"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur rasul...

sungguh hati ini berasa syahdu tika mendengar selawat ke atas Nabi junjungan kita... tidak tergambar perasaan ini terasa sayu sangat-sangat... huhu... mari la kita sama-sama menyatakan kecintaan kita pada Rasulullah saw dengan selawat ke atas baginda, bukan untuk hari ini, tapi buat selama-lamanya...

Ya nabi salam alaika
Ya rasul salam alaika
Ya habib salam alaika
Solawatullah alaika

Ya rasul kau bawa cahaya
Menyinari alam buana
Bumi tandus
Subur kembali
Rasa gembira di hati

Lahirmu membawa rahmat
Memimpin ke jalan selamat
Akhlakmu yang sungguh memikat
Contoh buat seluruh umat

Mulianya pengorbananmu
Kebaikan yang kau seru

Biarpun halangan menimpa
Namun dirimu tetap tabah

Ya Muhammad yang berjasa
Quran dan sunnahlah pusaka
Menjadi panduan manusia
Untuk hidup aman sentosa

Tuesday, February 23, 2010

malam yang agak memberi tekanan jiwa pada aku dan geng2 muamalat

arghhhhhh..... ha... puas hati aku dapat menjerit kat sini.... lalala... :)
geram nye la... banyaknya keje utk esok... wawawaaaaaaaa...

kena wat summary utk artikel dr sanaa (bi & ba)... memang la aku jd penterjemah yg berjaya... dah la kena tulis tangan arabic tu... dah bape sem tak amik arab... terkial2 nak tulis... hahaha... teruk sgguh ak ni...

wat slide dr azah... sok present... bahan plak memg x de & x jumpe2 utk tajuk nih... nak kata susah tak pon, tapi sgguh la aku blur... nampak gayanya sok ak sengih je la tyme present kat depan tu... hik3...

test dr sanaa... dr sanaa ni memang tak sah kalau tak de test sekali dlm seminggu... sgguh la rasa nak gilo dah aku malam nih... wawawaaaaaaaa.... esok aku tibai je... asal bertulis... goreng secukup rasa... nak hangus ke garing ke... lantak pi la... aku dah nak bengong ni... huhu... tgok izah tension lagi dahsyat... duk membebel je... enol plak mghilangkan tension dgn nyanyi lagu 'halimah jongang'... hmm... molek la tu... habis satu umah sewa dah tak betul... siapa yg patut disalahkan???? hahaha.... tepuk dada, tanya la iman... :)

test kompang... esok aku ketuk je kompang tu asalkan kuar bunyi... nak kuar bunyi dangdut ke, bunyi nasyid ke... ada saya kesah??? hahaha....

arghhhhhhhhhh.... (sambg balik menjerit)
best gak ada blog ni... ni salah satu faedahnye... leh lepaskan segala bagai perasaan kat sini...
lalalala~~~

Sunday, February 21, 2010

semakin hari semakin busy...

dah lama tak menulis sesuatu di sini... bukan tak ada idea nak tulis, mcm2 benda ada dalam fikiran ketika ini, tapi kesibukan membatasi segalanya... huhu... sungguh la bz... tp malas nak wat keje... aduhai, apa nak jadi ni...

semangat... mai la balik... hee... :)

Friday, February 12, 2010

aku bukan hlovate @ addin shah...

rasa nak gelak terguling-guling bila ramai yang ingat aku ni 'hlovate'...
ni semua sbb aku guna nama 'addin shah' kat facebook....
kontroversi betul nama nih...
tu belum lagi yg tanya aku mana 'benz alif''...
bila la hlovate ni nak muncul kan diri dia...???
bikin suspen je...
pape pon ak suka cara 'hlovate' nih... :)
cara berdakwah yg baik...
love hlovate... :)

Wednesday, February 10, 2010

hari yang banyak cabarannya....

Fuh... tu je mampu aku cakap bila dah abis present Dr sanaa nyer subjek... tak tergambar perasaan lega ni camne... arini macam2 insiden berlaku...

