"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Thursday, November 14, 2013

Sireh Junjung



InsyaAllah.. coming soon...
25hb Disember 2013...
Semoga Allah permudahkan...
:)




Monday, November 11, 2013

Kawan lama...

Bismillah...

Semalam tengah lepak-lepak tiba2 dapat mesej dr Piya. Actually aku pun tak tau tu no Piya. Bila Piya ckp "ni Piya." Automatik rasa terkedu jugak. Yelah tetiba Piya msj, Piya kata teringat aku. Tu yg dia mesej. Tu pun sampai tersalah hantar msj pada sape2 ntah. Mesti no celcom tu, lama dah x guna kot.

Rasa bersalah jugak sebenarnya. Sepatutnya aku yang kena mesej dia dulu kan. Sekarang dia kat Ipoh, ambik cuti rehat setahun. Kesian Piya. Besar betul dugaan dia. Aku tanya Piya, dia dah betul- betul sihat ke. Dia cakap setakat ni alhamdulillah sihat. Dah sebulan kena buat kemoterapi. Harap-harap Piya dah bebas dari kanser la. 

Piya kena tangguh dia punya jQaf. Sekarang duduk rumah rehat. Aku doakan semoga Piya akan betul2 sihat dan dapat teruskan hidup macam biasa. Piya, be strong k! Kami kawan2 sentiasa doakan Piya cepat sembuh. :)

Saturday, October 26, 2013

Kursus lagi...

Bismillah...

Baru- baru ni pergi kursus pemantapan guru. Empat hari. Lama kot. Sebenarnya kalau ikutkan km ni tak payah pergi lagi. Al maklumlah guru praktikal je, tp memandangkan dah tak ada guru pendidikan Islam lain kat sekolah ku, maka terpaksa jualah ku pergi. Sadis. Tapi sebenarnya kursus ni lagi best dr KSSR... Banyak manfaat aku dapat dari kursus. Dan sebenarnya kami yang dapat training kat Sjkc ni patut bersyukur sbb banyak Sgt pengalaman yg km dapat berbanding dgn mereka di SK. Yelah, sbb sorang2 kat sek, ku la ketua panitia, aku lah ajk nye, aku la ahli2 nya. Memang tak de org lain. Nak dapat khidmat nasihat pun aku tak tau kat sape sbb sorang2 je bertapa kat sek ni. Kalau tengok fail panitia yg aku buat ni, kalau nazir mai turun sini, mau pengsan kot. Tak menepati lgsung apa yg diorang nak. Ada?

Berbalik kepada kisah aku kursus kat Masjid Negeri selama 4 hari. Rupanya diorang ada juga buat program tahsin al-Quran. Ya rabbi memang diorg bantai sungguh2 la kami masa km pi tarannum depan diorg. Ustaz2 ni plak semua dapat sanad.

Ustaz kata kat kami semua, "tu la, baca al-Quran jgn syok sendiri. Kena cari mana2 ustaz yang mahir suh tolong dengar bacaan kita. Ini baca hukum tajwid iqfak pun macam baca izhar tapi ada dengung."

Dalam hati aku, amboi dahsyatnye ustaz sampai cara dengung pun diorg teliti habis. Tu tak masuk fawatih suwar apa segala bagai lagi. Makhraj huruf pun tak betul.

Hasil daripada ujian kami ni, satu rumah tak lulus kecuali sorang je. Tu pun dia sbb ngajar qiraati dulu. Sebab tak lulus maka kami kena masuk pemulihan. Ingat KSSR murid2 je ke masuk pemulihan, ni cikgu pun kena. 2 hari... Berkursus lagi la. Km kat Sjkc ni memang muka kursus pun sampai aku bila balik kursus tak de feel nk ngajar dah. Hehe. Redha je la. Kursus pun kursus la...

Semoga dgn kursus ni ilmu aku dalam bidang al- Quran nanti akan bertambah baik untuk aku sampaikan pulak pada anak2 didikku.

Thursday, September 26, 2013

Realiti..

Bismillah...

Alhamdulillah dah dua hari berlalu kursus KSSR, serius letih sangat. Hari first kursus, balik2 je terus tumbang tido. Lagi dua hari nak menanggung seksa ni. Adoi, dengan keadaan yang banyak assignment memang la tak boleh nak fokus sangat pada kursus.

