Bismillah...
Ini sebenarnya kali kedua aku membaca buku travelog. Tapi penangan travelog kali ini lebih hebat dan lebih dahsyat.
Subhanallah... Setiap kali ku menyelak helaian muka surat travelog ini ke bab baru bibir hanya mampu menyebut 'subhanallah... subhanallah.. dan subhanallah..'
Penulis yang aku dapat kategorikan seorang yang sangat hebat pada pandanganku. Dan jujur di mata aku. Sentiasa mengaku dirinya jahil. Seorang profesor di UiTM berani mengaku tidak pandai membaca al-Quran, selalu mengabaikan solat dan tidak pandai membaca doa dalam bahasa Arab. Tapi beliau mendapat kad undangan dari Allah untuk menjadi tetamu istimewa di rumah Allah. Subhanallah.. Maha suci Allah. Allah memberi hidayah pada hamba-Nya. Ku sangat kagum dengan cerita & pengalaman beliau ketika mengerjakan Haji.
Walaupun belum tamat ku membaca buku ini (insyaAllah dalam masa terdekat akan tamat membaca) tapi cara penyampaian penulis cukup istimewa bagiku terutama ketika penulis menyampaikan tentang betapa hebatnya Allah Maha Besar dan betapa berkuasanya Allah SWT. Sampai tertanam jauh di sudut hatiku, aku juga mahu berdoa untuk menjadi tetamu istimewa Allah di rumah-Nya. Aku juga mahu menjejakkan kaki ke rumah Allah bersama kedua ibubapaku dan suamiku nanti. Perkenankan Ya Allah. Ameen. ^^
Kata-kata penulis di bab 1 terus menginsafkan aku. Ya, aku yang lebih pentingkan negara Eropah adalah tempat pertama yang mahu ku lawati tapi dalam travelog ini langsung menyedarkan aku. Penulis memang hebat sebab dapat menyedarkan diriku yang sangat jahil. Kata penulis, "Tidak akan ada tempat lain yang dapat memberi satu perasaan dan pengalaman dalaman sehebat di Masjidil Haram. Makkah tidak akan sama dengan London, Amsterdam, Paris ataupun New York." Ya, Amsterdam tempat yang memang sangat mahu ku jejak. =='
Dan lagi ku suka sangat bila penulis mendoakan untuk isterinya di setiap kali tawaf yang ketujuh, "Ya Allah Ya Tuhanku, Kau ampunilah dosa-dosa isteriku ya Allah. Ya Allah Ya Tuhanku jadikan isteriku, isteri yang solehah Ya Allah, isteri yang taat dan patuh kepada-Mu Ya Allah, yang taat kepada suaminya Ya Allah, dan berikanlah kejayaan kepada kerjayanya Ya Allah. Permudahkan urusan dia di dunia & di akhirat. Ya Allah temukanlah aku dan dia di syurga-Mu nanti ya Allah."
Sangat indah doa seorang suami untuk isterinya.. ^^
Alahai.. kini ku yakin di luar sana masih ada lagi ikatan antara suami & isteri yang begitu manis seperti kisah profesor ini. Ya Allah, ku tak mengharap seorang imamku yang sealim manusia lain di dunia ini, sesempurna manusia lain di dunia ini, sepandai manusia lain di dunia ini, sekaya manusia lain di dunia ini dan sekacak manusia lain di dunia ini. Cukuplah dia yang dapat membawaku ke jalan yang Kau redhai dan sama-sama mengingati tentang tujuan sebenar kenapa kami hidup di muka bumi ini. Indahnya hidup ini jika setiap hubungan adalah kerana Allah kan? ^^
ku juga sangat kagum dengan indahnya hubungan kedua ibu bapaku.. walaupun ayah panas seperti api, ibu penyejuk seperti air.. ibu yang penyayang, ayah yang setia.. ^^ |
Manisnya hubungan mereka bila tangan ibu luka tercucuk mata kail ikan haruan, ayah ambil ubat dan balut luka ubat ibu..
Indahnya hubungan mereka bila ayah sakit, ibu setia menjaga di sisi tanpa pernah kenal erti jemu..
Bahagianya hubunga mereka bila setiap kali tibanya waktu solat, ibu dan ayah akan solat berjemaah bersama..
Syurganya hubungan mereka bila ibu mencium tangan ayah setiap kali usai solat jemaah..
Aduhai.... ^^
moga kita sama2 dipertemukan imam yg telah ditakdirkan olehNYA..
ReplyDelete-menanti,dan terus berdoa..
masyaAllah.. memang hidayah Allah tu tiada siapa yang tahu siapa yang akan mendapatnya, hatta seorang yang paling jahil & paling zalim pun jika Allah kehendaki, dia pasti akan diberi hidayah..
ReplyDeletenie pun salah satu buku yang dicari2.. terlupa tajuk dia travel log apa.. terima kasih awak promosikan buku nie.. :)
cik bai : ameen.. ^^
ReplyDeleteNawwal insyirah : alhamdulillah, buku yg sangat bermanfaat... ^^