"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Monday, July 25, 2011

sang puteri yang dalam kesedihan....


ambil benang untuk dikait,
sambil membelah sebiji kuini,
cantik bulan di dada langit,
tapi tidak secantik hati ini.

aduhai tuan usah merasa perih,
andai rahsia di hati sukar diteka,
aduhai hati, hati yang sedih,
mengapa begitu cepat terluka?

usah tuan pandang dan termenung,
jika hanya berharap pada sang siput,
usah diharap pada tingginya gunung,
jika diri hanya setinggi rumput.

(pantun ini direka oleh Cik Tulip, tidak dikopipes di mana2 pages... sbb itu agak aneh bunyinya... ada???? )

MOTIP DI SEBALIK PANTUN
*hidup ini memang nampak indah di luarannya, tapi hakikatnya tidak seindah yang dipandang.
*dan hidup ini tak selalunya akan sentiasa gembira, kadang-kadang pasti akan terasa sedihnya. hatta hanya untuk perkara sekecil kuman turut membuatkan diri terasa hati.
*yang penting, kita tak boleh terlalu mengharap yang terlalu tinggi-tinggi pada sesuatu yang tak mungkin akan dapat kita gapai. T_T

RASA MACAM NAK........... *terus ke satu sudut sepi*
huk3.... :'(

Wednesday, July 20, 2011

untuk kali terakhirnya.... sayonara....

esok....
masa yang dinantikan akan tiba...
aku akan mengakhiri kehidupan aku buat selama-lamanya di UM...
(^_^)

esok...
aku akan menduduki exam untuk kali terakhirnya di bangunan peperiksaan...
mohon semua urusan dipermudahkan.. ameen...
dan selepas itu...
kami semua akan membawa haluan masing-masing...

walaupun aku sendiri tak tahu...
apa dan bagaimana rupanya kehidupan aku selepas ini...

tapi...
terasanya seperti tidak sabar mahu masuk ke dunia yang lain...

Friday, July 8, 2011

aku si anak petani...

Senja itu, guruh berdentum dengan kuatnya. Kilat sabung-menyabung tanpa mempedulikan manusia yang begitu gentar melihat panahannya yang begitu pantas sekali. Aku lantas menutup semua tingkap dan pintu. Hanya pintu utama saja belum ku tutup, sebab ketika itu ayah dan ibu masih di luar.

Senja petang sudah mahu melabuhkan tirainya dan bakal digantikan dengan kepekatan malam pula. Ayah dan ibu masih terus-terusan memandang langit yang sudah kelam. Kelam kerana hujan mahu turun dan kerana malam mahu datang bertandang.

“Ibu… ayah.. masuklah. Dah senja ni. Senja-senja kan tak elok duk kat luar. Orang nak tutup pintu ni.” Aku memanggil ibu dan ayah yang masih di luar. Sepertinya tetap tidak mahu juga bergerak dari terus-terusan memandang awan yang mulai mendung.

“Nak tengok hujan ni nak turun ke tak.” Ayah balas kata-kata aku. Tapi matanya tetap setia pada langit yang mulai kelam.

“Alah, biar je lah. Kalau hujan ke tak ke, biar je la. Ibu dengan ayah nak risau apanya?” Balas aku lagi. Aku gagal mentafsir apa yang sedang bermain di dalam fikiran ibu dan ayah ketika ini.

“Kalau hujan, senanglah hati kami. Sawah tu dah kering. Padi yang dah nak mula hijau tu perlukan air untuk terus hidup.” Kata-kata ibu membuatkan aku tergamam seketika.

Rupa-rupanya dari tadi ibu dan ayah di luar kerana menantikan titis-titis hujan membasahi sawah padi mereka yang kering-kontang. Aku jadi insaf. Selama ini, jika aku di Kuala Lumpur, aku pasti mengeluh kalau hujan datang secara tiba-tiba. Sebab sedikit sebanyak menyusahkan aku untuk ke kelas bila hujan bertandang tanpa diundang.

Tuhan, rupa-rupanya setiap kejadian yang Kau hulurkan pasti ada hikmahnya. Pasti ada sebabnya. Walaupun kadang-kadang aku selalu mengeluh dengan kehadiran hujan tanpa dipinta, namun jauh di sudut hati aku, aku begitu senang dan bahagia melihat titisan hujan ini. Rupa-rupanyanya kebahagiaan ini datangnya dari kebahagiaan orang tuaku yang bahagia apabila melihat rintik-rintik hujan.