1) air tak de... bangun dari tido pagi tadi... izzah gtaw air tak de... rasa cam nak nangis je... bkn aku ni fanatik kat air ke hapa... tapi sebab arini present dr sanaa nyer... mau nye ak tak kelam kabut mcm org gila... huhu... dah la Dr sanaa ni pantang org masuk lewat dlm kelas dia... bila izah tgok ak serabut cam apa2 ntah, dia pon cari la inisiatif... aku ni fikir nak gi present tak mandi je.., haha...

last2 terpksa la angkut segala bagai barang gi mandi kat blok sebelah... ni satu lagi cabarannya... iaitu....

2) malu nak masuk lif... malu la bila tak mandi lagi nak menyelit dlm ramai2 tu... dah la pagi2 ni tyme org gi keje... last2... terpaksa la aku ngn izni merajinkan diri turun tangga dr tingkat 13... nasib bek turun, kalau naek... alamat bengkok la kaki... tak psl2 exercise pg2 buta... bgus gak... tp yg tak bgusnya bila izni nak jatuh tangga... dah la tgh mamai, baru bgun tido... lampu plak diorg tak pasang... aku rasa cam tgh jalan kat dalam gua je... isyh3...

sampai kat blok sebelah, dengan yakinnya kami gi tngkat 15... memang sampai ke sudah la tak jumpa umah 'bdk2 ekonomi' ni... sebab umah diorg kat tingkat 14... aduhai.... memg menguji kesabaran di pagi hari...

tapi... kesabaran berbalas bila dapat mandi... alhamdulillah...
bila da siap mandi, balik umah semula... air dah ada balik... ntah la, tak tau nk cakap apa... yg leh ak cakap... benda yg lepas jgn dikenang... hahaha...

3) cabaran ketiga... masalah motor....
aku memg la fobia nk nek motor lagi kat KL nih... faham2 je la kat KL ni camni... kalau kat kg , tak kisah sgt... tp sbb terpaksa, ak dgn beraninya nak bwk motor enol... kebetulan bdk bertiga ni nak ponteng kelas...

masalahnya, tak bleh nak start motor... ak ni dah la terlebih lemah lembut... nak start motor pon tak pas... suh izni pon dua kali lima je ngn ak... dia lagi la lemah gemalai... last2... begini la kisahnya....

aku dgn muka tak malunya panggil sorang abang mana ntah... kebetulan dia nak gi keje... nasib bek la dia sudi membantu... dia start motor ok je... tp pas2 mcm2 nasihat dia bg... aku yg tgh blur, angguk je la... bila dah tak leh gak sbb motor tu kena pandai main minyak dia kata... abg tu pun dah tak tau nak tolong camne... (tp yg pasti sempat tgok uniform TM abg tu pakai)...

last2 mintak tolg kat piya... aku naek motor piya... piya nek motor enol... alhamdulillah selamat sampai msk kelas... thanks piya... next cabaran....

4) tak de mood nak present... sbb dr sanaa tak nak dengar alasan kitorg lewat masuk kelas... sungguh tak de mood td, paksa diri je...

bila dah abis present jumpa dr sanaa... nak minta maaf... doktor kata dia tak marah... dia bgtaw dia tgok situasi arini jarang berlaku seperti biasa... sebab bila dr sanaa msk kelas, dia tgok bdk pompuan tak de yg dtg lagi... tapi bdk laki semua dtg awal... syabas kat korg... satu perubahan yg baik... :)

apa2 pon semua yg berlaku ada hikmahnya....
to : piya... thanks ye tolg ak ngn izni td... kalau tak de ko td, tak sampai la ke kelas km td... :)

Tuesday, February 9, 2010

~HLOVATE~

You wonder
Is it an angel or yet
Maybe a sweet dream that you can’t forget
So close yet far-fetched
Causing you to float on the line
between reality and fantasy

c/o Haunted the nightmares
Creates the ecstasy
Hlovate~oh poisonous honey
Love and hate
Driving me crazy

The poison ivy of Venus
Killing with venom so sweet
You’re losing your head
Don’t want it yet it keep haunting
Losing yourself in the suffocating mist

c/o

The blind arrows of
Piercing cold ice and
warm melting heart
Tearing me apart

Sunday, February 7, 2010

Hikmah Menjadi WANITA

Aku tengok sekarang ramai wanita nak jadi lelaki... Kekadang tu cara pemakaian macam lelaki.

