"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Tuesday, January 31, 2012

pengarah dalam keluarga..

Bismillah...
Petang tadi, duduk melepak bawah pokok manggis dengan mak & ayah. Di bawah pokok manggis yang rendang itu selalunya jadi tempat kami sekeluarga duduk bersantai.

Topik perbualan mak lebih kepada anak-anak mak yang semua dah meningkat dewasa.

Ayah suruh mak tanya abang berapa pendapatan dia setahun, ayah suruh abang keluarkan zakat pendapatan. Lebih kurang macam tu la maksud ayah.

Mak balas, "tengok la ayah hang ni, suka sangat jadi pengarah!" Lepas tu mak dengan ayah gelak. Aku terkial-kial tak faham. Pengarah apa?

"Tau mengarah je suruh cakap dekat anak-anak itu ini, bukan nak cakap sendiri! Nanti bila dah tua tak larat nak bangun semua anak-anak benci kat mak sebab suka sangat tegur anak-anak." Sambung mak lagi.

"Hisy mak ni! Apa cakap macam tu? Mana ada anak-anak benci bila mak sendiri tegur benda baik!" Balas aku. Bantah seratus peratus kata-kata mak.

"Tegur benda baik pada orang yang tak faham susah dik! Lain la kalau tegur kat adik sebab adik faham!" Kata-kata mak buatkan aku terdiam. Betul! Lumrah manusia tidak suka ditegur hatta teguran itu untuk kebaikan kita juga.

"Nanti bila adik dah ada anak-anak, hantar semua anak-anak adik masuk sekolah agama." Sedih dengar kata-kata mak.

Bukan nak puji diri sendiri. Tapi dalam kami berempat adik-beradik, aku rasa akulah yang ambil berat soal aurat, solat, puasa atau apa-apa yang berkaitan dengan agama. (Sungguh ini bukan mahu riak!)

Sebenarnya tanggungjawab aku sangat besar tapi aku tak punya kekuatan untuk menegur ahli keluarga sendiri.

Dulu aku pernah suarakan pada abang soal aurat, tapi aku kena marah teruk dengan abang!

Aku menangis cerita pada mak! Sejak hari tu, aku dah tak berani mahu bersuara! Tuhan, aku diuji dengan begitu kecil jika nak dibandingkan dengan ujian Nabi tapi aku terus jatuh tak boleh bangun.

Hakikatnya mahu berdakwah pada keluarga sendiri lagi susah jika mahu dakwah pada orang lain yang tiada kaitan dengan kita. Hakikat yang memang akan diakui semua orang aku kira!

Semoga ku diberi kekuatan.


Thursday, January 26, 2012

Hati Kita.. ^^



Hati saya dan hati awak milik Allah SWT. Kalau kita serahkan hati kita pada Allah SWT, kita akan dapat segala-galanya. 


Kuatkan berdoa… Allah SWT sayang pada hambaNya yang selalu ingat padaNya dalam keadaan gembira atau sedih. 


Syukur dan istighfar. 


InsyaAllah. Semua akan mudah.. :)

Sunday, January 22, 2012

apa yang penting happy sokmo!!!!!

Bismillah...
Sebenarnya ku nak update pasal ku jadi pengawas exam kat usim baru-baru ni.. Tapi nanti la dulu.. Ada benda lain yang mau ku tulis di sini... 

"Boleh ke kita jeles dengan rezeki kawan-kawan kita?" Tanya aku kepada cik bai pada suatu malam. Ku jeles pada mereka sebab masa depan mereka sekurang-kurangnya dah nampak cerah dan ada arah hala tuju. Aku??? 

Sungguhlah aku tak nampak apa-apa pasal masa depanku ini. Dan sejak dua menjak ni ku sangat rajin solat istikharah kot la nampak masa depan ku.. Tapi... (mungkin kurang khusyuk agaknya) .. Tak pe, teruskan usaha, jangan putus asa.. Kata aku kepada aku.. Oh, tapi ku tak pernah menyesali takdir yg menimpa hidupku ini. Ku redha! Bagus kan.. :)

Yang paling tak tahan bila call je mak, mak duk perli-perli! Mak ni sekali bersuara pedas menusuk sampai ke hati jugak!!!! Mak kata, "tu la, suruh apply jadi cikgu tak mau...... (dan terus membebel)..."Alahai mak, anakmu buat ni semuanya ada sebab la.. Ku balas kat mak, "tak minat!" Mak balas, "sekarang mana pakai ikut minat nak mintak keje!" Ku diam. 

