"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Friday, June 25, 2010

Malang @ tidak bernasib baik....

"Adik, minta maaf... Adik punya tiket 25hb bukan 24hb..." Pemandu bas tu pandang muka aku dengan kesian.... "Cuba adik tengok tarikh, hari ni baru 24hb... adik kena turun kat sini, kalau tak penuh bas ni saya boleh bawakkan... tapi sekarang dah penuh..."

Aku terkesima... Ni semua salah kaunter tiket bas tu la... aku duk merungut dalam hati... bengangnya hanya Tuhan yang tahu perasaan aku.... Waaaa... rasa nak menangis sambil menghentak2 kan kaki je kat hentian duta ni... baru separuh perjalanan dah kena halau turun dari bas... apa ke malang la nasib aku... dah la semalam fail test JPJ kereta... aku tak tau la kenapa nasib aku begini....

Aku masuk dalam terminal... Abang bas yg suruh aku keluar tadi datang kat aku... dia kemudian duk bincang2 dengan sorg abang lagi nak mintak tolong kat abang tu suh aku naik bas pukul 6 petang... ni semua salah orang kaunter tiket tu la, aku mintak tarikh 24, dia bg 25... kan ak dah tersalah naik bas... malunya hanya Tuhan je yang tau... huhu... Abang tu suh aku duduk dulu, tunggu bas pukul 6... aku pun melangkah dengan lemahnya kat kerusi dalam dewan tu dan duduk sambil mengenang nasib...

Mak cik yang kat sebelah aku tengok aku dengan muka pelik... ye la, muka macam sarang tebuan mesti la dia pelik... dia tegur aku...

"kenapa ni nak?"
"saya tersalah bas la mak cik..." aku jawab lemah.
"La. kesiannya.." aku lagi kesian kat aku... dari semalam malang bertimpa2... sudah jatuh, ditimpa tangga bak kata pepatah.
"Mak cik tau kat mana kaunter tiket transnasional..."
"tahu. nak mak cik temankan anak.." mak cik tu offer diri. baik sungguh mak cik. leh buat mak mertua ni... hahaha...
"tak pe la, saya pergi sndiri la... mak cik, tolong jagakan beg saya ye.."

aku tinggalkan segala beg aku kat mak cik ni... itu pun selepas aku tengok muka mak cik ni macam baik je... aku tahu mak cik ni tak kan bawak lari beg aku... (yg ada laptop dalam tu)... kalau mak cik tu bawak lari beg aku jugak, memg la aku manusia yg paling malang kat dunia tyme tu... hehehe...

selepas menukar tiket, aku berdiri depan kaunter tu...
"Arghhh" aku menjerit... semua pandang aku...
"hisy, pesal la aku malang sangat ni..." huhu... rasa nak nangis tapi air mata tak nak keluar...

abang kat kaunter tu bagi tukar tapi kena caj plak 7 henggit... cuba la kira asalnya tiket harga 35 tambah ngn 7... aku yg x minat math ni pun tau jawapannya... huhu... walaupun pak cik tu beriya nak tolong aku naik bas kul 6 tapi aku tetap berdegil nak tukar tiket sendiri... sebenarnya aku ni ego... hahaha... walaupun tengah susah tapi tetap brkeras...

aku tengok dalam dompet aku.. tinggal sepuluh hinggit... hmmm.. memang la aku malang... hahaha...

lepas semua urusan selesai, aku kembali kat mak cik yg jaga beg aku tadi.. dia masih ada kat situ... huh.. lega... baik mak cik ni... ngeh3....

lepas je mak cik tu mintak diri.. aku pergi satu kedai makan... tempah air laici... makan??? memang la aku tak de selera tyme tu... huhu.... sambil menongkat dagu, aku pandang orang yg lalu depan aku... mengenang nasib yg jauh di perantauan + bernasib malang = waaaaaaaaaaaaa..

kalau tyme tu ada orang nyanyi lagu nora 'dugaan'... memang la aku meraung2 kat situ... hehe...

sebenarnya aku tak leh minum air buah, bila minum jugak.. maka... akan lenguh2 @ sengal2 badan aku... memang la aku malang hari tu... huhu.... aduyai... nasib3...

tak lama pas2 bas datang... dalam bas aku citer sume kat ayah... ayah kata "tak pe la, nak wat camne..." wah senangnya kata2 ayah... kalau mak, mesti 24 jam membebel kat aku.. sbb cuai... naik bas tak tengok tarikh dulu.. tapi sbnrnya salah aku jugak... hehehe... ambik pengajaran pas ni... "kena tengok tarikh sebelum naik bas dulu... hehehe...

papepun skrg dah ada kat penang... hehe.. perjalanan aku selamat sampai.. alhamdulillah... bak kata akak, ada hikmah di sebalik semua kejadian... betul3.. =)







No comments:

Post a Comment