Banyak pengalaman sepanjang aku jadi cikgu. Lebih kepada pengalaman yang agak dahsyat mungkin. Tapi bila borak dengan kawan2 yg sama senasib ngajar di Sjkc, baru tau nasib aku rupanya ok sikit la dari diorang.

Allah memang terbaik. Dah atur susun elok je. Sesuai dengan tahap kemampuan ujian yang Dia bagi. Sedahsyat aku, dahsyat lagi kawan kawan yg lain rupanya. Sampai ada murid yang sanggup cakap f*** kat cikgu sendiri. Dahsyat tak dahsyat, budak darjah 6 masuk kelas kaki letak atas meja. Konon nak jadi gengster besar nanti. Memang mampu mengucap je la. Bila dengan cikgu langsung tak ada perasaan hormat, macam ni la jadinya.

Alhamdulillah, semua student aku masih dalam erti kata yang baik lagi. Masih pandai hormat aku sebagai guru. Nabila pun dah berubah. Dah mau masuk kelas agama and belajar. Senang hati sikit. Kalau tak hari-hari duk bersoal jawab dgn PP je. Apa pun bukan murid yang salah kan, cikgu jugak yg salah. Hm...

Cuma cabaran aku bukan dengan student, tapi lebih kepada persekitaran sekolah. Entahlah, kadang-kadang rasa memang dah tak ada jiwa kat sekolah sendiri. Tapi sekarang bila pergi sekolah, niat dalam diri untuk ajar budak-budak Islam. Itu je kekuatan yg ada untuk teruskan kehidupan di Sjkc.

Ya Allah, untuk hari2 esok memang tak tau la apa nasib aku. Aku mohon dipermudahkan setiap urusan aku.

Memang skrg niat aku cuma satu, nak mengajar mereka tentang Islam. Benda lain memang nak tolak tepi. Malas nk fikir, semak kepala je kan. Just smile.. Like this... :)

Saturday, September 21, 2013

Kan.

Bila kita menchentai seseorang melebihi sepatutnya, Allah akan uji kita sehingga kita kembali padaNya dan menchentaiNya melebihi segalanya. -kopipes

Thursday, September 12, 2013

Putus harapan..

Bismillah...

Mungkin dulu, kita pernah ada satu harapan yg mana kita betul mengharapkan apa yg kita harapkan itu bukanlah satu harapan lagi, tapi satu benda yang benar-benar terjadi. Yang ini aku sangat pasti! 

Tapi... *oh kenapa mesti ada tapi..*
Sampai satu masa, kita akan sedar yang harapan kita benar-benar harapkan itu mustahil untuk kita kecapi. (Peh ayat..) mungkin pada tahap tu kita akan mula kembali ke alam nyata dan kita hanya mampu membiarkan harapan itu berlalu begitu saja.

Memang agak sakit kenyataan tu. Ye, sebab itu harapan yg kita harapkan sangat.

Dan sampai satu masa, kita hanya mampu membiarkan apa yang berlaku, hanya berlaku.
Mungkin tanpa perasaan. Ya, ini yang aku rasa sekarang.

Em mungkin ada sedikit rasa kecewa tu. Tapi tak mampu nak luahkan pada sapa-sape sebab kita tahu apa yang kita rasa ni tak kan ada org yg faham. Atau mungkin orang akan kata balik kepada aku, "cuba faham keadaan." Huhu tak sukan ya ada perasaan macam ni.

Hati ni rasa sakit sangat. 

Biar..biar kita putus harapan pd manusia tp jgn sesekali putus harapan pd Allah. Kan? Just think positive lao shi. :)

Wednesday, September 4, 2013

Change.

Bismillah...

Dua tiga hari ni selalu rasa sedih. Banyak sangat benda yg difikirkan kot. Teringat kata-kata hlovate hidup dengan gembira. Yes i'll try to do my best. And also already tried. Bukan susah pun nak hidup gembira kan? Just senyum, act like everything very fun. 

Manusia memang cepat berubah mungkin. Mula tak pernah sama dengan pertengahan dan mungkin juga pengakhirannya. Kadang-kadang rasa kenapa mesti libatkan diri dengan semua ni. 

..............