"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Indahnya Islam...

Saturday, June 18, 2011

Shanghai Pudong International Airport

10

Akhirnya aku sudah tiba di China. Pertama kali menjejakkan kaki ke luar negara. Kalau ada yang bertanya tentang perasaan aku ketika ini, haruslah aku menjawab aku sangat teruja. Teruja dengan keadaan yang begitu asing dalam hidup aku. Semua wajah yang aku lihat di Shanghai Pudong International Airport begitu asing bagi aku. Enam jam berada dalam kapal terbang sangat meletihkan. Ya, walau bukan aku yang drive kapal terbang tersebut, harus aku penat kalau duduk je sepanjang perjalanan! Sakit pinggang aku!

Tidur? Sungguhlah bukan jenis aku untuk tidur dalam apa-apa jenis kenderaan. Sepanjang perjalanan tadi, aku hanya mengadap diari yang sentiasa aku bawa ke mana-mana jua. Itu pesan lecturer aku, Dr Azzah. Kata dia, pengalaman macam ni bukan selalu dapat. So, apa salahnya kalau aku mencatatkan segala bagai aktiviti yang bakal aku harungi di bumi yang sangat asing ini. Dan sepanjang perjalanan tadi, semua majalah yang disediakan dalam kapal terbang tersebut aku baca. Bukanlah aku nak cakap aku pandai sangat baca bahasa Cina. Haruslah masa masuk kelas belajar bahasa mandarin, aku hanya belajar Pin Yin. Tapi oleh sebab aku terlalu bosan tahap tak tau apa dah nak buat, habis semua majalah tersebut aku baca. Bukan baca kut, tapi tengok! Itu lebih sesuai. Kawan-kawan aku yang lagi enam orang tu aku tengok semuanya dengan aktiviti masing-masing. Tati aku tengok khusyuk dengan Lasykar Pelangi dia. Deeya hanyut dengan lagu-lagu nasyid dia. Eja melayan perasaan. Rifa, Sham dengan Din dah tertidur. Nyenyak atau tak, aku sendiri tak pasti. Itu masa dalam kapal terbang.

Sampai je kat Shanghai Airport, semua macam terkena kejutan elektrik. Mahunya tak, turun je dari kapal terbang, terus diserbu angin sejuk Shanghai. Menggeletar jugak la sorang-sorang. Dr Rosey Ma dari awal-awal lagi dah pesan kami pakai baju sejuk yang tebal-tebal. Katanya cuaca kat luar sana sangat sejuk. Memang betul pun sejuk sangat ni. Eja yang memang jenis tak tahan sejuk, aku tengok dah biru muka dia tahan sejuk. Aku setakat ni masih normal lagi. Masih boleh bertahan.

“Korang, jom bergambar kat luar! Tak kan nak duduk je dalam airport ni.” Rifa yang pegang Nikon dia dah mula ajak kami jadi model kat luar airport. Mata semua pandang Rifa.

“Aku tak nak. Sejuk la korang kat luar tu. Kalau korang nak pergi, pergi la. Aku jaga beg dengan barang-barang korang kat sini!” Sham jawab.

“Aku pun nak tunggu sini! Sejuk!” Din pun nak ikut Sham.

“Ala korang ni tak sporting la. Kalau setakat datang jauh-jauh dari Malaysia nak duduk je macam ni sebab takut sejuk, baik tak yah datang.” Rifa dah mula merajuk. Aku sengih je! Tati, Eja dengan Deeya dah mula pakai baju sejuk dengan glove masing-masing. Malas nak bertekak. Baik ikut je, kan senang! Bukannya Rifa nak ajak terjun bangunan, bergambar je kot. Habis sengih untuk dua tiga keping snap, masuk la semula. Susah apa!