"Tak pe la mak, lepas ni bukan cikgu je orang apply, untuk kerja jadi doktor, peguam semua orang mintak.." konon nak buat lawak!!!! "Manjawab!!!!!" Ini bukan ayat mak aku sorang je yg selalu cakap, semua mak kata dunia ni suka cakap perkataan ni bila anak mereka menjawab time diorang tengah membebel. Kan? :p

Tapi ku tak terasa hati pun sebab ku tau jauh di sudut hati mak, mak sentiasa doakan yg terbaik untuk anaknya yang cute ini.. ahaks.. :p

Bila ku cakap nak balik kampung, mak kata : "baguslah, sepupu hang nak kawen ni boleh la meneman dia pi Kelantan nanti.... " Ku balas, "tak mau la. orang dah la tak kawen lagi, mak nak suruh teman orang pi kawen plak. segan la.." 

Mak balas, "suruh kawen tak nak kawen!" Cara mak cakap pasal kahwin ni macam nak suruh pi pasar beli ikan je! 

Dua soalan yang cukup femes sejak aku meningkat dewasa ialah :
1) dah habis belajar kan? kerja kat mana sekarang? 
2)  ha, bila lagi? (soalan ni ditanya bila jumpa sedara-mara kat majlis kenduri kawen) 

Sebab tu la kalau minggu depannya ada kenduri sepupu aku yang kawen, minggu ni aku mintak izin kat mak nak balik KL, konon nak cari keje! Untuk tahun ni dan tahun lepas dah dua majlis kenduri kawen sepupu aku yg aku skip... nges.. Majlis keramaian yang melibatkan saudara-mara berkumpul itulah yg cuba dielakkan... *stress tau bila orang tanya bila nak kawen & keje kat mana sekarang* :p

Dan bila tiba hari raya plak, serta-merta penyakit migrain datang! Kononnya la... Dengan alasan ni bolehlah duduk dalam bilik jadi anak dara mithali... *sungguh pandai mengelak!*

Hadoi la... 
Tapi sebenarnya bila diuji sebegini bagus jugak!!! Tak semua benda nak dapat tu senang-senang je kita akan dapat kan? Usaha dulu... Barulah kita tau menghargai apa yg kita dapat kan??? *seperti biasa think positive*

Apapun ku tetap bersyukur dikurniakan mak ayah yang sentiasa menyokongku walaupun ada unsur-unsur pemerlian yg ketara (tapi ku tak kisah!), ada kawan-kawan yg sentiasa memberi semangat & kata dorongan dan yang penting ada Allah yang sentiasa bersamaku walau dimana ku berada... eceh!!!!! :p 


Saturday, January 14, 2012

soalan saya tak de jawapan.. macam mana???


bismillah.. 
hai cik puteri.. saya rindukan awak.. tapi saya tak tahu nak tulis apa kat sini. ehem, saya tipu je.. sebenarnya banyak benda yang saya nak cerita kat awak tapi saya semakin sibuk sekarang. almaklumlah, sekarang saya dah jadi wanita bekerjaya.. eh, poyo je kan? 

Hmm.. sejak dua menjak ni saya rasa macam putus asa je dengan hidup ni... rasa hidup kat dunia ni penat sangat.. ye, penat dengan segala-galanya. sebenarnya saya lebih penat sebab setiap pertanyaan saya tak pernah ada jawapan. 

tak baik kan mengeluh dengan hidup ni? sepatutnya saya kena bersyukur sebab masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah ni demi mencari keredhaan & keberkatan dari Dia. 

Cik puteri...
awak doakan semoga setiap pertanyaan saya akan cepat-cepat terjawab ye.. ehehe... ^^


Saturday, December 31, 2011

Penghujung tahun 2011

Bismillah.. Memang sepatutnya begitulah kan? Memulakan setiap sesuatu dengan menyebut nama Allah. Tapi yang ini sering kita terlupa kan? Ke aku sorang je? Huhu. 

Sebenarnya ku sendiri tak ingat apa benda la azam yang aku nak sangat capai pada tahun ni. Tiap-tiap tahun azam bukan main banyak bebenar, tapi yang tercapainya sikit sangat kut! Ku terpaksa previous balik blogku sebelum-sebelumnya untuk lihat apa yang mahu ku capai pada tahun ini. 

1) Menjejakkan kaki ke tanah China. Di sini dan di sini ku luahkan perasaan untuk pertama kali akan menjejakkan kaki ke sana. Dan di sini ku luahkan perasaan aku ketika di China. Sepertinya ku sudah dapat menduga kehidupanku di sana akan berhadapan dengan 1001 cabaran yang maha hebat. ALHAMDULILLAH TERCAPAI!!!

2) Hidup zuhud. SEPARA TERCAPAI! Sebab masa di China memang banyak mengajarku untuk hidup secara zuhud. Tapi bila balik Malaysia, sudah tidak zuhud! Oh, kecewa pada diri sendiri! Sila cuba pada tahun hadapan atau dalam erti kata lain esok. 

