"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Monday, November 16, 2015

Dia yang tak pernah tinggalkan aku

Bismillah..

Kadang-kadang bila kita ada masalah teringin rasa nak share pada seseorang kan? Tapi tak tahu pada siapa patut luahkan perasaan tu? Kan?

aku rasa sejak aku kembali masuk kerja, aku menghadapi tekanan perasaan yang sangat tinggi. Kerja sangat banyak. Di sekolah, di rumah, anak, suami.. Kadang-kadang rasa tak terhandle. cepat rasa nak marah, mengamuk dan sebagainya. Syaitan dah berjaya hasut perasaan macam tu. =='

Itu tak termasuk masalah sampingan yang aku hadapi lagi. Contoh, duit. Duit pun masalah juga kan? Aku rasa semua rakyat malaysia yang statusnya sederhana cukup-cukup makan ni memang akan hadapi masalah ni. Hmmmm... *mengeluh*

Kadang-kadang sangat bagus ada blog yang boleh aku luahkan sedikit masalah aku walaupun tak banyak boleh dikongsikan.

Ye, aku ada suami. Tapi bila kerja tak satu bumbung (maksud aku, berlainan kerjaya) susah kadang-kadang dia nak faham aku. Dan aku nak faham dia . Bila balik sekolah aku merungut itu ini, kedengaran bunyi cengkerik tanpa sebarang komen. mungkin dia tak berada pada situasi aku, jadinya susah dia nak faham keadaan aku. Kan?

Kawan? kawan-kawan yang jadi cikgu dengan aku semua jauh di sabah sana. Susah juga kadang-kadang nak berkomunikasi. harapkan whatsapp je la. tu pun aku tak sempat sangat nak layan dah sekarang.

Mak ayah? Tak kan la dah besar macam ni masih nak bebankan diorang dengan masalah aku. Biarlah diorang beribadah di kampung dengan tenang.

Aku akui, aku selalu menangis sendiri sekarang bila aku rasa sangat tertekan. Saat tu baru aku sedar bahawa masih ada yang sudi mendengar segala luahan perasaan aku. DIA yang satu. :)

Dia yang sentiasa berada di sisi aku.
Dia yang tak pernah tinggalkan aku.
Terima kasih ya Allah.