Para wanita sekalian... baca ini :

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti = membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang = melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh = rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yg.
menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yg. mendatangkan keburukan kepada kita.

pergilah duka... pergilah air mata...


air mata ini...
begitu mudah ianya mengalir...
andai air mata ini dapat menyucikan segala dosa...
pasti segala dosaku sudah terhapus...
kerana telah banyak air mata ini ku biarkan ia mengalir...
mengapa perlu bersedih sampai begitu sekali???
Bukankah Allah menguji manusia dengan pelbagai cara...


air mata ini...
banyak menginsafi diri... menyedari kekhilafan diri...
air mata ini...
mengalirnya ia kerana derita...
jarang sekali air mata ini mengalir kerana gembira...
benarkah mengalirnya air mata ini...
menunjukkan diri ini insan yang lemah...???
tapi...
bukankah tiap-tiap kejadian Tuhan itu ada kegunaannya...??




sabda Nabi -shollaLlahu ‘alaihi wasallam- yang bermaksud:

“Tujuh golongan yang dinaungi di bawah naungan Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya… Antaranya: Seorang lelaki yang mengingati ALLAH dalam keadaan bersendirian lalu berlinangan air (dari) matanya…”

inilah linangan yang paling berharga. =)

akan ku cari linangan air mata ini...
cukuplah air mata yang mengalir hanya berdasarkan emosi semata-mata...
air mata ini...
hanya akan ku beri kepada satu CINTA yang amat aku agungkan...

Saturday, February 6, 2010

~tetap bertahan : Wali band~

Tak pernah ku sangka Tak pernah ku duga
Kita kan berjumpa Dan telah bersama
Disiang malam aku Memikirkan kamu
Siang malam kamu Terfikirkan aku
Kita menyatu…

Jangan marah bila ku tak datang bila
Ku tak pulang bukan ku tak sayang
Kumohon kau jangan marah karena
Akan datang waktu ku tak pulang waktu
Ku tak datang.

Kini tiba saatnya kupergi
Kumohon jangan tangisi walau perih
Suatu saat nanti untukmu disini
Ku akan kembali…

Cobalah tetap bertahan Untukku
Dan coba terus bertahan menantiku
Sampai hari nanti sampai ku kembali

Jangan marah bila ku tak datang bila
Ku tak pulang bukan ku tak sayang
Kumohon kau jangan marah karena
Akan datang waktu ku tak pulang waktu
Ku tak datang.

Kini tiba saatnya kupergi
Kumohon jangan tangisi walau perih
Suatu saat nanti untukmu disini
Ku akan kembali…

Cobalah tetap bertahan
Dan coba terus bertahan
Sampai hari nanti sampai ku kembali

Friday, February 5, 2010

kasih seorang isteri...

HUJAN... Begitu indah sekali mata memandang mutiara-mutiara hujan yang turun membasahi bumi... Sungguh aku begitu suka pada hujan... :)

Tika bersendirian di taman permainan petang itu, tiba-tiba datang seorang pak cik duduk di sebelah aku... Sungguh aku terkejut... Sekilas mata memandang dia... Dia tersenyum... Seperti senyuman seorang ayah kepada anaknya... Sungguh tenang aku melihat senyuman itu...

