"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Saturday, April 27, 2013

percaya kepada hari isnin?????

Bismillah...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus menulis di sini. Bermakna aku msih hidup dan terus menjalankan tugas sebagai seorang 'lao shi'.

Sekarang dunia aku semakin sibuk. Sangat-sangat sibuk sampaikan langsung tak ada masa untuk berehat. Mana assignment, sekolah, exam yang bakal tiba.. segala-galanya. 

Baru-baru ni aku masuk kelas tahun 1. Bukan baru-baru ni tapi memang setiap hari. Hari tu aku ajar tajuk rukun iman. Puas la aku menerangkan segala bagai rukun iman kepada mereka. And then, suruh diorang hafal keenam-enam rukun iman ni. Ini yang KSSR nak kan? Ha hafal la korang walaupun tak tau hujung pangkal. Anak-anak murid aku kebanyakannya mak ayah kahwin mix. So nak tak nak aku terpaksa speaking dalam kelas. Susah sebenarnya nak ajar rukun iman dalam bi. Aku terpaksa cari artikel dalam bi supaya senang nak terang kat diorang. Kena bagi contoh yang mudah nak faham. Cari gambar yang menunjukkan kenapa diorang kena percaya pada Allah, malaikat, hari kiamat. Sangat susah... Bila aku tanya Allah tu sape? Semua jawab tak tau. Dah nampak kan betapa beratnya tanggungjawab aku kat sini. 

Susah bila mak ayah langsung tak ambil berat langsung hal-hal penting macam ni. Bila aku ajar tajuk adab berpakaian pun susah. Sebab tengok keadaan diorang yang berskirt bagai, tak bertudung. Kalau anak-anak tak bertudung tak pe lagi, ini mak ayah pun sama. Aku tahu ilmu yang aku ajar ni memang tak akan diorang amalkan. Sebenarnya sia-sia jugak kalau tak ada galakan dari mak ayah. Tapi aku tetap ajar sebab itu tanggungjawab aku. 

Bila nak ajar al-Quran lagi susah. Malas nak citer... hadoi... sabar je la. 

Lepas tu aku soal diorang... "okey Nabila rukun iman yang kelima apa? Percaya kepada hari......????"

"Hari isnin..." Selamba je jawab tanpa rasa bersalah. Geram pun geram, tapi rasa nak tergelak jugak. Sabar je la. Bulan depan dah exam, tak tau la apa budak-budak ni nak jawab. Tengok je la nanti.... 

haddoi... =='

Tuesday, April 23, 2013

dengan mereka... ^^

LDK
kem bestari solat di sjkc union... fasa 1.. :)
amali wuduk
Ada gaya garang tak ??? hehe

Ini kali pertama buat Kem bestari solat...
alhamdulillah walaupun dalam serba kekurangan...
tapi kesimpulannya boleh dikatakan berjaya jugak...

Ramai student kata best...
dan mintak supaya kem ni diteruskan lagi... 
alhamdulillah...

Happy tau... :)

selingan dari student...
harapan...
semoga untuk fasa yang akan datang dapat dilakukan dengan lebih baik...

sentiasa sayangkan mereka...
di dunia & akhirat...
:)