"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Friday, March 30, 2012

buku cinta ^^


Bismillah...

Aku ada baca satu buku kisah sepasang suami isteri yang sangat romantik. Tapi tak ingat la tajuk buku tu (banyak sangat membaca la hai).

Kisah pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga. Tak pasti juga sama ada perkahwinan mereka   atas kerelaan hati mereka atau permintaan keluarga mereka. Rasanya perkahwinan atas dasar keluarga kot! Sungguh tak ingat! Tapi ada satu benda yang aku ingat sampai sekarang. 

Ini adalah idea dari si isteri. Mungkin sebab masih di awal-awal perkahwinan dan mereka masih susah mahu menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Setiap malam sebelum tidur si suami akan menulis di dalam sebuah buku apa yang dia rasa terhadap isterinya. Dan keesokan paginya bila si suami pergi kerja, si isteri akan membaca apa yang ditulis oleh suaminya. Dan kemudian dia akan membalas apa yang ditulis suaminya. Setiap hari mereka akan terus... terus.... dan terus menulis tanpa henti. Tanpa jemu. Banyak benda yang mereka tulis. 

Di awal-awal perkahwinan mereka lebih banyak tulis berkisar tentang diri mereka. Dan akhirnya terus sampai kepada perasaan sayang & cinta antara satu sama lain. Bila ada suami yang tak suka atau berkenan dengan sikap isterinya, maka dia akan tulis dan menegur isterinya di dalam buku itu. Bila isteri baca, dia akan cuba untuk mengubah sikapnya. Begitu juga sebaliknya. Saling tegur-menegur. 

Kisah ini berlanjutan hingga la ke tahun-tahun seterusnya. 

Sampailah suatu hari bila si isteri bangun dari tidur  dan buka buku tersebut, suaminya langsung tidak ada meninggalkan satu patah perkataan pun. Biasanya kalau si suami tak tahu nak tulis apa, dia akan tulisjuga   'i love u' or something like that. (Malu lak ai nak tulis ayat jiwang dalam blog sendiri!) Nges... :p

Esok.. esok.. esok.. dan seterusnya juga sama. Hairan si isteri kenapa suaminya tidak meninggalkan satu patah kata untuk dia. Puas dia memikirkan apa salah dia sampai suaminya menjauh dari dia. 

Si isteri tetap menulis di dalam buku tersebut tanpa jemu. Bertanya pada suami apa salah dia dan tetap menyatakan dia sayang pada suaminya sampai bila-bila. 

Sungguh aku tak ingat apa terjadi pada kisah hidup mereka. Tapi ada satu pengajaran yang boleh diambil dari kisah mereka. Lebih baik meluahkan perasaan pada tulisan di atas buku atau diari dari meluahkan perasaan di facebook atau twitter terutama bagi mereka yang sudah berkeluarga sendiri. Memang banyak kata-kata yang tidak dapat diluahkan dengan lisan tetapi lebih kepada tulisan. Tapi lebih baik guna pendekatan yang baik kan? 

Nanti bila dah kahwin, boleh la buat macam ni ye... ^^

2 comments: