Bismillah...
Dulu rasa tak terkesan langsung bila cikgu, ustaz, ustazah atau pensyarah cakap "awak ni dari sekolah agama, bidang agama..semua masalah yang berkaitan hukum-hukum orang akan rujuk awak."
Hah! Sekarang bila masuk alam kerja baru ada akal. Bila tadi ada sorang rakan kerja tanya macam mana aurat antara kita dengan wanita bukan Islam sebab tinggal satu rumah. Lepas tu bila berwudhu' tersentuh diorang batal tak wudhu' kita.
Eh, rasa macam pernah baca ni. Batal kot. Eh tak batal kot. Kena kot tutup aurat. Tak yah kot jaga aurat dengan diorang. Eh, banyak betul kot! Hadoi la. *konpius*
Tangan pun laju tanya encik google. Tapi tetap rasa konfius. (Teruk sungguh la hai!). Last sekali suruh diorang tanya budak-budak lepasan Al-Azhar yang kerja kat sini jugak.
Budak-budak kat sini pun laju je mulut nak panggil kami 'ustazah'. Bila ku terang pada diorang yang kami ni memang dari pengajian Islam tapi bidang kami bukan khusus pada Syariah atau Fiqh barulah diorang berhenti panggil kami ustazah.
Tapi sebenarnya gelaran ustaz & ustazah ni sebab nak memuliakan orang yang dipanggil tu. Tapi sungguh aku memang jahil sangat. Ilmu agama pun tak banyak mana. Mana yang tau tu aku jawab la, mana yang tak tau tu ku tanya kembali pada Imam Muda Asyraf kat twitter. Hehe. Mujur la beliau aktif jugak kat twitter.
Banyak betul cabaran bila dah kerja ni. Rasa kena lebih banyak persiapkan diri.
Allah..
~~Aku mahu jadi aku. Diri sendiri, tanpa bias orang lain. Aku tak mahu dibayangi, atau sekadar jadi tempat berpaut. Aku mahu hidup. Aku mahu berdikari. Aku mahu bebas...~~
"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"
Indahnya Islam...
Thursday, April 12, 2012
Pasti dan tak pasti.
Bismillah...
Hakikat dunia bila manusia lebih takut pada sesuatu yang tak pasti daripada sesuatu yang memang betul-betul akan terjadi. Di facebook, twitter, Google + hatta di tumblr sekalipun semua kecoh tentang amaran tsunami. Tapi banyak jugak baca status di facebook atau sewaktu dengannya yang membuatkan diriku sentap. Antaranya :
Amaran Tsunami baru shj dikeluarkan ptg td di beberapa negara, smua panik.Amaran Kiamat dah lame Allah keluarkan, ade kamu kisah?
— Imam Muda Hizbur
Amaran Tsunami dah ditarik kembali, namun amaran Allah kekal selamanya dalam Al-Quran.. Jangan menarik nafas lega sebelum kamu berhijrah meninggalkan kemaksiatan dan mula patuh kepada hukum Allah..
— Syahirul.com
Ramalan manusia tidak dapat mengatasi ketentuan Allah
— Gha Dz
Manusia memang kena sentiasa diberi peringatan selalu, kalau tak memang akan cepat lupa diri. Bila sesama manusia bagi peringatan kita buat tak tahu, buat tak dengar. Tapi bila sekali Allah dah bagi peringatan 'live' macam semalam memang semua panik dan tak cukup tanah nak lari selamatkan diri. Sebenarnya Allah dah lama bagi peringatan pada kita. Semua dah tertulis dalam al-Quran tapi semuanya berbalik semula pada kita.
Aku tak cakap pada orang lain. Aku cakap untuk diri sendiri sebab aku memang cepat lupa diri. Kadang-kadang aku lupa yang aku ni hanya hamba di atas muka bumi ni. Sampai kadang-kadang aku lupa untuk tujuan apa aku hidup atas muka bumi ni. Alhamdulillah sebab disekeliling aku ramai kawan-kawan yang sentiasa bagi peringatan, aku kembali semula ke jalan Dia. Dan terima kasih jugak pada mereka yang selalu tulis status di facebook @ twitter (walaupun mereka tak bukak blog ku ini) yang membuatkan ku insaf walaupun tak sepenuhnya tapi sekurang-kurangnya ada la jugak sikit kan?
Aku ada baca sebuah buku. Tajuknya 'Lorong Kematian'. Penulis Geidurrahman El-Mishry. Masa mula-mula aku baca buku ni terus dalam hati aku kata 'eh beraninya penulis ni tulis buku macam ni!' Buku ni menceritakan kisah seorang pemuda yang taat beribadah pada Allah, kemudian dia mati. Dan penulis terus menulis kisah pemuda tersebut masa di alam kubur, di padang mahsyar, semasa laluan untuk menyeberang titian siratul mustaqim, keadaan di neraka dan syurga dan banyak lagi tentang kehidupan abadi kita nanti di sana.
Mula-mula aku ragu! (Almaklumlah aku ni jahil. Baca al-Quran tapi tak rajin baca terjemahan.) Terus aku cek setiap apa yang penulis tulis. Aku cari dan cari ayat al-Quran yang ada kaitan dengan apa isi yang ditulis oleh penulis. Memang semua gambaran yang diceritakan penulis ada diceritakan di dalam al-Quran. Aku baca profile penulis sebab ni pertama kali aku baca buku dia. Sekarang aku tak ragu lagi bila aku tahu penulis ni memang seorang yang alim lagi warak. Belajar di Al-Azhar. Penterjemah kitab-kitab arab. Dan ada buka sebuah madrasah di Indonesia. Tak kisahlah kalau ada yang kata penulis ada tiru tulisan macam Kang Abik penulis Ayat-ayat Cinta. Yang penting bagi aku cerita penulis terkesan di hati dan ada mesej yang ingin disampaikan. Masing-masing ada pendapat dan cara sendiri untuk menulis.
Rasa baca buku ni memang asyik fikir pasal mati, hari kiamat, dan amalan yang langsung tak banyak untuk dibuat bekalan di sana. Sebagai manusia, aku rasa bersyukur masih diberi peluang untuk hidup dan sedar tentang diri yang banyak kekurangan. Dan masih berpeluang untuk ubah segala-galanya.
Semoga kita semua dalam golongan yang tak akan menyesal bila berada di sana nanti dan tak akan merayu kepada Dia untuk kembali ke dunia untuk ubah segala-galanya kembali. Masa tu baru betul pepatah ni 'menyesal kemudian tiada gunanya'.
Allah... ~~
Wednesday, April 11, 2012
hari air mata... ~~
Bismillah...
Hari ini terasa perjalanan panjang sangat. Rasa hari ni ujian datang bertubi-tubi. Kesabaran hari ni benar-benar teruji. Dan ternyata aku mampu bersabar sampai tanpa segan-silu aku menangis dalam teksi.
Sampai aku terfikir apa dosa yang aku buat sampai susah sangat aku mahu sampai ke destinasi yang aku nak tuju. Awal pagi dah keluar rumah untuk pergi interview. Sebenarnya aku tak risau langsung masa nak datang temuduga hari ini. Keyakinan tinggi sangat kot. Tapi bila masuk dalam bilik temuduga, entah apa la masuk dalam diri sampaikan rasa satu soalan yang mudah langsung tak dapat jawab. Aku pasrah! *ayat pasrah*
Satu lagi ujian masa di stesen komuter Shah Alam. Mesin tiket buat hal. Ketiga-tiga mesin semua rosak. Dekat kaunter plak tak ada langsung manusia yang jaga. Terpaksa tunggu dengan lamanya. Sungguh aku benci naik komuter. Tapi kali ni betul-betul terdesak. Dalam komuter, aku duduk bahagian koc untuk wanita sahaja! Tapi yang hairannya ada dua tiga lelaki yang masuk sekali dalam tu. Masa ni tak tau la, rasa mood dah down sangat-sangat. Orang sekeliling menjadikan keadaan aku makin stress. Dalam hati aku orang-orang laki ni memang kena sumpah dah. Aku geram. Diorang ni memang tak tahu atau sengaja buat-buat tak tahu? Kalau ye pun tersilap masuk, tak boleh ke masa turun kat next stesen turun dan pergi kat bahagian koc lain.
Dalam keadaan badan yang tak suci memang rasa cepat sangat naik angin. Pelik sikit orang perempuan ni bila datang angin bulan dia. Rasa nak mengamuk & menangis je. Tacing lebih sangat. Haih!
Sampai KL Sentral terus bagi kunci rumah kat Tati sebab dia nak balik rumah tapi lupa nak bawak kunci. Dan lepas tu terus gerak ke Pudu. Selesai urusan beli tiket nak balik kampung sabtu ni terus naik bas nak balik rumah. Masa atas bas tiba-tiba akak hantar mesej kata dia kat Pudu on the way nak ke TBS. Masa tu aku tepuk dahi! Aku rasa macam ada akak bagitau aku dia nak balik pahang tapi aku betul-betul tak ingat dia nak balik hari ni. Bukan tak ingat tapi...entahlah... tapi hari ni semua urusan tak kena.
