"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Saturday, October 26, 2013

Kursus lagi...

Bismillah...

Baru- baru ni pergi kursus pemantapan guru. Empat hari. Lama kot. Sebenarnya kalau ikutkan km ni tak payah pergi lagi. Al maklumlah guru praktikal je, tp memandangkan dah tak ada guru pendidikan Islam lain kat sekolah ku, maka terpaksa jualah ku pergi. Sadis. Tapi sebenarnya kursus ni lagi best dr KSSR... Banyak manfaat aku dapat dari kursus. Dan sebenarnya kami yang dapat training kat Sjkc ni patut bersyukur sbb banyak Sgt pengalaman yg km dapat berbanding dgn mereka di SK. Yelah, sbb sorang2 kat sek, ku la ketua panitia, aku lah ajk nye, aku la ahli2 nya. Memang tak de org lain. Nak dapat khidmat nasihat pun aku tak tau kat sape sbb sorang2 je bertapa kat sek ni. Kalau tengok fail panitia yg aku buat ni, kalau nazir mai turun sini, mau pengsan kot. Tak menepati lgsung apa yg diorang nak. Ada?

Berbalik kepada kisah aku kursus kat Masjid Negeri selama 4 hari. Rupanya diorang ada juga buat program tahsin al-Quran. Ya rabbi memang diorg bantai sungguh2 la kami masa km pi tarannum depan diorg. Ustaz2 ni plak semua dapat sanad.

Ustaz kata kat kami semua, "tu la, baca al-Quran jgn syok sendiri. Kena cari mana2 ustaz yang mahir suh tolong dengar bacaan kita. Ini baca hukum tajwid iqfak pun macam baca izhar tapi ada dengung."

Dalam hati aku, amboi dahsyatnye ustaz sampai cara dengung pun diorg teliti habis. Tu tak masuk fawatih suwar apa segala bagai lagi. Makhraj huruf pun tak betul.

Hasil daripada ujian kami ni, satu rumah tak lulus kecuali sorang je. Tu pun dia sbb ngajar qiraati dulu. Sebab tak lulus maka kami kena masuk pemulihan. Ingat KSSR murid2 je ke masuk pemulihan, ni cikgu pun kena. 2 hari... Berkursus lagi la. Km kat Sjkc ni memang muka kursus pun sampai aku bila balik kursus tak de feel nk ngajar dah. Hehe. Redha je la. Kursus pun kursus la...

Semoga dgn kursus ni ilmu aku dalam bidang al- Quran nanti akan bertambah baik untuk aku sampaikan pulak pada anak2 didikku.

No comments:

Post a Comment