Bismillah...
Disember 2013.
Ya Allah, rasa bulan ni paling -paling busy. Siang malam kelas, siapkan assignment, slide untuk present, mikro teaching, portfolio, sukan tengah-tengah panas. Gila! Susah rupanya jadi cikgu ni. huhu
Tinggal satu hari je lagi kelas. Minggu depan je lagi akan menghabiskan sisa-sisa perjuangan di maktab. Tapi bukan dah berakhir terus, untuk bulan ni je. Masuk bulan 1 tahun 2014, aku yakin aku akan bertambah double triple busy yang maha dasyat. Senarai assignment tak cukup satu muka, sampai kena sambung muka surat baru. Tambah tahun depan praktikum lagi seriau. Ngee...
Apapun tetap tak sabar nak menghadapi tahun depan. Nak cepat habis. Tak kisah la lepas ni dapat posting ke tak, posting Sabah Sarawak ke apa. Itu bab lain. Tak nak fikir lagi. Ada rezeki tak ke mana kan? Dah usaha, selebihnya doa dan tawakal,. Setiap yang aku buat ni dah aku cuba sehabis baik ikut kemampuan diri sendiri. Oh lupa nak bagitau, dah isi e-posting, apa kejam sangat diorang ni langsung tak ada pilihan negeri pun untuk berkhidmat. At least satu pun jadi la kan, boleh la aku isi Pahang kan? Ni langsung tak ada. Baik tak payah nama e-posting atau e-penempatan. Kejadahnya. Eeyaiiii.... Dah la masa isi ni, status 'tak pernah berkahwin'. Memang harapan nak dapat di seberang sana tu memang sangat tinggi la kan. Huhu.
No comments:
Post a Comment