Dia kata nak jumpa. Suruh aku turun TBS, teman dia makan. Kebetulan aku dari pagi tadi langsung tak makan apa-apa. Pagi pun makan cekodok pisang yang Diya buat. Mujur la penyakit migrain tak datang, kalau tak memang pengsan. Aku cakap kat akak aku memang tak larat. Jauh kot TBS tu tapi dia suruh jugak datang naik teksi. Nanti dia bayar.
Masa dalam teksi betul-betul diuji sampai aku betul-betul menangis tanpa segan silu depan pak cik teksi ni. Aku pun hairan masa dalam teksi ni aku boleh sabar. Sabar yang betul-betul ikhlas! Satu jam setengah pakcik teksi ni bawak aku entah kemana-mana pun aku tak tau tapi aku langsung tak marah pak cik ni. Mungkin 1) sebab pak cik ni mengingatkanku pada ayah kat kampung. 2)sebab pak cik tu betul-betul ikhlas & jujur pada aku.
"Nak, pak cik rasa kita dah sesat. Pak cik tak ingat jalan. Pak cik hantar anak balik pantai dalam semula. Boleh?"
Masa tu aku menangis dan terus menangis. Antara keinginan nak jumpa akak & balik rumah sewa. Teringat janji nak teman akak makan tapi... dah la jarang jumpa! Kan dah kata tacing lebih sangat.. haih!
Pak cik tu memang dah serba salah tengok aku nangis. Tapi aku betul-betul tak tau nak fikir apa dah melainkan menangis je masa tu. Dengan keadaan tengah lapar, perut pula senggugut Tuhan je yang tau. Sampaikan aku pun tak tau sebab apa aku menangis. Sebab sedih dengan nasib sendiri agaknya.. Bila fikir dari pagi sampai petang ni urusan aku semuanya jadi tak kena. Apa yang Allah cuba nak sampaikan pada aku? Sampai aku doa dalam hati, ya Allah apa dosa yang aku buat sampai urusan aku di dunia hari ni semua jadi tak menentu. Apa dosa aku ya Allah?
Aku cakap kat pak cik teksi, "tak pe la pak cik. Nak buat macam mana. Benda macam ni pun bukan kita mintak jadi pun. Pak cik hantar saya KL Sentral je la." Masa tu aku nampak signboard kl sentral. Aku rasa kalau orang lain berada kat tempat aku memang dah kena sumpah, maki hamun dah pak cik ni. Tapi dengan pak cik ni aku langsung tak naik angin atau marah-marah dengan dia. Malah aku simpati plak kat dia. Dia kata minggu lepas baru dia bawak teksi. Tak tahu sangat jalan. Kesian kan?
Masa sampai kl sentral jam dah 5.30 pm. Akak naik bas 6.00pm. Ada setengah jam lagi nak jumpa akak. Masa nak bayar tambang kat pak cik pun langsung dia tak nak ambik satu sen pun! Berkali-kali dia mintak maaf. Aku tengok kat meter tu ada la lebih kurang 30 hinggit lebih! Mahunya tak, sesat sampai sejam lebih.
Tekad nak naik KLIA transit je. Kat KL sentral pun air mata ni tak mau berhenti. Sebab tu aku malas nak nangis. Bila dah sekali menangis, susah nak berhenti. Orang sekeliling pun pandang pelik je kat aku tapi masa tu dah tak fikir apa dah. Yang aku fikir apa la malang sangat nasib aku hari ni? Sungguh aku simpati 100% pada diri sendiri! Kalau aku tak kesian kat diri sendiri, sape lagi nak kesian pada aku. Pedulikan orang lain! Syahdu sungguh la hari ni. Doaku moga orang-orang yang tengok aku nangis hari ni tak akan ingat aku sampai bila-bila dah! Ameen.
Sampai je kat TBS terus jumpa akak. Sekali lagi buat drama air mata kat situ. Masa salam dengan akak rasa sebak sangat. Susah betul la jadi orang perempuan ni asyik nak nangis je. Akak pun hulur 50 hinggit suh aku pi makan. Simpati dengan adik dia kot malang menimpa bertubi-tubi.
Aku nak teman akak turun sampai ke depan bas tapi sorang akak yang jaga tangga ni tak bagi aku turun. Aku pun sebenarnya tak ada la kisah sangat dia tak nak bagi aku turun tapi tak boleh ke cara cakap tu beradab sikit.
