"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Sunday, June 20, 2010

'Dia'... Insan terbaik dalam hidupku....



Suatu ketika dahulu...

aku lihat mayatnya terbujur kaku.. wajahnya begitu bersih tanpa ada sekelumit kotoran yang menghiasi di wajahnya... Mayat yang terbujur kaku itu begitu pucat sekali... Sukar untuk aku percaya bahawa dia insan yang aku sayang selama ini telah pergi meninggalkan aku... Aku di sisinya tidak dapat menahan air mata apabila terdengar bacaan yaasin memenuhi ruang rumah... Lantas aku berlari ke dalam bilik... di situ aku meraung sekuat hati di bilik...

Aku tersedar... namun, wajah aku basah dengan air mata.. baru aku sedar bahawa aku baru bermimpi satu mimpi buruk dalam hidupku... aku bersyukur itu hanya mimpi... terima kasih Ya Allah... aku mengucap syukur yang tidak terhingga...

ini kisah aku dan dia...

Aku suka dia...
bila aku lihat dia pakai baju melayu ingin ke masjid setiap kali maghrib datang menjelma...

Aku suka dia...
sampai aku selalu tunggu dia balik dari masjid dan temankan dia makan... walaupun aku tak makan malam... tp aku suka tengok dia makan...

Aku suka dia...
sebab tiap2 kali kalau aku masak dia tak pernah komen tak sedap... tapi bila aku makan hasil masakan aku sendiri, aku pasti buat muka... tak sedap.... heee....

Aku suka dia...
bila tiap2 kali dia sakit, dia akan panggil 'adik'....

Aku suka dia...
bila dia sebut 'adik'... itu panggilan manja aku kat rumah... bila aku suruh dia berhenti panggil 'adik' sebab aku dah makin besar, tapi dia tetap panggil 'adik'...

Aku suka dia...
sebab aku tau aku insan yang paling rapat dengan dia... hanya aku yang ada kad bank dia...ngeh3... =)

Aku suka dia...
bila dia selalu kejutkan aku solat subuh...

Aku sentiasa sukakan dia...
selamat hari bapa untuk ayah tersayang...
kau insan terbaik yang pernah dikurniakan dalam kehidupanku... =)

2 comments: