Bismillah....
Tadi baru lepas call mak. Syahdu je dengar suara mak & ayah kat kampung. Dua-dua tak berapa nak sihat. Sebak rasa. Dulu masa kecik-kecik bila sakit mak sentiasa ada kat sisi. Sekarang mak ayah tak sihat tak ada orang pun nak jaga. :'(
Sekarang boleh dikatakan kerap jugak aku call mak. Aku nak mak tau walaupun kami jauh tapi sebenarnya kami dekat je. Jarak bukan penghalang terputusnya ikatan kasih sayang.
Dan insyaAllah aku akan capai segala impian mak & tanggungjawab aku sebagai seorang anak.
Coming soon insyaAllah akan berada di Pahang. Sudah puas merantau.. mencari.. yang tak berpenghujung.
*Rasa macam tak tau nak luah kat sape perasaan ni. Tanggung sorang-sorang* :'(
~~Aku mahu jadi aku. Diri sendiri, tanpa bias orang lain. Aku tak mahu dibayangi, atau sekadar jadi tempat berpaut. Aku mahu hidup. Aku mahu berdikari. Aku mahu bebas...~~
"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"
No comments:
Post a Comment