Dr Rosey Ma yang dari tadi khusyuk dengan laptopnya tadi buat tawaran nak jaga semua barang-barang kami sementara kami nak bergambar kat luar. Makanya, Sham dengan Din dah tak ada alasan untuk tak mahu ikut kami. Rifa dah senyum menang sebab berjaya pujuk budak dua orang tu. “Kita transit 5 jam kat Shanghai, apa salahnya kita bergambar dulu kan? Bukan senang nak sampai ke sini tau!” Rifa masih lagi dalam ayat memujuk.

“Ye la, ni mesti nak suruh aku jadi cameraman kan?” Semua gelak bila Din jawab dengan nada gurau. Memang dari KLIA lagi Din yang jadi mangsa untuk jadi jurukamera kami yang berjaya. Entah dah berapa ratus keping gambar pun aku tak pasti yang dah bersemadi dalam Nikon Rifa. Itu baru sampai Shanghai. Agaknya bila dah sampai Lanzhou, tempat yang bakal kami praktikal nanti entah berapa folder gambar la agaknya akan bersemadi dalam laptop aku.

Habis bergambar, semua duduk berteleku atas kerusi memikirkan nasib masing-masing di bumi Lanzhou nanti. Sungguhlah aku tak sabar nak sampai ke Lanzhou. Katanya Lanzhou tu tempat yang agak pedalaman. Lagi beberapa jam aku akan menjejakkan kaki di Lanzhou. Kali ini penerbangan kami dari Shanghai ke Lanzhou hanya ambil masa dua jam sahaja. Aku pasti akan menempuh seribu satu cabaran yang tak akan aku dapat di Malaysia. Hm, tak payah tunggu sampai Lanzhou pun aku dah dapat macam-macam cabaran kat Shanghai ni. Antaranya ialah tandas. Masa mula-mula sampai tadi, Dr Rosey ajak aku ke tandas. Dan kebetulan memang aku nak ke tandas. Enam jam dalam kapal terbang tadi, entah macam mana rupa aku, aku pun tak tau. Sekurang-kurangnya dapat buang air dan basuh muka pun kira okey la kan.

Masuk tandas aku terkesima seketika. Aku lupa yang aku bukan di Malaysia. Aku tengok Dr Rosey basahkan tisu. Dr Rosey senyum pandang aku. “Di China, kita tak akan jumpa toilet yang akan ada paip air di dalam tandasnya.” Hah??? Tapi sebenarnya aku tak adalah terkejut sangat. Sebab sebelum aku sampai ke China, aku dah google segala bagai keadaan di sini. Harus ada persediaan ye kawan-kawan untuk ke negara yang asing dalam hidup kita. Persediaan mental dan fizikal!

Aku pun basahkan tisu jugak macam Dr Rosey buat. Ada juga mata-mata yang pelik tengok kelakuan aku ni. Tapi aku buat tak peduli je. Dalam hati, lepas ni harus ada botol dalam handbag aku selama tiga bulan aku di China. Mencari inisiatif untuk setiap masalah yang wujud. Memang la ini pengalaman kali pertama! Dan nasib baik jugak la masa ni aku tak sakit perut ke apa. Mungkin aku terlalu berdebar untuk menjejakkan kaki ke China sampai selera makan terus hilang entah ke mana.

Kembali membuka diari. Pena di tangan mula laju menulis bait-bait kata.

Pudong Shanghai Airport : 8.30 a.m.

Hari ini untuk pertama kalinya aku berada di luar Negara, China. Malam tadi, kawan-kawan, adik-adik junior dan family hantar kami bertujuh di KLIA. Bermacam-macam perasaan ada dalam diri aku : terharu, sedih, berdebar, takut dan macam-macam lagi.

Terharu : sebab terlalu ramai yang hantar kami di airport. Bak kata Sham, macam nak tengok konsert! Siap dengan banner tu yang tak tahan.

Sedih : sebab nak tinggalkan mak dan ayah. Pertama kali berpisah jauh-jauh dari family.

Takut dan berdebar : untuk hadapi hidup baru di perantauan orang.

Suhu sekarang 3.3 darjah celcius. Sejuk kot!

Next station : Lanzhou. I’m coming!!!!





No comments:

Post a Comment