"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Saturday, March 23, 2013

Cintaku luruh......

Bismillah...

Sekarang tugasan ku semakin sibuk. Yela, mana sibuk di sekolah. Sekarang musim cuti sekolah aku kena masuk maktab pula. *bermula esok* Dan dengan rasminya esok, esok dan esok akan menimbun la assignment ku. Aduhai, aku masih lagi seorang 'student' walaupun sebenarnya aku juga seorang guru. 

Tapi aku tetap luangkan masa untuk membaca buku ini. Tak perlu tengok tajuk atau baca sinopsis terus aku beli buku ni. Mungkin sebab aku sukakan tulisan Kak Su yang bahasanya lembut dan indah. Dan sangat... sangat kena pada jiwaku yang juga lembut (tapi keras hati juga sebenarnya). Dan sebenarnya yang lebih menarik sebab buku ini ditulis bersama suaminya 'Imaen'. 

Sebenarnya aku sendiri tak tahu yang buku ni kisahnya lebih kepada watak Zuha yang seorang guru. Ye, memang kena dengan situasi aku sekarang. Kadang-kadang terasa kata-kata Kak Su ni seperti masuk ke dalam jiwa aku sendiri. Banyak kata-kata semangat dan nasihat atau sebenarnya motivasi diselitkan dalam novel ini berkisarkan tentang realiti menjadi seorang guru pada zaman sekarang. Dan alhamdulillah aku semakin ikhlas menjadi seorang pendidik sekarang.

Aku pun sebenarnya langsung tak ingat rupa-rupanya cita-cita aku masa di sekolah rendah dulu memang nak jadi seorang pendidik. Tak sangka kan, aku sedang ke arah menjadi pendidik juga rupanya. Tapi alahai seksanya mengajar budak-budak yang baru nak faham bahasa ni. Memang dalam masa yang sama aku pun kena jadi budak-budak balik. 

InsyaAllah, bila dah habis je DPLI aku ni, aku akan sambung master pula. Tapi dalam masa yang sama aku kena kumpul duit dulu. Semangat nak sambung belajar langsung tak pernah pudar walaupun sudah melangkah ke alam kerja. Alhamdulillah. Cikgu-cikgu cina kat sini pun selalu bagi cadangan suruh ajar tuisyen untuk budak-budak sekolah la, tambah pendapatan kata diorang. 

Panjang betul plan cik tulip ye. Tak habis-habis plan nak sambung study tapi selalu tertangguh. Tak pe, nanti sampai la rezeki nak sambung kan. Kena usaha & doa selalu ok... :)

Asyik plan nak study balik je. Bila nak plan kahwin ni? Tiap-tiap kali buka facebook selalu je dapat undangan kad kahwin dari kawan-kawan. Kadang-kadang tu, tup-tup tengok dah ada gambar nikah kahwin bagai. Terkejut juga la kan. Hee... Aku? Aku rasa nak jadi macam Zuha juga la, kalau tak dapat kahwin dengan Falah sampai bila-bila tak nak kahwin. Boleh ke macam tu Kak Su? huhu.. Aduhai apa la tragis sangat kisah hidup aku ni. =='

6 comments:


  1. falah tu nama hero dalam novel kak su ni.. zuha tu heroinnye... hehe... :p

    ReplyDelete
  2. hehe..
    kalau cik tulip jadi zuha, siapakah yang akan jadi falah? :D

    ReplyDelete

  3. Nak Mohamad Aminuddin... hehe... *jawapan jujur ni* :p

    ReplyDelete