Patutlah dari dulu sampai sekarang, aku sangat sukakan hujan. Masih teringat lagi saat aku berada di China dulu. Aku sangat rindukan hujan. Susah benar hujan mahu tunjukkan dirinya pada aku saat aku berada di negara yang cukup asing bagi aku. Walaupun salji turun dengan lebatnya, aku tidak teruja sangat. Walaupun kali pertama aku melihat salji turun secara realiti di depan mata aku, aku tidak taksub sangat. Sebab mungkin aku lebih sukakan hujan dari salji. Dan kenyataannya bila hujan turun satu demi satu, di fikiran aku akan terus teringatkan sang petani yang sentiasa mengharapkan hujan datang menyimbah sawah bendang mereka yang sudah mulai kering. Dan sang petani itu sendiri adalah ayah aku sendiri. Dan aku adalah anak kepada sang petani itu.

Sekarang padi di sawah sudah makin besar dan kehijauannya sangat mendamaikan aku setiap kali aku pulang ke kampung. Dan setiap kali berada di hadapan sawah padi yang terbentang, aku pasti akan pejamkan mata dan menghidu bau sawah padi yang sangat wangi baunya. Walaupun selama 23 tahun aku hidup di muka bumi ini sebagai anak petani, tapi setiap kali aku melihat keindahan sawah padi yang terbentang di hadapan mata aku, aku pasti akan takjub. Takjub dengan keindahan yang Allah kurniakan. Selalu aku berkata dalam hati, kalau aku pandai melukis, aku mahu melukis keindahan ini. Tapi aku tak pandai melukis, aku pandai menulis sahaja. Pandai menulis untuk menceritakan keindahan tersebut.

Dan… aku sudah tidak sabar menanti musim menuai tiba. Aku mahu melihat sawah padi berwarna kuning pula. Tuhan, betapa aku sangat bersyukur menjadi anak seorang petani dan dapat melihat keindahan ini setiap tahun. Betapa keindahan ini mendamaikan jiwa aku. Terima kasih ya Allah…

(Tulip Sayang II)

Thursday, June 30, 2011

Nyanyian Tanjung Sepi

Dan sepi itu terus menghambat aku ke mana-mana sehingga menjadikan aku resah gelisah tiada jalan pulang. Aduhai, masa yang indah itu sudah pergi semuanya... sehingga tidak ada apa-apa lagi yang tersisa untukku di sini. Aku seperti camar yang patah sayap. Aku bagaikan biduk tanpa perhentian. Aku umpama permaisuri tanpa kerajaan. Lalu bagaimana lagi harus aku kutip sisa hari-hari mendatang yang sirna itu, bersendirian? Tanpa dia dan tanpa kamu? Aku betul-betul kesepian. Mana hilangnya semua masa lalu yang indah itu?

Sunday, June 26, 2011

My Luv Father (^_^)

Bila jadi seperti ni..
aku terpaksa fikir berkali-kali dan ubah semua plan yang aku rancang sebelum ini..

aku mahu lari dari kehidupan sekarang..
tapi aku lupa aku masih ada tanggungjawab..
tanggungjawab pada kedua ibu bapa aku..

aku lupa..
sebenarnya aku hidup untuk berbakti dengan kedua ibu bapa aku..

ayah...
get well soon...
adik akan balik jaga ayah..
sampai bila-bila..
sampai ke syurga...
T_T

Saturday, June 25, 2011

aku, dia dan kamu...

antara kita..
ada satu perkara yang tak akan terungkai sampai bila-bila..
dan tak mungkin akan dirungkaikan...

dan antara kita..
ada satu rahsia yang tersimpan jauh di sudut hati ni..
dan rahsia tetap jadi rahsia...

sebab...
andai ia terbongkar, hatimu akan hancur..
diri ni tak tega nak lukakan hatimu...
maaf sebab diri ini bukan kawan yang baik lagi untuk kamu...

semoga kebahagiaan akan mengiringi hidupmu...
kalau ada yang tanya jauh mana sayang saya pada kamu...
jawapannya infiniti...

(^_^)

Thursday, June 23, 2011

cari hidup baru!!!!


Di ketika ini, aku sedang google sebuah universiti yang ternama di Belanda..
Semangat terasa berkobar-kobar untuk menyambung belajar...
Aku mau jejak tanah Belanda dengan gembira...

Apa yang paling membahagiakan aku ialah...
Bila aku baca sendiri pengalaman mereka yang belajar di Amsterdam...
Yup, aku mau sambung di University Of Amsterdam...
Dalam bahagian ekonomi...
satu-satunya bidang yang aku minat sejak dari sekolah...
mana la tau kan impian aku nak jadi 'perancang ekonomi dunia' tercapai.. hak3..
insyaAllah... mudah-mudahan tercapai impian aku...

Mulanya..
aku mahu ke Leiden University
tapi memandangkan university tersebut lebih kepada perubatan & undang-undang.
Aku terpaksa tukar plan B..

Tapi..
tak kisahlah asalkan masih di Belanda..
sebab masih dalam kawasan tulips...
(^_^)