Aku siap balas lagi dekat akak tu, "alah, macam la aku nak bom TBS ni yang cakap macam nak marah orang bagai." Akak terus tarik aku tepi takut aku bertumbuk dengan penjaga tangga tu. Mulut aku ni boleh tahan jugak kadang-kadang bila cakap dengan orang yang tak beradab ni. Pelik kan dalam masa 10 saat kesabaran aku terus hilang bila berhadapan dengan orang macam tu. Sedang dengan pak cik teksi yang sampai satu jam setengah dia bawak aku entah ke mana-mana aku boleh bertahan sabar. Betul, sangat susah nak sabar dengan manusia yang masa sekolah rendah belajar tentang adab tapi tak pernah amalkan. Aku pun 2 x 5 jugak sebab sama-sama tak beradab.Makanya mari belajar cara beradab beramai2...heh...
Tengok akak turun tinggalkan aku sorang-sorang kat TBS. Air mata ni makin laju je membasahi pipi. peh ayat! Tak tau la kenapa rasa syahdu & pilu sangat hari ni. Orang keliling pandang pelik je. Sekali lagi aku buat muka dek je! Orang sedih suka hati la nak nangis pun. Mana boleh tahan air mata ni.
Allah..... T_T

Monday, April 9, 2012
selamat tinggal zaman single!
Bismillah..
Cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar dah bulan empat. Tak lama lagi tiba la bulan 12. Umur pun akan meningkat satu angka lagi. Eh, tapi tahun ni dah nak kahwin. Tinggal beberapa bulan lagi untuk menamatkan zaman single. Enjoy puas-puas! Lepas ni kena jadi isteri solehah... :p
*poyo kan?*
![]() |
| gambar tiada kaitan dengan entri.. nges.. :p |
Sunday, April 8, 2012
Thursday, April 5, 2012
Travelog Cik Tulip Kasih..
'Bukan Puteri Lindungan Bulan'... Ya, aku memang bukan seorang puteri. Aku manusia biasa-biasa saja. Eh, tapi aku tetap puteri yang comel untuk mak ayah! Hehe.. :p
Tuesday, April 3, 2012
kembali...
Bismillah...
Tiba-tiba rasa rindu sangat pada zaman kanak-kanak. Masa kecik-kecik dulu suka ikut ayah pergi sawah. Bukan tolong pun tapi terjun sungai depan sawah. Sampai tenggelam sebab lemas.
Masa mula-mula ayah beli basikal rasa happy sangat. Belajar naik basikal sampai jatuh dalam parit depan rumah. Bila dah pandai naik basikal, tiap-tiap hari pergi sekolah naik basikal. Hujan ke... panas ke.. tetap kayuh basikal. Masa dulu-dulu tak pernah fikir pun nak ada orang culik ke apa ke..
Suka sangat memancing ikan kat sungai. Walaupun tak pandai pancing ikan, tapi tetap suka ikut kakak & sepupu pergi memancing. Bila sekali ikan tarik mata kail, rasa bahagia tu hanya Tuhan je yang tahu.
Suka panjat pokok jambu kat belakang rumah dengan kak cik. Tapi mesti bawah sikit dari kak cik sebab dia lagi juara panjat pokok.
Bila bulan puasa suka curi makan kat dapur. Teruk kan? Biasa la budak-budak, mana kenal dosa pahala betul2 pun.
Bila mak suruh sembahyang, duduk lama je dalam bilik. Padahal tak sembahyang pun, duduk je dalam bilik tu. Bila satu hari tu mak mengintai maka kantoi la aktiviti selama ni yang tak pernah solat terus mak rotan. Sakit tau! Lepas tu mak wajibkan kami solat jemaah selalu. Mak solat lama. Tak suka. Lenguh kaki berdiri lama-lama. Budak-budak apa la sangat yang dia fikir.
Suka main pondok-pondok dengan sepupu.
Main kejar-kejar.
Main polis pencuri.
Main..
Main..
Dan terus bermain...
Rasa masa kecik-kecik dulu dalam fikiran hanya tahu pasal main je. Masa dapat result UPSR, dapat 2A je tapi tak pernah pun rasa menyesal pun! Budak-budak kan? Nasib baik masa interview nak masuk SMA dapat jawab. Kalau setakat ujian agama ni memang tak perna fail la sebab mak ngajar al-Quran. Segala hukum tajwid ni memang tutup mata je pun boleh jawab.
Kalau tulis jawi pulak memang senang nak pass la sebab masa kecik-kecik dulu aku memang suka tulis jawi walaupun tulisan sangat buruk macam cakar ayam.
Masa mula-mula masuk asrama, tiap-tiap malam mesti nangis sebab rindukan mak. Ayah plak tiap-tiap minggu datang asrama hantar duit, biskut, buah & sebagainya. Paling suka bila musim buah rambutan ayah hantar banyak sangat buah rambutan. Alahai....
Subscribe to:
Posts (Atom)