3) Perubahan diri ke arah yang positif. ALHAMDULILLAH TERCAPAI! Antaranya kembali bertudung labuh  dan tak masuk panggung wayang. Tahniah untuk saya! *tersenyum manis*

4) Menulis sebuah novel untuk bakal suami. Aku sendiri tak tahu kenapa mesti jiwang sampai begini sekali, tapi seperti biasa diri sendiri susah nak faham apa yang hati mahukan. TAK TERCAPAI!!!! Boleh cuba tahun depan sebab tak kahwin lagi kan? *gelak sumbing*

5) Keluar dari bumi Kuala Lumpur. TAK TERCAPAI!!!! *sebak*

6) Khatam al-Quran sebulan atau 2 bulan sekali. TAK TERCAPAI!!!! Sekali lagi kecewa dengan diri sendiri. Sebab kalau novel ku boleh habiskan berbiji-biji (biji ke buah untuk novel? Dah lama tak buat karangan BM.) dalam masa sebulan. Memang susah nak maafkan diri. Huhu. *menangis*

7) Menjaga mak & ayah. TERCAPAI!!! Alhamdulillah memang yang ini yang ku nak sangat capai. Sebab langsung tak pernah berpeluang jaga mak ayah bila diorang sakit. Yela, dari tingkatan satu sampai sekarang mesti berjauhan dari keluarga. Huk3.. Dan masa menganggur ni ku gunakan sepenuhnya untuk menjadi anak mak & ayah di rumah. *bahagia*

8) Mengurangkan aktiviti di Facebook. TERCAPAI!!!  Tapi masa yang lebihnya banyak kat twitter pulak. Ottoke!!!!

9) Cari kerja. TAK TERCAPAI LAGI!!! Mohon moga rezeki ku akan lebih banyak di tahun hadapan.. er.. esok??? *senyum lagi*

Oh, banyaknya azam yang tak tercapai lagi! Sebenarnya banyak lagi yang nak disenaraikan tapi gerun nak tengok perkataan 'TAK TERCAPAI' walaupun diri sndiri yang tulis. Haisy!

Allah.. permudahkan urusanku pada tahun hadapan. Ameen. 

Friday, December 30, 2011

*senyum*

Ya Allah, bilamana aku masih mengingati si dia yang bukan milikku, maka,bantulah aku untuk aku melupakan dirinya.. Andai ada kenangan antara kami yang mengikat diri, maka lupuskanlah ia dari ingatanku.. biarkan aku jauh dari dirinya, dan ikatlah diriku ini untuk terus setia dengan kasihMu.. hilangkan bayangan dia dari mindaku ini Ya Allah, dan payungilah aku dengan rahmatMu, perindahkanlah lisanku ini untuk terus berzikir menyebut namaMu.. agar aku sentiasa selamat dengan cintaMu.. Ameen ya Rabbal Alamin

Wednesday, December 28, 2011

kalau dah nama jodoh...

Petang selasa sampai rumah. Duduk atas kerusi malas ayah. Ambil nafas! Maunya tak letih, aku buat KL dengan Rompin macam dari rumah sewa nak ke UM je. Suka hati nak pergi, suka hati nak balik! Aku rasa pak cik bas tu pun dah kenal muka aku. Ada ku kesah? hee..

"Kenal tak isteri muda pak ngah?" Mak tanya. Hai mak ni, sampai je rumah terus tanya pasal bini muda pak ngah. Bukan nak tanya khabar anak dia.

"Mesti la kenal. Mak ni pun. Tiap-tiap tahun dia datang raya rumah kita kot." Nak gelak rasa. Ini mesti mak nak ajak bergosip ni kalau tanya soalan pelik macam ni.

"Kawan sekolah rendah adik ingat tak nama Umi Kalsum?" Macam pernah dengar. Tapi jawab dalam hati je. Memori sekolah rendah banyak yang dah kabur. Kalau ingat dengan jelas pun memori dengan Cikgu Rahim, cikgu matematikku. Gila garang! Kena rotan sokmo bila dia masuk kelas aku. Oh, sadis!

"Mak nak cakap apa ni sebenarnya mak? Kejap bini muda pak ngah.. kejap kawan sekolah rendah orang.. Pening tau!" Hehe.

Muqaddimah nak bergosip pun bukan main suspens sungguh! Berdebar-debar rasa teruja nak tau apa yang mak cuba nak sampaikan.

"Kawan sekolah adik tu yang nama Umi Kalsum tu anak kepada bini muda pak ngah!" Mak balas.

"Ooo.. Keciknya dunia mak." Memang la kecik, satu kampung je kot!

