"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Tuesday, May 1, 2012

permudahkan ya Allah... :)

Bismillah...

Esok adalah permulaan baru hidup aku.
Sungguh ya Allah aku sendiri rasa ragu-ragu dan kurang yakin dengan pilihanku. 

Iringilah perjalananku esok dan hari-hari seterusnya. 
Permudahkanlah urusanku ya Allah. 

Semoga ini adalah jalan yang terbaik yang aku ambil ya Allah. 


:)

Bismillah...

Semalam baru buat kiraan belanjawan untuk bulan lepas. Sungguh rasa berdebar masa mengira jumlah perbelanjaan untuk bulan lepas. Kesimpulannya, perbelanjaan untuk buku lagi banyak dari perbelanjaan yang lain-lain.

Pengakuan : Aku memang susah nak kawal nafsu bila jumpa buku. Sebab memang sejak dari azali lagi aku suka membaca. Masa kanak-kanak ribena dulu, mak kata aku memang dah suka membaca walaupun aku sendiri tak reti membaca lagi. Pelik tapi benar!

Dulu masa zaman sekolah menengah, bila aku selalu membaca terutama novel cinta, mak mesti marah. Masa tu budak-budak remaja la katakan, baca pun novel cinta-cinta. Sekarang semua bacaan aku dah bertapis. Mungkin usia dah meningkat dan sudah matang. Eceh. :p

Tapi sekarang mak dah tak boleh marah kalau aku beli buku banyak. Sebab membaca memang minat aku. Aku boleh hidup tanpa handphone tapi tak boleh hidup tanpa ada buku. Aku selalu terlupa tertinggal buku bila nak keluar dari rumah tapi tak pernah lupa nak bawak buku.

Semoga suatu hari nanti bila aku ada anak, anak aku akan mewarisi sifat membaca ku. Supaya buku-buku ku dapat diwarisi kepadanya. :)

Oh, untuk bulan depan dan bulan-bulan seterusnya, tak ada bajet untuk beli buku, pakaian dan sewaktu dengannya. Sebab bulan lepas dah terlebih belanja. Haih!


Sunday, April 29, 2012

Toleh ke belakang sedetik...

Bismillah...

Tadi pergi pesta buku di PWTC. Tiba-tiba ternampak pulak koleksi kitab-kitab untuk STAM. Terus ingatan kembali pada kisah silam. Dulu pernah ambil STAM. Tapi 3 bulan je sempat bertahan. Sebab tak sanggup nak mengadap kitab-kitab arab yang tebal tu.

Punya la tak nak ambik STAM sampai lari dari sekolah. Lari bukan balik kampung tapi pergi rumah kakak di KL. Kalau balik kampung, confirm kena pancung dengan ayah sebab ayah nak sangat anak dia yang sorang  ni belajar sampai Mesir, sampai jadi ustazah. 

Tapi... minta maaf ayah sebab dah hancurkan impianmu. Huk3... 

Kawab-kawan yang dah berjaya tamatkan STAM sekarang, alhamdulillah semuanya dah jadi ustazah sekarang bertudung labuh. Alhamdulillah sejuk mata memandang. 

Tumpang gembira dengan mereka. :)

Dan aku sekarang akan terus mengejar impian aku. Doakan moga perjuanganku dipermudahkan... :)

Walaupun aku tidak ditakdirkan untuk menjadi ustazah seperti yang ayah harapkan tapi insyaAllah aku akan berusaha menjadi insan yang berguna di mata ayah... ^^

Monday, April 23, 2012

Jadi pramugari & chef...

Bismillah...

Dua, tiga hari ni rajin plak main game. Mula-mula main game jadi pramugari. Kononnya la pergi sampai ke Eropah, Middle east dan sebagainya. Lepas tu, bila dah sampai kat Istanbul dah stuck sampai dah tak boleh nak ke next station. Susah betul level ni. Haisy! Tak ada kudrat lak ai nak berusaha lagi setelah 2 hari bertungkus-lumus *sambil membebel sorang-sorang* untuk naikkan ke level seterusnya. 

Berhenti  jadi pramugari, jadi tukang masak pulak. Game ni lagi best kot! Banyak belajar tentang masakan luar. Masakan china, Itali, korea, Jepun memang di hujung jari je la. Memang hujung jari betul la kalau dah kejenye main klik je. 


Tapi tengah layan game pun aku sempat berfikir satu benda. Sebenarnya bila kita dah mula layan game, sedikit-sebanyak ia mengajar kita tentang erti kesabaran dan pengurusan. Sebagai contoh masa aku jadi pramugari aku terpaksa bersabar melayan passenger yang bermacam-macam ragam. Ada yang sakit, suka letak barang merata-rata, budak-budak kecil yang suka jalan sana-sini, itu tak masuk lagi penumpang yang langsung tak reti perkataan sabar. Nak tak nak kita juga yang kena sabar. 

Kadang rasa geram sangat bila kita dah siapkan makanan untuk dia, tapi sebab kita lambat beberapa minit je terus dia tidur tanpa menjamah sikit pun makanan. Mujur la ku ni jenis yang bersabar jugak, kalau tak memang kena sekeh dah kot insan tersebut. 


Bila sekali kita dah buat salah, kita tetap terus berusaha untuk cuba memuaskan hati semua insan yang ada dalam kapal terbang tu. Sampai berjaya! Positif kan? 

Dan aku mula merancang strategi macam mana nak puaskan semua kehendak penumpang. Berfikir tentang pengurusan masa dan macam mana nak tackle hati penumpang. Bila ada plan & strategi baru la matlamat tercapai ditambah pulak dengan usaha yang gigih. Posotif lagi kan?

Masa jadi chef pulak, rasa banyak tambah info maklumat pasal makanan. Bila belajar masak makanan Itali banyak sangat tak tahu apa jenis bahan-bahan yang digunakan.Nama pelik-pelik. Terpaksa pause kejap & google mencari nama-nama aneh tu. *main tipu* hehe... 

Tapi okey la, nanti bila sampai Itali tak ada la nampak sangat muka blur bila dihidangkan dengan makanan Itali. Eh, poyo je. :p

Kesimpulannya, sebenarnya layan game ni ada jugak la manfaatnya kan? 

Dan lagi, sape yang cakap game ni untuk hilangkan tension, bagiku memang sangat dusta sebab ku main game hari-hari bertambah stress ada la. *carik penyakit*

Dan sekarang makin kuat membebel. :p

Saturday, April 21, 2012

belanjawan ciktulipkasih...

Bismillah...

Baru balik dari beli barang-barang di sebuah pasaraya. *nama tidak perlu dinyatakan* hehe...

Tapi rasa macam ada satu kelainan untuk tahun ini. Sebab sekarang dah pandai menulis belanjawan diri sendiri di excel. Setiap hari apa yang dibeli, makan, minum dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan duit akan ku catat di excel.

Mungkin rasa itu satu keperluan. Aku mahu tahu ke mana duit yang aku belanjakan. Sekaligus dapat mengawal perbelanjaan harian. Contoh, bulan lepas terasa macam banyak duit dihabiskan untuk barang-barang yang tak perlu sangat, makanya untuk bulan ini belanja kena kurangkan. Kena pandai stabilkan dengan duit yang ada dalam tangan. Supaya tak berlaku defisit. *budak ekonomi memang pandai berkata-kata pasal belanjawan ni* :p

Tapi memang selalunya defisit la. Adat baru nak merangkak masuk dunia luar katakan.

Secara jujurnya, ini baru kali pertama aku buat belanjawan. Aku langsung tak pernah simpan resit barang yang aku beli. Sebabnya mudah je! Takut pengsan bila tengok jumlah belanja duit setiap bulan.

Tapi sejak dah habis belajar dan mula bekerja rasa ini sangat penting. Dulu selalu tengok kakak ipar buat macam tu. Tapi tak pernah terfikir akan buat. Kata kakak ipar, dah jadi isteri kena pandai bajet belanja rumahtangga kita.

Hm... duit bukan segala-galanya tapi segala-galanya perlukan duit. *hakikat dunia sekarang*

~~

Friday, April 20, 2012

kisah jelapang padi dan jerami padi...

Bismillah...

Baru-baru ni masa balik kampung, mak kata nak ubah jelapang padi yang sudah bertahun lamanya duduk sebelah rumah. Mak kata, mak nak buat bangsal untuk kereta. Jadi jelapang padi yg kecil tu mesti diubah. 

Biasa memang macam tu, bila setiap kali dapat duit hasil tuai padi mak akan besarkan rumah. Rumah yang kecil lama-lama jadi besar sikit demi sikit. Sebab pendapatan kami sekeluarga memang bergantung sepenuhnya pada tanah sawah seluas 9 ekar tu. 

