"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Wednesday, April 11, 2012

hari air mata... ~~

Bismillah...

Hari ini terasa perjalanan panjang sangat. Rasa hari ni ujian datang bertubi-tubi. Kesabaran hari ni benar-benar teruji. Dan ternyata aku mampu bersabar sampai tanpa segan-silu aku menangis dalam teksi. 

Sampai aku terfikir apa dosa yang aku buat sampai susah sangat aku mahu sampai ke destinasi yang aku nak tuju. Awal pagi dah keluar rumah untuk pergi interview. Sebenarnya aku tak risau langsung masa nak datang temuduga hari ini. Keyakinan tinggi sangat kot. Tapi bila masuk dalam bilik temuduga, entah apa la masuk dalam diri sampaikan rasa satu soalan yang mudah langsung tak dapat jawab. Aku pasrah! *ayat pasrah*

Satu lagi ujian masa di stesen komuter Shah Alam. Mesin tiket buat hal. Ketiga-tiga mesin semua rosak. Dekat kaunter plak tak ada langsung manusia yang jaga. Terpaksa tunggu dengan lamanya. Sungguh aku benci naik komuter. Tapi kali ni betul-betul terdesak. Dalam komuter, aku duduk bahagian koc untuk wanita sahaja! Tapi yang hairannya ada dua tiga lelaki yang masuk sekali dalam tu. Masa ni tak tau la, rasa mood dah down sangat-sangat. Orang sekeliling menjadikan keadaan aku makin stress. Dalam hati aku orang-orang laki ni memang kena sumpah dah. Aku geram. Diorang ni memang tak tahu atau sengaja buat-buat tak tahu? Kalau ye pun tersilap masuk, tak boleh ke masa turun kat next stesen turun dan pergi kat bahagian koc lain.

Dalam keadaan badan yang tak suci memang rasa cepat sangat naik angin. Pelik sikit orang perempuan ni bila datang angin bulan dia. Rasa nak mengamuk & menangis je. Tacing lebih sangat. Haih!

Sampai KL Sentral terus bagi kunci rumah kat Tati sebab dia nak balik rumah tapi lupa nak bawak kunci. Dan lepas tu terus gerak ke Pudu. Selesai urusan beli tiket nak balik kampung sabtu ni terus naik bas nak balik rumah. Masa atas bas tiba-tiba akak hantar mesej kata dia kat Pudu on the way nak ke TBS. Masa tu aku tepuk dahi! Aku rasa macam ada akak bagitau aku dia nak balik pahang tapi aku betul-betul tak ingat dia nak balik hari ni. Bukan tak ingat tapi...entahlah... tapi hari ni semua urusan tak kena.

Dia kata nak jumpa. Suruh aku turun TBS, teman dia makan. Kebetulan aku dari pagi tadi langsung tak makan apa-apa. Pagi pun makan cekodok pisang yang Diya buat. Mujur la penyakit migrain tak datang, kalau tak memang pengsan. Aku cakap kat akak aku memang tak larat. Jauh kot TBS tu tapi dia suruh jugak datang naik teksi. Nanti dia bayar.

Masa dalam teksi betul-betul diuji sampai aku betul-betul menangis tanpa segan silu depan pak cik teksi ni. Aku pun hairan masa dalam teksi ni aku boleh sabar. Sabar yang betul-betul ikhlas! Satu jam setengah pakcik teksi ni bawak aku entah kemana-mana pun aku tak tau tapi aku langsung tak marah pak cik ni. Mungkin 1) sebab pak cik ni mengingatkanku pada ayah kat kampung. 2)sebab pak cik tu betul-betul ikhlas & jujur pada aku.

"Nak, pak cik rasa kita dah sesat. Pak cik tak ingat jalan. Pak cik hantar anak balik pantai dalam semula. Boleh?"

Masa tu aku menangis dan terus menangis. Antara keinginan nak jumpa akak & balik rumah sewa. Teringat janji nak teman akak makan tapi... dah la jarang jumpa! Kan dah kata tacing lebih sangat.. haih!