"Baru-baru ni kawan adik tu datang rumah kita. Nak sewa rumah! Dia ada la tanya adik. Mak cakap la adik kat KL." Mak terus sambung bicara. Aku pasang telinga. Memang sebelah rumah kami ni ada rumah kosong abang. Abang tak duduk situ, abang duduk dengan mak. Jadi, mak sewakan rumah tu! Tapi rumah tu memang dah ada orang lain sewa pun.

"Dia dah kahwin!" Mak terus pancing minatku untuk ajak berborak.

"Bagus la tu mak. Dah jodoh dia." Aku jawab. Ringkas!

"Tapi dia kahwin dengan orang tua. Tua sangat! Rasanya ayah hang lagi hensem kot! Tua dari ayah hang."

Mak dah mula bergosip ni! Dan aku makin terpancing nak gosip dengan mak. "Tua dari ayah tu maknanya umur dia berapa mak?" kalau ayah pun dah umur 62...hmmm.. otak susah nak cerna atau sebenarnya aku yang tak sanggup nak mencerna kata-kata mak.

"Dalam 65." Jawab mak ringkas.

"Dah jodoh mak. Nak buat macam mana. Doakan je la dia bahagia." Sungguh terkejut tapi tak nak sangat tunjuk muka terkejut depan mak.

"Memang la jodoh. Tapi kita yang kena rancang sape yang akan jadi jodoh kita." Mak tak puas hati.

Dan ku jawab, "tapi Allah yang tentukan mak!" Mak diam. Dah tak tahu nak balas apa.

"Mak, kalau jodoh orang dengan orang tua macam mana mak? Mak restu tak?" Sengaja nak uji mak. Mak diam tak jawab. Hahaha. Ku gelak dalam hati! Tak berani nak gelak depan mak. Mak ni kelakar sungguh la! Aku pulak suka kacau mak. Nges3.. :p

Mak kata mula-mula pak cik tua tu nak jodohkan kawan aku tu dengan anak dia. Tapi umur dia muda sangat. Baru 19 tahun. Yang si lelaki tu pula minta kawanku tunggu 5 tahun lagi. Mungkin nak bagi dia matang sikit kot. Lama lagi. Kalau tunggu 5 tahun lagi maknanya umur kawanku pun masa tu dah 29 tahun. Makanya, kawan aku pun terpaksa tolak. Tak sanggup nak tunggu lama-lama.

"Tapi macam mana boleh jadi dengan ayah pulak mak? Tak jadi dengan anak, jadi dengan ayah! Hesy, macam-macam ye mak!" Tanya aku pelik. Makin menarik pulak ku rasa cerita mak ni!

"Dia dah berkenan sangat dengan kawan adik tu! Orang pulak cantik! Tak dapat buat menantu, mintak pulak buat jadi isteri!" Sambung mak.

"Oh, dia terima pulak ye mak?"

"Mula-mula dia tak nak. Tapi bila hari-hari duk datang rumah, dia pun macam tersuka plak!" Balas mak.

Oh, boleh pulak macam tu? Sebenarnya laju je mulutku nak cakap "entah-entah dia dah terguna dengan ubat guna-guna kot mak!" Tapi kalau cakap macam ni, konpem la ku kena sekeh dengan mak cakap benda mengarut macam ni. Tapi... tak mustahil kan? Dunia sekarang semua benda boleh jadi.

Kata mak lagi, suami tua dia ni memang kaya. Kereta pun berbiji-biji (biji ke buah ye untuk kereta? Lama dah tak buat karangan BM. Ahaks.), dan lagi kebun sawit pun berekar-ekar. Aku hairan! Sungguh hairan! Kalau perempuan yang terima lelaki tua sebab kaya macam pelik je kan? Sebenarnya tak ada yang pelik pun untuk dunia sekarang. Kan? Dan lagi sanggup pula dia nak jadi isteri kedua, sanggup bermadu.. Sungguh ku hairan dan pelik.

Tapi cukuplah ku pelik dan hairan di dalam hati. Sedangkan jodoh aku sendiri pun masihku hairan dan pelik siapakah gerangannya? Sebelum ku hairan dan pelik untuk orang, baikku hairan dan pelik untuk diriku sendiri. Ahaks.

Mak kata, oleh sebab rumah abang dah ada orang lain sewa. Jadi, diorang menyewa di Rompin. Oh, kalau dia sewa rumah abang, mesti ku ada kawan. Boleh la borak-borak, gosip-gosip.. tanya apa sebenarnya dalam hati dia. Dan mungkin sebab tu dia tak ditakdirkan menyewa rumah abang sebab ku ni suka sangat bergosip. Hesy. 

Apapun alasan kawan aku tu, moga dia bahagialah hendak-Nya. Ameen. ~~