"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Monday, July 29, 2013

4hb Ogos...

Bismillah... pejam celik sekejap je dah nak sampai ke penghujung ramadhan... dan ini bermakna tarikh aku nak balik kampung pun dah tak lama... yeay!!!!!!!

Serius rindu sungguh kat kampung. Kat mak ayah.. Tak tergambar perasaan ini dengan kata-kata. Tiap-tiap minggu tengok je kawan-kawan umah sewa balik kampung dengan perasaan sayu. Haisy... dalam hati sabar...sabar...

Sadis tau duk sorang-sorang kat umah sewa. Pukul 7 mesti call mak. Tanya mak buka puasa makan apa. Mak sihat ke.. Ayah sihat ke... Em, kesian ayah tak sihat. Mak kata lutut ayah sakit. Solat tarawikh pun kena duduk. Tak boleh berdiri. Sekarang demam pulak sekali dengan semput dia. Huhu.. Sampai tak lalu nak makan apa. Makan bubur nasi je.. :'(

Lagi la terasa tak sabar nak balik kampung.

Tak pernah rasa sejauh ni. Utara-selatan.

Macam mana la agaknya diorang yang belajar sampai ke luar negara, mesti lagi dahsyat menanggung rindu pada family kan? huhu...

Allah...
Cepatlah minggu ni berlalu. Tak sabar rasanya nak menjejakkan kaki di bumi kelahiran sendiri. Hehehe... :)

Wednesday, July 10, 2013

erti ramadhan kali ni...

Bismillah...

Alhamdulillah ramadhan datang lagi. Masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah Allah ini. Tapi kali ni berada di negeri lain dan suasana lain untuk pertama kalinya. Tapi suasana puasa tetap terasa.

Mengimbas kembali zaman di sekolah rendah...
Kalau dulu erti ramadhan bagi aku sangat... sangat.... sangat seronok. Luar biasa seronoknya. Sebab mak kata bulan puasa semua syaitan kena ikat. Jadi aku dan kawan-kawan zaman kanak-kanak ribena aku dulu seronok sebab dapat keluar malam tanpa bimbang ada hantu akan kejar kami. 
Masih ingat lagi aku paksa ayah untuk pasang pelita keliling rumah. Walhal baru malam ramadhan hari pertama. Tapi suasananya sambut ramadhan kat kampung memang sangat luar biasa seronoknya. Lepas pasang pelita, kami kayuh basikal pusing satu kampung. Dulu kampung suasana memang betul-betul kampung, tak ada pun rasa takut kena culik ke apa ke. Sebab kat kampung rasa tenang, damai je. Tapi sekarang dah lain. Hm... Kami main sampai la lewat malam. Lepas tu baru balik rumah. Dulu tak terfikir pun nak solat tarawikh ke, baca al-Quran ke... Oh sebab aku mengaji dengan mak, bila bulan puasa mak stop ajar ngaji. Tapi mak pesan kat semua anak murid dia suruh baca sendiri kat rumah. Mak betul-betul manfaatkan bulan ramadhan. Dalam masa sebulan bulan ramadhan, mak dapat khatam tiga kali. Siap khatam dengan terjemahan sekali. Hebat kan? Tapi anak dia banyak main je. Isyh3... 

Zaman sekolah menengah...
Masa sekolah menengah, baru aku kenal erti solat tarawikh, bertadarrus, menghafaz surah, usrah,  qiamullail, tazkirah... Sebab sekolah agama, alhamdulillah ilmu agama yang banyak aku dalami. Petang-petang kami buat tadarus. Sebab jadi senior, maka kena jadi naqibah untuk adik-adik form 1 & 2. Setiap hari jumaat, lepas balik sekolah kami ada tazkirah. Yang senior jugak kena bagi tazkirah. Jadi kami kena sentiasa bersedia dengan tazkirah apa yang nak disampaikan. Usrah pun kami buat. Macam-macam benda yang kami kongsikan dalam satu kumpulan. 
Insha Allah bila ada anak-anak sendiri nanti, aku akan pastikan semua anak-anak aku keluaran sekolah agama. 

Zaman universiti...
Bila masuk u, ramadhan agak terasa bebas sikit. Betul cakap ustazah-ustazah masa sekolah menengah dulu, bila dah masuk u, aktiviti-aktiviti agama kena cari sendiri. Bukan macam kat sekolah, semua dah diatur. Just ikut je. 
Tapi walaupun dah masuk u, aku tetap berada dalam aliran agama. Alhamdulillah dikelilingi dengan kawan-kawan yang sentiasa mengajak ke arah yang baik. Walaupun jarang turun solat tarawikh dekat surau, tapi kami selalu solat jemaah ramai-ramai. Selalu Deeya la yang jadi imam. Hehe... Kan diya? rindunya nak solat sama-sama, iftor sama-sama, masak sama-sama, sahur sama-sama, tengok running man sama-sama... eh? :p

Zaman sekarang (kerja)...
Zaman sekarang dah mula berada dalam dunia masyarakat. Macam-macam benda yang dapat tengok dengan mata kepala sendiri. Sekarang kerja aku untuk tanamkan erti ramadhan dalam diri anak-anak murid. Ramadhan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Kalau untuk murid-murid darjah 5, aku selalu nasihatkan supaya banyakkan membaca al-Quran. 

Insha Allah... mudah-mudahan dapat menunaikan ibadah puasa hingga ke akhirnya. 
:)