Pak cik tu memang dah serba salah tengok aku nangis. Tapi aku betul-betul tak tau nak fikir apa dah melainkan menangis je masa tu. Dengan keadaan tengah lapar, perut pula senggugut Tuhan je yang tau. Sampaikan aku pun tak tau sebab apa aku menangis. Sebab sedih dengan nasib sendiri agaknya.. Bila fikir dari pagi sampai petang ni urusan aku semuanya jadi tak kena. Apa yang Allah cuba nak sampaikan pada aku? Sampai aku doa dalam hati, ya Allah apa dosa yang aku buat sampai urusan aku di dunia hari ni semua jadi tak menentu. Apa dosa aku ya Allah?

Aku cakap kat pak cik teksi, "tak pe la pak cik. Nak buat macam mana. Benda macam ni pun bukan kita mintak jadi pun. Pak cik hantar saya KL Sentral je la." Masa tu aku nampak signboard kl sentral. Aku rasa kalau orang lain berada kat tempat aku memang dah kena sumpah, maki hamun dah pak cik ni. Tapi dengan pak cik ni aku langsung tak naik angin atau marah-marah dengan dia. Malah aku simpati plak kat dia. Dia kata minggu lepas baru dia bawak teksi. Tak tahu sangat jalan. Kesian kan?

Masa sampai kl sentral jam dah 5.30 pm. Akak naik bas 6.00pm. Ada setengah jam lagi nak jumpa akak. Masa nak bayar tambang kat pak cik pun langsung dia tak nak ambik satu sen pun! Berkali-kali dia mintak maaf. Aku tengok kat meter tu ada la lebih kurang 30 hinggit lebih! Mahunya tak, sesat sampai sejam lebih.


Tekad nak naik KLIA transit je. Kat KL sentral pun air mata ni tak mau berhenti. Sebab tu aku malas nak nangis. Bila dah sekali menangis, susah nak berhenti. Orang sekeliling pun pandang pelik je kat aku tapi masa tu dah tak fikir apa dah. Yang aku fikir apa la malang sangat nasib aku hari ni? Sungguh aku simpati 100% pada diri sendiri! Kalau aku tak kesian kat diri sendiri, sape lagi nak kesian pada aku. Pedulikan orang lain! Syahdu sungguh la hari ni. Doaku moga orang-orang yang tengok aku nangis hari ni tak akan ingat aku sampai bila-bila dah! Ameen.

Sampai je kat TBS terus jumpa akak. Sekali lagi buat drama air mata kat situ. Masa salam dengan akak rasa sebak sangat. Susah betul la jadi orang perempuan ni asyik nak nangis je. Akak pun hulur 50 hinggit suh aku pi makan. Simpati dengan adik dia kot malang menimpa bertubi-tubi.

Aku nak teman akak turun sampai ke depan bas tapi sorang akak yang jaga tangga ni tak bagi aku turun. Aku pun sebenarnya tak ada la kisah sangat dia tak nak bagi aku turun tapi tak boleh ke cara cakap tu beradab sikit.

Aku siap balas lagi dekat akak tu, "alah, macam la aku nak bom TBS ni yang cakap macam nak marah orang bagai." Akak terus tarik aku tepi takut aku bertumbuk dengan penjaga tangga tu. Mulut aku ni boleh tahan jugak kadang-kadang bila cakap dengan orang yang tak beradab ni. Pelik kan dalam masa 10 saat kesabaran aku terus hilang bila berhadapan dengan orang macam tu. Sedang dengan pak cik teksi yang sampai satu jam setengah dia bawak aku entah ke mana-mana aku boleh bertahan sabar. Betul, sangat susah nak sabar dengan manusia yang masa sekolah rendah belajar tentang adab tapi tak pernah amalkan. Aku pun 2 x 5 jugak sebab sama-sama tak beradab.Makanya mari belajar cara beradab beramai2...heh...

Tengok akak turun tinggalkan aku sorang-sorang kat TBS. Air mata ni makin laju je membasahi pipi. peh ayat! Tak tau la kenapa rasa syahdu & pilu sangat hari ni. Orang keliling pandang pelik je. Sekali lagi aku buat muka dek je! Orang sedih suka hati la nak nangis pun. Mana boleh tahan air mata ni.

Allah..... T_T

2 comments: