"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Tuesday, January 31, 2012

pengarah dalam keluarga..

Bismillah...
Petang tadi, duduk melepak bawah pokok manggis dengan mak & ayah. Di bawah pokok manggis yang rendang itu selalunya jadi tempat kami sekeluarga duduk bersantai.

Topik perbualan mak lebih kepada anak-anak mak yang semua dah meningkat dewasa.

Ayah suruh mak tanya abang berapa pendapatan dia setahun, ayah suruh abang keluarkan zakat pendapatan. Lebih kurang macam tu la maksud ayah.

Mak balas, "tengok la ayah hang ni, suka sangat jadi pengarah!" Lepas tu mak dengan ayah gelak. Aku terkial-kial tak faham. Pengarah apa?

"Tau mengarah je suruh cakap dekat anak-anak itu ini, bukan nak cakap sendiri! Nanti bila dah tua tak larat nak bangun semua anak-anak benci kat mak sebab suka sangat tegur anak-anak." Sambung mak lagi.

"Hisy mak ni! Apa cakap macam tu? Mana ada anak-anak benci bila mak sendiri tegur benda baik!" Balas aku. Bantah seratus peratus kata-kata mak.

"Tegur benda baik pada orang yang tak faham susah dik! Lain la kalau tegur kat adik sebab adik faham!" Kata-kata mak buatkan aku terdiam. Betul! Lumrah manusia tidak suka ditegur hatta teguran itu untuk kebaikan kita juga.

"Nanti bila adik dah ada anak-anak, hantar semua anak-anak adik masuk sekolah agama." Sedih dengar kata-kata mak.

Bukan nak puji diri sendiri. Tapi dalam kami berempat adik-beradik, aku rasa akulah yang ambil berat soal aurat, solat, puasa atau apa-apa yang berkaitan dengan agama. (Sungguh ini bukan mahu riak!)

Sebenarnya tanggungjawab aku sangat besar tapi aku tak punya kekuatan untuk menegur ahli keluarga sendiri.

Dulu aku pernah suarakan pada abang soal aurat, tapi aku kena marah teruk dengan abang!

Aku menangis cerita pada mak! Sejak hari tu, aku dah tak berani mahu bersuara! Tuhan, aku diuji dengan begitu kecil jika nak dibandingkan dengan ujian Nabi tapi aku terus jatuh tak boleh bangun.

Hakikatnya mahu berdakwah pada keluarga sendiri lagi susah jika mahu dakwah pada orang lain yang tiada kaitan dengan kita. Hakikat yang memang akan diakui semua orang aku kira!

Semoga ku diberi kekuatan.


No comments:

Post a Comment