hebat math. Cikgu Math plak gila garang. Ku lah biasanya jadi mangsa keganasan cikgu ku. Nasib la, sape suruh tak pandai.. sob3..

Cerita cinta yang paling simple. Tak pernah bertemu, tak pernah bercinta. Abang dia yang carikan. Masa akad nikah baru jumpa untuk kali pertama. Senang kan?

Mak pandang & sengih je masa kisah ni sampai kat telinga mak. Mak kata kalau mak buat macam ni untuk aku macam mana. 
"Tak boleh kot mak. Kot nak setuju pun kena tengok muka dulu, kalau main terima sampai tak tengok muka susah sikit kot mak."
Mak tak pernah paksa. Soal jodoh ni mak lebih suka biar anak-anak yang buat keputusan terbaik untuk diri sendiri. Eh!

Baby ni comel sungguh. Seperti biasa, jeles tengok kawan-kawan ada baby yg comel2.. Rasa nak culik je.. nges.. :p


Ini pula kawan baik masa sekolah menengah agama. Dia memang sangat cantik. Cantik kan? Ku rasa pengantin-pengantin lain patut mekap macam dia je. Natural je. Ini tak, bila mekap je mesti muka pengantin perempuan berubah 100%. Tebal sangat mekap. 

Tapi kalau Yan memang cantik sangat. Mata tak berkelip-kelip pandang dia. 

Sahabat ribena yang hadir memeriahkan majlis. Kawan-kawan aku ni semua jadi ustazah. Aku je tak terbuka hati lagi nak ikut jejak langkah diorang walaupun dah kena paksa dengan mak. Hee.. :p




Malas nak tulis dah. Apa-apapun selamat pengantin baru untuk semua sahabat yang dah mendirikan masjid. Semoga bahagia sampai ke syurga. 
Tunggu la pulak kad jemputan ku plak sampai.  Itu pun kalau sampai la.. hua.. :p

Wednesday, March 7, 2012

kisah kita... ^^


“Setiap. Orang,
Akan ada sesuatu yang dia simpan.
Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan.
Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan.
Siapa pun dia,
Segembira mana pun dia.
Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum,
Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka.
Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya,
Pasti ada sesuatu yanh pernah membuat dia menangis.
Pasti ada.
Kerana dia juga manusia.
Makanya,
Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa,
Hanya kamu yang melalui,
Dan hanya kamu yang mengerti,
Kamu silap, dan kamu salah.
Ada orang lain yang pernah melaluinya,
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan.
Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui.
Ada.
Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu,
Kamu yang tak pernah nampak.
Jangan selalu menganggap,
Bahawa kamulah yang paling susah,
paling sakit diuji,
Paling berat diduga.
Ada.
Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.
Sudahlah, kesat air matamu,
Walau serumit mana situasi kamu.
Pujuk hatimu.
Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada.
Bila kamu menyandar harapan padaNYA, DIA tak akan sekali-sekali mempersia harapan kamu.
Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA,
DIA tak akan sekali-sekali mengkhinati kepercayaan kamu.”
~dicuri di tumblr sendiri  http://zai4z.tumblr.com/ ~

Monday, March 5, 2012

mimpi dia buat ku senyum... :)

Mimpi itu memang pelik! Kadang-kadang dengan mimpi kita akan rasa takut, berdebar, malu, berani, kelakar dan bermacam-macam lagi perasaan. 

Ada juga mimpi yang sampai kadang-kadang kita rasa tak masuk akal langsung. Seperti malam tadi. Ku mimpi Kwang Soo (adalah seorang manusia korea yang femes dalam rancangan Running Man). Pelik kan? Hairan sungguh macam mana Kwang Soo boleh masuk dalam mimpiku. Sampaikan masa aku mandi pagi tadi aku boleh tersengih sorang-sorang bila kenangkan balik yang aku bermimpikan Kwang Soo. 

Kalau nak ikutkan, ku tak de la nak minat sangat dia sampaikan ku mengharapkan dia akan masuk dalam mimpiku. Tapi serius memang kelakar bila ingat balik mimpi tersebut. 

Aku bermimpi aku dan dia naik satu teksi yang sama. Sampai di satu tempat (macam kampung) dia turun dari teksi. Dan teksi terus berlalu meninggalkan dia dibelakang. Dan aku buka cermin tingkap kemudian melambaikan tangan pada dia dengan penuh syahdu. Seolah-olah kami akan berpisah buat selama-lamanya. 