Jelapang padi tu mak ubah letak kat belakang rumah, dah dekat dengan kebun rambutan mak. Teringat masa kecik-kecik dulu, jelapang padi tu jadi tempat kami (dengan kak cik) main. Dalam jelapang padi tu biasanya ayah akan letak benih padi untuk tanaman padi seterusnya. Tapi kami suka main dalam tu. Ayah pun tak pernah marah kami main dalam tu. 

Dulu belakang rumah kami ada sawah padi. Bila musim padi dituai, kami akan ambik jerami padi banyak-banyak, lepas tu letak dalam jelapang padi. Masa kecik-kecik dulu suka sangat baring atas jerami padi. Rasa lembut sangat. Macam baring atas tilam yang lembut. Bila dah malam baru rasa gatal-gatal badan sebab miang padi. :)

Kalau main sorok-sorok dengan sepupu-sepupu kat sawah lagi seronok. Main ikut suka hati je nak baring atas jerami sampai badan terbenam masuk dalam jerami padi yang tinggi tu. Kesian kat orang yang kena cari kami tu mesti tak jumpa. :)

Lagi aktiviti best masa musim tuai padi main layang-layang. Layang-layang tu biasa kami buat sendiri. Guna surat khabar, lidi, gam, benang. Simple!

Jarang sangat layang-layang aku nak naik tinggi-tinggi. Sedih sungguh la! Selalu tengok yang orang je la. Dan kalau ada yang baik hati (biasa sepupu lelaki) mesti diorang bagi pegang tali layang-layang yang dah dinaikkan tinggi di awan biru. Masa tu baru rasa macam mana seronoknya main layang-layang dan baru tahu macam mana nak kawal layang-layang supaya tak jatuh ke tanah. 

Itu kisah lalu.. Kisah beberapa belas tahun yang lalu..

Sekarang mak dah tak bagi pergi sawah selalu. Ayah dah tak bagi ikut dia pergi membajak di sawah. Ayah kata budak perempuan kena duduk rumah buat kerja rumah. Serius sangat rindu nak main lumpur sawah, terjun sungai, panjat pokok. (Hakikatnya ku dah dewasa kini!)

Budak-budak zaman sekarang pun dah tak pandai main layang-layang kat sawah. Dan tak pandai main soro-sorok di sawah macam kami dulu-dulu. Sebab budak-budak sekarang hanya pandai main permainan yang ada dalam komputer. 

Tanah sawah dah sunyi. Dah tak ada dengar bunyi riuh rendah budak-budak main kat sana. Hanya orang-orang macam ayah yang selalu memeriahkan tanah sawah. Sebab tanah sawah dah jadi sebahagian dari hidup ayah dan petani-petani lain. 

Dan sekarang aku makin jauh dengan tanah sawah yang membesarkan aku. Bila sesekali balik kampung dapat cium bau sawah rasa sungguh bahagia. Sebab di situlah aku membesar! Dan di situ lah terbinanya kenangan indah yang sampai sekarang ku simpan kemas di ingatan. 

Friday, April 13, 2012

A Cup of Tea


A group of students, highly established in their careers, got together to visit their old teacher. Conversation soon turned into complaints about stress in work and life.

Offering his guests tea, the teacher went to the kitchen and returned with a large pot of tea and an assortment of cups – porcelain, plastic, glass, crystal, some plain looking, some expensive, some exquisite – telling them to help themselves to the tea.

When all the students had a cup of tea in hand, the professor said: ‘If you noticed, all the nice looking expensive cups were taken up, leaving behind the plain and cheap ones. While it is normal for you to want only the best for yourselves, that is the source of your problems and stress.

Be assured that the cup itself adds no quality to the tea. In most cases it is just more expensive and in some cases even hides what we drink. What all of you really wanted was tea, not the cup, but you consciously went for the best cups… And then you began eyeing each other’s cups too.

Now consider this: Life is the tea; the jobs, money and position in society are the cups. They are just tools to hold and contain Life, and the type of cup we have does not define, nor change the quality of Life we live.

Sometimes, by concentrating only on the cup, we fail to enjoy the tea Allah has provided us.’ Allah brews the tea, not the cups. Enjoy your tea.

http://www.islamicthinking.info/