Bismillah...
Bacaanku tentang travelog ini sudah sampai ke garisan akhir. Mungkin dalam 2 atau 3 bab aku akan tamat membacanya.
Penulis sudah kembali ke Malaysia setelah 44 hari lamanya dia beribadat dengan bersungguh-sungguh pada Allah di Makkah dan Madinah.
Ternyata rahmat dan hidayah yang Allah berikan pada dia masih berterusan dan Allah tak pernah tarik walau sedikit pun rahmat yang telah Dia anugerahkan pada penulis ini.
Tanggungjawab yang penulis terpaksa pikul kali ini cukup berat buat dirinya. Menjadi Imam di Surau Kondo Kemuncak. Surau yang telah kehilangan serinya akibat penduduk sekitar yang langsung tidak pernah peduli akan kehadirannya.
Dan penulis terpaksa kembalikan sinar surau tersebut. Aku rasa sangat kagum pada penulis. Dia sanggup membaca dan membetulkan wirid selepas solat, menghafal ayat-ayat suci al-Quran, membaca buku panduan tatatertib menjadi seorang imam dan menhafal doa dalam bahasa arab selepas solat. Semuanya dilakukan demi menaikkan kembali fungsi surau kecil tersebut.
Mungkin pada mata orang lain langsung tidak nampak kepentingan surau itu. Ya, mungkin mereka boleh ke masjid-masjid yang lebih besar dan lebih gah namanya namun pada penulis itu adalah tanggungjawab yang harus dia pikul setelah kembalinya dari menunaikan ibadah haji.
Ibadah yang berterusan, istiqamah, ikhlas dalam membuat kebajikan, bersungguh-sungguh bila mengadap Allah, sentiasa percaya setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah tersembunyi dan banyak lagi pengajaran yang dapat aku kutip dari bacaan travelog haji ini. Semua manusia bermula dari tidak tahu dan bukan dengan alasan tidak tahu ini kita mahu abaikan tanggungjawab kita pada Allah kan?
No comments:
Post a Comment