Nak dijadikan cerita (kononnya lebih dramatis), tiba-tiba Kwang Soo lari mengejar ku yang berada dalam teksi ketika itu dan terus berkata, "nanti kita jumpa dalam Running Man ye!" Tiba-tiba Kwang Soo pandai cakap melayu. Tak masuk akal! Aku hanya mengangguk ketika itu dan sampai sekarang ku masih ingat senyuman dia. Kalau siapa yang suka layan Running Man pasti sudah tahu bagaimana senyumannya itu. 

Dia walaupun agak lurus bendul orangnya, sikapnya yang kadang-kadang menyakitkan hati sebab kurang bijak, selalu kena marah dengan Jong Kook tapi sebenarnya dialah antara penyeri dalam Running Man. Tak gitu peminat-peminat Running Man? Hua... :p

Hadoi la.. banyak sangat layan Running Man sampai boleh pulak mimpi Kwang Soo.  

Friday, March 2, 2012

letakkan nama Dia disenarai paling teratas sekali... ^^

Bismillah...

Bacaanku tentang travelog ini sudah sampai ke garisan akhir. Mungkin dalam 2 atau 3 bab aku akan tamat membacanya. 

Penulis sudah kembali ke Malaysia setelah 44 hari lamanya dia beribadat dengan bersungguh-sungguh pada Allah di Makkah dan Madinah. 

Ternyata rahmat dan hidayah yang Allah berikan pada dia masih berterusan dan Allah tak pernah tarik walau sedikit pun rahmat yang telah Dia anugerahkan pada penulis ini. 

Tanggungjawab yang penulis terpaksa pikul kali ini cukup berat buat dirinya. Menjadi Imam di Surau Kondo Kemuncak. Surau yang telah kehilangan serinya akibat penduduk sekitar yang langsung tidak pernah peduli akan kehadirannya. 

Dan penulis terpaksa kembalikan sinar surau tersebut. Aku rasa sangat kagum pada penulis. Dia sanggup membaca dan membetulkan wirid selepas solat, menghafal ayat-ayat suci al-Quran, membaca buku panduan tatatertib menjadi seorang imam dan menhafal doa dalam bahasa arab selepas solat. Semuanya dilakukan demi menaikkan kembali fungsi surau kecil tersebut. 

Mungkin pada mata orang lain langsung tidak nampak kepentingan surau itu. Ya, mungkin mereka boleh ke masjid-masjid yang lebih besar dan lebih gah namanya namun pada penulis itu adalah tanggungjawab yang harus dia pikul setelah kembalinya dari menunaikan ibadah haji. 

Ibadah yang berterusan, istiqamah, ikhlas dalam membuat kebajikan, bersungguh-sungguh bila mengadap Allah, sentiasa percaya setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah tersembunyi dan banyak lagi pengajaran yang dapat aku kutip dari bacaan travelog haji ini. Semua manusia bermula dari tidak tahu dan bukan dengan alasan tidak tahu ini kita mahu abaikan tanggungjawab kita pada Allah kan? 

Thursday, March 1, 2012

serius saya rindu ^^


Bismillah...


Bila kita banyak berfikir tentang masa depan, itu tandanya kita dah dewasa.
Bila kita banyak menangis sebab dah banyak sakitkan hati orang disekeliling kita, itu tandanya kita dah dewasa.
Bila kita berfikir betapa banyaknya dosa kita selama di dunia ini, itu tandanya kita dah dewasa. 
Bila kita berfikir setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya, itu tandanya kita dah dewasa. 
Bila kita mahu buat yang terbaik dalam hidup ini, itu tandanya kita dah dewasa. 
Bila kita mahu membahagiakan mak & ayah, itu tandanya kita dah dewasa.

Ya, saya, awak dan sahabat-sahabat disekeliling kita sudah dewasa. 

Sudah bertahun-tahun rupanya aku melangkah di dunia ini. Langsung tak sedar sudah bertahun-tahun ku meninggalkan zaman kanak-kanak. 



Jom.. kemabali pada zaman kanak-kanak yang sentiasa girang bermain. Langsung tidak dibebani dengan masalah dunia. 

*sangat rindukan zaman kanak-kanak*