"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Thursday, February 2, 2012

persediaan dari sekarang.. hua

Bismillah..
Dua tiga hari ni sejak abang umumkan nak nikah sorang lagi aku rasa isu poligami ni hampir 24 jam boleh dikatakan dibincangkan di mana-mana di rumah ni. Di dapur, di ruang tamu, di pawah pokok manggis, hatta di sawah sekalipun. Aku rimas tau! Aku tak tipu!!! Aku rasa nak je ghaib dari bumi ni sampai isu ni habis dibincangkan. Aku dah rasa menyampah yang amat okey!!!  Mahu je aku cakap kat semua orang ada topik lain tak semua?????????? 

Mesti akan ada yang kata, "ala..buat tak tau je!" Mana boleh nak buat tak tau. Lainlah kalau aku ni manusia yang memang tak dikurnikan Allah hati dan perasaan. Kannnnnnnnn???? Boleh ke aku nak buat tak tau je bila kakak ipar luahkan perasaan dia pada aku? Boleh ke aku buat tak tau je bila tengok perangai abang aku yang makin menjadi-jadi? Nak semua orang ikut je kehendak dia, jaga hati dia.. Dia? Ada jaga hati & perasaan orang. Aku menyampah okey! Aku dah tak peduli orang nak kata aku adik derhaka. Ada ku kesah??? 

Yang perempuan tu pun satu, tak ada lelaki lain ke kat dunia ni nak dijadikan suami! Okey, ajal maut jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Okey!!!!!! Okey!!!! Aku faham. Cinta pertama memang susah nak dilupakan dari hati kannnnnnnnnnnnnnnnn? Aku faham, tak payah nak explain dah! Tapi kadang-kadang aku rasa malas nak faham. Tahuuuuuuuuuuuuuuuuuu tak!!!!!! 

Dan mak & ayah pula selalu berleter memanjang pada abang. Tapi masalahnya bukan pada abang, tapi aku yang kena dengar. Abang aku dah selalu ghaib sekarang. Dah mabuk kepayang, angau dengan bakal bini baru dia! Aku stress okey bila ayah nasihat, "adik, nak jadi isteri solehah ni, bila suami nak kahwin lain kena bagi!" Aku balas, "orang tak kahwin lagi dah bagi nasihat macam ni! Lagipun banyak lagi cara lain nak jadi isteri solehah kot!" Aku stress okey bila aku yang tak kahwin lagi dah dapat nasihat percuma pasal poligami. Okey, aku faham nasihat untuk kebaikan aku jugak. Mana la tau nanti aku pun akan dimadukan jugak!!!!! Aku faham dah!!! So, wanita diluar sana yang single2 lagi tu marilah sama-sama buat persediaan dari sekarang, kot-kot akan dimadukan nanti. Tak de la culture shock sangat kannnnnnnnnnnnnnnnnn? 

Okey, aku sangat stress sekarang!!!! Aku dah tak sabar mahu balik KL okey!!!! Tak pernah seumur hidup aku, aku rasa tak sabar sangat nak balik KL okey!!!! Ini serius okey!!!!

Dan abang, kau nak kahwin dua, tiga hatta empat sekalipun silakan asal kau adil. Jangan nanti di akhirat kau dipersoalkan kalau tak mampu jalankan tanggungjawab sebagai suami. Aku sebagai adik akan selalu mendoakan kebahagiamu dunia & akhirat. Aku kan adik yang baik kannnnnnnnn? Aku ikhlas ni (walaupun aku sendiri tak yakin aku benar-benar ikhlas). 

*stress* 


1 comment: