"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Saturday, December 13, 2014

12.12.2014

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Akhirnya pada tarikh keramat ini aku mendapat perkhabaran yang indah. Ya, sabar itu indah. Ada manis di penghujungnya. 

Segala puji bagi Allah. Syukur yang tak terkata. Akhirnya penat usahaku selama 2 tahun ni berbuah hasil. Mungkin ramai yang tahu bukan senang menjadi pendidik tapi tak semua orang dapat merasa pengalaman menjadi pendidik Itu sendiri. Selama setahun setengah aku menjadi seorang guru di sjkc banyak pengalaman pahit manis yang aku rasa. Semuanya aku tanggung dan telan sendiri. 

Dan selama setahun setengah juga aku terpaksa korbankan cuti sekolah ku untuk meneruskan pengajian di maktab. Bukan calang-calang manusia yang dapat tempuh semua ujian tu. Siapkan assignment, malam berjaga untuk Siapkan slide presentation ditambah dengan exam yang mencabar minda.

Ku rasakan semua pengorbanan yang aku lakukan semuanya berbalas akhirnya. Alhamdulillah praktikum juga dapat cemerlang. Yang ku rasakan aku antara manusia yang paling bertuah di IPG. Terima kasih untuk Pn.Zalmiza, pensyarah IPG yang banyak memberi dorongan dan sokongan kepada ku. 

Buat suamiku yang banyak membantu sepanjang aku berada di pulau Mutiara, terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan. Banyak jasa, budi dan kebaikan yang tak dapat ku balas. Dia, Pengganti Ibu ayah yang jauh di perantauan.. menjadi teman sokongan Tika ku menangis, sedih dan patah semangat. 

Buat mak ayah yang sentiasa doakan kejayaanku, terima kasih kerana tak pernah berhenti untuk anakmu ini.

Alhamdulillah aku berjaya akhirnya. 
Ini rezeki anak.
Rezeki suami.
Rezeki keluarga. 

Terima kasih Ya Allah atas nikmat yang Kau kurniakan buatku. :-)

Thursday, December 4, 2014

04121987 - 04122014

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk meraikan ulangtahun kelahiran yang ke-27... Tengok, saya dah makin tua.. Tapi alhamdulillah aku sentiasa brsyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan pada aku.

Aku :
#dah 27 tahun.
#dah bergelar seorang isteri.
#bakal menjadi Ibu. Kandungan dah 3 bulan. Alhamdulillah.
#ada seorang suami yang sangat baik hati, penyayang dan paling penting sentiasa cintakan aku ada apanya.

Itulah hadiah yang paling bermakna untuk usia aku yang ke 27 ni.

Buat suamiku,
Saya sayang awak sampai syurga.

Buat anak ummi yang masih dalam perut hehe,
Ummi tunggu sayang muncul dalam hidup ummi.

Selamat hari lahir buat aku. Semoga jadi anak yang baik, isteri yang solehah, ummi yang baik dan cikgu yang bertanggungjawab..

:)