Payung yang berada di tangannya digunakan untuk dijadikan perlindungan dirinya dari basah... Spontan, dia turut sama memayungkan aku... Aku pandang dia... Sebenarnya pelik dengan tindakan dia... aku rasa tindakan itu tidak sepatutnya berlaku kerana ketika itu aku sudah lencun basah...

"Anak buat apa kat sini? Tak takut ke? Sorang-sorang plak tu... Bahaya kalau jadi apa-apa.. Tengok ni, dah basah... Nanti mesti demam nih.... " Ujarnya panjang lebar... Aku hanya mampu senyum... Memang kata-katanya ada benar...

Sungguh malas nak jawab soalannya ketika itu... Bukan nak kurang ajar atau apa... Tapi semestinya ada sebab aku berada di situ... Sungguh pun aku suka hujan, tak kan la sampai aku nak menyusahkan diri...

"Anak nak dengar satu cerita tak???" Ujar pak cik tadi lagi...
Aku senyap... Jawapan aku masih hanya dengan senyuman... Hujan yang turun langsung tak ada tanda-tanda mahu berhenti... Lama kemudian aku hanya mengangguk... Mata kemudian memandang pada tanah yang menjadi tempat letak kaki kami...

"Dia baik sangat... Tapi pak cik langsung tak pernah menghargai kehadiran dia..." Pak cik tadi mula bersuara... Perkataan 'dia' yang pak cik itu ungkapkan sungguh mengelirukan aku.. Siapakah dia??? Isterinya kah??? Atau anaknya??? Atau .... Ah, byk sungguh kemungkinan yang berada di fikiran aku ketika ini...Terlalu umum perkataan 'dia' itu....

"Pak cik kejam sangat...." Aku mula sedar nada suaranya seperti ada sayu di situ... Aku memandangnya... Mata dia yang makin dimamah usia itu aku lihat berkaca-kaca... Hanya menunggu masa untuk pecah di empangannya...

"Pak cik sayangkan dia... Sungguh pak cik sayangkan..." Kali ini air matanya sudah mengalir laju di wajahnya... Hatiku sayu...

"Pak cik menyesal dengan apa yang pak cik lakukan pada dia... Kalau la dia ada lagi, pak cik akan ubah semuanya... Pak cik akan menjadi suami yang terbaik untuk dia...." Kini baru aku mengerti siapakah 'dia'... Isterinya... Dalam fikiran aku mula tertanya apa kesalahan yang dilakukan pak cik ini sampai begitu sekali dia menyesal dalam hidupnya...

"Hanya kerana salah faham, pak cik menghukum dia dengan hukuman yang sungguh berat... Hukuman yang tidak sepatutnya dia terima... Pak cik lihat air mata dia... pak cik nampak derita dia... Tapi pak cik tetap nak sakitkan hati dia... Hanya sebab mahu puaskan hati pak cik..."

Apa yg pak cik dah buat??? Rasanya mahu saja bibir aku ni bertanya... Tapi seperti ada kuasa yang menghalang...Rasanya lebih baik aku diam dan mendengar... Akal mula mengawal perlakuan aku ketika itu...

"Sungguh besar dosa yang pak cik lakukan pada dia... hanya kerana sebab pak cik salah faham bila nampak dia dengan kawan pak cik... cemburu pak cik mengatasi segalanya... "

Aku terdiam... Mula teringat pada patah-patah kata 'cemburu tandanya sayang'... tp apa yang baru pak cik ini katakan, rasanya cemburu ini telah menyebabkan benci menguasai dirinya... Dia terus bercerita... Aku pula makin tertarik untuk mendengar ceritanya hingga tamat...

"Mesti anak pelik kan kenapa pak cik cerita semua ini pada anak kan?" Sudah semestinya... Aku pelik sangat... Kenapa begitu mudah sekali cerita peribadinya diuar2kan pada orang asing...

"Dari dalam rumah tadi, bila pak cik lihat anak duduk di sini... dalam hujan2 lebat nih membuatkan pak cik teringat pada 'dia'... Dia juga sukakan hujan macam anak... Bila hujan turun, dia akan termenung pandang hujan sampai la hujan berhenti...."

