"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Friday, August 30, 2013

Again about H..

Sebelum tidur, letak buku anthem atas kusyen. Esok pagi seorang adik housemate tegur. "Kak baca buku ni? Saya cuba baca tapi tak leh nak gi la."

"Entah, sebab bahasa dia kot. Susah nak faham." Balas dia.

Aku sengih. "Cuba la try baca slowly, lama-lama mesti akan rasa nak beli semua buku dia. Memang agak susah nak faham, english dia pun agak high jugak. Apa kebenda semua pasal muzik yang dia sebut dalam novel ni langsung tak tau. Tapi akak gigih jugak Google. Segalanya di hujung jari. Hehe.." Yela, English aku ni bukannya gah mana pun. Kena jugak bukak kamus. Tapi sejak sekolah Cina ni improve la sikit. Sebab budak-budak ni bila aku cakap BM diorang tak faham, pasaipa entah. Huhu. Nak tak nak terpaksa speaking jugak walau berterabur. Huhu..

"Dan lagi novel dia bukan jenis yang jiwang karat yang kalau sekarang semua nak ambik jadi drama. Novel dia ada mesej nak sampai."

Eceh promote buku hlovate sat.

Tapi memang sejak berhijrah ke Penang langsung tak ada masa nak baca novel. Kalau pi Popular pun just cari buku latihan jawi, rampaian p.islam, tilawah al-Quran. Tak sempat nak duduk kat rak novel berjam-jam macam kat MPH Mid Valley dulu.

Tapi baru-baru ni diorang letak anthem kat rak yang mata memang senang nak nampak, terus tangan capai tanpa perlu baca sinopsis kat belakang buku.

Sekarang mana-mana aku pergi mesti heret anthem sama. Anthem sangat menyentuh jiwa. Sedih baca kisah Dash. Sampai terasa watak Dash betul-betul hidup di alam nyata. Itu lah kelebihan hlovate.

*first try update blog via ipad* hehe... Not bad la... Laju jgk tangan menaip.

Friday, August 23, 2013

buku...

Bismillah...

Hari jumaat yang mulia, masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ini. Alhamdulillah dah seminggu kembali menjalankan tugas di sekolah sebagai pendidik.

Tadi ada masa free dekat sekolah, sempat keluar senyap-senyap pergi Popular cari buku latihan budak-budak ni. Dan terjumpa jugak sebijik buku yang bertajuk 'Anthem'. Memang dah lama mengidam nak baca buku ni dari dulu lagi. Sebenarnya buku ni dah ada order kat Enul tapi aku still beli jugak sebab buku yang lama tu tak tau la bila nak pergi ambiknya. Insha Allah dalam masa terdekat ni jugak. Hehe... 

Nampaknya akan ada dua la Anthem nanti. Tak pe la, buat koleksi banyak-banyak. :)