"Dia suka duduk kat sini... Kat tempat anak sedang duduk ini... Dia suka pada budak2... mungkin sebab itu dia selalu datang ke sini... Dia tak boleh berikan zuriat pada pak cik sebab dia sakit...Sebab itu dia suka pada budak-budak...."

Aku terdiam... Sedikit sebanyak aku mula faham pada cerita dia... Sungguh aku tak sangka bila aku duduk sini membuatkan dia ingat pada isteri dia...

"Pak cik tak pernah nampak anak... Anak orang baru kat sini ke?"

"Saya kat sini duduk umah sepupu saya... Pas berhenti dr sekolah tak tahu nak wat pe... Datang la sini... Kot2 dapat petunjuk..." Akhirnya aku bersuara bila mula rasa senang berborak dengan dia...Sungguh la aku tengah bengong tak tau nak buat apa pas lari dari sekolah (STAM)... Akhirnya Johor ni jugak aku jejak....

"Pak cik, apa yang pak cik dah buat kat dia sampai macam tu sekali pak cik menyesal...???" Aku sudah tidak dapat menahan rasa ingin tahu... Akhirnya keluar juga kata-kata yang aku tahan dr tadi....

"Pak cik hukum dia... Kenapa la sampai hati pak cik lakukan semua ini pada dia??? Allah... Lalainya aku dari tanggungjawab seorang suami..."

Dia diam... Lama.... Aku menanti... penuh sabar...

"Pak cik balas dengan cemburu ni dengan tidur dengan perempuan lain.... Di dalam masjid yang kami bina bersama..." Pak cik tadi mula teresak....

Aku???? Sungguh aku terkejut... Hanya mampu beristighfar... Kalau ini lah yang dikatakan dosa yang dilakukan pada isterinya, memang la sangat kejam bagi aku... Aku dapat bayangkan perasaan isterinya tika suaminya bersama dengan wanita lain... Hancur berkecai....

"pak cik lihat dia menangis... Pak cik nampak wajah kekecewaan di wajahnya.. Namun pak cik tak peduli langsung ketika itu...yang pak cik mahu, bagi dia sakit hati..."

Dan... pak cik berjaya lakukan... hanya kata-kata itu yang keluar dari hati aku ketika ini...

"Dengan suara dia yg sungguh kecewa itu, dia suruh pak cik kahwin dengan wanita itu... dia mahu pak cik bertanggungjawab dengan apa yg dah pak cik buat... Dan pak cik lakukan... Semata2 ingin menyakitkan hati dia lagi... Sepanjang tempoh pak cik berpoligami, pak cik langsung tidak berlaku adil pada dia... Pak cik buat dia lebih dari seorang hamba... Pak cik selalu marah dia... pukul dia... macam2 lagi..."

"Kat mana dia sekarang...??? Pak cik dah bercerai ke dengan dia???" Aka langsung tidak dapat menahan diri untuk terus bertanya...

"Dia dah tak ada.. Dia dah tinggalkan pak cik... Pergi untuk selama-lamanya... dan tak akan kembali lagi..." Ada derita pada suaranya...

"Tapi dia sempat meninggalkan 'permata' untuk dijadikan kenangan dalam hidup pak cik..." Pak cik itu senyum... Mungkin bahagia bila perkataan 'permata' yang disebut dia...

"masa hari nikah pak cik dengan wanita itu, dia jatuh pengsan... Doktor sahkan dia hamil... Tapi oleh sebab pak cik terlalu daif ketika itu, pak cik tak mengaku itu anak pak cik... walaupun berkali-kali dia bersumpah bahawa itu anak kami... Pak cik selalu seksa dia dalam tempoh dia mengandung anak kami... Pak cik lihat wajah dia pucat... tapi pak cik tetap dera dia...pak cik tak tahu dia sedang bertarung dengan nyawa dia..."

"Masa hari dia sedang melahirkan anak kami, pak cik langsung tak pergi tengok dia... sampai pak cik dipaksa oleh ibu pak cik, baru lah pak cik pergi... itu pun selepas ibu pak cik kata dia dalam keadaan nazak..."

"Pak cik tak sempat nak tengok dia... Dia tak sempat nak tengok pak cik untuk kali terakhir...hanya itu lah permintaan dia yg terakhir yang dia minta kat ibu pak cik... pak cik kejam..." Nada suaranya tersekat-sekat.... aku dapat rasa derita yang dia tanggung...

Seorang kanak-kanak datang menghampiri kami... Aku lihat wajah budak yang usianya dalam umur 11 tahun tahun... mungkin ini lah 'permata' pak cik ini... Budak itu tersenyum comel memandang aku... lantas tangan aku diciumnya...

"Adik nama apa?" Tanya aku sambil mengusap2 kepalanya...
"Adam." Entah mengapa sampai sekarang aku suka pada nama 'adam'...

kata-katanya yang terakhir... Aku sempat baca surat yang diutuskan untuk suaminya untuk kali terakhirnya... (aku baca surat ni masa aku pergi rumah dia dengan sepupu dengan niat utk menziarah)... lebih kurang macam ni la isinya... tak bape nak ingat sangat... dah lama....

Assalamualaikum...
Untuk suami tersayang...
Selama saya bersama abang, saya bahagia sangat... terima kasih untuk kehadiran abang dalam hidup saya dan memberi sinar kebahagiaan kepada saya...
Dan... saya tahu semua yang berlaku ini adalah disebabkan kekurangan saya...saya tak dapat menjadi isteri yang baik... Maafkan segala kekurangan diri ini...

Dengan nama Allah, saya bersumpah bahawa anak yang saya kandungkan ini adalah anak kita bersama... Tidak pernah ada nama lelaki lain selain abang dalam hidup saya... Mungkin inilah hadiah terakhir yg dapat saya berikan untuk abang... Yang memang abang mahukan selama kita bersama...

Untuk kali terakhirnya, saya memohon maaf untuk segala kekurangan dan kelemahan diri ini sepanjang menjadi isteri pada abang... Selepas isteri abang ini tiada lagi di muka bumi ini, hanya satu yang saya pinta.... Janganlah ada benci lagi dalam diri abang pada saya... Saya ingin tenang berada di sana dengan gelaran isteri solehah... InsyaAllah....

Abang tak perlu minta maaf pada saya sebab abang tak pernah lakukan apa-apa dosa pada saya...Andai abang ada melakukan kesalahan pada saya, saya telah maafkan...

Sampai di syurga... Abang tetap suami saya... Saya akan menanti abang di sana.... izinkan diri ini pergi dengan tenang...

salam sayang... dari isteri abang...

"Pak cik, mana isteri pak cik yang satu lagi tu?"
"kami dah berpisah... sebab pak cik memang tak ada rasa cinta dengan dia... Hanya seorang isteri pak cik... moga-moga pak cik dapat berjumpa kembali dengan dia nanti..." Ujarnya penuh mengharap...
"Insyaallah pak cik... sama2 lah kita berdoa moga dia dan mereka yg telah kembali pada Dia tenang di sana..."

Seketika kemudian kami diam....

Adam datang menghampiri kami... Dia melabuhkan badannya di riba aku... Sungguh aku simpati pada nasib kanak-kanak ini yang langsung tidak sempat merasa kasih seorang ibu...

Manusia...
memang ini lah lumrahnya kehidupan manusia...
selalu tidak pernah menghargai apa yang ada di depan mata... Aku sendiri....
bila dah kehilangan... baru penyesalan itu datang... Alangkah ruginya manusia...
Betullah kata-kata ini... 'manusia selalu kerugian...'
moga-moga selepas ini, kita akan lebih menghargai apa yang ada disekeliling kita....